jiwo kelate |
MP PKR Lembah Pantai: Statistik Jenayah 2007 – Ogos 2012? Posted: 07 Nov 2012 05:03 PM PST PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN Tuan yang di-pertua, Statistik Jenayah Indeks yang melibatkan Jenayah Harta Benda pula adalah sebanyak 174,423 kes pada tahun 2007, 173,828 kes pada tahun 2008, 167,802 kes pada tahun 2009, 144,633 kes pada tahun 2010,128,357 kes pada tahun 2011 dan bagi tahun 2012, hanya sebanyak 81,522 kes dilaporkan dari bulan Januari hingga bulan ogos. Tuan yang berhormat, Untuk memperkasakan lagi Jabatan Siasatan Jenayah,beberapa strategi dan usaha telah dijalankan antaranya seperti di bawah projek National Blue Ocean Strategy 1 (NBOS 1), bermula tahun 2010 seramai 7,402 pegawai dan anggota polis telah ditempatkan semula (redeployment) untuk menjalankan tugas-tugas kepolisan dan sebagai ganti, pegawai-pegawai awam telah menggantikan tugasan pejabat yang dahulunya dilakukan oleh anggota dan pegawai polis. Selain daripada itu,dari semasa kesemasa telah membuat beberapa penambahbaikan khususnya seperti membuat permohonan kepada pihak yang berwajib untuk membuat penambahan perjawatan termasuk di JSJ bersesuaian dengan pembangunan dan pertambahan penduduk di negara ini. |
MP PKR Ketereh: Siasatan melalui Akta Perhimpunan Aman? Posted: 07 Nov 2012 04:56 PM PST PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN Ingin saya maklumkan di dalam dewan yang mulia ini, perlaksanaan akta tersebut memenuhi maksud sebenar kerana ianya memberi hak kepada orang ramai untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dengan memperuntukkan sekatan-sekatan yang didapati perlu ditepati oleh penganjur demi menjaga kepentingan keselamatn dan ketenteraman awam.Hak dan kebebasan orang lain yang tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan turut dilindungi.sebagai contoh pelaksanaannya semasa sambutan "Ambang Merdeka" di dataran Merdeka pada malam 30 ogos 2012 telah berjalan dengan lancar sebagaimana kehendak Akta tersebut. Tuan yang di-pertua, |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan