Kelab Greenboc |
- Jenayah Menurun? Anak Bekas Ahli Parlimen BN Kena Tetak
- Patutlah Temberang Semacam Suruh Lapor SPRM, Rupanya Beliau Ada Kuasa Ke Atas SPRM
- Kenapa AES Dipasang Juga Walau Dikritik Hebat Terjawab, Dikuasai Syarikat Kroni UMNO MCA
- Pemimpin Sabah Cepat-cepat Masukkan RM40 juta Ke Dalam Akaun UMNO Sabah
- [TERKINI] Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi
Jenayah Menurun? Anak Bekas Ahli Parlimen BN Kena Tetak Posted: 06 Nov 2012 12:06 AM PST Kuala Lumpur — Polis sedang menjejak lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tetak anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh (BN) berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Bernama berkata masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat setakat ini. "Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan lanjutan untuk menangkap suspek-suspek ini," katanya. Beliau berkata mangsa Wan Mohd. Faizal, 24, iaitu anak kepada Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya. "Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan akibat ditetak," katanya. Wan Mohd Faizal cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan menggunakan parang dan dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian. — BERNAMA Anak Bekas MP Pasir Puteh Cedera Parah Ditetak |
Patutlah Temberang Semacam Suruh Lapor SPRM, Rupanya Beliau Ada Kuasa Ke Atas SPRM Posted: 05 Nov 2012 09:36 PM PST Rafizi desak Nazri bercuti, SPRM memulakan siasatan PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan "dana politik" RM40 juta ke atas Umno Sabah. Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah. Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang. Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM. Rafizi memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan "dana politik" RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan Chia melalui anaknya Nedim. "Berbeza dengan Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) dahulu, Datuk Seri Nazri adalah bertanggung jawab kepada SPRM. "Apabila SPRM membuka fail ke atas Datuk Seri Nazri, dia akan disiasat oleh badan yang akan melaporkan pada dirinya sendiri. "Oleh kerana tindakan Datuk Seri Nazri cuba menutup dan tidak memberi jawapan yang boleh diterima pakai setakat ini, sebab itu timbul soal Hummer dan sebagainya," kata pengarah strategi PKR itu. Rafizi memberitahu wartawan hari ini bahawa pendedahan terhadap kes Nedim adalah sebahagian dari pendedahan beliau terhadap pemberian "dana politik" RM40 juta Chia. "Datuk Seri Nazri cuba untuk menyembunyikan kes ini, beliau tidak memberikan jawapan yang munasabah sampai sekarang, dan inilah sebab kenapa isu Hummer ini timbul. " Walaupun menghantar laporan kepada SPRM hari ini, Rafizi menegaskan siasatan akan terus dijalankan bersama dengan SPRM. "Saya fikir dengan dua otak, kita dapat bandingkan siapa yang lebih cekap di sini. "Terserah kepada SPRM untuk bersama kita dalam siapa yang dapat menyelesaikan masalah ini," katanya lagi. Dalam sidang media berasingan minggu lalu, Rafizi telah menerangkan hubung kait antara keluarga Nazri dan Chia dengan gambar-gambar yang menunjukkan anak menteri tersebut, Nedim telah menggunakan Hummer yang bernilai lebih kuramg RM500,000 dengan nombor plat WNX 9776. Chia baru-baru ini dibersihkan dari tuduhan rasuah — kes dengan Musa selepas SPRM dan pihak berkuasa anti rasuah Hong Kong melaporkan bahawa wang bernilai RM40 juta yang cuba diseludup di Malaysia adalah "dana politik" untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa. Menurut laporan, Chia telah ditahan di Hong Kong pada 2008 dalam percubaan untuk menyeludup wang balik ke Malaysia. Pada ketika itu beliau memberitahu wang tersebut untuk Musa, menyebabkan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut dijalankan. Rafizi berkata bahawa Nazri, yang menggelarkan dirinya selalu "menteri undang-undang No.1" mungkin didapati bersalah atas kesalahan rasuah kerana beliau memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa telah bersih dari rasuah. Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan terseut, Rafizi menerangkan, Nazri turut membersihkan tuduhan terhadap Chia, walaupun gagal menunjukkan kertas siasatan ke atas kedua-dua individu tersebut, sama ada dari SPRM atau Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC). -TMI |
Kenapa AES Dipasang Juga Walau Dikritik Hebat Terjawab, Dikuasai Syarikat Kroni UMNO MCA Posted: 05 Nov 2012 06:22 PM PST Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA. Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To'Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim. "Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat. "Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini. Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. "Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini," soal beliau. Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005. Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta. Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan. Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES. "Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini. "Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini," kata Bendahari Agung KEADILAN itu. Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman. Kroni Umno kuasai tender AES |
Pemimpin Sabah Cepat-cepat Masukkan RM40 juta Ke Dalam Akaun UMNO Sabah Posted: 05 Nov 2012 04:15 PM PST Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah. Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu. "Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. "Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan. "Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan," jelas Rafizi. Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah. "Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan," tegasnya. Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13. Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri Ulasan GB Seperti kata Rafizi: Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" Apakah kerana pemimpin Sabah sudah terhidu bahawa laporan SPRM yang dilakukan oleh Rafizi bakal menjerat mereka, maka sebab itu wang RM40 juta dimasukkan ke akaun UMNO Sabah bagi menjustifikasikan dakwaan bahawa wang tersebut sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah bagi mengelakkan dari siasatan SPRM? Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka cuba menipu rakyat dan sekalipun SPRM enggan untuk melakukan siasatan. |
[TERKINI] Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi Posted: 05 Nov 2012 07:02 AM PST Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini. Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55. Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terrendah pada RM4.69 pada 10 September lalu. Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65. Sementara itu, sebelum ini, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob telah berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70. Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH. "Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli. Nampaknya apa yang dibimbangi oleh ANAK kini telah menjadi kenyataan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan