Khamis, 15 November 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Najib tidak yakin boleh tawan Selangor

Posted: 15 Nov 2012 03:09 AM PST




Ketika bercakap didepan penganut Hindu di Batu Caves Najib masih tidak yakin boleh tawan negeri Selangor PRU 13 nanti.

Yang mampu diucapkan tidak lain dan tidak bukan suatu janji  jika BN memerintah Selangor Pangsapuri setinggi 29 tingkat akan dibatal.

Itulah tindakan yang pernah dilakukan oleh perdana menteri  yang "amanah" dan kerajaan di amanahkan oleh rakyat memerintah Negara terhadap negeri yang diperintah pembangkang.

Menarik balik bayaran royalty minyak 5 peratus  terhadap negeri Terengganu selepas PAS menang dan memerintah  PRU 10 (1999-2004).

Sehingga hari walaupun Najib sendiri yang buat janji akan menbayar semula royalti minyat 5 peratus kepada kerajaan Terengganu di ditadbir BN belum ditepati lagi.

Demikian juga yang dilakukan terhadap kerajaan Kelantan, sedangkan negeri Keelantan berhak mendapat bayaran royalty minyat 5 peratus.

Oleh itu, janji Najib pada orang Hindu di batu Caves tempoh hari bukan janji mustahil jika BN memerintah semula Selangor.

Tindakan jahat terhadap negeri yang diperintah pembangkang sudah menjadi amalan UMNO/BN baik siapapun yang menjadi perdana menteri.

Pada hal tindakan itu jelas dan nyata bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen dan perlembagaan  Negara Malaysia.

Saol bercanggah dengan perlembagaan Negara tidak pernah diambil kira oleh para pemimpin yang menerajui Malaysia ini, asalkan tindakan tersebut oleh menyekat rakyat mengundi pembangkang.

Lebih lebih lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama memiliki perasaan" takut" dan "harapan"  punca umno/BN memerintah selama 60 tahun.

Kebanyakan bijak pandai dalam Negara mengandaikan PRU 13 ini adalah merupakan tahun akhir buat umno/BN memerintah Negara ini.

Penulis tengok dalam media massa pro kerajaan umno/BN masih boleh menang dan memerintah Negara ini selepas PRU 13 yang akan di adakan MAC 2013.

Akan tetapi dalam hampir seluruh laman web dinegara ini sokongan terhadap kerajaan UMNO/BN menurun dan jatuh merudum.

Maka jalan ke Putrajaya pembangkang walaupun telah disekat,nampak begitu cerah dan pasti umno/BN berputih mata miskipun sudah banyak wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi harapan kebanyakan rakyat.

Apa apa pun kita kena lihat perkembangan politik selepas perhimpunan agung umno yang bakal diadakan ujung November ini yang ada ura ura akan ditangguh atas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Sesungguhnya hari ini, bacaan politik masih tidak menentu miskipun kerajaan mengadakan pelbagai inisiatif dan insentif  berbentuk bantuan yang jadi harapan kebanyakan rakyat.
     


Tiada ulasan: