Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Tanah Runtuh, Kuarters Polis IPD Gombak Terjejas
- PKR Lancar ‘Pakatan Harapan Rakyat’
- [VIDEO] TG Haji Hadi Seru Rakyat Ubah Kepada Pakatan Rakyat
- [BERGAMBAR] 1103 BERSIH: Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Biarpun Hujan Rahmat Mencurah Turun
- [DASYAT] Trak Kempen DAP Kena Kebas DI Johor
- [BERGAMBAR] Himpunan Kebangkitan Rakyat Bermula Meriah - updated with video
- Merompak Dengan Bawa Bas Sekolah
[BERGAMBAR] Tanah Runtuh, Kuarters Polis IPD Gombak Terjejas Posted: 04 Nov 2012 01:15 AM PDT Selayang - Puluhan keluarga pegawai dan anggota polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 7 malam selepas hujan lebat melanda Lembah Kelang sejak petang tadi. Akibat kejadian itu, tiga kereta yang diletakkan berhampiran kuarters itu rosak selepas ditimpa batu yang jatuh berikutan runtuhan tebing itu. Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapat kondisi tanah berada di tahap kritikal dibimbangi berlaku pergerakan tanah sekiranya hujan berterusan. Menurutnya, sebagai langkah awal keselamatan dan pengawasan, seramai 150 orang daripada 32 keluarga yang tinggal di blok F1 diarahkan meninggalkan kediaman serta berkumpul di dewan. "Hujan berterusan bermula jam 4 hingga 6 petang dipercayai antara punca berlakunya rekahan tanah dan kejadian ini adalah insiden pertama berlaku sejak kuarters berkenaan diduduki 2002. "Keluarga yang dipindahkan itu tidak dibenarkan memasuki blok bagi tujuan keselamatan sehingga pengesahan kondisi tanah diputuskan agensi berkaitan," katanya sewaktu meninjau runtuhan tebing. Katanya, jarak runtuhan tebing dengan blok F1 yang didiami 32 keluarga itu cuma adalah 1.2 meter sahaja. Beliau berkata, hanya penduduk satu blok itu diarahkan keluar dan pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang. Seorang penduduk ditemui, Aida Ninggal, 50, berkata, ketika kejadian dia bersama suami keluar membeli kelengkapan dapur. "Saya menerima panggilan telefon dari anak perempuan sekitar jam 7 malam memaklumkan berlaku runtuhan tebing berhampiran rumah dan terdengar siren kecemasan. "Saya bersyukur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku ke atas anak yang ketika itu tinggal bersendirian dan sedang tidur," katanya. Seorang lagi mangsa, Nor Shamsiah Ibrahim, 49 berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan lima anaknya berada di rumah sedang menonton televisyen. "Saya yang tinggal di tingkat satu terkejut mendengar dentuman kuat ingatkan kemalangan. "Namun apabila meninjau di luar tingkap mendapati bongkah batu dari tembok pengadang runtuh dan menghempap tiga kereta yang salah satunya rosak teruk," katanya yang baru menduduki tersebut dua tahun lalu. -SH |
PKR Lancar ‘Pakatan Harapan Rakyat’ Posted: 03 Nov 2012 10:43 PM PDT PKR selangkah lagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) apabila melancarkan kempen bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' sebagai medium menyahkan fitnah politik BN. Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKR menjadi parti politik pertama yang menjalankan kempen ini. Katanya, kempen tersebut mengetengahkan idea,harapan dan wajah rakyat untuk memberi kelainan kepada Malaysia. "PRU kali ini akan jadi medan BN untuk menghambur segala caci nista kepada keadilan (PKR) "Sebab itu PRU-13 ini kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian mereka. Makanya kempen poster dan papan tanda gergasi ini adalah pendekatan kita untuk menolak kempen berbaur fitnah yang akan dimainkan oleh BN," katanya ditemui selepas perasmian kempen itu di Ibu Pejabat PKR pagi tadi. Beliau turut menafikan bahawa kempen ini bukan untuk propaganda namun membawa mesej,warna dan harapan rakyat. "Tsunami politik 2008 telah membawa perubahan termasuk pembentukan Pakatan sebagai wadah reformasi yang menjadi wadah baru kepada rakyat," katanya. Jelas beliau, fasa pertama sebanyak 10 bilboard akan dipasang, dan fasa kedua kempen secara online akan dilakukan. Turut hadir dalam perasmian itu termasuklah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan parti. KEADILAN lancar poster kempen PRU 13 tema 'Pakatan Harapan Rakyat' |
[VIDEO] TG Haji Hadi Seru Rakyat Ubah Kepada Pakatan Rakyat Posted: 03 Nov 2012 07:57 PM PDT Ubah kepada cara Pakatan Rakyat - Presiden PAS Seremban: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia mengubah cara berpolitik di negara ini kepada cara baru iaitu cara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. "Cara BN cara lama. Cara parti dibentuk dari bangsa-bangsa. Berbeza dengan cara Pakatan Rakyat. Parti-parti kita semua berbilang kaum dan agama. "PAS parti islam dari pelbagai kaum. Ada juga bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. PKR parti pelbagai kaum dan agama. Begitu juga DAP. "Berbeza dengan BN. Semua partinya dari parti kaum," kata beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat Taman Seremban Jaya, Senawang malam ini. Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sini bagi menyertai perhimpunan yang penuh sejarah itu. Padang usang itu penuh dengan keghairahan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka. Tepukan dan laungan reformasi bersatu dengan teriakan Allahuakbar dari para penyokong PAS, PKR dan DAP. Pelbagai barangan kempen dijual oleh penyokong PAS, PKR dan DAP di perhimpunan ini. DAP membawa treler dan lori kempennya manakala PKR membawa bas dua tingkat jelajah rakyatnya. Selain Ustaz Hadi, turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Penyanyi Ito yang berasal dari Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk melancarkan lagu Pakatan Rakyat bertajuk 'Ubah Sekarang' di perhimpunan ini. Ustaz Hadi dalam ucapannya menyatakan sekali lagi komitmen Pakatan untuk mematuhi perlembagaan negara tetapi membawa mesej yang berbeza sama sekali dari BN. "Kita memegang perlembagaan yang sama tetapi penghayatan yang lain dari BN," kata Ustaz Hadi. Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, memang PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat "tetapi kita mentafsirkan Islam secara yang sebenar. " "Kerajaan tidak boleh berlagak sebagai Tuhan, pemimpin bukan juga bukannya manusia suci," tegas beliau ketika mentafsirkan sistem pemerintahan yang dikehendaki Pakatan. Beliau juga memberitahu, PAS tidak pernah memaksakan Islam kepada orang lain kerana "tiada paksaan dalam agama. " Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak termasuk DAP apabila PAS tidak memaksakan Islam kepadanya kerana ia sememangnya hak yang dberikan oleh Islam. Beliau juga menegaskan, PAS akan sentiasa komited untuk mempertahankan hak bumiputra kerana mereka sememangnya tertinggal dari segala segi selepas disusun sedemikian rupa oleh penjajah. "Namun dalam masa yang sama kita juga perlu memberikan hak istimewa kepada kaum Cina dan India yang miskin kerana mereka juga mesti dibela. "PAS akan memperjuangkan hal ini dan ini adalah tanggungjawab kita," tegasnya dengan disambut teriakan takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang pelbagai kaum, agama dan jantina itu. BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar. |
[BERGAMBAR] 1103 BERSIH: Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Biarpun Hujan Rahmat Mencurah Turun Posted: 03 Nov 2012 04:48 PM PDT Seremban: Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini. Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini. Mereka tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan mereka. (Angka meningkat kepada 30,000 pada jam 10.30 mlm - GB) Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini. Tirai program malam ini dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO rakyat termasuk NGO 'R' yang memperjuangkan tuntutan royalti, NGO Anti-Lynas, NGO Anak yang memperjuangkan nasib peneroka, NGO Bersih yang memperjuangkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta wakil NGO Kase yang membantah saman ekor termasuk penggunaan AES. Sesuai dengan nama Himpunan Kebangkitan Rakyat, warna tema pada himpunan kali ini juga mewakili warna tema NGO-NGO tersebut. Empat warna tema malam ini adalah warna kuning sebagai menyokong perjuangan Bersih, Oren untuk Anak, merah untuk Royalti dan hijau untuk Anti-Lynas. Turut berucap diawal program malam ini termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lok Seiw Fok, serta Pengerusi PKR Negeri Datuk Kamarul Bahrin Abas. Ketika ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang duduk di pentas utama termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof. Selain itu, turut kelihatan pemimpin ketiga-tiga parti Negeri Sembilan, pemimpin pakatan rakyat di segenap peringkat serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Ucapan oleh pemimpin utama dijangka bermula jam 10 malam ini. Ketika ini kelihatan Bas Merdeka Rakyat yang membawa ketiga-tiga ketua pemimpin parti, Anwar, Kit Siang dan TG Abdul Hadi tiba di tapak program. -HD |
[DASYAT] Trak Kempen DAP Kena Kebas DI Johor Posted: 03 Nov 2012 08:32 AM PDT Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau. Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri. "Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya. Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut. Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas. -mk Johor DAP's campaign truck stolen |
[BERGAMBAR] Himpunan Kebangkitan Rakyat Bermula Meriah - updated with video Posted: 03 Nov 2012 06:17 AM PDT Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari. Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini. Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini. Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang. Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir. Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri. Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyah dan Dayangku Intan. Free desktop streaming application by Ustream RAKAMAN HIMPUNAN PETANG TADI |
Merompak Dengan Bawa Bas Sekolah Posted: 03 Nov 2012 02:01 AM PDT .KUALA LUMPUR : Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam. Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu. Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000. Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit. "Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000. -HM |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan