Khamis, 8 November 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kena Tendang Isteri Muda? Biar Betul!!!??

Posted: 08 Nov 2012 12:34 AM PST

Sumber gambar: Manjung Mari

Benar atau tidak? Sila baca laporan lanjutnya di sini.




Peguam Kes Scorpene Janji Hadir Ke Parlimen 22 November, Apa Taktik Halang Kedatangan Mereka Kali Ini?

Posted: 08 Nov 2012 12:17 AM PST



[KD] KUALA LUMPUR 7 November: Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.

Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.

Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.

"Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.

"Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.

 
 
Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.
 
 
 

Lelaki Dera & Paksa Isteri Melacur

Posted: 07 Nov 2012 09:58 PM PST

"Memang saya pernah menjualnya pada pria lain, tapi hanya dua kali." Ari Wibowo Foto: VivaNews

[HM] DEPOK: Polis menahan seorang lelaki kelmarin atas tuduhan keganasan rumahtangga kerana memaksa isterinya melacur sejak lima tahun lalu.

Tangkapan itu dibuat selepas penduduk di Kompleks BNI di Sawangan, Depok, memindahkan isteri dan dua anak Ari Wibowo, 35, yang katakan melanggar anak bongsunya dengan motosikal dan memukul anaknya yang berusia 10 tahun dengan topi keledar pada Ahad lalu.

Jirannya segera melempar batu ke arah Ari untuk menghalangnya daripada mengejar anak lelakinya dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Seorang jiran, Suryono, 55 berkata, isteri Ari cuba meninggalkan rumah itu kerana didera oleh suspek.

Dia memberitahu jiran, Ari memaksanya melacur dengan bayaran RM300,000 (RM98) sejak sebelum dia melahirkan anak kedua dan beberapa hari selepas melahirkan untuk membayar kos bersalin.

"Kami dapat mendengar dia mendera keluarganya setiap hari sejak mereka berpindah ke sini lima tahun lalu tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa. Kejadian terbaru berlaku di luar rumah jadi kami dapat menghalangnya," kata Suryono. - JP

Baca laporan lanjut di sini.



 

Pelajar Pintar Dituduh BERZINA dengan Guru Sandaran

Posted: 07 Nov 2012 08:20 PM PST


Waris mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.

[SH] PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

"Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

"Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik," katanya kepada Sinar Harian selepas
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

"Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

"Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,"
katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.

"Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.

"Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang," katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini," katanya.
 
 
 

Jururawat Rakam Imej Hantu

Posted: 07 Nov 2012 04:48 PM PST



[Kosmo] MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

"Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.
 
 
 
 

Tiada ulasan: