Era Pasca |
- Pecah Berita! Najib Razak Belasah Anwar Ibrahim Dalam PAU2012!!
- EDISI KANTOI: UMNO-BN MELOBI SOKONGAN ISRAEL!!!
- Gempar! Pau2012, Bloger Lucah Umno Tempatan Di Sampahkan Ahmad Maslan?
- Pecah Berita!! Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan!!
- PAU2012: MUHYIDDIN KECEWA DENGAN PAS KERANA TIDAK MAHU UG
- Breaking News! Utusan and umno's from Malaysia is not allow the Egyptian President to Change the Constitution to attack their friends zionist israel!
- Pecah Berita! 29,792 ahli Puteri umno bakal bertukar status Janda!
Pecah Berita! Najib Razak Belasah Anwar Ibrahim Dalam PAU2012!! Posted: 29 Nov 2012 01:01 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama seperti di ketahui umum perhimpunan agung umno kali terakhir sebelum pembubaran parlimen dan seterusnya Barisan Nasional akan menjadi pembangkang dan tukang penuh penjara, di warnai dengan pelbagai tohmahan dan cacian kepada Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, presiden umno Najib Razak mempamerkan dirinya seorang harimau yang buat buat berani apabila menggunakan platform perhimpunan agung umno atau PAU untuk membidas dan memperleceh ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah pengurus ekonomi yang cekap sewaktu krisis ekonomi yang melanda malaysia pada tahun 1997 1998. Najib Razak mendakwa Anwar Ibrahim yang menjadi menteri kewangan ketika itu mengguna pakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF bagi menangani krisis ekonomi ketika itu. berikut ucapan Najib Razak dalam berdebat seorang diri di pentas perhimpunan agung umno atau pau hari ini. "tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan. orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya, semasa bersama kita dalam umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan peelnya berubah pulak,"Anwar Ibrahim telah berpuluh kali mempelawa Najib Razak agar berdebat dengannya untuk rakyat mengetahui akan hakikat sebenar ekonomi malaysia tetapi telah tidak dihiraukan Najib Razak dengan pelbagai alasan atas dasar debat bukan budaya kita dan budaya melayu. Najib Razak hanya mengambil setiap kesempatan yang ada di dalam mana mana perhimpunan sehala dan sekroni dengannya untuk membidas dan mencaci Anwar Ibrahim. menurut kajian ilmiah dan kajian salafiah, ternyata Najib Razak hanya harimau malaya di gelanggang sendiri tetapi menjadi harimeow untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim dan rakyat khususnya. menurut kajian, Najib Razak di gelar TIADA BATU oleh anak muda berusia 20-an dalam perbualan seharian mereka di warung warung dan di restoran dan sebagainya. Najib Razak di gelar TIADA TELUR oleh anak muda berusia 30-an dalam situasi yang sama Najib Razak di gelar PENGECUT DAN PENAKUT oleh rakyat malaysia berusia 40-an ke atas. by @tiewnama - 12-1-2013 bersedia anak muda semua! kita kejalanraya sebelum pilihanraya! dataran merdeka 1 juta anak muda dan rakyat malaysia berdemo tumbangkan kerajaan Barisan Nasional. kahkahkahkah Mahu tahu adakah Najib Razak & Barisan Nasional Bijak mengurus ekonomi malaysia? boleh layari link di bawah ini. hanya era pasca pecah berita! a. Ekonomi Jahanam b. AES adalah ekonomi untuk Kroni Barisan Nasional c. Najib Pakar Ekonomi? d. 76 malapetaka BN hancurkan ekonomi negara e. Soros Pecah Lubang umno! VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
EDISI KANTOI: UMNO-BN MELOBI SOKONGAN ISRAEL!!! Posted: 28 Nov 2012 10:15 PM PST Pendaftaran delegasi Israel secara rasmi telah memberi laluan hubungan dan penglibatan serta kehadiran delegasi dari Israel ke Malaysia dalam penganjuran persidangan-persidangan peringkat antarabangsa di sini. Didalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), PETRONAS / MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur. Petronas bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri telah mencalonkan Datuk Abdul Rahim Hj Hashim, iaitu Naib Presiden, Urusniaga Gas PETRONAS yang juga Presiden MGA sebagai Presiden IGU sessi 2009-2012 . Surat pencalonan bertarikh 23 Februari 2005 kepada sekretariat IGU di Copenhagen, Denmark ditandatangan oleh Tan Sri Mohd Hassan Merican, Presiden PETRONAS ketika itu di mana Petronas juga telah memberi akurjanji kepada badan IGU untuk membiayai segala perbelanjaan bagi menjayakan penganjuran Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur sekiranya Malaysia berjaya. Petronas di dalam surat ke Wisma Putra pada 22 Ogos 2005 mengakui persaingan untuk pemilihan Presiden IGU & WGC 2012 adalah sengit, dan meminta bantuan Wisma Putra melalui kedutaan mereka membantu dalam kempen ini khususnya negara (yang di kenalpasti oleh Petronas terlebih dahulu) dari blok Asia, Afrika dan Timur Tengah. Petronas/MGA/Malaysia menghadapi saat getir apabila menjelang mesyuarat pemilihan dan pada saat akhir masih ramai peserta (yang di jangka menyokong Malaysia) tidak mendaftar untuk menghadiri mesyuarat pemilihan di Tianjin, China pada 16 Oktober 2005. Berdasarkan situasi ini, pilihan yang ada ialah mendapatkan sokongan dan bantuan dari Israel yang di anggap penting bagi Malaysia/Petronas/MGA kerana mereka dapat mempengaruhi wakil dari blok Eropah melalui kedutaan mereka di kebanyakan negara berkenaan. Kesempatan untuk meminta bantuan Israel di ambil oleh MGA dengan 'response' kepada surat bertarikh 20 Julai 2005 yang diterima dari Israel yang menyatakan sokongan kepada Malaysia dan ingin mengetahui samada delegasi dari Israel boleh menghadiri persidangan di Kuala Lumpur jika di anjurkan oleh IGU. Kandungan surat ke Israel jelas menunjukan hasrat yang tersirat di dalam perenggan akhir surat berkenaan. Datuk Rahim Hj. Hashim selaku Presiden MGA sendiri tidak menafikan, malah mengakui menandatangani/menghantar surat bertarikh 6 hb September 2005ke Israel Institute of Petroleum and Gas, sebuah organisasi di Tel Aviv, Israel dengan hasrat meminta sokongan dan kerjasama Tel Aviv yang juga ahli Charter IGU (charter member) bagi menentukan kemenangan kepada beliau sebagai calon dari Malaysia di dalam persaingan sengit menentang Russia. Beliau pernah menyatakan bahawa surat ini dibuat melalui MGA dimana Ahli-Ahli Majlis MGA (MGA Council Members) yang terdiri dari wakil korporat seperti Petronas, Shell, Esso, BP dan agensi kerajaan (GLCs) dan bertanggung jawab sepenuhnya. Pendaftaran nama delegasi/pembayaran yang di buat secara bayaran pemindahan Bank(bank transfer payment) ini juga di paparkan didalam laman web dan seterusnya senarai nama-nama delegasi di 'upload' didalam laman web resmi WGC 2012 berdasarkan susunan organisasi dan negara dari mana bayaran pendaftaran di buat (bukan mengikut taraf warganegara seseorang delegasi). Access kepada laman web dan penyemakan pendaftaran boleh juga di buat dengan menghubungi Maria Luz Varela, secretariat pendaftaran sepertimana nombor telefon, fax dan email yang boleh di rujuk dalam laman web WGC 2012 ketika itu. Melalui pendaftaran dan pembayaran pemindahan bank (bank transfer payment) yang dibuat secara online menerusi WGC 2012 official website yang telah dibuat sebelum tarikh tutup pada 15 April 2012. Setiap delegasi yang berdaftar dan yang telah membuat bayaran di kehendaki menghantar salinan dokumen pembayaran wang pendaftaran yang dibuat (bank transfer document) melalui fax atau email kepada secretariat pendaftaran di Buenos Aires. Bayaran sebanyak US 3,200adalah bagi menghadiri persidangan dan layak untuk mendapat kemudahan-kemudahan seperti menghadiri semua sessi persidangan, jamuan, lawatan-lawatan, pengankutan dan sebagainya. Berdasarkan dokumen pendaftaran, Sekretariat WGC 2012 telah menyediakan senarai delegasi (delegate list) secara berkala mengikut susunan organisasi dan menyenaraikan negara berdasarkan dari Negara mana bayaran di buat dan bukannya taraf warga Negara seseorang delegasi. Maklumat mengenai senarai delegasi ini seterusnya di muat naik (upload) didalam laman resmi WGC 2012 yang boleh di access oleh umum. Selepas tarikh tutup 'pendaftaran secara pindahan wang (bank transfer)', Sekretariat pendaftaran, telah menyenaraikan senarai delegasi yang akan menghadiri persidangan http://www.wgc2012.com/assets/pdf/3E00ZJ9XN.pdf (Pdf file; 104 muka surat). Data dan maklumat yang 'last updated' pada hari Isnin 23 April 2012 itu mengandungi seramai 2,485 peserta/delagasi yang telah berdaftar untuk menghadiri persidangan dimana salah seorang delegasi (muka surat 52 ) ialah HANS PETER DOORNEWEERT , iaitu Commercial Manager, LNG Development dari Noble Energy , sebuah syarikat beroperasi di Israel. Semakan yang di buat mendapati bahawa Noble Energy ( http://www.nobleenergyinc.com ), selain beroperasi di Amerika Syarikat juga sedang mengusahakan lapangan gas terbesar di Israel dan mempunyai pejabat di Tel Aviv, Israel. Selepas pendaftaran (melalui pembayaran pemindahan bank) di tutup pada 15 April 2012. Secretariat WGC 2012 telah di pindahkan ke Kuala Lumpur, iaitu Tingkat 20, Tower 1, Etiqa Tower. Segala dokumen pendaftaran dan senarai delegasi seterusnya di kendalikan dari Kuala Lumpur dan di dalam mengemaskini maklumat pendaftaran, MGA/secretariat telah membuat pindaan data delegasi dari Negara Israel bagi mengelakkan kecaman dari rakyat. Pada 25 Mei 2012, Sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari ISRAEL kepada dari Negara NETHERLAND. Ubahsuai ini di buat oleh MGA untuk tidak mahu memaparkan ada delegasi dari Israel selepas penafian bahawa tiada peserta dari Israel mendaftar untuk menghadiri persidangan WGC 2012 di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun ubahsuai yang dibuat ini tidak boleh mengelak daripada rakyat yang masih boleh access di internet melalui carian Google. JINGGA 13 menegaskan bahawa di dalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), PETRONAS/MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur. JINGGA 13 mencabar kerajaan untuk menyatakan secara terbuka pendirian kerajaan di dalam hubungan dan kerjasama dengan Israel yang sebelum ini di buat secara sembunyi/rahsia dan ingin mendapat kepastian bahawa kerajaan tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. kerana sebelum ini kerajaan banyak menyembunyikan fakta mengenai hubungan dengan Israel termasuk yang terkini Felda yang menjual minyak sawit ke Israel yang telah menimbulkan kemarahan rakyat melalui tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Felda. Malah sebelum ini JINGGA 13 juga turut mendedahkan hubungan perdagangan eksport dan import melalui kemasukan kapal-kapal ZIM SHIPPING INTEGRATED LTD di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012 menguatkan lagi hubungan 'intim' Malaysia – Israel . JINGGA 13 meminta agar Kerajaan / Petronas/MGA menjelaskan beberapa perkara sepertimana berikut : 1. MENCABAR kerajaan/Petronas/MGA untuk memberitahu rakyat Malaysia apakah yang di maksudkan dengan 'we are counting on your support, once again to be present and to encourage other IGU member countries to make similar effort to be there andvote for Malaysia into the IGU Presidency for the triennium 2009-2012' didalam surat kepada Israel yang dinafikan mengenai dakwaan yang di buat. 2. MENDESAK Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad (Penasihat Petronas) menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," 3. MENDESAK Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap kehadiraan dan kemasukan delegasi Isreal ke Malaysia dan menyertai WGC 2012, sedangkan menjadi dasar kepada Negara bahawa tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Isreal . Adakah Kementerian Dalam Negeri mengetahui akan kehadiran delegasi Isreal tersebut ? 4. MENDESAK Menteri Luar Negeri menjelaskan atas prinsip apakah iaitu berdasarkan kenyataan MGA "telah mendapatkan nasihat dari Kementerian Luar dan telah di beritahu bahawa Malaysia akan membenarkan delegasi dari Israel, seperti juga delegasi dari negara lain untuk datang ke Malaysia bagi mengambil bahagian di dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa yang relevan"? 5. MENDESAK supaya Pengerusi Petronas yang baru di lantik,Tan Sri Mohd Sidek Hassan (bekas KSN) untuk mengadakan siasatan dalaman secara telus dan memaklumkan kepada umum , demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas di dalam MGA dan WGC 2012 yang bertindak bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan zionis yang mana boleh menghakis kepercayaan kakitangan petronas secara keseluruhannya kepada pengurusan tertinggi petronas . Ternyata sikap hipokrasi dan khianat Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA hingga sanggup 'sujud' kepada Zionis Isreal tanpa rasa malu dan bermaruah kepada seluruh rakyat Malaysia. Sedangkan rakyat Palastine terus dizalimi dan dibunuh tanpa perikemanusiaan dan Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA sanggup secara 'halus dan sulit' bersikap mengiktiraf kerajaan haram Isreal. MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI Orenji Ren Oren Ketua Koordinator Penerangan JINGGA 13 MALAYSIA VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
Gempar! Pau2012, Bloger Lucah Umno Tempatan Di Sampahkan Ahmad Maslan? Posted: 28 Nov 2012 05:49 PM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama Para pemimpin kelab umno luar negara diminta memainkan peranan penting sebagai penggempur siber bagi menghadapi perang siber dan psikologi oleh pihak bloger anak muda pembangkang yang menguasai ruang maya dengan pelbagai fakta dan bukti. ketua penerangan umno, Ahmad Maslan berkata, sebagai pemimpin muda yang tinggal dan belajar di luar negara, mereka mempunyai banyak kelebihan bagi mengimbangi serangan pihak bloger anak muda pembangkang di alam maya yang berada di serata dunia. berikut adalah ucapannya pada pertemuan dengan wakil wakil kelab umno luar negara di pusat dagangan dunia putra atau PWTC. "oleh sebab itu hari ini saya nak umumkan bahawa anda semua dilantik sebagai para pejuang siber bagi umno,"seramai 72 wakil kelab itu dari 16 buah negara di seluruh dunia berada di tanah air bagi menghadiri perhimpunan agung umno, sementara itu pihak pihak bloger sampah dari Barisan Nasional yang ada di malaysia tidak lebih kepada blog artis dan lucah berbanding politik yang mana telah mengikis kepercayaan rakyat terhadap 'ketelusan' pendedahan mereka dan fitnah tegar mereka, bloger bloger sampah Barisan Nasional yang ada di dalam malaysia hanya bersifat peribadi dan sentiasa berperang sesama sendiri untuk membuktikan mereka lebih tidak matang dari bloger anak muda pembangkang yang di lihat lebih tersusun dan mengolah pendapat sendiri, menurut kajian pejuang siber umno yang belajar di luar negara lebih bagus dan lebih bijak mengampu kerajaan Barisan Nasional berbanding bloger sampah Barisan Nasional yang ada di malaysia kerana tahap intelektual dan tahap kelucahannya mereka terlalu tinggi sehingga mengakibatkan rakyat malaysia telah hilang kenyakinan hampir 100%. by @tiewnama - bloger umno adalah sampah - ahmad maslan. kikikiki VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
Pecah Berita!! Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan!! Posted: 28 Nov 2012 05:18 PM PST Bercakap di Parlimen semalam, KDN jelas sekali tidak mahu menjawab langsung berkenaan bagaimana rekod Altantunya tiada dalam Malaysia, satu polemik baru pula timbul, jika Altantunya tidak pernah memasuki Malaysia bagaimana Najib boleh tahu yang berkecai itu adalah wanita Monggol Altantunya yang mati? Persoalan.? Berkenaan KDN meletak jawatan sila rujuk gambar bawah, Created by Klik untuk dapatkan |
PAU2012: MUHYIDDIN KECEWA DENGAN PAS KERANA TIDAK MAHU UG Posted: 28 Nov 2012 03:48 PM PST PAS dijadikan mangsa amarah Muhyiddin kerana gagal mengikut telunjuknya menjayakan kerajaan perpaduan tajaan broker mereka dengan beberapa pemimpin PAS hingga menyebabkan terpelantingnya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali pada 8 Januari lalu. Sepatutnya Muhyiddin menasihatkan partinya sendiri terlebih dahulu sebelum menunding jari ke mana-mana pihak hingga menyebabkan Umno sendiri yang luka berdarah hasil daripada ucapan paling tidak bertanggungjawab sepanjang menjawat jawatan sejak April 2009. Bukan sedikit kesannya terhadap parti malah ia mencerminkan Umno sudah semakin sasau dan risau akan untung nasibnya sendiri kerana Muhyiddin tahu hanya dengan cara inilah kununnya semangat perwakilan mampu dinaikkan sedangkan parti itu kini umpama melukut di tepi gantang mengharap bagai pengemis kuasa yang hampir pasti hilang sengatnya biarpun pilihanraya umum sudah berada di depan mata. Baca lagi di blog GREENBOG VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
Posted: 28 Nov 2012 08:46 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama Presiden Mesir Mohamed Mursi menegaskan bahawa perintah perintah baru yang sedang beliau laksanakan hanya bersifat sementara, beliau sebaliknya telah pun mengusahakan sesi dialog untuk mencari penyelesaian politik ketika terpaksa berhadapan dengan halangan para hakim yang masih lagi menjadi orang kroni hosni mubarak yang pro israel sebelum dapat membentuk perlembagaan baru. tujuan utama presiden mesir ini bertindak sedemikian adalah kerana mahu mengubah dasar perlembagaan mesir supaya ianya berupaya membuka pintu untuk menyerang negara haram israel yang menceroboh dan membunuh umat islam dan kristian palestine. "presiden mengulangi sifat sementara akan langkah langkah yang diambilnya, yang tidak bertujuan untuk menumpukan kuasa tetapi untuk menyerahkanya kepada parlimen yang dipilih secara demokratik dan memelihara kesaksamaan badan kehakiman serta mengelakkannya daripada dipolitikkan," di bawah deklarasi perlembagaan pada hari khamis lepas, Mursi boleh mengeluarkan apa apa keputusan atau langkah untuk melindungi revolusi yang mana ia adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada rayuan kerana umum tahu perlembagaan mesir ketika ini masih lagi mengekalkan bahawa mesir tidak boleh menyerang negara haram israel zionis atau mencampuri urusan negara Israel. perkara tersebut mencetuskan bangkangan daripada para hakim dan pembangkang yang menuduh Mursi mengamalkan kuasa diktator walaupun keadaan semasa di mesir adalah rakyat mahukan perang jihad keatas israel zionis. bagaimanapun kenyataan terbaru mengesahkan apa yang telah dikatakan pada hari khamis lalu bahawa langkah langkah yang akan dilaksanakan hanya sehingga perlembagaan baru diguna pakai dan pilihan raya diadakan kerana kerajaan islam mesir yang baru ini akan menukar perlembagaan baru yang berteraskan islam sejahtera dan berkuasa untuk meluluskan serangan dan pelancaran perang ke atas negara haram israel zionis. ia dikatakan sangat perlu untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dalam kes rasuah serta jenayah lain semasa rejim Hosni Mubarak sebelumnya dan semasa tempoh peralihan, kenyataan tersebut merujuk kepada rejim lama Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan oleh demostarsi besar besaran kuasa anak muda pada awal tahun lepas, kira kira 850 orang penunjuk perasaan terbunuh dan hampir 2.5 juta memenuhi ruang dataran tahrir manakala beratus ratus lagi meninggal dunia sejak peristiwa jihad fisabilillah itu. Mursi mengarahkan siasatan baru terhadap semua kematian dan dalam pada itu pendakwaraya yang baru Talaat Ibrahim Abdallah mengatakan mahkamah mahkamah revolusi akan ditubuhkan yang mana Mubarak dan anak anaknya serta ketua ketua keselamatan akan dibicarakan semula jika terdapat bukti baru. Mubarak dan bekas menteri dalam negeri contoh Hishamuddin Hussien telah dihukum penjara seumur hidup atas pembunuhan penunjuk perasaan dalam kebangkitan anak muda mesir pada tahun lepas tetapi enam ketua keselamatan telah dibebaskan dalam kes yang sama, ini telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara mesir kerana mereka tidak faham ada juga yang terpaksa bertindak mengikut arahan pihak atasan walau tanpa kerelaan hati melihat penganiaan kejam terhadap anak muda yang terbunuh dalam jihad menggulingkan hosni mubarak. Mursi akan menemui majlis kehakiman agung pada hari ini manakala Menteri KeADILan beliau Ahmed Mekki mengadakan perbincangan awal dengan Majlis pada hari Ahad, demikian menurut jurucakap presiden Yasser Ali. bekas ketua pemantau nuklear pertubuhan bangsa bangsa bersatu atau PBB Mohamed El Baradei yang juga pro israel zionis, bekas calon calon presiden Hamdeen Sabbahi, Amr Mussa dan Abdelmoneim Abul Futuh yang juga rakan sekutu israel zionis berkata dalam satu kenyataan bersama pada hari Sabtu bahawa mereka akan tidak berdialog dengan Mursi sehingga presiden Mesir itu membatalkan perintahnya. di sekitar Dataran Tahrir pertempuran antara pihak polis dengan penunjuk perasaan anti Mursi atau pro israel zionis memasuki minggu kedua, dengan keganasan kadang kadang melimpah ke dataran. sementara itu para penyokong Mursi turut berdemonstrasi pada hari Ahad di hadapan masjid masjid di kaherah dan di seluruh negara. menurut saksi, tunjuk perasaan menyokong presiden itu dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin dan umat islam dari seluruh mesir yang mana mereka mahukan perang jihad keatas israel zionis laknatullah. polis anti rusuhan mula mendirikan halangan konkrit untuk memastikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir tidak menghampiri bangunan kerajaan berdekatan kerana umum tahu bahawa mereka ini adalah pro israel zionis dan sudah tentu mereka boleh melakukan apa saja untuk menghalang mesir dari menyerang israel zionis. musri di tentang oleh golongan yang pro kepada israel dan seperti semulajadinya manusia, kita tidak dapat memuaskan hati semua manusia dan penyokong penyokong presiden mesir ini mahukan perlembagaan baru di buat dengan Al Quran dan As Sunnah di letakkan di peringkat paling tinggi dan menukar perlembagaan lapuk yang di buat oleh negara amerika dan british yang mana termaktub dalam perlembagaan mesir ''tidak boleh menyampuri hal-hal negara haram israel malah di wajibkan berdagang dengan israel zionis'' Egyptian people live! long live revolution! Islamic constitutional life! final assault on the zionist israel! COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN Created by Klik untuk dapatkan |
Pecah Berita! 29,792 ahli Puteri umno bakal bertukar status Janda! Posted: 28 Nov 2012 07:13 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama Kepimpinan pergerakan puteri umno perlu mengambil perhatian berhubung 29,792 ahli pergerakan itu yang akan bertukar status kepada wanita Janda ekoran peningkatan kemungkinan suami mereka akan ke penjara selepas pru 13 ini akibat dari pelbagai faktor seperti rasuah dan salah guna kuasa dan sebagainya. penolong setiausaha puteri umno Nor Azita Abd. Rahman berkata, gerak kerja penambahan ahli perlu dipergiatkan dan dilaksanakan secara berterusan, menurut beliau pada masa kini keahlian puteri umno seluruh negara mencapai 395,674 orang dengan Sabah yang mana di berikan warga filipina mykad untuk menjadi puteri umno mencatatkan jumlah keahlian tertinggi diikuti oleh selangor dan johor. beliau berkata demikian dalam ucapan aluan sempena perhimpunan agung puteri umno 2012 di pusat dagangan dunia putra atau PWTC. by @tiewnama - ramai lah yang menjanda lepas ni. kahkahkahkah VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan