Era Pasca |
- Pecah Berita! AES di Cat Merah Bukti Rakyat Sedang Marah Kepada Barisan Nasional!!
- 1,000 sertai demo bantah Chua Soi Lek hina hudud 20 PERKASA jadi BEROK TERENGGANU
- BeberapaTokoh Ulama' Hebat Yang Memilih Bersama PAS
- Panas! Penterjemahan Bahasa Melayu Ulasan Nurul Izzah Untuk Bloger Fitnah UMNO Yang Tak Faham Bahasa Inggeris!
- Pecah Berita! Pemuda Umno Malaysia Kutuk UMNO!!
- LIVE : J.M.Rakyat TERENGGANU
Pecah Berita! AES di Cat Merah Bukti Rakyat Sedang Marah Kepada Barisan Nasional!! Posted: 10 Nov 2012 02:12 AM PST Tahukah anda, tujuan AES adalah untuk kurangkan budaya rasuah? dan tujuan sekolah harapan di Melaka adalah untuk kurangkan budaya buang bayi? adakah anda faham kini kita berada pada zaman buta maklumat? Kuala Lumpur - by @tiewnama sebuah kamera AES di jalan negeri di perak di cat merah pada bolamata dan pada distribution boardnya. tim era pasca mengambil jalan positif untuk perkara ini, begini kajiannya, pertama, dalam 1 bulan saja kamera AES JPJ yang di ilhamkan oleh budaya perompak wang rakyat iaitu umno yang mengemudi Barisan Nasional telah menangkap 79 ribu keping gambar yang mana setiap keping gambar akan di kenakan Cukai PAKSA rm 300 minimum dan rm 1500 maximum, dan dari cukai paksa itu pula syarikat swasta yang memperniagakan kelajuan ini akan memperolehi rm 16 x 79 ribu = rm 1.27 juta, pendapatan yang sangat lumayan hanya meletakkan perangkap kepada rakyat kemudian terus menuai hasil setiap saat dan masa. kenapa rakyat mengecat merah kamera penindas ini? sudah tentu tidak perlu lagi tim era pasca terangkan, tidak perlu untuk memaki hamun mereka yang mengecat, tidak perlu mengatakan kerajaan akan rugi jika gejala vandalisme ini berlaku, tidak perlu menyalahkan orang lain, tidak perlu megatakan perbuatan ini perbuatan terkutuk dan tidak bersikap prihatin, perkara ini terjadi bilamana di dalam jiwa rakyat malaysia itu rasa tertekan dan marah dengan sikap kerajaan yang sengaja memasang perangkap laju hanya dengan niat untuk merompak wang rakyat, bukan bertujuan mendidik tetapi mencekik berdasarkan statistik yang tim era pasca dapatkan dari maklumat sulit kementerian yang terpaksa era pasca rahsiakan, kemalangan jalanraya di malaysia setahun adalah 195 ribu kemalangan melibatkan 440 ribu kenderaan, dan yang paling menghairankan adalah kemalangan yang melibatkan kelajuan di atas 120kmj sehingga semaxima mungkin, hanyalah 26 kemalangan saja setahun dan hanya 10 orang saja yang mati dari polulasi 28 juta penduduk malaysia. dengan kajian dan kebocoran maklumat ini, adakah logik di katakan bahawa kelajuan kenderaan yang di pandu oleh pengguna jalanraya di malaysia ini boleh membunuh? berdasarkan kajian tim era pasca, 79 ribu keping gambar yang di tangkap oleh kamera AES kerana melebihi had laju, 1 pun dari kesemua gambar itu tidak terlibat dalam kemalangan! adakah dengan meletakkan perangkap laju di highway dapat mendidik? bukankah dengan kebocoran maklumat ini sudah jelas ianya hanya mencekik? hanya 1 perkara saja dari kami, jangan membuat perkara yang menyebabkan rakyat menjadi marah, bagi tim era pasca,memang bagus pun kamera ini di cat, biar menjadi pedoman dan rujukan kepada kerajaan Barisan Nasional, jangan naikkan api kemarahan rakyat dengan projek sengaja mencari alasan untuk menindas. by @tiewnama - 3 biji AES tumbang, 1 kena Cat, 97.5% rakyat tak setuju, tetapi Najib Razak punya Menteri kata, ianya TETAP akan di laksanakan. anda fikir fikirkanlah.. Ubah Sekarang! Selamatkan Malaysia! Selamat Poket Rakyat Malaysia. kahkahkahkah berkaitan AES boleh rujuk link di bawah ini. Fatwa Pengarah JPJ berkenaan AES & AES Kena Langgar & Beza AES Malaysia & Amerika & Kajian, 97.5% Rakyat Tolak AES dan Saman Ekor & ------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<-- "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
1,000 sertai demo bantah Chua Soi Lek hina hudud 20 PERKASA jadi BEROK TERENGGANU Posted: 09 Nov 2012 11:07 PM PST Hampir 1,000 umat Islam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, semalam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina hudud serta hukum Islam. Pada waktu dan tempat yang sama lebih kurang 20 orang PERKASA dan berok jalanan berdemo di tepi jalan membantah DSAI solat jumaat di KERTEH Terengganu. Rujuk sini video [PERKASA DEMO BANTAH ANWAR SOLAT JUMAAT DI KERTEH] Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya. Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS. "Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah," ujarnya. Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi. Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam. Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam. "Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam. "Kita sendiri juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka," jelasnya. ------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<-- VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
BeberapaTokoh Ulama' Hebat Yang Memilih Bersama PAS Posted: 09 Nov 2012 09:23 PM PST Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik." Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama' Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini? Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:- Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik Tokoh ulama Tauhid Melayu, seluruh pelajar pondok Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. Sering menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan DS Anwar Ibrahim. Antara kisah karamahnya:- 1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan. 2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya. 3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini. Syeikh Abdul Karim al-Banjari Syiekh pada satu ketika, baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya. Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama'? Dengar kata beliau "mempergunakan al-Quran" untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham. Ini hanya sebahagian Ulama Malaysia yang EP masukan dalam Blog Post EP.. sebenarnya ramai lagi. Untuk mengetahui boleh baca di SINI ------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<-- VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
Posted: 09 Nov 2012 01:05 PM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama arakian kerana media penfitnah nombor 1 negara iaitu utusan dan berita harian serta blog blog porno dari Barisan Nasional telah menyiarkan risalah serta penulisan fitnah terhadap nurul izzah, hari ini tim era pasca akan membuat penterjemahan dalam bahasa melayu tulin lagi bersastera agar mereka faham akan erti dan maksud sebenarnya ucapan nurul izzah ini, kerana umum tahu bahawa Bahasa Inggeris bagi media propaganda Barisan Nasional ini tidak begitu bagus, kerana pengarah dan editor media propanganda Barisan Nasional ini hanya belajar B.I di negara mexico yang terkenal dengan dadah dan penyeludupan senjata api, dan bloger lucah serta porno Barisan Nasional juga telah di suap dan di penuhi dengan lucah dan porno ke dalam sanubari mereka sebagai zikir amalan setiap hari, maka keimanan mereka hanyalah kepada seks blue dan lucah, maka mereka tidak akan dapat membezakan antara isu agama atau isu rosmah mansor dan isterinya taib mahmud serta anak nazri aziz. berikut adalah terjemahan penuh nurul izzah dalam sesi soal jawab mengenai kebebasan beragama. TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih." Nurul Izzah : Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas. Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih. TRANSCRIPT ENGLISH Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks." Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis. In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you. KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH. Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis. Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Saya cenderung mendukung program pendididkan dan dakwah untuk memperkukuh akidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama. KENYATAAN MEDIA PADA 6 November 2012 - Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog blog berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari. Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan. video penuh ucapan nurul izzah boleh klik SINI Akidah Pengikut Ahlul Sunnah Wal Jemaah Yang Taat, umno boleh! Bolehland! Menteri Agama Islam Luluskan Kelulusan Murtad Akidah. Akidah Akidah Akidah by @tiewnama - apa pendapat dato hasan ali mengenai akidah anak nazri aziz ini? hasan ali - khalid samad adalah Parasit. by @tiewnama - apa pendapat dato jamil khir mengenai akidah anak nazri aziz ini? jamil khir - saya tidak gunakan wang zakat untuk biaya saman fitnah anwar. by @tiewnama - apa pendapat dato mashitah mengenai akidah anak nazri aziz ini? mashitah - nurul izzah boleh di tuduh menghina agama islam. by @tiewnama - apa pendapat tiewnama mengenai akidah anak nazri aziz ini? tiewnama - ini adalah akidah islam azali ahlul punah wal ranah umno sejak 55 tahun yang lalu. kahkahkahkah Di bawah adalah dari Pejabat PKR, bandingkan. TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih." Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas. Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih. KENYATAAN MEDIA 4 November 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis. Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama. Nurul Izzah Anwar KENYATAAN MEDIA 6 November 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari. Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan. Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN -------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<-- "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
Pecah Berita! Pemuda Umno Malaysia Kutuk UMNO!! Posted: 09 Nov 2012 09:17 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama. kedengaran ianya seperti mengutuk anak muda yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional, tetapi sebenarnya Pemuda Umno Malaysia mengutuk keras akan umno itu sendiri, begini, biar tim era pasca kupaskan serba sedikit agar anda yang membaca ini memahami, sebenarnya bentuk penulisan sebegini adalah di tujukan kepada umno pulau pinang, rujuk SINI yang mana mereka lahir di hospital pulau pinang, sekolah dengan kerajaan pulau pinang tetapi mengutuk lim guan eng kerana ketua menteri penang ini memberikan berpuluh juta rm kepada sekolah agama rakyat dan sekolah sekolah pondok untuk belajar al quran, dan pemuda umno malaysia juga mengutuk umno kerana sabotaj yang berlaku dalam umno, sebagai contoh, mukris mahu jatuhkan khairy, muhyiddin mahu jatuhkan najib, kutuk mengutuk dalam diam adalah perkara wajib dalam mazhab Barisan Nasional. pemuda umno juga mengutuk perkara ini, rujuk SINI bilamana menteri ini menyelar dan menekan shahrizat agar meletak jawatan, ini juga satu bentuk maksud tersirat menteri ini telah mengutuk kerajaan Barisan Nasional yang di terajui oleh bosnya iaitu Najib Razak. by @tiewnama - kupasan ringkas untuk anda berfikir.. kahkahkahkah ----------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<-- "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
Posted: 09 Nov 2012 03:42 AM PST ------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<-- VOTE ONLINE PRU13: "Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah. Created by Klik untuk dapatkan |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan