KRAI Utara |
- Saman semua ejen utusan malaysia - sayuti omar
- Hot! Bomoh maut di tembak, teman wanita parah!
- Percayakah umno dengan doa?
- Hot! Kami bukan mahukan sekadar kutukan untuk israel, kami mahu senjata...
Saman semua ejen utusan malaysia - sayuti omar Posted: 23 Nov 2012 06:44 AM PST KUALA LUMPUR: Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan. Demikian pandangan penulis politik, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya Merah Tinta http://msomelayu.blogspot.com.Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini yang telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.Sebelum ini, kata Sayuti sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan.Katanya, kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.“Bagaimana pun akhbar berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.“Mengenai hal ini sukacita dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu,” katanya.Baginya, saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan. “Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan,” ulasnya lagi.Menurutnya, sudah pasti kalau agen-agen kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.“Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko,” katanya. |
Hot! Bomoh maut di tembak, teman wanita parah! Posted: 22 Nov 2012 09:01 PM PST Seorang pengamal perubatan tradisional mati manakala teman wanitanya cedera parah dalam satu kejadian tembak di rumahnya di Jalan Permas 12/10, Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru semalam. Pengamal perubatan itu, Ang Keng, 40, ditembak di tingkat bawah manakala teman wanitanya Sureen Toh, 30, ditembak di sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. "Kita menerima panggilan pada jam 5.15 petang daripada Sureen yang mengatakan dia dan pasangannya telah ditembak. "Pasukan kita tiba bersama sebuah ambulans, bagaimanapun Ang Keng didapati telah meninggal dunia manakala Sureen cedera di badan," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob ketika ditemui di tempat kejadian. Zainuddin berkata Ang Keng didapati ditembak di kepala dan badan manakala Sureen ditembak di badannya namun tidak dapat memberikan jumlah tembakan yang dilepaskan dalam kejadian itu.Pihak unit forensik polis tidak menemui sebarang tanda pecah masuk ke rumah itu dan Zainuddin tidak menolak bahawa mangsa mengenali penyerang yang mungkinlebih daripada seorang.Pihaknya juga masih belum tahu motif serangan kerana tiada barangan berharga yang hilang daripada rumah tersebut dan polis juga akan menyiasat rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumah mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sureen dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah. Zainuddin juga menyeru agar orang awam tidak membuat panggilan ke talian 999 bagi kecemasan seperti itu sebaliknya menghubungi talian hotline 07-2212999 untuk tindakan lebih cepat daripada polis. - Bernama |
Posted: 22 Nov 2012 07:52 PM PST Doa yang dibacakan oleh tok guru nik razi nik mat begitu menakutkan umno sehingga menimbul respon yang pelbagai dari pimpinan umno serta alat alat perkakasnya. Apa sangatlah sebuah doa yang hanya sebuah rangkap kata2 yang dibenarkan oleh ribuan penyokong pas pada malam itu yang datang dari seluruh pelusuk negeri dan negara. Barangkali doa kehancuran umno itu melantun terkena umpama peluru bedil sehingga merobek ego mereka? Atau umno pun sedar mereka pun ada tuhan, dan jika tuhan itu makbulkan permintaan itu, natijahnya umno akan kojol. Atau sebenarnya umno melalui nasihat syaitan yang dikenali sengaja mengambil peluang untuk menimbulkan satu situasi bahawa pas dan orang orangnya memang sesat kerana "mana bulih mendoakan sedara seugama dengan bala", dan ramai khalayak yang faham sedemikian. Umno sebenarnya jauh dari percaya kepada doa, ingat dulunya mantan pemimpinnya pernah memperkecilkan keupayaan perubatan dengan air jampi?. Dan mereka bukan sahaja kurang yakin pada doa, bahkan dengan hukum islam yang lain pun mereka sinis, memandang lekeh! Maklum quran itu bagai buku lama, ilmu lama. Maklum dan percaya dalam ramai mereka itu ada juga yang mengaku ulamak. Ulama ini mungkin yakin sedikit akan kuasa doa, tetapi mereka turut bodoh kerana turut menghentam pas dalam isu ini, sepatutnya mereka juga boleh menganjurkan majlis doa hancur pas kerana menzalimi rakyat! Kalau betul pas juga zalim... |
Hot! Kami bukan mahukan sekadar kutukan untuk israel, kami mahu senjata... Posted: 22 Nov 2012 09:49 AM PST Sokongan persenjataan Pemerintah Iran kepada gerakan Harakat Al Muqawwama Al Islamiyyah (Hamas) untuk melawan agresi tentera Israel, mendapat perhatian dan terima kasih dari anak-anak Gaza. Surat untuk Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad itu terungkap melalui kunjungan rombongan Hisham Qandil, Perdana Menteri Mesi, 3 hari lalu ke Gaza. Fatemeh Al-Zoq, seorang gadis kecil Gaza mengucapkan terima kasih atas dukungan praktis bangsa Iran kepada bangsa Palestin . Dalam surat itu Fatemeh menulis, Palestin tidak memerlukan kata-kata dan sekadar kutukan kepada Israel. “Kami meminta pertolongan melawan penjajah Israel yang laknat. Terima kasih tuan Presiden”. Naji Seif, anak Gaza lain dalam suratnya kepada Presiden Iran menulis seperti ini: “Untuk Tuan Presiden Ahmadinejad dan saudara-saudara saya di Republik Islam Iran, saya Naji Abu Seif, menulis surat kepada kalian saat bom dan ledakan mengelilingi lingkungan rumah kami Gaza. Di saat-saat saya menulis surat ini, lingkungan saya sedang dibom oleh pesawat Israel, tapi kami tetap melanjutkan perlawanan kami dan kami bangga boleh melakukan jihad membela kehormatan negara kami. Tuan Presiden, kami tidak mengharapkan apa-apa dari penguasa Arab. Kami tidak ingin dan tidak percaya kepada mereka. Meskipun anda dan rakyat Iran adalah Syiah, tapi kepercayaan kami ketika ini hanya kepada Tuan Presiden dan rakyat Republik Islam Iran. Selama perang kami hanya mendengar dan Iran sebagai pendukung kami melawan Israel laknatullah. Untuk semua orang yang menyokong umat Islam, kami mencintaimu. Wahai Tuan Ahmadinejad dan rakyat Iran yang penuh dengan kebanggaan! Saya mencintai kalian! Kami pantang dihinakan!. Kami adalah tentera-tentera Allah dan harapan kalian akan kami wujudkan dengan kehancuran penjajah Israel. Insya Allah.” Naji Abu SaifYang berharap boleh bertemu dengan Tuan Presiden dan rakyat Republik Islam Iran Gaza, Palestin , Sabtu 17 November 2012sumber osseram |
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan