DIALOG RAKYAT |
- FGVH: Anak dakwa peneroka mula rugi
- Lagi kemelut pertukaran guru J-Qaf
- Nurul Izzah dihukum sebelum beri penjelasan
- Nurul Izzah dikecam dalam Dewan Rakyat
- PAS mahu menghadap Sultan perjelas kenyataan Nurul
- DAP boleh digelar ‘kafir harbi’ jika terus tolak Islam
- Ahli DAP usah layan media milik UMNO
- Tujuh cadangan yang dilupakan, komuniti India wajar tolak BN- M. Kula Segaran
- Dr.Asri & Dr.Mujahid Pertahankan Nurul Izzah
- [BERSEPAI] Minit Mesyuarat Sahkan MIC Sokong Bina Kondo
- Pojok: Cabai Burung – Utusan Malaysia, akhbar paling banyak bayar saman…
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Online Membebankan Guru. Rungutan Guru Dikaji!
- Semakan Elaun Kakitangan Awam : “Kami Dapat Elaun Rumah Rendah RM180 Sebulan Tapi Rumah Sewa Sekarang RM500 Sebulan”? Kerajaan Sila Kaji!!
- Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
- Umno Sandakan Kembali Bergolak?
- Hairan harga minyak sawit terus jatuh
- Ana Dahlia kesal kahwin terburu-buru
- Isu Nazri: Najib kena bertindak sebelum..
- Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog
- Rosnah: Kenyataan Izzah mengecewakan
- Banjir: 4,255 orang dipindahkan di empat negeri
- Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid
- Pemuda PAS Selangor prihatin mangsa banjir
- Apa usaha Jakim beri kefahaman berkenaan hudud
- S'gor cadang guna semula 2 loji air di Ampang
FGVH: Anak dakwa peneroka mula rugi Posted: 07 Nov 2012 05:46 AM PST
Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, maklumat yang diperolehi daripada pihak bank mengatakan jika harga saham jatuh pada harga RM4.78 pun pemegang saham sudah kerugian. "Kalau ditolak dengan interest, bayaran kepada bank jelas pemegang saham atau peneroka sudah rugi. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya kepada Harakahdaily. Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham mereka akhirnya mereka sebenarnya bukan menikmati durian runtuh tetapi sedang menghadapi malapetaka. Walaupun katanya, peneroka diberi skim membayar RM50 sebulan kepada bank hakikatnya peneroka berdepan dengan penambahan hutang termasuklah interest serta hutang yang lain. "RM50, berapa lama kena bayar untuk 800 unit saham? Dalam RM3600 lebih sedangkan pada waktu ini peneroka sudah terbeban dengan pelbagai potongan seperti tanaman semula, penyelenggaran ladang, hutang baja perumahan dan macam-macam lagi. Bertambah lagi beban mereka," katanya semasa dihubungi. Masalah ini katanya bukan sahaja dihadapi oleh peneroka bahkan kakitangan Felda lebih teruk menanggung bebanan ekoran kejatuhan harga saham FGVH. Jelasnya, kakitangan Felda ditawarkan saham lebih banyak kira-kira 10 lot tetapi mereka mengambil sikap tidak menjual saham itu kononya mahu dijadikan simpanan dengan harapan harga saham naik. "Tiba-tiba jatuh, mereka mengadu dengan saya mohon Anak berbuat sesuatu," jelasnya. Menurut Mazlan, purata kakitangan biasa (bukan anak syarikat) mendapat gaji antara RM1500 hingga RM3000, dalam masa yang sama mereka terpaksa membayar pinjaman saham tidak kurang RM500 sebulan kepada bank. "Berdasarkan lot saham yang ditawarkan mereka ini tidak dibantu apa-apa, bila mereka rujuk kepada pengurusan kata biasalah main saham adatlah untung rungi," katanya. Justeru katanya, nasib peneroka dan pemegang saham semakin 'kronik' apabila harga komoditi pula dilaporkan jatuh. "Di waktu peneroka dibuai perasaan susah, pemimpin masih memberi pengharapan kononya suasana ini hanya sementara, sambil memujuk supaya mereka bersabar," katanya agar kerajaan menangguhkan potongan bulanan peneroka buat sementara ini. | ||||
Lagi kemelut pertukaran guru J-Qaf Posted: 07 Nov 2012 05:44 AM PST
Sila perhatikan dan renungkan faktor-faktor permohonan pertukaran kami seperti berikut: 1.Telah tamat tempoh berkhidmat tiga tahun di sekolah asal (perjanjian berkhidmat 36 bulan) 2. Telah berkhidmat lapan tahun di Sarawak. 3. Guru J-QAF 2011 yang sudah tamat latihan, sudah dipostingkan semula kesekolah kami. 4. Guru J-QAF 2012 dalam latihan pun sudah ditempatkan ke sekolah kami. 5. Bilangan guru J-QAF disekolah kami sudah melebihi had / kouta, menyebabkan jadual mengajar individu berkurangan! 6. Ada j-QAF 2005 yang dapat pindah pada Oktober 2012 ini dan ada yang tidak, (macammana tu?). 7. Kami sudah membeli rumah di Semenanjung dan sudah sedia untuk diduduki, bayaran pinjaman perumahan juga sudah dibuat melalui potongan gaji. 8. J-QAF 2005 yang bujang sudah ramai yang berpindah ke Semenanjung bulan Jun 2012 yang lepas. Persoalan-persoalan yang mesti dirungkaikan segera bagi mengatasi kemelut pertukaran ini ialah: 1. Apakah alasan atau sebab-sebab yang diperlukan oleh KPM lagi untuk meluluskan permohonan kami? 2. JPN Sarawak mengatakan bahawa mereka sudah meluluskan permohonan pindah J-QAF 2005, 2006 dan 2007! Persoalannya, kenapa tidak dihadkan sokongan pindah itu kepada J-QAF 2005 yg masih terkandas di sini? Disebabkan itu, ada juga J-QAF 2006 dan 2007 yang dapat pindah Oktober 2012 ini, dengan alasan mereka telah berkahwin dan berjauhan dengan suami! Ahkan yang bujang pun sudah pun ada yang dapat bertukar. Apakah alasan kami yang berkahwin dan tinggal bersama di sini tidak menyokong permohonan pindah kami? 3. Kenapakah tiada penyelarasan di antara PPD, JPN dan KPM (khasnya Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan JPN bagi menentukan keutamaan dalam meluluskan sesuatu pertukaran)? Masing-masing sering menuding jari di atas kesalahan pihak lain! 4. Berapa tahun lagi kami mesti bertahan dan 'terkandas' di Sarawak demi untuk memaksa diri dengan merelakan? Atau paksa rela pertukaran atau perpindahan guru J-QAF batch 2006, 2007 dan seterusnya sekarang ini J-QAF batch 2012 yang berjauhan dengan suami atau isteri untuk berpindah lebih awal daripada kami yang berpasangan tinggal di sini? Harapan kami terhadap isu ini ialah: 1. Buangkan kerenah birokrasi dalam urusan perpindahan dan pertukaran guru ini. 2. Binalah satu penyelarasan di antara PPD, JPN dan KPM, agar mereka yang telah lama tinggal di sini dan lebih lama berkhidmat, diberi kelulusan berpindah terlebih dahulu berbanding yang lain. Janganlah abaikan kami yang berpasangan tinggal di sini dalam soal pertukaran dan perpindahan. Kami juga ada hati, perasaan dan kemahuan untuk berpindah, sebab itulah kami tidak terus putus asa mengisi Eg Tukar saban kali dan saban tahun. 3. Buatlah satu sistem penggiliran pertukaran dan perpindahan guru yang betul dan adil untuk menjamin peluang J-QAF lain untuk pulang berkhidmat di kampung halaman sendiri. Jika alasan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) yang mengatakan Sarawak kekurangan guru J-QAF, ia tidak lagi boleh diterima pakai kerana keadaan sekarang sudah berbeza. Kebanyakan sekolah sudah menerima guru J-QAF ambilan 2011 yang telah tamat latihan dan juga guru J-QAF pelatih ambilan 2012. Saya amat berharap berilah perhatian dan keutamaan serta keadilan kepada permohonan kami, agar kami dapat membina kehidupan berkeluarga yang lebih sempurna di kampung halaman kami sendiri, di samping dekat dengan keluarga (ibu, ayah dan adik-beradik yang lain). Jangan sampai tragedi yang menimpa sahabat kami yang telah kematian ayah dan ibunya, barulah beliau dapat berpindah ke Semenanjung, berulang lagi kepada mereka yang lain. Kami amat berharap masalah dan isu serta kemelut ini akan ditangani dengan segera kerana kami juga adalah rakyat yang menyokong slogan Perdana Menteri 'Janji Ditepati'! | ||||
Nurul Izzah dihukum sebelum beri penjelasan Posted: 07 Nov 2012 05:42 AM PST
Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihak yang membuat tuduhan kononnya Izzah menyokong Melayu murtad khususnya pimpinan Umno tidak memahami konteks dan maksud sebenar kenyataan Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu. "Adalah suatu yang tidak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu murtad. kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, selepas mendengar penjelasan dari Izzah dan Ahli ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli panel forum tersebut, mereka yakin kenyataan Izzah itu diputar belit akhbar Utusan Malaysia. "abnyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak sebagai memanjangkan isu walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri. "Mereka membuat komen hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia kebanyakannya," katanya. Jelas beliau juga, Izzah mengatakan dan membuat kaveat dalam kenyataannya yang "sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam". "Nurul Izzah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud orang Melayu bebas memilih agama, mengajak orang Melayu keluar Islam dan menyokong orang yang murtad," katanya. Turut bersama pada sidang media ialah Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. | ||||
Nurul Izzah dikecam dalam Dewan Rakyat Posted: 07 Nov 2012 05:39 AM PST Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata kenyataan Nurul Izzah itu boleh didakwa di bawah enakmen kawalan agama kerana menghina Islam. KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika membahaskan isu hak kebebasan memilih agama termasuk di kalangan Melayu yang dibuat ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata kenyataan Nurul Izzah itu boleh didakwa di bawah enakmen kawalan agama kerana menghina Islam. Namun menegaskan tiada peruntukan atau enakmen khusus yang boleh digunakan jika didapati cuba mengajak orang Islam lain untuk murtad. "Kalau seorang bukan Islam mengajak orang Islam untuk keluar Islam, maka kita ada dalam enakmen kawalan agama. "Tapi yang wujud kali ini orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapanya mendidik dan ibu bapa mewariskan agama tersebut. "Setakat ini tiada peruntukan khusus sebegitu tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mengenai tindakan wajar diambil terhadap Nurul Izzah. Katanya, berdasarkan enakmen kawalan agama, mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Jawapan Mashitah itu kemudiannya disanggah Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) yang menggesa supaya Mashitah segera menarik balik kerana gagal kenyataan Nurul Izzah sepenuhnya. `Kamu angkuh' "Saya minta timbalan menteri sebelum buat apa-apa pertuduhan, atas perkara dakwaan yang dilemparkan kepada Lembah Pantai, apakah timbalan menteri tahu kenyataan sebenar yang disebutkan Lembah Pantai?" "Lembah Pantai kata ada salah laporan … tapi Sri Gading tak faham," tegasnya. Kenyataan Dzulkefly itu kemudiannya mendapat respon daripada ahli Parlimen BN yang mempertahankan Mashitah. "Kamu angkuh!", Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) kepada Dzulkefly. "Timbalan menteri tidak membuat tuduhan!" sahut Mohamad Aziz. Mashitah turut mempertahankan kenyataannya itu tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya menjawab pertanyaan Mohamed. Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan semalam terkejut dan kecewa dengan kenyataan Nurul Izzah. Sultan Sharafuddin, menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa turut menyanggah pandangan orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan memilih agama lain dan keluar Islam. | ||||
PAS mahu menghadap Sultan perjelas kenyataan Nurul Posted: 07 Nov 2012 05:33 AM PST Dr Dzulkefly Ahmad berkata maklumat sebenar mungkin tidak dijelaskan sepenuhnya kepada Sultan Sharafuddin oleh MAIS. KUALA LUMPUR: PAS tidak keberatan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai hak kebebasan memilih agama. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, maklumat sebenar mungkin tidak dijelaskan sepenuhnya kepada Sultan Sharafuddin oleh Majlis Agama Islam (MAIS) menyebabkan baginda memberikan respon sedemikian. "Saya yakin Sultan tidak mendapat kenyataan Nurul yang sebenarnya. Kalau tidak saya sendiri boleh menghadap Sultan untuk memberitahu. "Saya cukup friendly (baik) dengan Sultan. Saya sendiri boleh membawa kenyataan sebenar kepada Sultan," katanya di lobi Parlimen hari ini. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai kenyataan MAIS yang menyampaikan kekecewaan Sultan terhadap isu itu. Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan semalam berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam. Dzulkefly berkata, beliau bersedia menjelaskan perkara yang sebenar kepada Sultan sehingga bagaimana ia boleh diputarbelitkan sehingga ditafsirkan sebagai menggalakkan murtad. Informasi sebenar "Saya ahli Parlimen negeri Selangor dan tentunya saya yakin atas menjaga martabat Sultan saya sendiri boleh mengangkat informasi yang sebenarnya," katanya. Beliau bagaimanapun, berkata tindakannya itu bukan bermakna secara peribadi mahu mempertahankan Nurul Izzah sebaliknya ia soal hukum agama yang sengaja dipolitikkan oleh pihak berkepentingan. "Saya yakin seperti (Datuk) Hasan Ali dan semua yang buat kenyataan mereka tidak berlaku adil untuk benar-benar tak meneliti apa yang disebutkan Nurul. "Tak bermakna sebagai orang PAS dan Pakatan saya pertahan Nurul tetapi saya mahu suarakan apa yang benar. "Jangan sampai kerana kepentingan politik kepartian sanggup (memutarbelitkan hukum agama)…bayangkan orang yang komited pada agama, sembahyang lima kali sehari boleh dikatakan mengajak orang keluar agama dan dia boleh percaya," katanya. | ||||
DAP boleh digelar ‘kafir harbi’ jika terus tolak Islam Posted: 07 Nov 2012 05:28 AM PST Mashitah menjawab soalan ahli Parlimen PKR-Tanah Merah Amran Abdul Ghani yang ingin tahu sama ada DAP sememangnya dianggap sebagai 'kafir harbi'. KUALA LUMPUR: Istilah 'kafir harbi' boleh terpakai jika DAP berterusan menentang Islam secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Parlimen hari ini. "Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam." Mashitah menjawab soalan ahli Parlimen PKR-Tanah Merah Amran Abdul Ghani yang ingin tahu sama ada DAP sememangnya dianggap sebagai 'kafir harbi'. Amran merujuk kenyataan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa'amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak Islam. Mashitah bagaimanapun berkata dalam konteks Malaysia, istilah tersebut tidak membenarkan umat Islam berperang secara fizikal. "Ia bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman bunuh diambil tetapi sebagai satu kajian sikap sama ada kita (Muslim) masih boleh terus berkawan dengan dia ataupun tidak…itu sahaja. "Jadi tidak timbul soalan tuduhan yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya," katanya lagi. Sebaliknya, beliau menegaskan mana-mana pihak yang menuduh seseorang sebagai 'kafir harbi' atau 'kafir zimmi' boleh didakwa di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara. "Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun," katanya. | ||||
Ahli DAP usah layan media milik UMNO Posted: 07 Nov 2012 05:21 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP mencapai kata sepakat dalam mesyuaratnya Isnin lalu untuk menentukan seseorang calon bertanding di kerusi Parlimen dan DUN secara serentak harus mengambil kira keadaan kerana ia membabitkan strategi politik. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya menyeru ahli DAP supaya tidak menghebahkan mekanisme dalaman parti serta strategi politik kepada media yang mungkin berniat untuk memberi gambaran buruk kepada DAP. "Gambaran negatif yang disensasikan adalah taktik untuk mengalih perhatian daripada dasar gagal, fitnah dan budaya kroni yang diamalkan BN," kata Guan Eng sambil merujuk kepada isu pemasangan 831 kamera 1Malaysia di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bakal menguntungkan kroni Barisan Nasional. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah bahawa media arus perdana akan terus memutarbelitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk memainkan sentimen perkauman dan agama demi menutup kegagalan BN memberi penjelasan terhadap isu tertentu. "Cubaan Utusan Malaysia untuk melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam dengan melabelkan DAP sebagai "kafir harbi" telah gagal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai "kafir harbi", ujar beliau. Menyifatkan tindakan Utusan Malaysia itu sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab, Guan Eng turut menerangkan bahawa frasa kafir harbi digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam dan memusuhi Islam dan Utusan Malaysia secara tersirat cuba menyarankan keganasan terhadap pemimpin DAP. "Walaupun difitnah Utusan, tiada tindakan diambil terhadap akhbar terbabit. Pemimpin DAP harus bersatu menentang tindakan terdesak media arus perdana untuk memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya. – Roketkini.com | ||||
Tujuh cadangan yang dilupakan, komuniti India wajar tolak BN- M. Kula Segaran Posted: 07 Nov 2012 05:16 AM PST Roketkini.com SUNGAI SIPUT,: Masyarakat India wajar menolak BN pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana gagal membela golongan minoriti itu yang dilanda pelbagai masalah sosio ekonomi walaupun sudah memerintah lebih lima dekad. Walaupun BN sudah menabur pelbagai janji politik yang bersifat sementara tanpa melihat dan menyelesaikannya secara proaktif perkara asas yang menjadi punca permasalahan dan kesusahan yang ditanggung selama ini. Naib Pengerusi DAP Perak, M.Kula Segaran berkata, BN sedar bahawa masyarakat India negara ini adalah kunci jatuhnya BN pada pilihan raya umum. Justeru, BN cuba memancing mereka dengan pelbagai imbuhan dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini ujarnya pada satu majlis sambutan Deepavali. "Persoalannya, adakah imbuhan itu memadai bagi menyelesaikan masalah pokok yang sudah sekian lama melanda komuniti ini," katanya. Ketika berucap, Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat mengingatkan sekali lagi kepada Perdana Menteri, Najib Razak di mana bekas Presiden MIC S Samy Vellu sendiri pernah membangkitkan tujuh perkara penting masalah yang dihadapi masyarakat India. "Tujuh perkara itu membabitkan pengambilan pelajar India ke universiti, pembabitan yang lebih kompetitif dalam pasaran saham, peluang pekerjaan yang lebih baik terutamanya dalam sector awam, peningkatan biasiswa dari kerajaan, akses kepada latihan keusahawanan dan pinjaman mikro-kredit, program basmi kemiskinan yang efektif dan memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam dengan wajar dan adil, "Apakah MIC di bawah kepimpinan baru Datuk G.Palaniveil sudah melupakan semua gesaan dan syor mereka sebelum ini. Nampaknya ia sudah dilupakan." ujar beliau.- Roketkini.com | ||||
Dr.Asri & Dr.Mujahid Pertahankan Nurul Izzah Posted: 07 Nov 2012 05:08 AM PST KELAB GREENBOC Asri bela Nurul Izzah Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membela Nurul Izzah Anwar kerana berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama. Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi. "Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam. "Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. "Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya dipetik dariSinar Harian Online. Baru-baru ini, sebuah laman portal melaporkan Naib Presiden PKR itu mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu. "Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang dipetik dari portal berita itu. Nurul Izzah menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak. Beliau juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini. Nurul Izzah juga semalam mengumumkan akan mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana dikatakan memutarbelitkan kenyataannya-TMI. Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid | ||||
[BERSEPAI] Minit Mesyuarat Sahkan MIC Sokong Bina Kondo Posted: 07 Nov 2012 05:02 AM PST KELAB GREENBOC Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC. Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007. Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini. MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu. Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu. Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya. Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat. Kohilan, three MIC reps gave nod to Batu Caves project klik untuk baca | ||||
Pojok: Cabai Burung – Utusan Malaysia, akhbar paling banyak bayar saman… Posted: 07 Nov 2012 04:58 AM PST Roketkini.com Maka berkokoklah Awang Selamat memperli Ketua Menteri, Lim Guan Eng, "berani kerana benar, takut mungkin kerana salah". Senang cerita beginilah, kalau nak jadi akhbar rasmi UMNO, ishtihar sajalah. Tak payah nak berselindung lagi dengan lesen akhbar harian, pembaca pun dah naik muak dan meluat. Guan Eng bukan takut kerana salah atau berani kerana benar. Masalahnya, bila diberi muka kepada Utusan Malaysia masuk membuat liputan, silap gaya; kalaulah yang dicakap itu emas, dilaporkannya pula sebagai besi buruk. Kan hodoh benar bunyinya tu1. Utusan Malaysia 'raja spin' Bukannya kita tidak tahu, sebelum ini pun bos Utusan Malaysia pernah ajar blogger UMNO untuk spin-putar belit berita. Kata Zaini Hassan Ketua Pengarang Utusan Malaysia tersohor itu, "Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay." Maka sebab itulah tidak hairan kalau Utusan Malaysia kalah banyak saman. Baru-baru ini Utusan Malaysia kalah kepada Lim Guan Eng sendiri, kenalah bayar RM200,000. Sebelum itu juga pernah cuba membatalkan saman mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syad Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta tetapi gagal. Utusan Malaysia juga pernah kalah saman dengan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pada 2009 pula, Utusan kalah saman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu "Pak Janggut". Suka Cabai Burung memetik kata-kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, "Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya berseloka. Banyak kali kalah saman tapi tak serik dan tak sedar diri Bayangkan, siapa saja yang tak pernah kena fitnah dengan Utusan Malaysia, hampir kebanyakan pimpinan Top 10 Pakatan Rakyat biasa difitnah malahan sezuhud-zuhud Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang duduk di rumah papan buruk itu pun pernah dituduh 'makan suap.' Tidak serik dengan saman, bermula semalam, mereka keluar lagi fitnah baru ke atas Ahli Pafrlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, Nurul Izzah kata; Melayu bebas pilih agama? Utusan cipta rekod Adegan kalah saman Utusan Malaysia itu menyimpulkan kepada kita beberapa pencapaian utama akhbar propaganda UMNO itu sekitar sedekad ini. Pertama, Utusan Malaysia menjadi akhbar pertama di Malaysia yang paling banyak disaman, kedua Utusan Malaysia paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman dan ketiga, berjaya menjadi akhbar paling banyak kena minta maaf untuk mengelak bayar tuntutan saman. Kita tunggu dan lihat saja nanti. Utusan Malaysia kena ingat, bab tabur fitnah ini bukanlah kebebasan bersuara yang wajar. PR perjuangkan kebebasan menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan dengan cara yang demokratik. Bukannya kebebasan bersuara untuk membuat fitnah sana-sini. Utusan Malaysia agaknya kena masuk balik sekolah wartawan kot. – Roketkini.com | ||||
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Online Membebankan Guru. Rungutan Guru Dikaji! Posted: 07 Nov 2012 04:49 AM PST Biasalah, benda baru seperti sistem online yang digunakan kalangan guru sekarang ini seperti sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) akan ada masalahnya. Persoalannya bagaimana dan berapa lama masalah seperti ini akan berpanjangan? Masalah sistem PBS sekolah online ini telah pun dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk ditambahbaik selepas menerima banyak rungutan daripada kalangan guru-guru. Sistem PBS sekolah online mula diperkenalkan bagi menambaikbaik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorentasikan peperiksaan. Sebenarnya, sistem PBS sekolah online dibangunkan bertujuan untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014. Antara Rungutan Masalah Sistem PBS Sekolah Online Ini?Masalah kelewatan & data komputer sehingga menjadi bebanan kepada kalangan guru-guru Malaysia Sistem PBS yang dibangunkan untuk memudahkan kerja kalangan guru dilihat satu bebanan apabila sistem yang disediakan tidak "mesra pengguna". Sehingga ada kalangan guru-guru yang menghantar email aduan kepada kami menyatakan yang mereka kerapkali menghadapi masalah sepanjang menggunapakai PBS online ini sehingga tidak mampu menyiapkan kerja-kerja pbs seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in ke dalam sistem PBS online guru ini) apatah lagi melibatkan jumlah pelajar yang ramai orang pelajar bagi setiap ratusan soalan yang ada. Masalah bukan terletak pada ratusan band pelajar ke dalam sistem. Tetapi, bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya ditambah dengan sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error sedangkan kalangan guru ini tetap mengejar masa untuk menyiapkan PBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan (LPM) Sistem PBS ini bagus pada dasarnya. Tetapi dilaksanakan dalam kerangka yang kurang kemas sehingga menjadikan hasilnya carca merba. Minta dan mohon diperbaiki segera. P/S : Apabila dibangunkan suatu sistem yang digunakan bilangan pengguna yang ramai dan kerapkali digunakan untuk disiapkan dengan segera, prestasinya perlulah setandingdengan tujuan sistem tersebut diwujudkan. | ||||
Posted: 07 Nov 2012 04:46 AM PST BERITA SEMASA Gambar Hiasan Elaun kakitangan awam : Jika sebelum ini mungkin ada yang memasang impian akan ada kemungkinan sekali lagi semakan gaji kakitangan awam melibatkan 1.4 juta kakitangan awam. Malangnya, berita semakan kaji hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja kakitangan awam yang diberikan perhatian di atas sebab-sebab seperti DI SINI. Kali ini kalangan kakitangan awam mendesak pula supaya dibuat semakan semula elaun penjawat awam seperti elaun perumahan untuk dikaji semula kerana merasakan elaun perumahan yang diberikan sekarang sudah tidak relevan lagi lebih-lebih lagi dengan bebanan kos sara hidup yang ada ketika ini terutamanya kadar sewa rumah yang semakin meningkat tinggi…..
Apa Kata Kalangan kakitangan Awam Mengenai Elaun Yang Diberikan Sekarang Ini?
Ada yang mengatakan kalangan kakitangan awam memegang kunci "PRU". Benarkah? Mungkin ada kalangan kakitangan awam merasakan apa yang mereka minta adalah sebenarnya "HAK" mereka sebenarnya. dan merasakan inilah waktu ketika dan masa yang terbaik utnuk membuat tuntutan…. Walaubagaimanapun, hakikatnya yang perlu diakui sekarang ini kos untuk membayar emolumen (gaji + elaun kakitangan awam) kepada 1.42 juta penjawat awam sekarang ini adalah mencecah RM60 billion setahun, suatu jumlah yang amat besar bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia yang pendapatan tahunannya hanya sekitar 200+- billion setahun… P/S : Bagi kami, jika kita masih tidak perbetulkan asas bagaimana boleh melonjaknya kos sara hidup di Malaysia sampai bila-bila pun kita pasti akan mendengar rungutan dan tuntutan untuk semakan gaji dan elaun kakitangan awam. Walaupun ada kenaikan gajidan elaun tetapi dalam pada masa yang sama harga barang dan kos sara hidup turut melonjak sama, sebenarnya tiada makna di situ. Apa kata yang lain? | ||||
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda? Posted: 07 Nov 2012 04:38 AM PST Perdana Menteri Malaysia Ketujuh? : Satu lagi sumber yang kami baru terima mengatakan Parlimen bakal dibuburkan pada 15 November 2012 ini yang jatuh pada hari Khamis. Ditambah pula, hanya calon untuk Menteri Besar Selangor & Menteri Besar Perak sahaja yang belum terisi. Erm….kalau mahu difikirkan semula sampai ke sudah kalangan rakyat Malaysia akan terus menjadi "Nujum Pak Belalang" selagi tarikh Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya. Yang penting di sini ……. Yang penting di sini ialah Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir. Mungkin bulan ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian bantuan BR1M 2.0. Walauapapun, persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan? Siapakah? Adakah Najib Razak akan mengekalkan tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya selama 5 tahun lagi? Atau…….Anwar Ibrahim "akan bertukar kerusi" dengan Najib Razak di Dewan Rakyat? Sememangnya bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin dekat. Ditambah kalau tengok sekarang masing-masing berkempen bagai nak rak. Baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Kempen mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi semakin panas. Banyak isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
Yang kurang menariknya di sini, kalau dilihat sokongan yang diterima oleh kedua-dua pihak agak seimbang. Sehingga sukar untuk meramalkan, parti politik mana yang akan menang. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Seterusnya siapakah yang akan mengalas sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh? Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Antara Reputasi VS Karakter?Kedua-duanya merupakan dua nama pemimpin besar negara sekarang ini. Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Masing-masing berperanan sebagai :
Kedua-dua jawatan dan peranan tersebut diiktiraf yang mana telah sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Ditambah Pakatan Rakyat dikatakan telah sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Itu kata merekalah…. Walaubagaimanapun, kami perhatikan pertembungan dua pemimpin ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak bakal menjadi pertembungan yang menarik antara dua personaliti yang berbeza.
Seorang ada karakter dan seorang lagi pemimpin ada reputusi tersendiri ada karektor dan sorang lagi ada reputasi bagi merbeut jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh kelak. Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Anwar Ibrahim?Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia. Kalau diikutkan, Anwar Ibrahim ini…..jika mahu bercerita mengenai resputasi, apa yang beliau ada hari ini? Reputasi apa yang dia ada?
Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Najib Razak?Sementara itu, jikalau diperhatikan pula di satu sisi yang lain terhadap Najib Razak, beliau adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia sebelum ini.
Walauapapun, bagi kami pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak merupakan pertembungan palingan hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke 13 kelak juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Pertembungan antara seorang tokoh yang mempunyai karakter dan juga seorang lagi tokoh yang mempunyai reputasi bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya……. Apa pandangan anda pula? | ||||
Umno Sandakan Kembali Bergolak? Posted: 07 Nov 2012 04:20 AM PST TERDAPAT kepincangan ketara di dalam kepimpinan UMNO Bahagian Sandakan yang semakin kritikal kerana wujud beberapa puak yang bertelagah antara satu sama lain; mencetuskan perpecahan yang semakin sukar dikawal.Kewujudan Kem A, B dan C semakin ketara sehingga menyebabkan ramai ahli UMNO keluar parti secara senyap dan menyertai parti pembangkang. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan, Abd Hamid Hj Sabal berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan Sabahkini.Net kelmarin sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Tetap UMNO Sandakan, Sahari Ahmad yang bertajuk "Persidangan UMNO Sandakan Kucar Kacir' yang tersiar di Sabahkini.Net baru-baru ini. "Saya ingin menasihatkan ahli-ahli UMNO sama ada di peringkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi supaya setia dengan pucuk kepimpinan UMNO Sandakan dan patuh kepada kerajaan yang memerintah. Jangan sesekali menderhaka kepada parti dan perlu bekerja keras memantapkan perjuangan UMNO," kata Hamid yang mengajak mereka menentang parti pembangkang secara habis-habisan. "Sekali lagi saya memberi amaran keras kepada semua ahli-ahli UMNO Sandakan jangan pertikaikan soal siapa bakal calon. Sesiapa sahaja yang terpilih, itulah kita terima seadanya dan pastikan BN menang dengan majoriti yang besar," ujarnya Hamid yang jengkel dengan segelintir AJK yang suka menghentam Ketua Bahagian tanpa bukti yang kukuh dan boleh diambil tindakan tatatertib . Kata Hamid lagi, ramai ahli-ahli UMNO boleh dikatakan hidup dalam kemewahan dan serba serbi cukup. Mereka harus membalas jasa dan budi baik UMNO dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Bahagian. SHAIMON S JUMADI (sabahkini) | ||||
Hairan harga minyak sawit terus jatuh Posted: 07 Nov 2012 04:13 AM PST Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok memberi penjelasan tentang isu kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah mula jatuh mendadak sejak sebulan lalu yang melibatkan seramai dua juta pekebun kecil. Menurut Mazlan lagi, sehingga hari ini kerajaan tidak mengumumkan langkah-langkah bagi memberi jaminan kepada pekebun ladang kelapa sawit dan getah bagi mengatasi kejatuhan harga komoditi walaupun memorandum telah diserahkan pada menteri terbabit dua minggu lalu. "Maklumat terakhir daripada wakil pekebun kecil yang kita terima ialah mereka kini menerima RM300 bagi satu tan kelapa sawit. Harga ini (kejatuhan harga komoditi) sangat jauh lebih buruk berbanding dua tahun lalu. Bagi getah pula sebelum ini RM5 hingga RM6 sekilo tetapi sekarang RM2.50 sekilo. "Harga yang diterima itu belum ditolak dengan harga upah kerja dan upah pengangkutan. Kita telah serah memorandum pada menteri dua minggu lalu tetapi sampai sekarang tak dapat lagi langkah bagi menjamin harga komoditi tidak jatuh. "Sampai sekarang tak ada yang menjawab mengenai hal ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara semalam. Harga satu tan kelapa sawit pada enam bulan lalu ialah RM550 hingga RM700. Pada 23 Oktober lalu, ANAK menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen berhubung masalah kejatuhan harga komoditi untuk diserah kepada Bernard. Mazlan berkata dua permohonan telah dilakukan untuk bertemu Bernard bagaimanapun gagal. Sehubungan itu, Mazlan mencadangkan agar kerajaan menyediakan kembali skim seperti yang pernah dilancarkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu pekebun kecil yang menghadapi masalah kejatuhan harga komoditi. Jelas Mazlan, skim yang dibuat secara "ad-hoc" pada tahun 90-an itu membantu para pekebun dengan memberi sokongan pendapatan, insentif dan penanaman semula kelapa sawit. "Kerajaan boleh hidupkan skim itu. Skim itu dibuat masa zaman Mahathir. Skim itu membantu pekebun. "Tetapi sekarang, bukan sahaja skim, penanaman semula kepala sawit juga tidak dilakukan dan ini juga memberi masalah pendapatan kepada pekebun yang terpaksa menerima hasil daripada pokok kelapa sawit tua," katanya lagi. | ||||
Ana Dahlia kesal kahwin terburu-buru Posted: 07 Nov 2012 04:09 AM PST Berita mengenai keretakan rumah tangga, Chef Riz dan Ana Dahlia bukanlah khabar angin lagi. Baik Riz mahupun Ana, kedua-duanya akur dengan masalah yang sedang menimpa perkahwinan mereka. Enggan mengulas lanjut mengenai punca keretakan, Ana bagaimanapun mengakui kesal terburu-buru membuat keputusan mengahwini anak Chef Wan itu. "Perkenalan kami terlalu singkat. Hanya tiga bulan dan terus berkahwin. Ketika itu saya tidak berfikir panjang kerana mengenangkan keluarganya cukup baik dengan saya. Mengulas mengenai reaksi bapa mentuanya, Ana atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia bersyukur kerana Chef Wan memahami situasi yang sedang dihadapinya. "Dalam keadaan sekarang, Papa (Chef Wan) sentiasa berada di belakang saya. Dia juga sering menasihati saya dan hubungan kami sangat rapat. "Malah saya juga mendapat sokongan penuh daripada keluarga sendiri," kata Ana ketika menghadiri majlis sidang media pelancaran drama terbaru Slot Akasia, Cinta itu Milikku, di Sri Pentas, petang kelmarin. Berlaku curang? Aktres yang terkenal dengan rambut hitam mengurai ini turut mengulas mengenai dakwaan dia berlaku curang dan sedang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya. Menafikan perkara itu sekeras-kerasnya, Ana berkata, Riz lebih tahu perkara sebenar yang menimpa rumah tangga mereka. "Saya yakin sudah melakukan yang terbaik sebagai isterinya. Saya mohon masyarakat jangan menilai saya dari berita yang tidak benar itu. Ia hanya mengeruhkan lagi keadaan. "Apa pun saya berharap masalah kami dapat diselesaikan secara baik," kata Ana yang turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya. Menyentuh mengenai laporan bahawa dia dan Riz sudah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Ana lebih senang membiarkan media terus berteka-teki. "Saya percaya pihak media akan dapat tahu perkara sebenar nanti. Jadi tidak perlulah saya memberi jawapan," ujar Ana. Ana dan Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, telah bernikah pada 11 Disember 2011. Jadi perempuan jahat Lupakan seketika masalah peribadinya, wanita kelahiran Taiping, Perak ini, masih laris dalam lakonan. Biarpun ramai bakat baru yang muncul, namun Ana masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan. Terkenal dengan watak yang lembut dan sopan, Ana bagaimanapun beralih angin dengan membawa watak antagonis yang sangat mencabar menerusi drama Cinta Itu Milikku, yang bakal bersiaran di slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 petang, bermula 12 November ini di TV3. "Ini kali kedua saya bawa watak jahat. Menerusi 3 Janji sebelum ini, tidaklah terlalu ketara. Namun kali ini, saya kena jadi jahat sepenuhnya. "Pada mulanya, saya risau juga akan dikritik nanti. Tetapi saya harus memberi kelainan dalam lakonan. Saya harap peminat dapat terima, " katanya yang membawa watak sebagai Dian dalam drama itu. Selain Ana, drama itu turut dibintangi Fazreen Rafi dan Emma Maembong.- SinarHarian | ||||
Isu Nazri: Najib kena bertindak sebelum.. Posted: 07 Nov 2012 04:07 AM PST Shahbudin Husin Isu yang melibatkan Nazri Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, Parlimen dan SPRM dengan usahawan balak Michael Chia, terus memanaskan suhu politik negara dengan pelbagai pendedahan baru hari demi hari.Isu ini bermulanya dengan jawapan Nazri di Parlimen berkaitan Michael yang pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa untuk diberikan kepada Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Jawapan Nazri di Parlimen yang menyebut Michael tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan kerana wang itu sebenarnya adalah untuk diberikan kepada UMNO Sabah, bukannya Musa Aman secara peribadi, akhirnya mengundang petaka yang tidak berkesudahan. Jawapan Nazri itu, dan kemudian diikuti dengan kenyataan Najib pula bahawa tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana parti politik menerima sumbangan, walaupun dilihat cuba membersihkan Musa Aman dan Michael Chia namun kekotoronnya berpindah pula kepada Nazri (gambar) kemudiannya. Sebelum itu Suaram diserang dengan dakwaan menerima wang daripada Soros tetapi dengan pengesahan Najib bahawa parti politik dibolehkan menerima wang sumbangan, bahkan UMNO Sabah sudah pun menerima RM40 juta, ludahan UMNO ternyata memercik ke muka sendiri. Kekotoran yang cuba dibersihkan daripada Michael Chia dan Musa Aman mulai berpindah kepada Nazri berikutan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin bahawa Nazri didakwa telah menerima sejumlah wang daripada Michael Chia dan pemberian seebuah kereta mewah untuk kegunaan keluarganya. Walaupun Nazri kemudiannya menafikan dakwaan Raja Petra itu tetapi ia kembali panas apabila Rafizi kemudiannya mendedahkan maklumat bergambar berkaitan sebuah kereta mewah jenis Hummer yang didakwa kepunyaan Michael Chia tetapi digunakan oleh anak lelaki Nazri, Mohd Nedim. Nazri kemudiannya tidak menafikan perkara itu tetapi menyifatkan ianya urusan antara anaknya dengan Micahel Chia dan perlu ditanya kepada anaknya. Dalam masa yang sama Nazri juga mengakui Michael Chia adalah kenalan rapatnya. Dengan langkah terbaru Rafizi melaporkan kepada SPRM kaitan hubungan Nazri dan anaknya dengan Michael Chia serta isu wang RM40 juta sebelum ini, Nazri kini menjadi sasaran panas lampu sorot pembangkang menjelang pilihanraya umum akan datang ini. Soal sama ada Nazri bersalah atau tidak bukanlah menjadi isu penting tetapi intergriti kerajaan dan pemimpin UMNO sekali lagi diragui umum. Selepas Shahrizat yang dikaitkan dengan isu lembu NFC, isu melibatkan Nazri ini sekali lagi menghenyak reputasi UMNO sekaligus menguji wibawa Najib selaku Perdana Menteri. Jika dalam isu Shahrizat, kelambatan Najib bertindak dan membiarkan pendedahan demi pendedahan dibuat melalui media sehingga hampir menjahanamkan nama baik UMNO dan Najib sendiri, isu Nazri ini juga jika dibiarkan pasti memberi kesan buruk yang serupa. Dalam suasana pilihanraya hampir tiba dan persepsi harus dikawal, meletusnya isu Nazri ini tidak lebih bakal menjadi beban baru kepada UMNO dan Najib jika dibiarkan menjadi perbicaraan di media. Nazri, seorang peguam dan memang diakui petah berhujah. Logik bicara dalam setiap perkara sentiasa ada. Tetapi dengan pelbagai pendedahan yang dibuat terhadap diri dan anak lelakinya, persepsi umum terhadap beliau sudah sukar diperbaiki. Jika dibiarkan ia pastinya melarat dan memburukkan sama nama UMNO serta Najib. Walaupun Nazri cuba bersilat dan berhujah, persepsi umum ialah tidak mungkin Michael Chia memberikan kereta mewah itu kepada Mohd Nedim jika dia bukan anak Nazri. Jika dalam isu Shahrizat, Nazri pernah meminta Shahrizat memulangkan kembali wang RM250 juta yang menjadi isu itu, kini giliran Nazri pula membuktikan keikhlasannya sebagai pemimpin. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk membersihkan namanya, nama UMNO dan nama kerajaan. Mungkin beliau perlu mengambil cuti bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap diri dan keluarganya. Dan dengan Rafizi akan berlepas ke Hong Kong minggu depan untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penahanan Michael Chia, adalah dijangka lebih banyak maklumat baru akan terdedah. Dan isu yang melibatkan Nazri ini tentunya akan terus memeningkan kepada bossnya sendiri, Najib Razak. Dengan pelbagai isu sedia ada sudah cukup memeningkan Najib, isu Nazri ini tentu menyebabkannya migrain pula. Jika Nazri tidak mahu berkorban atau mengambil cuti, Najib pastinya akan didesak untuk mengambil sesuatu tindakan pula. Wibawa Najib sekali lagi akan diuji. Pengajaran daripada isu lembu NFC yang melibatkan Shahrizat akan dijadikan asas serta hujah untuk memaksa Najib bertindak lebih pantas sebelum keadaan menjadi bertambah parah. Dalam masa yang sama, umum juga tentunya menunggu komen Tun Mahathir mengenai isu Nazri ini. Sejak Mahathir bersara pada 2003, Nazri sudah menjadi musuh tidak rasmi kepada Mahathir terutama dalam kritikannya kepada Pak Lah dulu. Sebagaimana dalam isu AP yang melibatkan Rafidah Aziz dan NFC yang melibatkan Shahrizat, pandangan Mahathir dalam isu Nazri sudah boleh dijangka arah tujunya. Dalam hal ini Najib perlu menangani isu Nazri ini sebelum Mahathir bersuara. Jika selepas Mahathir bersuara, yang sudah boleh diagak tidak akan menyebelahi Nazri, kesannya tentu terkena kepada Najib juga. Najib sekali lagi akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah, tidak tegas dan kurang berwibawa. Meletusnya isu Nazri Aziz ini tidak lain menunjukkan kepada umum satu lagi bukti bahawa pemimpin UMNO tidak mungkin akan berubah walaupun laungan perubahan itu diucapkan saban hari. Persepsi rakyat berikutan meletusnya isu ini hanya menambahburukkan lagi wajah UMNO dan para pemimpinnya. Harapan UMNO untuk mempertahankan kuasa dengan pemimpin yang sedia ada, tampak menjadi semakin sukar. Sementara harapan untuk menang dengan bergaya semakin pudar berikutan pelbagai isu dan kemelut yang muncul silih berganti, tetapi wibawa dan keberanian Najib dalam menangani isu Nazri ini tetap dituntut kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan menyebabkan kekalahan yang lebih parah bakal diterima. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | ||||
Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog Posted: 06 Nov 2012 09:37 PM PST SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah. "Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan. "Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. | ||||
Rosnah: Kenyataan Izzah mengecewakan Posted: 06 Nov 2012 09:35 PM PST SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu seharusnya diberi kebebasan untuk memilih agama sendiri dilihat sebagai kenyataan memalukan lagi mengecewakan. Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Nurul Izzah perlu membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan yang dibuat semasa menjadi panelis forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya, Sabtu lalu. Menurutnya, kenyataan ini bertentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas agama Islam. "Mengapa Nurul Izzah perlu menggunakan taktik murahan demi meraih undi orang bukan Islam? Adakah pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup menggadai agama sendiri demi meraih kemenangan politik? "Kita tidak menghalang kebebasan orang yang bukan Melayu untuk mempraktikkan agama masing-masing, tetapi sudah jelas termaktub bahawa sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib pelihara agama kita," katanya. Beliau turut menggesa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Dewan Muslimat Pas tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan itu. | ||||
Banjir: 4,255 orang dipindahkan di empat negeri Posted: 06 Nov 2012 09:33 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Keadaan banjir masih lagi serius di empat negeri iaitu Perak, Melaka, Selangor dan Johor yang mencatatkan seramai 4,255 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan setakat pukul 6 petang, berbanding 3,684 orang semalam. Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Johor mencatatkan jumlah tertinggi 1,979 mangsa banjir, Selangor (1,957), Perak (203) dan Melaka (116). Sehingga kini tiada penutupan jalan dan kehilangan nyawa akibat kejadian banjir berikutan hujan lebat sejak minggu lepas. Menurut laporan portal MKN itu, sebanyak 31 pusat pemindahan dibuka di negeri terbabit dalam kejadian banjir itu dengan melibatkan daerah di Batu Pahat 16 pusat pemindahan, Kuala Langat (lima), Sepang (tiga) manakala masing-masing dua pusat pemindahan bagi Melaka Tengah, Jasin dan Hilir Perak. Hanya satu pusat pemindahan dibuka di Ledang, Johor. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata setakat ini seramai 1,158 keluarga didaftarkan kementerian di pusat pemindahan. "Jabatan Kebajikan Masyarakat membekalkan segala keperluan harian seperti makanan, selimut, tikar dan bencana kit untuk mangsa bencana di pusat pemindahan ini," katanya. Sementara itu Ketua Wanita Barisan Nasional Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beribu-ribu anggota Skuad Sayang Pergerakan Wanita BN digerakkan sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh negara. Beliau berkata sukarelawan itu akan membantu membuat kerja seperti memasak, mencuci dan menjaga bayi mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan itu.- Bernama | ||||
Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid Posted: 06 Nov 2012 09:30 PM PST SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung "tiada paksaan dalam agama" seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan "tiada paksaan dalam agama" adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan. "Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara. "Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu. Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara. "Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya. Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam. "Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya. | ||||
Pemuda PAS Selangor prihatin mangsa banjir Posted: 06 Nov 2012 09:28 PM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat prihatin terhadap perkembangan cuaca yang agak lembap dengan hujan lebat sepanjang 2 minggu lalu telah menyebabkan beberapa kawasan telah mengalami banjir kilat seperti di Gombak, Kota Raja, Shah Alam, Sepang, Kuala Langat dan beberapa kawasan lagi. Lebih kurang 1,200 orang mangsa banjir di Selangor kini berada di pusat-pusat pemindahan untuk mangsa banjir sehingga hari ini. Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata pihaknya mengucapkan takziah kepada seluruh mangsa-mangsa banjir dan ahli keluarga mereka di atas musibah yang melanda dan kerosakan harta benda yang dialami di dalam kejadian banjir. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mendoakan semoga para mangsa banjir akan bersabar di atas ujian ini dan tabah untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama dengan Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor untuk bertindak segera dengan mewujudkan Bilik Gerakan Banjir di kawasa-kawasan yang terbabit untuk tujuan penyaluran bantuan segera daripada pelbagai aspek yang boleh disumbangkan dengan bantuan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, ujarnya mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barangan keperluan untuk makanan daripada pihak-pihak yang sudi untuk memberikan bantuan. Sebarang bantuan bolehlah disalurkan dengan menghubungi, Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor, Saudara Mohd Nazree, 017 3333441. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat mengharapkan semoga Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai lebihan simpanan sebanyak 2 bilion pada tahun ini dapat menyalurkan bantuan yang selayaknya bagi membantu mangsa-mangsa banjir dengan kadar yang segera," katanya. Beliau berharap kerajaan negeri perlu mengambil iktibar di atas segala kelemahan semasa menangani masalah yang sama pada tahun lepas. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak mahu lagi kerajaan negeri bersikap sambil lewa dan berlepas tangan apabila musibah melanda rakyat di dalam negeri Selangor," ujarnya. | ||||
Apa usaha Jakim beri kefahaman berkenaan hudud Posted: 06 Nov 2012 09:26 PM PST
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah usaha Jakim melalui agensi-agensi berkaitan seperti Yadim, Majlis Fatwa Kebangsaan, TV AL-Hijrah dan Radio Ikim dalam memahamkan berkenaan perundangan Islam, Hudud, Qisas dan Takzir. Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan Dr. Mohd Hatta Md Ramli [PAS-Kuala Krai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa Pentaksiran Berdasarkan Sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah Kerajaan, sedangkan banyak sistem operasi on-line tidak berkesan dan "lambat". Mengapa Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah, yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah? Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kejadian letupan loji di Kompleks PETRONAS Kerteh semenjak ia beroperasi serta nyatakan punca dan akibat kejadian dan langkah-langkah mengatasinya. Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan berhubung peratus saham FGV yang dilanggan oleh individu, syarikat, peneroka dan apakah nama dan peratus syarikat yang melanggan saham terbabit termasuk di dalam dan luar negara. Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan industri getah negara banyak melibatkan pekebun kecil dan masyarakat luar bandar berbanding dengan Industri sawit yang melibatkan ladang-ladang besar dan GLC yang kaya raya. Apakah langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk menstabil harga getah dalam memastikan pekebun kecil tidak terus tertindas dan terus berada dalam kemiskinan kekal. Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan anggaran kos tambahan yang diperlukan oleh Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna. Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah kali terakhir kakitangan MAS menerima bonus dan adakah penyelarasan semula gaji mereka akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan "roadmap" Kualiti Petrol (Fuel Quality) untuk kenderaan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan petrol dan diesel untuk pengguna. | ||||
S'gor cadang guna semula 2 loji air di Ampang Posted: 06 Nov 2012 09:24 PM PST
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kedua-dua loji itu merupakan aset Kerajaan Negeri tetapi telah diabaikan seperti Loji Bukit Jelutong. Katanya, pihaknya sudah meminta Timbalan Pengarah UPEN, Nor Azmi Diron untuk menyelidik potensi loji-loji itu. "Sekiranya kedua-dua loji itu berpontensi dan benar sudah tidak digunakan, saya akan berbincang perkara ini dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. "Kita juga akan menggunakan mana-mana aset-aset ini untuk bangunkan semula loji ini dengan menggunakan kaedah teknologi membran atau kaedah konservatif," katanya ketika ditemui TvSelangor. Baru-baru ini, Loji Perawatan Air (LPA) di Bukit Jelutong yang ditutup sejak 17 tahun lalu akan dibuka semula untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat. Kerajaan Negeri kini dalam proses menjalankan kajian rintis bagi membolehkan loji tersebut diguna semula dan dijangka siap Jun tahun depan. "Dalam masa kajian yang akan dilakukan, kita akan membuka tender kepada mana-mana kontraktor yang berminat. "Sekarang kita beri tempoh dua bulan kepada syarikat jurutera perunding untuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk mengemukakan kertas kajian yang lengkap kepada Kerajaan Negeri," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan