dollah yankee |
Posted: 11 Nov 2012 06:55 AM PST dollah yankee - Hebat sungguh ilmu hitam yang di praktikan ini. Mangsa tak perlu hukuman hudud untuk menakutan penjenayah, mangsa tak perlu keluar belanja untuk menggaji jaga, mangsa juga tak perlukan cctv sebabnya ilmu yang diamal atau juga pejabat ini telah 'di-pagar'(bahasa tok bomoh), hinggakan penjenayah ini telah gagal mencari pintu keluar selepas mencuri. KUCHING -- Seorang pencuri yang mengantuk dan akhirnya tertidur telah ditangkap selepas memecah masuk ke dalam pejabat di Matang semalam. Pemuda berusia 35 tahun yang berasal dari Petra Jaya itu dipercayai telah memanjat di belakang bangunan dan masuk melalui tingkap ke sebuah pejabat di tingkat pertama pusat komersial itu pada waktu malam. Selepas mencuri beberapa komputer riba dan beberapa barangan lain di dalam beg yang dibawanya bersama, tanpa diketahui apakah sebabnya pencuri itu kemudiannya pergi ke salah sebuah meja dan tertidur di situ sepanjang malam.Suspek ditemui sekitar jam 8:00 pagi oleh salah seorang pekerja yang tiba ke pejabat dan segera menghubungi polis apabila melihat pencuri itu masih tertidur di atas meja. Pegawai peronda polis tiba dalam masa beberapa minit kemudian dan menahan suspek. Suspek akan ditahan di lokap sementara menunggu siasatan lanjut. sumber: pulakdah.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan