Rabu, 28 November 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Musa Hassan dedah campurtangan pemimpin Umno bebaskan penjenayah

Posted: 28 Nov 2012 10:54 PM PST



Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

"Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?" soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

"Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

"Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan."

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

"Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

"Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

"Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) "Saya arahkan polis buat itu... buat iini," jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

"(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

"Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

"Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya," gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

"Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

~ The Malaysian Insider

[Video] Taklimat kes Scorpene di Singapura

Posted: 28 Nov 2012 10:13 PM PST

'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit

Posted: 28 Nov 2012 05:42 AM PST


'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit
Nampaknya Deepak Jaikishan yang umum sudah tahu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan isteri Perdana Menteri Najib Razak, mula tawar hati kepada pasangan itu mahupun ahli-ahli Umno yang lain.
Deepak, penjual karpet yang telah berkecimpung dalam perniagaan besar yang lebih menguntungkan mula menuduh ketua sayap wanita Umno, Senator Raja Ropiaah Abdullah mencuri tanah bernilai RM400 juta daripada syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd dan menjual sebahagian daripadanya kepada pihak ketiga.
Dalam temubual ekslusif bersama Malaysia Chronicle, Deepak juga menuduh ahli keluarga Najib telah meraih komisyen berjumlah jutaan ringgit melalui Najib yang telah menswastakan tanah milik Kementerian Pertahanan kepada Raja Ropiaah pada tahun 2005 dibawah projek Puspahanas.
"Ropiah yang tidak mempunyai pengalaman hanya bergantung pada sokongan Najib untuk mendapatkan kontrak," jelas Deepak pada Malaysia Chronicle.
Dia enggan memberi nama ahli keluarga Najib yang telah meraih komisyen itu, tetapi ada spekulasi menyebut bahawa orang itu merupakan Rosmah kerana dia sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib.
Puspahanas singkatan untuk Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, merupakan sebuah projek bernilai RM100 juta yang diberikan kepada firma Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk membangunkan tanah bagi membina sebuah pusat penyelidikan yang menyerupai unit perisikan MI5 di Britain bagi Kementerian Pertahanan Malaysia.
Raih jutaan ringgit
Deepak yang mula dikenali di Malaysia berikutan pendedahan skandal Najib atas pembelian dua kapal selam Scorpene dan pembunuhan misteri penterjemah Mongolia, telah menafikan mempunyai sebarang motif politik.
"Tidak, ini bukan untuk saya. Saya hanya mahu membangungkan tanah itu. Saya bukanlah orang suruhan bagi mana-mana bahagian Umno yang mahu menjatuhkan Najib mahupun Raja Ropiaah. Saya juga tidak bertindak bagi pihak Pembangkang," kata Deepak lagi.
Dia turut menuduh Najib, yang ketika itu Menteri Pertahanan, sebagai " tidak bertanggungjawab" atas transaksi yang kini "terbengkalai".
"Saya sudah bosan dengan semua ini. Saya ahli perniagaan dan sudah terlalu lama menunggu. Saya juga telah menulis surat kepada Najib tetapi dia gagal mengambil sebarang tindakan. Dia hanya berdiam diri sahaja," tambah Deepak.
"Raja Ropiah pula persis mentornya, Sharizat Jalil. Cuma bezanya, Sharizat tidak meletakkan namanya atas apa-apa pun tidak seperti Ropiaah
Seperti mentornya?
Deepak merujuk kepada bekas Menteri Wanita, Sharizat Jalil yang suaminya telah didakwa atas jenayah pecah amanah berikutan skandal Pusat Feedlot Kebangsaan yang bernilai RM 250 juta.
Shahrizat kekal sebagai ketua Wanita Umno tetapi pelantikannya sebagai Senator tidak disambung dan ia telah diberikan kepada Raja Ropiaah pada bulan April. Ramai yang berada dalam sayap itu merujuk kepada Ropiaah sebagai ketua 'de facto' kerana mengikut jejak langkah Shahrizat yang telah jatuh ketika mengetuai wanita Umno.
Sementara itu, Raja Ropiaah enggan mengulas selain memberitahu bahawa peguamnya akan meneliti perkara itu.
Peguam Ropiaah akan teliti
Deepak telah membuat laporan polis terhadap Raja Ropiaah dan syarikatnya Awan Megah. Syarikat Deepak juga menyaman Kementerian Pertahanan, Pejabat Tanah dan Galian, Raja Ropiaah dan Awan Megah atas tindakan spesifik, tidak melepaskan hakmilik tanah serta "mencuri tanah". (sila skroll ke bawah untuk imbasan dokumen)
Menurut Deepak, tanah seluas 223 ekar di Bukit Raja, Selangor telah dijual kepada Raja Ropiaah pada harga RM7 kaki persegi atau kira-kira RM72 juta, telah dijual lagi kepada Astacanggih iaitu firmanya pada RM12 kaki persegi atau kira-kira RM120 juta. Ia kini bernilai antara RM40 kaki persegi atau RM400 juta.
Deepak juga mendakwa raja Ropiah telah menjual sebahagian daripada tanah itu kepada GuppyUnip Sdn Bhd pada nilai RM16 kaki persegi.
Bagi kami, dia sememangnya pencuri dan pihak saya akan menyamannya kerana mencuri tanah kami," ujar Deepak.
Malaysia Chronicle.

SUMBER

Pembunuhan Altantuya : Akuan Bersumpah kedua PI Bala tak sah

Posted: 28 Nov 2012 02:19 AM PST


Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.
Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.
SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai 'bapak' kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.
Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' pada bulan hadapan.
Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.
Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40276

Tiada ulasan: