MiLo SuaM |
- Poster kempen pilihanraya KEADILAN dilancarkan secara rasmi
- Suasana di Tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seremban
- Video wakil rakyat Pakatan Rakyat dihalang membantu mangsa ribut!
- Penjelasan Dr Badrulamin berhubung penahanan oleh JAIS semalam
Poster kempen pilihanraya KEADILAN dilancarkan secara rasmi Posted: 02 Nov 2012 09:18 PM PDT KEADILAN hari ini melancarkan poster-poster kempen untuk Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Poster-poster kempen itu dilancarkan oleh Presiden KEADILAN, Datin Seri Dr Wan Azizah di ibu pejabat KEADILAN di tropicana. Kempen Pilihanraya KEADILAN bertemakan "Harapan untuk rakyat" dengan latar belakang biru sempena bendera parti KEADILAN. Berikut poster-poster yang dimaksudkan. HARAPAN RAKYAT - Harga Minyak Turun HARAPAN RAKYAT Wanita Dihargai Caruman Wanita Malaysia HARAPAN RAKYAT - Harga Kereta Turun KEADILAN Lindungi Keluarga Anda Pakatan Demi Rakyat Harapan Rakyat - Pendidikan Percuma, Hapuskan PTPTN ReJaM© "Tolong sebarkan ke seluruh pelusuk negara! " |
Suasana di Tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seremban Posted: 02 Nov 2012 05:27 PM PDT PADA waktu ini ReJaM baru sahaja tiba di tapak tempat perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan di Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan. Suasana di tapak perhimpunan masih lengang sekitar pukul 7 pagi. Memandangkan perhimpunan dijadualkan bermula pukul 3 petang ini, difahamkan orang ramai belum lagi mula berkumpul di tapak perhimpunan. Kelihatan kanopi-kanopi dan dua treler Pakatan Rakyat yang akan digunakan sebagai pentas ceramah. Sebuah treler Merdeka Rakyat, yang biasa digunakan oleh Anwar Ibrahim serta sebuah treler DAP. ReJaM® 3 November 2012 Himpunan Kebangkitan Rakyat Padang Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan. Sent from my BlackBerry® |
Video wakil rakyat Pakatan Rakyat dihalang membantu mangsa ribut! Posted: 02 Nov 2012 05:35 AM PDT PELIK, hairan, bodoh dan kejam, namun inilah yang berlaku di Negeri Melaka. Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah, telah menghalang seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membantu mangsa ribut, di Taman Air Keroh, Melaka. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana penguatkuasa digunakan untuk menghalang pemberian bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah akibat bencana ribut. Pelbagai alasan diberikan untuk merobohkan booth kecil yang dibina oleh wakil rakyat itu. Difahamkan pihak penguatkuasa telah memberikan notis untuk menutup booth kecil yang didirikan dalam masa sejam. Jika tidak pihak penguatkuasa yang diperalatkan ini akan merampas segala barang-barang di booth tersebut. Lihat sendiri rakaman video di bawah. Bila sudah terdesak, nampak sangat otak mereka sudah tidak berfungsi dengan baik. Sifirnya mudah, selepas ini wakil BN pula akan datang kepada mangsa ribut dan berkata hanya BN yang membantu rakyat. Tengok wakil rakyat Pakatan Rakyat, mana ada nak bantu rakyat? ReJaM© "Melayu jadi bodoh dan kejam kerana menyokong Umno... " Penting! Jangan lupa turun ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat esok di Seremban Tarikh: 3 November 2012 Masa: 3:00 Petang Tempat: Taman Seremban Jaya, Belakang Petronas |
Penjelasan Dr Badrulamin berhubung penahanan oleh JAIS semalam Posted: 02 Nov 2012 04:35 AM PDT SEPERTI yang dijangkakan sebelum ini, rujuk sini [Utusan Malaysia], media-media arus perdana akan menggunakan isu penahanan Dr Badrulamin di majlis makan malam yang dikatakan dianjurkan oleh Al-Arqam semalam untuk mengaitkan KEADILAN dengan ajaran sesat. Hari ini portal berita milik anak syarikat Utusan, Kosmo melaporkan kononnya Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrulamin sebagai tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis dikatakan anjuran Al-Arqam, sebuah pertubuhan yang pernah diharamkan kerana membawa ajaran sesat. Di bawah ini pula penjelasan si empunya badan, Dr Badrulamin yang menghadiri majlis tersebut. Majlis Jamuan makan "Kenduri Mega" malam tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukannya Al-Arqam. Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya, saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai. Saya diletakkan di meja tamu atas rasa hormat mereka terhadap saya dan sememangnya dibawah khemah lain tidak mempunyai meja pun. Ahli jemaah Ikhwan mengenali kami kerana isteri saya sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan kerana ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam. Anak dan isteri saya juga sering kesana membeli pakaian dibutik Ikhwan. Laporan Kosmo yang kononnya saya adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur (AJK) dalam program malam tadi adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab. Saya langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan. Ingin saya jelaskan sekali lagi, kehadiran saya ke program tersebut tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik. Dr Badrulamin Bahron Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN 2 November 2012 |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan