Kelab Greenboc |
- [IKTIBAR] Mati Melekat Kedua-dua Badan Selepas Melakukan Zina
- [VIDEO] Penyelewengan Daftar Pemilih SPR Bukti Umno BN Penipu Nombor 1
- [BERGAMBAR] Cemas: 10 Anggota Bomba Cedera Tangki Minyak Meletup
- Soi Lek Hanya Tentang Hudud PAS Tapi Terima Hudud Sebenar?
- Negeri Sembilan Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat
- Si Pencen Yang Merasakan Dirinya Masih Berkuasa
- [PANAS] UMNO Gigil: Ramai Pemimpinnya Bakal ke Penjara Bila PR Tawan Putrajaya - Video
- Isu TGHH Bertanding Di Pekan: TGNA Beri Lampu Hijau, Harun Taib Mahu Beliau Kekal Di Marang
[IKTIBAR] Mati Melekat Kedua-dua Badan Selepas Melakukan Zina Posted: 05 Nov 2012 01:01 AM PST Karawang Raka, Indonesia – Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang. Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu. Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini. Nampaknya, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat. Salah seorang warga Karawang, Wahyudi berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia. Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas. Katanya yang lelaki sempat menelefon temannya yang pegawai keselamatan, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya "ujarnya. Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. "Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya," katanya. -halimislam |
[VIDEO] Penyelewengan Daftar Pemilih SPR Bukti Umno BN Penipu Nombor 1 Posted: 05 Nov 2012 12:01 AM PST Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun. "Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa," katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar. Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13. "Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN)," katanya disambut sorakan gamat. Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan. September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13. Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat. "Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa," katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara. "(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa," tegasnya lagi. Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan. Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan. Anwar dakwa cubaan tipu senarai daftar pemilih |
[BERGAMBAR] Cemas: 10 Anggota Bomba Cedera Tangki Minyak Meletup Posted: 04 Nov 2012 09:55 PM PST Kota Bharu- 10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di sini pagi tadi. Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu. Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal. Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan. Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II. "Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). "Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian. "Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya. "Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit," katanya. -SH
|
Soi Lek Hanya Tentang Hudud PAS Tapi Terima Hudud Sebenar? Posted: 04 Nov 2012 07:55 PM PST Setelah hina Islam, Presiden MCA hina orang Islam pula Melalui akhbarnya, Mingguan Malaysia, Umno hari ini (semalam) tampil sebagai pembela Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan liputannya yang bertajuk 'Kami hanya tentang hudud versi PAS'. Sebelum ini, musuh Islam itu cerca dan hina Islam dengan kenyataan-kenyataannya mengenai hudud. Kali ini, dia hina umat Islam pula apabila cuba membodoh-bodohkan kita kononnya parti kurang ajarnya hanya menentang hudud versi PAS. Di bawah berita FMT "MCA hanya tentang hudud PAS, kata Chua", saya tulis: Kalau tak suka hudud PAS, maknanya boleh terima hudud Umno la? Siapa yg tulis kat Twitter "The Johor Umno Adun must have run out of ideas and out of his mind to propose hudud in Johor for all. MCA will definitely object to it"? Adakah Adun Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan hudud PAS sehingga Chua menuduhnya hilang akal? (Lihat Malaysiakini 2/7/12 "Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA") Syaitan MCA itu menghina kita seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata. Ketika perhimpunan agung MCA baru-baru ini, syaitan itu yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat (lihat Malaysiakini 23/10/12 "'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'") Adakah negara-negara itu melaksanakan hudud PAS? Celaka sungguh syaitan itu! MCA tolak hudud PAS sahaja? Bukankah Chua sendiri yang menyatakan MCA sanggup berpisah dengan Umno jika parti itu mahu melaksanakan hudud? Adakah Umno mahu melaksanakan hudud PAS? (Lihat Malaysiakini 23/9/11 "Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno") Jelaslah dakwaan terbaru si kutuk itu kononnya dia dan MCA yang dikepalainya hanya menentang hudud PAS adalah tindakan menghina umat Islam seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata. Lebih jahat lagi, untuk menipu umat Islam, Umno memanjangkan penghinaan syaitan itu ke atas umat Islam dengan liputan prominent di muka depan Mingguan Malaysia hari ini kononnya musuh Islam itu hanya menentang hudud versi PAS. Jangan lupa, Hata Wahari pernah menceritakan kepada kita bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat Malaysiakini 12/5/11 "Hata: Editor Utusan wajar dikenakan ISA"). -penarikbeca Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan Ulasan GB Kata-kata Soi Lek bahawa "MCA hanya tentang hudud PAS" membawa pengertian bahawa yang beliau tentang hanyalah hudud versi PAS, jadi beliau terima hudud lain selain hudud PAS tetapi terima hudud Islam? Hukum kebenaran dan keadilan telah memerangkap beliau melalui perkataannya sendiri! Sedangkan sebelum ini Chua Soi Lek telah pergi jauh, bukan sahaja mengkrtitik hudud yang diperkenalkan oleh PAS, tetapi telah mengkritik Islam dan negara Islam dengan menyatakan negara Islam yang mengamalkan hudud antara yang paling korup di dunia, sekalipun tiada statistik atau bukti yang diketengahkan bagi menyokong dakwaannya itu. Berita di bawah ini membuktikannya: Sejak bila negara-negara Islam yang beliau maksudkan itu mengamalkan hudud PAS? Dan hakikat yang nyata negara yang mengamalkan hudud adalah yang mempunyai kadar jenayah yang paling rendah terutama kes rogol. Bab ini yang Chua Soi Lek tidak suka agaknya kerana beliau pemimpin BN yang pernah mengakui terlibat di dalam video porno! |
Negeri Sembilan Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat Posted: 04 Nov 2012 05:39 PM PST Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Negeri Sembilan bakal ditadbir oleh perikatan itu ekoran "kebangkitan rakyat", yang diperlihatkan pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, semalam. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR mempunyai keyakinan akan menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat dengan menghadiri majlis semalam walaupun dalam keadaan hujan. Menurutnya, pada tahun 2008 PR tidak memiliki kekuatan seperti sekarang. PR dianggotai Pas, PKR dan DAP. Kini ia mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Bagaimanapun apabila semua parti bekerjasama dalam setiap program yang dianjurkan PR, katanya, ia menunjukkan pembangkang semakin kuat. "Kita yakin PR akan menang untuk tawan Negeri Sembilan pada kali ini. "Kita kata sebegitu kerana rakyat turun menunjukkan sokongan kepada semua program yang kita buat termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat, semalam. "Walaupun cuaca tidak menentu dan hujan tapi sambutan masih menggalakkan, dan semua ahli parti di kawasan itu juga bekerjasama untuk menjayakannya, kami semakin kuat daripada tahun 2008," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini. Kelmarin, PR telah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan dan menampilkan barisan pemimpin PR, artis-artis dan aktivis-aktivis. Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, PR akan terus mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat - yang paling besar Januari depan. Berdasarkan maklumat sebelum ini, PR menganjurkan perhimpunan semalam untuk menyegarkan semula tuntutan ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. -SH |
Si Pencen Yang Merasakan Dirinya Masih Berkuasa Posted: 04 Nov 2012 04:12 PM PST Pencen, buat lah cara orang pencen, walaupun dah pencen Mahathir tetap dengan kegemaran yang suka simbah minyak petrol ke dalam api untuk membakar api perkauman. Gurkah-gurkah politik di'port' pula anggap bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara, tetapi lebih kepada macam komunis daaa... Kenapalah dia sentiasa saja mahu menjadikan dirinya sensasi? adakah sebab mahu mencuri perhatian media atau memang Mahathir ini seorang yang gilakan 'flash-light camera' dan wartawan? Mahathir ini dia 'old school', dia sentiasa anggap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya masih bodoh, masih bangang dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak dia dan dia ingat kita semua tidak paham tindakannya itu. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu menyakitkan hati gurkah-gurkah ini. Tidak, dan tidak, BN/umno tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka hanya akan melakukannya jika ia menjana wang untuk mereka dan kroni. Tidak hairanlah jika negara kita berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Thailand yang di utara dan Singapura yang berada di selatan tanah air. Terima kasih lah kepada puji-pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara..... Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN/umno telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi. Mungkin inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius, tidak ambil 'pot' dan tidak menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar. Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai 'malaikat' juga seronok dan menikmati lawak dari Mahathir ini. Padan muka UMNO! -dollahyankee
|
[PANAS] UMNO Gigil: Ramai Pemimpinnya Bakal ke Penjara Bila PR Tawan Putrajaya - Video Posted: 04 Nov 2012 04:37 AM PST Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret ke mahkamah mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang pernah terlibat dengan rasuah sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan. Mereka yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan. Demikian ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya malam tadi. Menurut Anwar lagi, tindakan pemimpin Umno-BN menyalahguna kuasa dan kedudukan mereka ketika berkuasa telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada rakyat dan negara ini. "Saudara, kita tak nak ganggu dia, tetapi yang dia kata kalau kita menang, kita akan jadi alat dan pencacai kepada DAP (tetapi) sebenarnya yang mereka takut adalah harta yang mereka rampas daripada rakyat. "Anak Perdana Menteri, anak bekas Perdana Menteri, kerjanya, bilion ringgit dia ambik, apa kamu ingat duit ini bapa kamu punya ke atau rakyat punya. "Syarikat petroleum bilion ringgit bila untung beli syarikat arak dan ustaz Umno pun kata hidup Melayu," sindir Anwar. Sebelum itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula sekali lagi memberi jaminan bahawa DAP tidak pernah berhasrat menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir dari Umno-BN. "Najib Razak pecah rekod sebagai Perdana Menteri yang memiliki penggal terpanjang sebelum pilihan raya, tetapi kalau dia tak bubar, maka pada 23 April 2013 Parlimen akan terbubar secara automatik. "Kita boleh bagi dia peluang untuk cipta satu lagi rekod iaitu Perdana Menteri terakhir Umno-BN," ujar Kit Siang. Kit Siang turut menyentuh skandal RM40 juta 'Aman gate', kenderaan SUV mewah, Hummer, milik Micheal Chia tetapi digunakan oleh anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. -selangorku |
Isu TGHH Bertanding Di Pekan: TGNA Beri Lampu Hijau, Harun Taib Mahu Beliau Kekal Di Marang Posted: 04 Nov 2012 01:39 AM PST Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan tidak lebih menggambarkan beliau seorang yang setia kepada parti. Harun berkata, apa dinyatakan Abdul Hadi itu menunjukkan dia akur bertanding mana-mana tempat diputuskan parti, namun beliau tidak terfikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Bagaimanapun, beliau memberitahu tidak mengetahui maklumat sebenar mengenai perkara itu dan belum berjumpa Abdul Hadi untuk dapatkan kesahihannya. "Saya tidak jumpa lagi dengan beliau sama ada sungguh atau tidak (mahu tanding di Parlimen Pekan), tetapi apa yang boleh dikatakan, ia bermakna kesetiaan beliau terhadap parti," katanya, semalam. Harun mengulas laporan berhubung kesediaan Abdul Hadi untuk bertanding di Parlimen Pekan, sekali gus menunjukkan kesediaan beliau melawan kerusi yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Abdul Hadi ketika ini penyandang kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang. Harun berkata, Pas sudah tentu akan beri kerusi 'sesuai dan munasabah' kepada Abdul Hadi. Menurutnya, parti akan buat keputusan bijaksana sesuai dengan jawatannya dalam usaha membawa hala tuju parti selepas pilihan raya umum akan datang. Mengulas lanjut Harun berkata, hanya kerusi Parlimen Marang dilihat sesuai untuk Abdul Hadi. "Buat masa ini (Abdul Hadi sesuai) di Parlimen Marang, bukan Maran," katanya. Mengenai sama ada Abdul Hadi masih bertanding dua kerusi sebagaimana pilihan raya sebelumnya, Harun menegaskan urusan calon terpulang kepada parti. -SH
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan