Merah Hitam |
- Jazaakumullahu khairan pada Abu dan Ummu Farhan Al Madani
- Kekuatan kakiku bermula di Madinah.....
- Tabung Haji jual kurma terlalu mahal?
Jazaakumullahu khairan pada Abu dan Ummu Farhan Al Madani Posted: 28 Nov 2012 12:27 AM PST Antara kenangan paling manis di Madinan ialah tatkala mendapat sms dari bekas pelajar saya yang sedang belajar di salah sebuah universiti di Madinah."Ahlan wa sahlan Cikgu....kami menanti kedatangan Cikgu.." itulah antara ayat-ayat dalam sms Abu Farhan. Siapa sangka, di satu tempat yang begitu asing, tiba-tiba ada bekas pelajar yang mengingati kita...aku rasa amat gembira dan sangat istimewa...Aku pernah mengajar pasangan ini lebih 10 tahun yang lalu, kedua nya sering bergaduh dalam kelas...tak sangka, bila dewasa, mereka jadi pasangan suami isteri yang amat romantik... Dan.....kami berdua terkejut dengan makanan yang di hidangkan.....nasi Arab berlauk daging kambing , unta dan ayam serta nasi Bukhari dengan jumlah yang begitu banyak, hanya untuk 4 orang saja.???.....Sambil berbual, tangan menyuap makanan ...akhirnya aku dan suami mengaku kalah kerana kami tidak dapat menghabiskan semua hidangan tersebut....Agak lewat malam, kami di hantar pulang ke hotel..... Keesokan harinya, aku di bawa meronda pasar kurma yang jauhnya cuma 10 minit dari hotel kami....Ummu dan Abu Farhan sudah lama tinggal di madinah, jadi mereka tahu kedai mana yang memberi jualan terbaik. Namun, aku perhatikan, hampir semua kedai menjual kurma, coklat dan kekacang dengan harga yang amat rendah. Menurut Abu Farhan, kurma yang di tanam di tanah haram dijual agak mahal berbanding kurma yang di tanam di tanah halal....Contohnya, kurma tanah haram sekilo RS100, kurma tanah halal sekilo RS70 je....dan ianya juga bergantung pada gred buah tersebut. Walau apa pun, banyak yang kami pelajari mengenai Madinah dan penduduknya dari kedua mereka.... Kepada Ummu dan Abu Farhan, cikgu ucapkan terima kasih, jazaakumullahu khairan ...moga Allah balas dengan syurga segala budi baik antum kepada kami berdua...I'm really proud of the both of u.......................bersambung. |
Kekuatan kakiku bermula di Madinah..... Posted: 27 Nov 2012 04:34 PM PST Kami tinggal di Madinah selama 8 hari saja. Masa berjalan terlalu cepat. Belum puas rasanya kami menikmati keindahan masjid berkubah hijau itu. Menuju hari-hari terakhir, aku sudah merasai kesayuannya. Namun sesekali aku senyum sendirian bila teringat betapa teruknya keadaan ku di hari pertama menjejakkan kaki di dataran masjid. Bersama rakan sebilik, akulah biasanya orang yang paling lambat berjalan kearah pintu masjid. Rasanya kawan-kawan di Malaysia tahu sangat dengan perangai ku yang agak "malas" berjalan kaki...Namun, dalam usaha untuk mendapat haji yang baik, di Madinah, aku sentiasa berusaha mempertingkatkan kekuatan fizikal supaya dapat berjalan dengan laju agar segera sampai di pintu masjid yang kami tuju..... Setiap hari, bermula dengan solat Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isya...aku telah berjalan sejaun lebih 500 meter! Selama 8 hari , aku telah berjaya melakukannya...!al Hamdulillah.... Ketika ada waktu senggang, selepas Solat Subuh dan solat Zuhur, aku dan teman sebilik sempat membeli sedikit barangan untuk di jadikan ole-ole bila pulang ke Malaysia kelak.Ada ketikanya, aku bersama Mat Sah berjalan di sepanjang deretan kedai dan hotel di sepanjang kawasan Masjid Nabawi. Kami melihat-lihat barangan yang di jual.....semuanya amat menarik....Untuk kaum wanita, biasanya yang paling di gemari ialah deretan kedai yang menjual jubah atau abaya...Sekiranya pandai berbahasa Arab, ianya akan menjadi satu kelebihan ketika tawar menawar harga barangan yang menjadi idaman....tapi bagi kami yang tak pandai berbahasa Arab ni, ada ketikanya "kene sembelih" oleh Pak Arab yang sengaja menjual barangan mereka dengan harga yang melambung! Walau bagaimana asyiknya dan sayangnya kami dengan kota Madinah, kami tidak dapat tinggal lebih lama lagi kerana misi utama ialah pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadah utama di sana.....Sedih tetap sedih, namun kami wajib berpegang pada hakikat...... Apa yang jelas ialah, bagi "first timer" seperti aku dan suami, memilih Madinah sebagai destinasi awwal sebelum ke Makkah ialah satu pilihan yang tepat kerana di sinilah bermulanya graf kekuatan fizikal dan mental kami sebelum menuju ke Makkah dimana kami bakal menghadapi pelbagai aktiviti ibadah yang lebih mencabar...... Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah, walaupun agak lewat dapat peluang mengerjakan haji, namun di usia ini, ianya adalah waktu yang paling sesuai dari sudut ilmu, kekuatan mental dan fizikal untuk melaksanakan rukun Islam ke 5 itu. Di antara ribuan jemaah haji yang di temui,berbanding dengan mereka yang berusia antara 55 hingga 75 tahun aku merasakan "masih muda" untuk mengharungi setiap cabaran di hadapan......................................bersambung... |
Tabung Haji jual kurma terlalu mahal? Posted: 27 Nov 2012 03:39 PM PST Pada hari ke tiga di Madinah, kami dari KT42 di bawa melawat ke beberapa tempat yang telah di tetapkan oleh Tabung Haji. Dalam fikiran ni, sentiasa berlegar, bagaimanakah rupanya Bukit Uhud yang amat terkenal dalam sejarah itu dan macam-macam lagi.... Beginilah rupa Bukit Uhud yang gondol tanpa sehelai daun pun. Bukan Bukit Uhud saja, hampir semua bukit di daerah ini memang tercipta dari jenis batu batan keras yang tiada sebarang tumbuhan diatasnya...namun menurut Ust Kamaludin, yang jadi 'tourist guide' kami,pada musim sejuk, akan kelihatan lumut hijau di celah batu, yang menjadi makanan biri-biri.....Sebaik tiba di kawasan ini, kami di ceritakan kembali tentang peristiwa Perang Uhud yang amat terkenal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW bagaimana tentera Islam ketika itu hampir di kalahkan oleh tentera kafir dan Saidina Hamzah turut syahid dalam pertempuran itu.... Kami mendengar dengan khusyuk sambil cuba menghayati dan merasai betapa kuatnya keimanan dan fizikal umat islam di zaman itu... Selepas Bukit Uhud, kami dibawa ke Masjid Quba', antara masjid yang pertama di bina oleh Nabi Muhammad sebaik saja baginda dan rombongannya tiba dari Makkah ke Madinah. Dari filem "The message", masih teringat bagaimana hangat dan meriahnya sambutan yang di berikan oleh penduduk Madinah pada Nabi Muhammad SAW dan semua yang berhijrah bersama baginda..... Lawatan itu tidak lengkap jika para jemaah haji tidak di bawa ke ladang kurma milik Tabung Haji yang di beli dan di kendalikan sendiri oleh orang Malaysia. Besar juga ladang tersebut yang boleh menampung keperluan lebih 28 ribu rakyat Malaysia yang ingin membeli kurma untuk di bawa pulang ke Malaysia. Aku dan suami tidak lah "shopping" sangat....sekadar membeli beberapa kilo kacang dan cokelat. Harga kurma dan kekacang di ladang ini di katakan dua kali ganda lebih mahal dari harga di kedai-kedai biasa di sekitar Masjid Nabawi.....Ramai juga pak aji dan mak aji yang datang dari daerah pedalaman di Malaysia tertanya-tanya, kenapa Tabung Haji menjual makanan tersebut dengan harga yang begitu tinggi??? Wallahualam, tiada jawapan untuk soalan itu........... |
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan