Komentar Kini |
Benarkah Najib bimbang dengan penularan fahaman liberal Posted: 11 Nov 2012 09:09 PM PST Setakat hari ini belum ada seorang pun perdana menteri Negara kita yang rasa bimbang dengan penularan fahaman liberal yang sangat berbahaya itu. Akan tetapi hari ini kita sedia maklum bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri Malaysia ke 6 menyatakan rasa bimbang yang amat sangat dengan penularan fahaman tersebut. Apa pun fahaman liberal ini bukan baru sahaja menular di Malaysia ini, malah sudah sekian lama, akan tetapi tidak ada seorang perdana menteri pun yang rasa bimbang dengan penularan tersebut. Yang ada perasaan bimbang hanya dihati kalangan ulamak yang baik sahaja, manakala ulamak jahat berdiam diri bak syaitan bisu. Yang paling sedih lagi ada ulamak yang mengatakan "tak apa" pinjaman berfaedah (bunga) pada bank, termasuk bank bukan islam sebagai bukan "riba". Malah, kata mereka, ia bertepatan dengan "syariah". Mereka ini terdiri daripada yang ada ijazah PHD bidang agama Islam luar dan dalam negeri dan sangat menggalakkan rakyat meminjam untuk membeli rumah dan kenderaan kerana tak apa. Apa pun fahaman liberal dalam hukum hakam ini sudah sekian lama menular sehingaga pihak kerajaan semasa diterajui Tunku Abdul Rahman Al Haj menghalalkan judi loteri kebajikan. Pendek kata sehingga ini judi telah di lesenkan di Malaysia dengan katanya dan beralasan bahawa kerajaan tidak menghalalkan" judi", walaupun telah dilesenkan.Judi tetap haram bagi orang orang Islam. Memang ada lojik juga kerana rakyat Negara terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama yang berbeza satu sama lain. Akan tetapi bagaimana pula dengan anggapan dan pernah diucapkan beberapa orang menteri kabenit bahawa "agama sama sahaja", sedangkan mereka yang menyamakan agama itu sama sahaja boleh jadi kafir "mutlak". Fahaman liberal menetapkan tidak boleh mengatakan orang kafir sebagai kafir atas alasan bahawa boleh "mengancam keterteraman awam" dan seolah olah kita telah mengajak orang kafir berperang. Bukan setakat itu sahaja, malahan sudah ada Negara orang islam yang mengharamkan perkataan "jihad" dan sekaligus tidak membenarkan mata pelajaran tersebut diajar sekolah sekolah dan university university negaranya. Di Malaysia mata pelajaran pengetahuan Islam sudah ditukar kepada mata pelajaran "moral" kerana ada kalangan yang bimbang dengan fahaman Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW bertapak kukuh. Kita sedia maklum bahawa 83 peratus rakyat yang mendakwah diri orang Islam tidak solat lima waktu sehari semalam, sedang tinggal solat dengan sengaja itu hukumnya jadi kafir (hadis). Ulamak yang berfahaman liberal tetap mengatakan tinggal solat sengaja tidak jadi kafir atas alasan mereka itu tidak menafikan hukum wajib solat. Alasan yang dibuat ini jelas ianya berfahaman liberal dalam agama sepertimana yang pernah diucapkan oleh bijak pandai Islam liberal di Indonesia bahawa "tutup aurat" hanya dalam "solat" dan ketika mengerjakan umrah dan haji sahaja. Fahaman ini sudah lama menular ke Malaysia, sedangkan tidak " menutup aurat" itu tak bau cium syurga atau dengan katakana mereka yang terlanjang itu masuk neraka. Yang paling sedih lagi ada salah seorang yang ada PHD mengatakan belum tentu mereka yang tak aurat ini masuk neraka. Memang betul jika mereka sempat bertaubat dan diterima taubatnya, kerana Allah maha pengampun. Bagaimana pula dengan hadis yang bermaksud: "Barang siapa (perempuan) yang tak tutup aurat tak bau cium syurga" Apakah boleh kita sanggah mengatakan belum tentu mereka masuk neraka, sedangkan Rasulullah SAW telah dimaklumkan oleh Allah masuk neraka. Kesimpulannya fahaman liberal mengenai Islam di Malaysia sudah berakar umbi sekian lama sehingga 83 peratus rakyat orang islam tak solat lima waktu yang membabitkan "rosak akidah" dek sikap para pemimpin Negara yang menganut fahaman tersebut. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan