Selasa, 27 November 2012

Merah Hitam

Merah Hitam


Rakan sebilik di Al Haram.

Posted: 27 Nov 2012 12:31 AM PST

Sesiapa saja yang mendapat peluang ke Tanah Suci Madianh dan Makkah, pastinya bersoa dan berharap mendapat teman sebilik yang terbaik sepanjang permusafiran di bumi barakah itu...Aku turut berdoa moga di pertemukan dengan mereka-mereka yang jujur dalam niat dan amalan untuk mengerjakan haji.
Ketika membuka piantu bilik 935, aku berkenalan dengan Ti dari Bangi ,  sedang  belajar di peringkat Master.Hebatnya suri rumah ni !! Kemudian, aku bersalaman dengan Eda, dari Melaka , ibu kepada lapan orang anak adalah yang  paling muda di kalangan kami. Jamilah, yang sudah tujuh kali datang ke Makkah dan Madinah, mengerjakan haji kali ke 2  tahun ini.Jamilah yang sebaya dengan ku adalah isteri seorang aktivis UMNO tegar dari Sg Besi manakala Kak Mun,  adalah seorang isteri kepada seorang bekas polis. Diantara kami berlima, hanya aku seorang yang berkerjaya, sementara yang lain  adalah suri rumah sepenuh masa.....

Ti  seorang  yang amat bijak dan ambil berat tentang  hal-ehwal ibadah terbaik yang sepatutnya kami lakukan. Mungkin disebabkan beliau adalah isteri kepada seorang ustaz berpendidikan Ph.D, mudah untuk kami merujuk tentang hal ehwal ibadah kepada suaminya...Jamilah kami panggil sebagai "mutawwif" kerana kekerapannya bertandang ke Madinah ini.Eda, adalah seorang yang amat rajin membaca buku tentang ibadah haji  manakala Kak Mun , yang paling senior diantara kami, di anggap sebagai teman yang paling memahami ketika ada yang demam atau sakit.....


Sebelum ke Madinah, kami di nasihatkan supaya bergerak ke Masjid bersama suami masing-masing. Namun setelah beberapa jam berada di sini, kami rasa lebih selesa untuk bergerak bersama rakan sebilik kerana kami akan sama-sama solat di bahagian wanita. Kami sama-sama memilih tempat yang menjadi kegemaran dan akan sama-sama pulang ke hotel setelah semuanya selesai. Ada ketikanya, kami sama-sama singgah melihat jualan murah di sepanajang jalan ke arah masjid.

Ketika di Malaysia, aku rasa fobia dengan sesiapa saja yang mengaku ahli tegar UMNO, namun di Madinah, semua perasaan itu ku simpan  dan semuanya di tumpukan untuk melakukan ibadah yang terbaik dan aku sendiasa berdoa menjadi tetamu Allah yang terbaik dan sabar.........bersambung..

Air mata menitis di Masjid Nabawi......

Posted: 26 Nov 2012 11:37 PM PST

Pertama  kali menjejakkan kaki di lantai Masjid Nabawi sudah cukup membuatkan air mataku bercucuran mengenangkan betapa besarnya pengorbanan baginda supaya Islam dapat di sebarkan dan di nikmati oleh semua manusia....aaahhh!!! begitu sukar untuk menggambarkan perasaan ketika itu.Dan bila masuk waktu solat, mendengar bacaan al quran dari imam masjid tersebut membuatkan ku merasai nikmat ayat-ayat Allah, walaupun aku kurang memahami maksudnya.....

Setiap saat di masjid Nabawi, sudah cukup untuk membuatkan ku untuk duduk berlama-lamaan di dalamnya di samping menikmati kecantikan rekabentuk dalaman salah satu masjid yang di sebut dalam kitab suci al Quran itu. Aku juga berkesempatan solat di Rhaudah.... Ketika itulah aku membacakan doa-doa kiriman kawan-kawan  dan saudara-mara dari Malaysia.....

Kami para jemaah wanita sebenarnya tidak di benarkan mengambil gambar hiasan dalaman masjid.....namun , pada suatu hari,  tanpa  di sedari kamera sudah berada di beg Tabung Haji yang ku pakai setiap hari.Dengan sedikit kesempatan yang ada, aku terus memetik kamera beberapa kali merakamkan kecantikkannya....al Hamdulillah, nasib baik para petugas wanita di masjid itu tidak nampak flash kamera.....kalau tidak, mahu aku di suruh keluar dengan segera...


Ini adalah pemandangan ketika "payung" sedang mula di buka secara automatik. Ketika itu, para jemaah yang belum pulang, akan mengambil peluang merakamkan detik payung itu terbuka.....


Aku dan suami  sengaja pulang lewat ke hotel untuk menyaksikan dan merakamkan  gambar yang unik itu...Cantek sungguh idea manusia yang di beri ilham oleh Allah SWT.
 Dan akhirnya, payung itu terbuka lebar seperti ini.....memberi naungan dari panas terik matahari yang tahap kepanasannya boleh mencapai 55 celcius!!Kini aku cukup memahami, mengapa sesiapa saja yang pernah datang ke masjid ini, pasti menyimpan azam untuk datang lagi ke dataran nabawi ini...... bersambung.


Tiada ulasan: