Kerabu Bersuara ® |
- Tolak Dan Jauhi BN Kedah!
- Hina Sultan: Polis tahan semula Ahmad selepas dibebaskan
- Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah
- Kroni Umno-MCA Kuasai AES?
- 16 Ditahan JAIS Dibicara 20 Disember
- Guana Gamok Geng Umno?
- Luahan Perasaan Guru Yang Gagal Permohonan Pindah Sedangkan Mereka Ada Masalah. KPM Buta Tuli?
- Siapa yang benar antara Fathul Bari dan Chua Soi Lek ni? Lebih jauh lagi, apa yang sebenarnya Chua Soi Lek belajar dari Fathul Bari?
Posted: 05 Nov 2012 02:37 PM PST Hang p main jauh-jauh rakyat kedah sudah cerdik depa tak makan hasutan umno bn! |
Hina Sultan: Polis tahan semula Ahmad selepas dibebaskan Posted: 05 Nov 2012 11:45 AM PST Oleh Clara Chooi Penolong Pengarang Berita KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pihak polis hari ini menahan semula Ahmad Abd Jalil selepas seorang majistret Johor membebaskan beliau dari reman tiga hari, dengan memberitahu keluarga bahawa mereka bertindak atas perintah dari "orang atas" (pegawai atasan), dakwa seorang ahli keluarga. Ahmad, yang telah ditahan Jumaat lalu untuk siasatan hasutan kerana penghinaan beliau di Facebook terhadap Sultan Johor, terus ditahan semula oleh polis lagi selepas beliau dibuka gari di mahkamah petang ini, walaupun terdapat bantahan daripada peguam dan keluarga. "Ahmad dibebaskan secara sah oleh majistret. Akan tetapi polis mahu membawa beliau semula ke IPK. Kami berkeras mahu Ahmad pulang bersama kami. Polis masih…?" kata bapa Ahmad, Abd Jalil Abd Rahman, dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider kira-kira pukul 4.30 petang tadi. IPK merujuk kepada "ibu pejabat polis kontigen", dimana lelaki berusia 27 tahun di ditahan selama beberapa hari. Dalam kiriman mesejnya pada 5.25pm, Abd Jalil berkata, "Majestret dah LEPAS Ahmad tapi inspector Nazri dan 2 anggota tak pakai uniform dah bawa balik Ahmad ke IPK. Sekarang dia 'under arrest' dgn charge lain pula (Multimedia Act)." Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider selepas itu, seorang lagi ahli keluarga Ahmad yang tidak mahu dikenali memberitahu polis mengakui bahawa mereka terus menahan Ahmad disebabkan tekanan daripada "orang atas". "Ahmad dilepaskan oleh kerana majistret memberitahu bahawa mereka gagal mendapatkan kenyataan daripada beliau semasa tiga hari menahannya," katanya. "Mereka membuka garinya, akan tetapi tidak melepaskannya… memberitahu terdapat arahan 'orang atas'. Jadi esok mereka akan sekali lagi membawa Ahmad ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran untuk mereman beliau sekali lagi. "Siapa 'orang atas' ini?" tanya ahli keluarga Ahmad tersebut. Menurut peguam Ahmad Sabtu lalu, pihak polis telah memaklumkan kepada belia bahawa anak guamnya sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 oleh kerana tulisan beliau di Facebook yang dikatakan menghina Sultan Johor. The Star hari ini melaporkan pemangku ketua CID Johor, ACP Abd Aziz Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada 21 Oktober menggambarkan Sultan Ibrahim tidak layak untuk memimpin negeri tersebut. Menurut laporan tersebut lagi, Ahmad turut disiasat dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Bercakap kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, Abd Jalil memberitahu beliau masih lagi bimbang tentang keselamatan anaknya, mengadu beliau dibiarkan tanpa mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini. Beliau menceritakan kembali tentang majistret membebaskan anaknya dari reman dan polis tidak sepatutnya menyimpan anaknya kembali di lokap. "Seperti biasa, mereka membuat kita menunggu di mahkamah pagi ini dari jam 8.30 pagi sehingga hanya kira-kira jam 4.00 petang sebelum Ahmad dibawa untuk melihat kami," katanya. Abd Jalil menjelaskan bahawa Ahmad dibawa ke mahkamah oleh tiga lelaki dan hanya seorang yang memakai pakaian seragam polis. Selebihnya berpakaian preman. "Apabila Ahmad dibebaskan, pemandu — seorang lelaki bertubuh besar memakai baju merah — kelihatan amat berpuas hati. "Dia menarik inspektor ketepi dan mereka mengadakan perbincangan seketika sebelum mereka membawa Ahmad kembali ke kereta mereka, bukannya melepaskannya kepada kami. "Itulah masanya kami diberitahu mereka bertindak atas arahan pihak atas," kata Abd Jalil. "Siapa lelaki berbaju merah itu? Mengapa beliau tidak gembira Ahmad dibebaskan?" tambahnya. Pada ketika ini, Abd Jalil memberitahu beliau tidak pasti sama ada Ahmad akan dibawa semula ke mahkamah esok supaya polis boleh mendapatkan lagi perintah reman. |
Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah Posted: 05 Nov 2012 03:52 AM PST (Oleh Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah. Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu. "Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. "Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan. "Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan," jelas Rafizi. Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah. "Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan," tegasnya. Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13. |
Posted: 05 Nov 2012 03:52 AM PST Afix Redzuan KUALA LUMPUR, 5 NOV : Adun Teja, Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera Sistem Kamera Automatik (AES) kepada Beta Tegap Sdn Bhd. Pada satu sidang media di Lobi Parlimen. Chang mendakwa tender pemasangan AES dikuasai kroni Umno. Menurutnya, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor. Katanya, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atikah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno di Johor. "Tan Sri Redzuan merupakan bekas Adun Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atikah pernah menjadi Adun Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat. "Selain itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada Adun Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," katanya yang turut ditemani Ahli Parlimen Selayang, William Leong. Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta utama yang mendapat kelayakan tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd. Sebelum ini, William mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. Namun, dakwaan itu disanggah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan. |
16 Ditahan JAIS Dibicara 20 Disember Posted: 05 Nov 2012 03:51 AM PST Lizawati Madfa SHAH ALAM 5 NOV : Kesemua 16 individu yang ditahan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Bandar Tasik Puteri, Rawang minggu lalu akan dibicarakan di Mahkamah Syariah pada 20 Disember nanti. Serbuan tersebut berikutan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JAIS bahawa terdapat usaha menghidupkan kembali Kumpulan Al-Arqam di dalam satu majlis anjuran Global Ikhwan Sdn. Bhd. Global Ikhwan merupakan syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan gerakan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994. Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dalam satu sidang media hari ini memberitahu kesemua mereka ditangkap di bawah Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. "Kesemua mereka ini merupakan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama. "Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon jamin RM 1000 dan seorang penjamin," ujar beliau. Beliau turut ditemani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam sidang media di bangunan JAIS di sini petang tadi. Bahagian Penguatkuasaan JAIS sebelum ini mengesan satu program cubaan menghidupkan ajaran dan fahaman al-Arqam yang diadakan di Dataran Global Ikhwan Celebration Hall pada 30 Oktober hingga 1 November lalu. Majlis tersebut juga didakwa diadakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Ashaari, pengasas Al-Arqam. Hasil samaran empat anggota JAIS selama dua malam berturut-turut mendapati wujudnya elemen-elemen fahaman dan pegangan al-Arqam. |
Posted: 05 Nov 2012 03:44 AM PST Ada berani? |
Luahan Perasaan Guru Yang Gagal Permohonan Pindah Sedangkan Mereka Ada Masalah. KPM Buta Tuli? Posted: 04 Nov 2012 06:39 PM PST Sedih saban tahun mendengar rintihan golongan guru yang mana mempunyai masalah tetapi dibuat buta tuli oleh pihak kementerian. berubah la wahai KPM. Kementerian ini perlu ada cara dan kaedah. kita dapat tahu ramai pasangan suami isteri yang berjauhan macam ni mendapat pandangan dari jabatan agama untuk melakukan proses penceraian. Wahai KPM, kamu yang kerja kat sana ROBOT kah? mana dasar kemanusiaan anda? Jawatan Melalui Bantuan 'Kabel' Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net SOALAN Saya mempunyai satu kemusykilan mengenai hukum rezeki yang diperolehi apabila mendapat kerja bukan atas kelayakan tetapi atas dasar direkomenkan oleh pihak atasan. Apakah hukum bagi pihak atasan yang telah merekomenkan B walaupun pada dasarnya B tidak memenuhi syarat kelayakan utk jawatan tersebut seperti calon lain? Apakah hukum pendapatan B kerana secara terang-terangan mengetahui yang dia mendapat jawatan tersebut di atas rekomen pihak atasan? Mohon penjelasan dari pihak ustaz bagi mengelakkan kekeliruan dalam mendapatkan rezeki yang halal. JAWAPAN Dalam hal teknik mendapatkan kerja, ada hak yang sememangnya dinikmati oleh majikan atau pengurusan atasan. Jika tindakan pengurusan atasan masih dalam lingkungan ini tanpa dipengaruhi oleh rasuah dan sogokan. Pada penilian saya, tiada sebarang kesalahan juga dari pandangan hukum Fiqh Islam. Allah swt menyebutkan: إنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya ( Al-Qasas : 26) Berdasarkan ayat terbabit, majikan berhak memilih pekerjanya, namun ayat tersebut membawa mesej, sebaik-baik cara pemilihannya adalah berdasarkan kualiti, merit dan amanah. Pun begitu, sebagaimana kita faham, apabila ia dimaksudkan 'terbaik' maka, terdapat cara lain yang masih dianggap 'baik', tidak buruk dan tidak juga tergolong dalam larangan. Iaitu pemilihan berdasarkan sebab-sebab selain merit tetapi munasabah menurut adat dan praktis yang sihat. Namun begitu, ia tertakluk juga kepada jenis syarikat. Jika ia sebuah syarikat persendirian, kebebasan dan hak majikan adalah LEBIH BESAR berbanding jika syarikat yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat awam atau dimiliki oleh kerajaan. SYARIKAT SWASTA Bagi syarikat swasta atau persendirian, preference atau pemberian keutamaan atau rekomen ke atas seseorang calon pemohon pekerja yang dilakukan oleh majikan sama ada oleh Pengurus Besar yang melaksanakan proses interview, atau CEO atau Lembaga Pengarah adalah dibenarkan di dalam Islam iaitu selagi mana keutamaan itu didasari oleh sebab yang munasabah. Tetapi jika ia disebabkan kerana calon itu lebih seksi, pandai menggoda, punyai hubungan sulit terlarang dengan boss, atau apa jua sebab yang DIHARAMKAN, tatkala itu keutamaan dan cara pemilihan itu turut menjadi haram. Jika didasari sebab munasabah seperti kerana agamanya, hubungan kerabat, bangsanya, aliran politiknya, kenalan silam, bangsanya dan yang sepertinya, saya kira ia masih di dalam hak majikan. Sekali lagi diingatkan, itu adalah dalam situasi pengambilan pekerja bagi syarikat persendirian. Pengambilan bekerja adalah berdasarkan kontrak ujr 'ala amal (upah atas tugas), dalam hal ini, ia serupa dengan kontrak wakalah (agen) dimana kita bebas untuk memilih siapa yang ingin dijadikan wakil kita, berdasarkan preference kita yang tersendiri. Demikianlah juga majikan bebas meletakkan keutamaan tersendiri dalam penilaian perlantikan pekerja di bawah mereka. Jika calon dipilih kerana dia merupakan anak pengerusi dan pengasas syarikat tersebut yang diharapkan menyambung legasi keluarganya. Sudah tentunya ia tiada sebarang masalah dari sudut hukum walaupun calon terbabit kurang kelayakan berbanding pemohon-pemohon lain. Pada hemat saya, tiada isu pemohon lain dizalimi dalam konteks ini. Ia sama sepeti pemberian sedeqah, walaupun di luar sana masih ramai yang mungkin memerlukan dan juga miskin, kita masih digalakkan oleh Islam untuk mendahulukan ahli keluarga yang juga misikin dan memerlukan berbanding orang luar Sebagaimana hadis nabi s.a.w : الصدقة على المسكين صدقة وهي على ذي الرحم ثنتان صدقة وصلة Ertinya : Sedeqah kepada orang miskin mendapat satu sedeqah, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedeqah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan ( Riwayat At-Tirmidzi : Hadis Hasan) Sebagai tambahan kepada hadis di atas, satu analogi mudah; selaku pemilik rumah, kita bebas memilih kontrator mana untuk kita pilih bagi menyiapkan renovasi rumah kita. Sama ada kita memilih atas dasar hubungan rakan atau skill, ia semuanaya terpulang kepada kita. Katalah kita memilih kontraktor atas dasar dia merupakan kenalan rapat kita, mengenepikan skill, ia dibenarkan dan tiada paksaan dalam hukum Islam untuk kita mendahulukan skill dan merit dalam segala-galanya. Namun apabila kita mengurangkan penilaian terhadap skill, kita perlu menimbang tara kesan kebaikan dan keburukan yang mungkin bakal berlaku terhadap hasil kerja yang disiapkan kelak. Mungkin sebahagiannya terpaksa kita tolak ansur. Tetapi, jika sesebuah syarikat swasta berfungsi mengendalikan apa sahaja yang melibatkan kegunaan masyarakat umum seperi proses pembinaan lebuhraya, stadium, kompleks membeli belah dan apa jua yang melibatkan KEPENTINGAN RAMAI. Dalam Fiqh Islam skill, merit, pengalaman, kemampuan dan kepakaran MESTI diutamakan berbanding yang lain kerana menggadaikan hal itu kerana mengutamakan sebab-sebab lain bakal membawa mudarat besar kepada orang ramai. SYARIKAT AWAM Perbincangan di atas mungkin berbeza, jika ia adalah sebuah syarikat awam (public listed) atau syarikat milik kerajaan, semua pemohon tidak patut didiskriminasi hanya kerana aliran politik, kerabat dan sebagainya. Tatkala itu majikan MESTI PATUH kepada syarat utamanya iaitu merit. Itu mesti dijadikan sebagai ukuran utama. Ketika itu, faktor-faktor lain mestilah tidak menjadi faktor penentu tetapi hanya faktor penyokong sahaja. Ini jelas, kerana apabila ia sebuah syarikat tersenarai di bursa (iaitu syarkat senarai awam), tentunya majoriti pemilik syarikat mementingkan prestasi. Prestasi memerlukan merit dan skill. Demikian, syarikat kerajaan, yang mesti memberikan keutamaan secara adil kepada calon dan pemohon. Kecuali jika ia mempunai kuota atas dasar bangsa, itu pterpulang kepada polisi umum kerajaan dan bukan berdasarkan penilaian dan keutamaan peribadi dari seseorang seperti ketua jabatan atau pegawai yang menemuduga. KESIMPULAN Berdasarkan kepada penjelasan di atas, jika dirujuk kembali kepada soalan, perkara pertama yang perlu disemak adalah jenis syarikat dan tugasan yang bakal dipikul oleh calon terbabit. Jika ia syarikat swasta, pada asasnya, majikan berhak berbuat demikian, selagi mana tugasan yang bakal dipikul oleh calon kurang kelayakan itu tidak memebabitkan kerja bagi masyarakat umum, kerana bimbang mudarat ke angatas mereka. Jika syarikat yang dimaksudkan adalah syarprikat milik kerajaan, awam atau Goverment Link Companies (GLC), ketika itu tindakan memberi keutamaan kepada calon tidak berkelayakan adalah suatu KESALAHAN. Gaji pekerja yang berjaya terpilih berdasarkan kaedah SALAH mungkin terjejas dari sudut halalnya jika dia sendiri mengetahui dia dipilih melalui cara yang salah. Jika dia selepas itu, mempertingkatkan usaha dan ilmu sedaya upaya bagi memperbaiki kelemahannya dan setersunya meningkatkan skill dan merit ke tahap yang diperlukan status bermasalah (syubhah) gaji tadi, tentunya kembali ke status HALAL. Kerana asal gajinya menjadi syubhah adalah pemilihan berdasarkan sokongan tidak sihat seseorang yang tidak boleh diterima sedangkan dirinya kekurangan skill dan merit sepatutnya. Justeru, apabila dia berjaya memulihkan masalah 'kurang skill' itu, tatkala itu, semua akan berubah Sebagaimana boleh difaham dari kaedah Fiqh :- إذا زال المانع عاد الممنوع Ertinya : Apabila hilangnya 'sebab' kepada larangan, kembali yang dilarang ( menjadi harus)[1] Dari kaedah di atas, boleh difahami, apabila pekerja yang dipilih walau tidak cukup kelayakan (kerana pemilihan dibuat atas sebab-sebab keutamaan yang tidak diterima), berjaya menghilangkan satu sebab utama (yang menjadikan tidak tidak layak sebelum ini), tatkala itu, jawatannya dikira kembali menjadi HARUS dan HALAL. Namun begitu, tindakan pegawai terbabit yang melantik dengan cara yang salah tetap dikira suatu dosa atas kezaliman tindakannya atas ketidakadilan mengenepikan calon yang lebih layak serta melanggar polisi di ketika hari pemilihan. Bagi calon yang dipilih tadi, jika dia sendiri tidak mengetahuinya sejak dari awal, dan kemudian menjalankan tugasannya dengan sebaiknya dan cemerlang. Ia sama sekali tidak menggugat status halal gaji sejak dari awal juga. Akhirnya, bagi sesiapa yang telah mendapat kerja melalui jalan sebegitu, tidak perlu terlalu risau, apa yang perlu dilaksanakan kini adalah TINGKATKAN KUALITI sehingga berada di tahap yang sepatutnya dan banyakan bersedeqah, itulah kewajiban mereka. Persoalan sama ada boleh menggunakan 'kabel' bagi mendapat jawatan jika punyai kelayakan yang sama, dan sama ada itu adalah rasuah, haram atau harus menurut Fiqh Islam. InshaAllah akan dibincangkan dalam artikel yang lain. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 2 Ogos 2010 |
Posted: 04 Nov 2012 06:17 PM PST Ahmad Fadhli Bin Shaari Saya tertarik membaca kenyataan Ustaz Fathul Bari berhubung isu hudud versi PAS dalam Sinar Harian hari ini.... jika dibandingkan dengan kenyataan Chua Soi Lek kelmarin, ada beberapa persoalan : 1. Fathul Bari berkata, Chua Soi Lek hanya menentang hudud versi PAS iaitu dalam isu diskriminasi. Jika dua orang mencuri, orang Islam dipotong tangan dan bukan Islam tidak dipotong. Dalam erti kata lain, Fathul Bari ingin menyatakan bahawa apa yang dinginkan oleh Chua Soi Lek ialah kesamarataan iaitu Islam dan bukan Islam dikenakan hukuman sama. Maksudnya, Chua Soi Lek inginkan hudud turut dikuatkuasakan untuk bukan Islam. 2. Di dalam kenyataan Chua Soi Lek kelmarin, beliau berkata setelah mendengar penerangan Fathul Bari, segalanya sudah jelas. Beliau juga turut mengungkit manifesto PAS 1986 yang kononnya ingin menguatkuasakan hudud ke atas bukan Islam. Ia bermaksud, Chua Soi Lek menentang hudud ke atas bukan Islam. Ini sememangnya pendirian Chua dari dulu dan kerana beliau berkata ADUN UMNO Johor yang ingin bukan Islam dikenakan hudud sebagai 'out of his mind.. Siapa yang benar antara Fathul Bari dan Chua Soi Lek ni? Lebih jauh lagi, apa yang sebenarnya Chua Soi Lek belajar dari Fathul Bari? |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan