DIALOG RAKYAT |
- Lelaki dan wanita di salon kecantikan: adakah langgar hak
- Akhbar The Star aniaya bekas wartawan?
- Mahu gunting rambut di KB?
- Permohonan Khairy dalam kes saman fitnah RM100j Anwar ditolak
- Roboh iklan KEADILAN: SUK Perak antara bakal diheret ke mahkamah
- Pecat guru taktik Umno untuk menakut-nakutkan rakyat – Abas
- ‘Jangan terburu-buru nak jadi calon Umno’
- SPR kenalpasti 18 NGO, pemerhati Asean pantau PRU
- FAM: Mat Yo bebas kontrak Kafa
- Perhimpunan Agung Umno bermula
- Najib dijangka disepina ke Paris
- Najib sah PRU13 bukan bulan depan
- Pemimpin Umno kecam Singapura benarkan taklimat peguam Scorpene
- Laporan Penyata Jawatan Kuasa Khas Dicetak dan Diedar kepada Umum
- Lebih 75 peratus Warga Emas Di Selangor Didaftar Dalam Program SMUE
- MB : Selangor Tingkatkan Penerangan Fatwa, Kawal Ajaran Sesat
- Mahkamah tinggi tangguh pengurusan kes Lynas saman SMSL pada 17 Dis ini
- Bekas Pemimpin Pas Umum Keluar Parti?
- TAHNIAH! Gambar Amir Syed Bin Abdullah Dah Dapat Kad Pengenalan (IC). Daftar Pemilih Bila Pula?
- Cubaan pecah mesin ATM di masjid gagal
- Mohd Zin dedah pekung Umno-BN, kata Faekah
- Johor: Pakatan diramal rampas 7 kerusi parlimen
- Tun Haniff: Penganjur Bersih 3.0 enggan beri kerjasama
- Teng: 5 laporan siasatan awam Selcat didedah kepada umum
- 5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
Lelaki dan wanita di salon kecantikan: adakah langgar hak Posted: 27 Nov 2012 03:31 PM PST Alhamdulillah, saya mendapat maklumat daripada sumber yang terpercaya bahawa mengikut tinjauan yang baru saja diadakan, majoriti peniaga dan masyarakat non muslim di Kota Bharu sudah cukup selesa dengan peraturan kedai gunting dan salon yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan MPKB. Para peniaga non muslim merasa lebih beruntung kerana hampir semua pengunjung wanita Islam akan melanggani perkhidmatan mereka dengan selesa tanpa ragu-ragu dengan kehadiran kaum lelaki. Jika sebaliknya, mereka mungkin mengalami kemerosotan pelanggan wanita Islam. Bahkan, mereka juga sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YB Dato Takiyudin Hasan, exco kerajaan negeri semalam, merasa lebih selesa apabila keluarga dan wanita mereka akan melanggani pusat kecantikan tersebut tanpa kaum lelaki yang kehadiran mereka sedikit pun tidak dianggap satu keperluan di premis berikut (kecuali gatal sangat mahu didandan rambut mereka oleh wanita.). Perlu difahami, peraturan ini bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat ugama. Agama Islam menyeru kepada keselamatan dan kehormatan wanita. Ia menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat dan kemungkaran. Adalah jelas berdasarkan kajian lapangan di seluruh negara, pusat-pusat kecantikan wanita sering menjadi topeng kepada operasi dan kegiatan eksploitasi dan tidak bermoral terhadap wanita. Sesuai dengan masyarakat Kelantan yang majoriti besarnya adalah muslim, di samping masyarakat non muslimnya yang begitu tahu, menghormati dan selesa dengan peraturan-peraturan 'Islamik' yang diperkenalkan, adalah wajar sekali peraturan seperti di atas dijadikan panduan dan kajian ke arah melahirkan masyarakat madani/sivil yang menghormati martabat kaum wanita. Malang sekali bagi sesetengah pihak, muslim atau bukan muslim, yang menjadikannya sebagai bahan perlecehan dan serangan atas nama hak-hak asasi dan kebebasan. Isteri mana selesa melihat suaminya diusap tangan wanita? Ini, apatah lagi, wanita non muslim di Kelantan juga sudah cukup selesa dengan pengharaman premis judi dan penghadan penjualan arak di Kelantan. Mereka perlukan suami yang bertanggung jawab, tidak pulang ke rumah lewat malam, mabuk dan berang terhadap mereka dan anak-anak di rumah. Bukankah ini satu kehidupan yang aman dan sejahtera? Bukankah inilah transformasi dan reformasi masyarakat sivil yang gemilang? Walau bagaimanapun, saya amat sukacita jika ianya dibincangkan secara sihat. Mana tahu, ia semakin membuka mata kita untuk melihat kesempurnaan panduan agama Islam yang semakin diterima dengan baik hari ini. Usaha penambahbaikan amat dialu-alukan. Sehingga kini, tiada yang menentangnya kecuali yang keras kepalanya, luar dan dalam. | |||
Akhbar The Star aniaya bekas wartawan? Posted: 27 Nov 2012 03:26 PM PST
Keputusan itu dibuat hari ini oleh pengerusi Mahkamah Buruh Subang Jaya Nur Hazwani Othman selepas mendengar hujah-hujah dari bekas wartawan The Star Shahrim Tamrin dan bekas majikannya pada Julai 12. Dalam menyampaikan keputusan itu, pengerusi Mahkamah Buruh memutuskan bahawa pengadu tidak mempunyai sebab untuk menerima faedah dan membuat tuntutan kerana beliau masih lagi dalam tempoh percubaan ketika berkhidmat di Jabatan Berita suratkhabar The Star. "Selepas mengambil kira bahawa pengadu belum disahkan dalam jawatan dan amalan syarikat yang tidak memperuntukkan kemudahan dan faedah kepada kakitangan dalam percubaan, mahkamah telah memutuskan untuk menolak tuntutan oleh pengadu," kata Hazwani Nur. Semasa pendengaran mahkamah pada 12 Julai, pengadu telah berhujah bahawa kakitangan dalam percubaan sepatutnya menikmati hak-hak yang sama seperti pekerja yang disahkan sebagaimana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 1997. Di dalam kes Khalilah Abbas melawan Pesaka Capital Corporation Sdn Bhd, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa seorang pekerja dalam percubaan berhak menikmati hak-hak yang sama seperti pekerja tetap atau yang telah disahkan. The Star telah memberhentikan pengadu pada Oktober 19 tahun lepas ketika pengadu sedang cuti sakit yang panjang setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Okt 4 hingga Okt 7, 2011. Shahrim Tamrin menegaskan bahawa The Star telah enggan untuk mematuhi Perjanjian Bersama yang ditandatangani dengan NUJ yang secara khusus menyatakan bahawa wartawan berhak untuk cuti sakit dan belas kasihan. "The Star telah enggan untuk memberikan saya sekurang-kurangnya sembilan hari cuti ehsan seperti di bawah Fasal 25 Perjanjian Bersama dengan NUJ apabila saya tidak dapat hadir berkerja apabila anak saya sakit dan dimasukkan ke hospital. Sebaliknya, syarikat telah memotong gaji saya sebagai cuti tanpa gaji. Ia adalah membingungkan sejak Perjanjian Bersama tidak pernah menyatakan bahawa kakitangan dalam tempoh percubaan tidak layak mendapat faedah, " hujah pengadu semasa pendengaran mahkamah yang berlangsung pada Julai 12. Shahrim menyatakan bahawa The Star juga telah enggan untuk menerima tuntutan perubatan sebanyak RM107 apabila pengadu dimasukkan ke wad HKL kerana demam virus atau disyaki denggi. "Syarikat telah menolak permintaan saya untuk tuntutan perubatan walaupun saya telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan HKL adalah juga merupakan sebahagian hospital panel syarikat.," tambah beliau. The Star yang diwakili oleh eksekutif Sumber Manusia Mahendraraj Mariappan berhujah walaupun Perjanjian Bersama menggariskan faedah itu, pengadu tidak layak untuk menerima manfaat kerana statusnya sebagai kakitangan dalam percubaan. "Ia telah menjadi amalan syarikat untuk sekian lama untuk tidak memberikan faedah-faedah di bawah Perjanjian Bersama untuk kakitangan yang belum disahkan," kata Mahendraraj. | |||
Posted: 27 Nov 2012 03:24 PM PST Heboh di dada akhbar penguatkuasaan undang-undang oleh Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam (MPKB BI) ke atas sebuah saloon gunting rambut wanita di KB Mall. Tindakan itu berpandukan pada seksyen 107(2) Undang Kecil Majlis Tempatan yang sudah berjalan sejak 1991 lagi. Peruntukan undang-undang ini melarang wanita menggunting rambut lelaki dan begitulah sebaliknya. Biasalah di Malaysia, perkara lama boleh disensasikan asalkan ada kepentingan di situ. Kali ini undang-undang kecil yang sudah lama dikuatkuasakan tiba-tiba menjadi sensasi dan yang menariknya semua pihak menambah rencah mengikut selera masing-masing, sure heboh satu Malaysia punya. Hadiah Krismas Di Malaysia sesuatu isu itu apabila hangit sangat diputarkan sehingga kita tidak tahu apa puncanya dan apa isunya. Disensasikan dengan kebebasan media ala Malaysia, orang ramai disuap secara paksa dengan apa yang dimahukan oleh pencacai politik. Tiada budaya sihat di mana berbagai pandangan membentuk kematangan rakyat berfikir. MCA nampaknya seronok dalam isu saman di KB Mall ini ke atas pengusaha saloon sehingga menganggap ini adalah "hadiah dari tuhan untuk sambutan Krismas" dengan kata lain mereka mendapat "peluru percuma" membantai PAS dengan bantaian maut. Semua sedia maklum betapa MCA jadi parti yang terpalit dengan krisis termasuk moral di mana pelakon utamanya adalah presidennya sendiri. Walaupun demikian dia masih tetap Presiden, entah apa ilmu dipakainya ataupun perwakilan ada tahap tertentu menentukan kepimpinannya. Saya boleh bayang betapa sukanya parti ini mendapat hadiah Krismas dengan isu di KB Mall ini. Tapi... tunggu dulu, apa isunya? Keselesaan atau paksaan Apa yang dihebohkan adalah isu segregasi jantina, walaupun perbahasannya luas, saya mahu melihat dari sudut memberikan keselesaan dan menjaga hak wanita sebagai menangkis hujah pihak tertentu yang membawa konotasi negatif. Bukankah amalan segregasi ini telahpun diamalkan di negara-negara lain termasuk Jepun dan India wa imma di China dan Eropah sendiri? Tidak berbangkit isu ini dikaitkan dengan "memaksa hak bukan Islam" ia adalah untuk memelihara keselesaan kaum Hawa yang perlu pembelaan terhadap ruangnya yang tidak boleh dikongsi sama oleh kaum Adam. Keselesaan ruang dicipta eksklusif untuk wanita di dalam pengangkutan awam, tempat awam dan ketika berbaris panjang bukan kerana diskriminasi tetapi kerana menjaga sifat wanita yang lemah lembut supaya tak perlu berasak dengan lelaki atau berebut tempat.Manakala di saloon pula segregasi adalah bentuk keselesaan supaya wanita mendapat ruang eksklusifnya tanpa diganggu dengan kehadiran kaum lelaki sebagai pengguntingnya mahupun sebagai pelanggannya. Amalan segregasi jantina ini perlu dilihat dalam perspektif keselesaan dan bukan paksaan. Adakah ini bermakna semua wanita bersetuju ruang eksklusif mereka dicerobohi dan dikongsi khususnya di tempat seperti saloon wanita seperti yang dilaungkan oleh MCA dan yang sama waktu dengannya? Apakah yang MCA perjuangkan? Hak wanita atau mahu publisiti politik? Mengaitkan isu ini dengan kononnya memaksa bukan Islam adalah tersasar dari fahaman malah menggambarkan kecelaruan MCA dalam isu ini. Mereka tidak dapat membezakan antara memberi keselesaan dengan paksaan, apatah lagi MCA buat sekian kalinya menggunakan Islam sebagai temanya kononnya undang-undang ini memaksa bukan Islam! Unisex Perkataan unisex menggambarkan ianya terbuka untuk lelaki dan wanita. Ia adalah manifestasi kebebasan yang menggambarkan kemodenan apabila ia mula diperkenalkan, maka lahirlah unisex saloon. Bagi sesetengah pihak konsep ini disalahertikan untuk mewajarkan kegiatan yang boleh memberi ruang kepada aktiviti yang tidak ada kena mengena dengan pendandanan rambut. Banyak aktiviti di bandar besar menggunakan platform ini untuk menawarkan khidmat lain dari dandanan rambut. Walaupun tidak semua yang mengambil kesempatan tapi tiada jaminan kekal yang profesion ini terpelihara dari tujuan lain. Sebagai tanda prevention is better than cure, adalah normal bagi negeri seperti Kelantan yang padat budaya ketimurannya memelihara nilai-nilai ini dari dicemari. Bukankah budaya sebahagian dari faktor mempengaruhi sesuatu perundangan? Undang-undang kecil Oleh kerana tindakan ini adalah tindakan yang diperuntukkan oleh perundangan maka adalah wajar pihak yang tidak berpuas hati menangani isu ini mengikut perundangan juga. Masyarakat yang demokratik bukan sahaja melaungkan hak kebebasannya tetapi dia juga menggunakan saluran perundangan untuk memperbaiki keadaan masyarakatnya. Tiada yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan selagimana ia berlaku dalam konteks perundangan yang bebas memberi intepretasi kepada permasalahan yang timbul. Saya juga melihat di sebalik rencah selera politik Umno dan MCA yang ditambah dalam isu ini, MPKB BI perlu menilai semula peruntukan-peruntukan ini dengan semangat memperbaikinya dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan tahap persediaan. Sebuah kerajaan yang mahu berkhidmat kepada subjeknya perlu peka dan sensitif dengan respons yang tulen dari orang ramai lalu memperluaskan ruang dialog samada memahamkan undang-undang tertentu ataupun mengharapkan feedback orang ramai. Semangat dialog dan sikap demokratik ini perlu diambil oleh kerajaan Kelantan dan mana-mana kerajaan lain,supaya isu ini dilanggani dengan bijaksana dan sikap yang terbuka. Di mana silapnya Di negeri-negeri lain berselerak lesen yang dikeluarkan oleh majlis kerajaan tempatan yang disalahgunakan untuk kegiatan tidak bermoral. Walaupun operasi demi operasi dilakukan ia tetap tumbuh seperti cendawan. Harga yang dibayar oleh masyarakat dalam gejala ini amatlah tinggi di mana seks bebas, pemerdagangan orang dan perhambaan moden telah meluas dan melata. Semuanya bermula dengan pemberian lesen untuk mereka beroperasi, walaupun tidak adil isu KB Mall ini dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral tetapi sekurangnya MPKB BI mahu menutup ruang-ruang ini daripada berlaku, di mana silapnya? Adakah kerana bukan Islam dipaksa untuk menerima undang-undang segregasi jantina ini ataukah kerana undang-undang kecil ini mahu memelihara kemaslahatan yang lebih besar untuk semua? Ataukah silapnya ialah MPKB BI mahu memelihara kesopanan wanita timur? | |||
Permohonan Khairy dalam kes saman fitnah RM100j Anwar ditolak Posted: 27 Nov 2012 03:43 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengetepikan perintah berhubung pembelaan beliau dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hakim Datuk Hue Siew Kheng, yang membuat keputusan itu dalam kamar, menolak permohonan Khairy dengan kos RM30,000. Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar dipetik Bernama berkata, dalam keputusannya, mahkamah berpendapat afidavit Khairy tidak mempunyai merit. Beliau berkata, mahkamah juga berpendapat Khairy mengambil mudah prosiding pada 13 Ogos dan menetapkan 26 Disember untuk perbicaraan kes saman itu. Khairy mengemukakan permohonan itu berikutan kegagalan beliau, selaku defendan, mematuhi perintah mahkamah pada 29 Jun lepas agar memfailkan beberapa dokumen termasuk senarai saksi dan ringkasan kes. Pada tarikh itu, Hakim Hue berkata, jika Khairy gagal berbuat demikian, beliau akan membuat perintah bagi menghalang Anggota Parlimen Rembau tersebut membuat pembelaan dalam saman berkenaan. Bagaimanapun, Khairy gagal mematuhi perintah itu malah peguamnya turut tidak hadir ke mahkamah pada 13 Ogos lepas, yang ditetapkan untuk pengurusan kes, menyebabkan Hakim Hue mengeluarkan perintah tersebut. Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman selepas mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan perkataan berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web termasuk Malaysiakini.com. Ketua Pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai pada atau kira-kira 20 Februari 2008. | |||
Roboh iklan KEADILAN: SUK Perak antara bakal diheret ke mahkamah Posted: 27 Nov 2012 03:37 AM PST Oleh Aliff Fikri PETALING JAYA : Semua pihak yang bertanggungjawab merobohkan papan iklan KEADILAN di Lebuh Raya Utara Selatan akan diheret ke muka pengadilan, kata Pengarah Kempen Pilihan Raya KEADILAN Perak, Shahbudin Abdul Khatab. Papan iklan yang tertera gambar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan 'Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat' itu didirikan pada 20 November lalu, di Kilometer 383 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang. Ia dibina oleh Shahbudin di atas tanah miliknya. Menurut Shahbudin, kejadian tersebut disedari beliau pada 4.30 petang Sabtu lalu, apabila mendapati pagar antara sempadan papan iklan dan lebuh raya dirobohkan. "Saya dapati tiang papan iklan turut digergaji," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Beliau percaya perobohan itu atas arahan pimpinan Umno BN. Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu. Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu. "Saya memaklumkan kepada Propel Slim River dan terkejut dengan dakwaan Propel yang menyatakan pihaknya terpaksa merobohkan papan iklan tersebut atas arahan dari Setiausaha Kerajaan Negeri," kata Shahbudin. "Laporan polis telah dibuat pada malam kejadian, 25 November, jam 1.35 pagi. Kita mahu polis siasat dan bertindak segera ke atas pencerobohan tersebut. "Kita juga menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah kerana merobohkan pagar dan papan iklan yang saya dirikan di tanah milik saya," sambung beliau. Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Madhi Hasan yang hadir sama dalam sidang media itu menempelak tindakan kerajaan menghalang kempen tersebut. "Apakah dengan hanya pemasangan satu papan iklan ia telah menggugat kestabilan negara?," soalnya. "KEADILAN melihat ini adalah manifestasi dari ketakutan luar biasa pihak berkuasa Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat. "Jelas, Umno BN sedang meneruskan budaya politik samseng yang kotor dan tidak bertamadun," kata Madhi. Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa Umno BN menghentikan strategi politik kotor terhadap pembangkang. "Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan rakyat telahpun jauh berubah. Marilah kita bersama mengamalkan budaya politik waras dan beradab," katanya dalam kenyataan. Iklan tersebut merupakan satu program awal KEADILAN untuk mendirikan papan iklan serupa di tempat-tempat strategik yang dikenal pasti di seluruh negara untuk memberi penjelasan mengenai perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela nasib seluruh rakyat seperti mana yang tertera dalam Buku Jingga. | |||
Pecat guru taktik Umno untuk menakut-nakutkan rakyat – Abas Posted: 27 Nov 2012 03:04 AM PST Oleh Aliff Fikri KUALA LUMPUR r: Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pemecatan guru sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merupakan taktik kotor Umno untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat. "Memberi ceramah dan mendengar ceramah adalah amalan biasa dalam negara yang mengamalkan konsep demokrasi. "Apakah Umno BN tidak faham apa itu demokrasi yang mereka sendiri sering sebutkan? Sedangkan hadir ke program ceramah merupakan hak rakyat dan ia tidak sepatutnya dinafikan. "Inilah Umno BN, cakap tak serupa bikin. Tak cukup di Semenanjung, di Borneo dan Labuan pun mereka nak buat kacau," katanya ketika dihubungi. Abas berkata, selain dipecat, ada kemungkinan sebilangan kakitangan kerajaan dinafikan kenaikan pangkat kerana sokongan terhadap Pakatan Rakyat. "Ugutan dan pemecatan adalah usaha kerajaan untuk mengawal dan memastikan kakitangan tidak beralih sokongan, walaupun hakikatnya mereka sebenarnya menyokong kita. "Taktik ini akan berterusan digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat," tegasnya. Guru berkenaan, Qatrun Nada Laftfi merupakan kakitangan sementara Jawi, dan bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Labuan. Beliau menerima notis pemecatan sebulan berkuatkuasa 1 Disember ini, kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu. Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci. Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lepas. Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang. Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober. Qatrun Nada merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan. Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut air bersih di UMS Labuan pada 2009. | |||
‘Jangan terburu-buru nak jadi calon Umno’ Posted: 27 Nov 2012 03:02 AM PST Adun Umno Semerah juga menasihatkan Pemuda supaya tidak mengejar jawatan. PETALING JAYA: Seorang Adun Umno di Johor menasihatkan Pemuda Umno supaya tidak mencampuri urusan pemilihan calon untuk pilihan raya umum mke 13 nanti. Pada masa sama, Adun Semerah, Datuk Ariss Shamsuddin menasihatkan orang muda supaya tidak terburu-buru mengejar jawatan serta bertanding dalam pilihan raya. "Dalam soal calon terpulang kepada pimpinan…sama ada calon orang Pemuda, Wanita, Puteri bergantung kepada pucuk pimpinan. "Waktu ini kita kena bersatu untuk menghadapi pilihan raya umum," kata beliau lagi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Ecco Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Che Aseh yang dilaporkan sebagai berkata, perlu ada peralihan generasi di dalam Umno menjelang PRU-13 untuk mengelakkan parti itu dilihat sebagai tidak mesra pengundi muda. Kata Muhd Khairun, situasi semasa di mana kurangnya wakil rakyat muda daripada Umno adalah sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani segera sejajar dengan polisi-polisi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Justeru beliau berharap agar komitmen parti mengatasi masalah tersebut dapat dicapai kepimpinan parti pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ke-66 yang akan bermula esok. Peluang apabila tiba waktu Bagaimanapun, Ariss menegaskan, Umno tetap memberi peluang kepada orang muda apabila tiba waktunya. Beliau berkata, beberapa wakil rakyat Umno dipilih bertanding semasa mereka masih dalam Pemuda. Antaranya, Datuk Razali Ibrahim (Muar), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud), Abdul Syukur Idrus (Kuang) dan Datuk Idris Harun (Tangga Batu). Ariss juga menegaskan orang muda menyokong Umno sekalipun calon yang bertanding bukan dari golongan itu. Ariss berkata, perkara itu berlaku di Parlimen Parit Sulong di mana kerusi Semerah terletak di kawasan tersebut. "Di sini orang-orang yang menyokong dan memenangkan kita (Umno)," katanya lagi. Turut baca: Umno, parti Melayu yang relevan | |||
SPR kenalpasti 18 NGO, pemerhati Asean pantau PRU Posted: 27 Nov 2012 02:58 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenal pasti 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemerhati domestik, selain pemerhati negara Asean untuk pantau Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihak SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan Katanya, NGO yang dikenal pasti itu merupakan pertubuhan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik. "SPR telah mengenal pasti enam NGO di Semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah. Pelantikan dan pemilihan NGO akan dimuktamadkan minggu depan. Kesemua NGO ini perlu mematuhi syarat yang ditentukan serta dikehendaki menandatangani Aku Janji Kerja. "Namun, ia terpulang untuk NGO sama ada menerima syarat pelantikan SPR atau menolak lantikan itu," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen BernamaTV semalam. Wan Ahmad berkata SPR akan memberi taklimat kepada semua petugas NGO itu mengenai bertanggungjawab mereka dan proses perundangan dan perjalanan pilihan raya demi kepentingan masa depan negara. Katanya, SPR memberi kelonggaran kepada NGO tempatan berkenaan untuk membuat pemantauan dari tempoh pembubaran Parlimen hingga keputusan pilihan raya serta membuat laporan berasas kepada fakta, dan bukannya sekadar andaian, persepsi atau dengar cakap. "Jika kita mendapati mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan syarat-syarat Aku Janji, atau berkempen untuk mana-mana pihak atau menemuramah pengundi, maka SPR akan menamatkan pelantikan itu," jelasnya. Bagi pemerhati negara Asean pula, Wan Ahmad berkata langkah SPR untuk mengundang negara jiran sebagai pemerhati antarabangsa merupakan satu langkah timbal balik dan menghormati langkah negara jiran yang menjemput Malaysia untuk memerhati serta memantau pilihan raya di negara masing-masing. Katanya, negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Filipina akan dijemput sebagai pemantau dan akan menjalankan tugas itu secara profesional, memahami proses pilihan raya dan menghormati undang-undang negara ini. Katanya, SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu. Ahad lalu, akhbar tempatan memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bersedia membawa beberapa pemerhati Asean untuk pantau pilihan raya umum ke-13 supaya mereka akan lihat ia berjalan ikut Perlembagaan, undang-undang negara dan kesahihan keputusan rakyat tak boleh dipertikaikan. Wan Ahmad berkata: "Pemerhati dalam negara tetap menjadi pilihan utama kerana rakyat negara kita yang berhak memerhati, memantau, membuat laporan serta mengadakan sidang media untuk memberitahu kepada rakyat, apa yang diperhatikan semasa pilihan raya umum ke-13 kelak". Beliau berkata langkah menjemput pemerhati dari negara Asean untuk memantau pilihan raya umum di Malaysia bukan bermakna "apabila kita mengundang kerajaan lain untuk pantau proses pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat, ia seolah-olah membenarkan orang luar ceroboh kedaulatan negara kita". Mengenai pendirian SPR terhadap permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih, beliau berkata: "Pendirian SPR sebenarnya jelas. Memang tidak wajar sama sekali kita menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara kita. Ini adalah kerana Malaysia bukan pertama kali menjalankan pilihan raya dan bukan sebuah negara yang baru mendapat kemerdekaan." Wan Ahmad berkata proses menentukan kerajaan memerintah adalah hak mutlak rakyat Malaysia kerana pilihan raya melibatkan kedaulatan negara. "Motif Ketua Pembangkang ialah untuk menanamkan satu perasaan simpati, yang mereka (parti pembangkang) adalah 'underdog' di kalangan para penyokong, rakyat am khususnya pengundi atas pagar dan pihak luar. Ini merupakan rangka dan agenda perancangan yang rapi. "Motif kedua Anwar ialah untuk mendapat tarikan dan simpati dunia dan pihak antarabangsa supaya tekanan demi tekanan akan datang untuk Malaysia," dakwanya. Beliau berkata sekiranya kerajaan Australia menerima pelawaan itu, sudah tentu kerajaan itu akan menulis secara rasmi kepada kerajaan Malaysia dan SPR. Mengenai undi pos untuk petugas media, Wan Ahmad berkata SPR akan memuat naik Borang 1 di laman web SPR agar semua anggota media boleh mendaftar sebagai pengundi pos menjelang pilihan raya umum ke-13. Katanya, petugas media boleh dikategorikan pengundi pos di bawah Perkara 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pengundian Pos) 2003 dengan syarat mereka telah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengundi. Bagaimanapun, katanya, mana-mana petugas media perlu memohon kepada pegawai pengurus di bahagian mereka mendaftar sebagai pengundi untuk diwartakan sebagai pengundi pos. "Petugas media juga tidak boleh menukar status kepada pengundi biasa selain ia hanya sah untuk satu pilihan raya sahaja," katanya. Sebagai pesanan SPR kepada rakyat, Wan Ahmad meminta rakyat Malaysia untuk mempercayai SPR sebagai sebuah badan yang telus, bebas serta mempunyai tanggungjawab yang besar kepada perlembagaan dan rakyat, dan tidak membuat tuduhan dan fitnah terhadap badan itu sewenang-wenangnya.- Bernama | |||
FAM: Mat Yo bebas kontrak Kafa Posted: 27 Nov 2012 02:51 AM PST KEMELUT antara Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan bahawa pemain paling bernilai itu kini 'bebas' daripada sebarang kontrak dengan Kafa. Ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM, hari ini. "Setelah mendengar dan meniliti dokumen yang dikemukakan, maka jawatankuasa yang bersidang memutuskan bahawa kontrak Norshahrul atau dikenali Mat Yo tamat dan berkuat kuasa hari ini. "Hari ini juga secara rasminya, wakil Kafa yang hadir di hadapan Jawatankuasa Status turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada tahun 2013. "Jadi, Mat Yo kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan," katanya. Menurut Takiyuddin, setelah kontrak tersebut ditamatkan, maka dari segi undang-undang, pemain tersebut boleh didaftarkan oleh mana-mana pasukan yang berminat untuk mengambilnya dalam liga Malaysia musim depan. "Apabila diumumkan telah bebas, maka dia sudah tidak terikat dengan Kafa. Jadi mana-mana pasukan boleh mendaftarnya untuk musim depan. "Begitu pun, pihak terbabit perlulah mematuhi setiap syarat yang ditetapkan," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Takiyuddin turut menjelaskan bahawa pemain yang menamatkan kontraknya secara sebelah pihak, perlu membayar baki bayaran kontraknya kepada pasukan asal. "Mengikut perkara 8.5 kontrak pemain - pemain yang menamatkan kontrak sebelah pihak perlu mmbayar baki kontraknya kepada pasukan asal. "Dan kami dimaklumkan kontrak Mat Yo dengan Kafa masih berbaki setahun, jadi, Mat Yo perlu membayarnya. "Jumlah bayaran tersebut bagaimanapun tidak dapat dijelaskan hari ini," kata beliau. Tambah Takiyudin, "Mat Yo perlu membuat secara afidavit mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Kelantan, seperti mana yang diminta oleh Kafa." "Dan Kelantan akan menjawab dalam bentuk affidavit jawapan. "Apabila ada afidavit dan jawapan, barulah FAM akan memanggil untuk mendengar isu berkaitan tebusan kontrak dan lain-lain. "Selepas itu, baru kami akan putuskan mengenai jumlah bayaran tersebut," jelasnya lagi. | |||
Perhimpunan Agung Umno bermula Posted: 27 Nov 2012 02:44 AM PST Perhimpunan Agung Umno secara rasmi bermula pada Selasa pukul 2 petang dengan taklimat daripada Presiden Parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Taklimat tertutup, yang akan dihadiri oleh kira-kira 2,000 pemimpin parti termasuk ketua dan ketua-ketua bahagian tiga sayap, akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Berikutan perhimpunan ini akan menjadi yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang, Najib dijangka menyentuh mengenai isu-isu yang berkaitan pemilihan akan datang. Umno eksekutif setiausaha Datuk Abd Rauf Yusoh berkata berkata bahawa tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana parti itu telah "ditutup sebelah mata" apabila perwakilan membenarkan orang lain, termasuk kakitangan media, untuk menggunakan tag mereka masuk ke dalam dewan taklimat itu, keselamatan tahun ini akan menjadi sangat ketat . "Kemasukan ke dewan itu akan melalui MyKad perwakilan. Ini bermakna tiada orang yang tidak sepatutnya dapat masuk ke dalam dewan. "Kita juga akan memasang jammers di dalam dewan untuk memastikan bahawa tiada butiran taklimat akan dihantar sama ada melalui SMS atau twitter," katanya. Pada pukul 8 malam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin secara serentak akan membuka perhimpunan agung Pemuda Umno, Wanita dan Puteri. Perhimpunan Agung tiga sayap Umno dimulakan pada Rabu, diikuti oleh perhimpunan agung parti itu pada Khamis. Perhimpunan agung tiga sayap akan dihadiri oleh 991 perwakilan dalam semua, manakala 2759 perwakilan akan mengambil bahagian dalam perhimpunan agung Umno. | |||
Najib dijangka disepina ke Paris Posted: 27 Nov 2012 02:41 AM PST Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin 'kunci' kepada kes Scorpene di Malaysia. "Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat," katanya. Bagaimanapun, Apoline (gambar tengah) kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene. Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini. Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah. Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis. Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram. Daripada tujuh senarai saksi yang diberi Suaram, nama Najib dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina, kata peguam Scorpene itu. Beliau juga menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan. Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina. | |||
Najib sah PRU13 bukan bulan depan Posted: 27 Nov 2012 02:38 AM PST KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis taklimat presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini. "Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online. Majlis Presiden merupakan sesi tradisi menjelang AGM parti. Pemimpin yang enggan namanya didedahkan menambah Najib secara berseloroh ada menyebut bahawa "PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam dua bulan selepas itu." "Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari... itu kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Parlimen akan terbubar secara automatik selepas itu jika Perdana Menteri tidak memutuskan untuk berbuat demikian sebelum itu. Sinar Harian Online juga difahamkan agensi-agensi kerajaan juga telah menarik balik arahan membeku cuti hujung tahun yang dikeluarkan sebelum. Maklumat terbaru diterima menunjukkan notis terbaru dikeluarkan meminta semua cuti dibekukan selepas minggu kedua bulan Februari. Penganalisis dan pemerhati menjangkakan PRU13 akan diadakan awal Mac depan. | |||
Pemimpin Umno kecam Singapura benarkan taklimat peguam Scorpene Posted: 27 Nov 2012 02:33 AM PST Isu kontroversi itu kembali dibangkitkan semula yang didakwa oleh Barisan Nasional (BN) sebagai modal pembangkang untuk mewujudkan sentimen anti-kerajaan menjelang pilihan raya tidak lama lagi. Awal hari ini, peguam yang dibawa oleh badan bukan kerajaan (NGO) Suaram tersebut telah memberikan taklimat kepada beberapa pemimpin pembangkang di Singapura selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada membawa tetamu jemputan dari luar negara itu mengadakan mesyuarat di Bilik Taklimat bangunan Parlimen. Semasa taklimat itu, peguam tersebut berkata mahu memanggil semula saksi perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pembantunya Abdul Razak Baginda yang dibebaskan pada 2008 atas tuduhan bersubahat membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang didakwa pembangkang mempunyai kaitan dengan Scorpene. "Ini memang jelas menunjukkan campurtangan Singapura tentang hal ehwal negara kita," kata Mohd Ali (gambar), bekas timbalan presiden Umno kepada The Malaysian Insider hari ini. "Perbuatan seumpama ini adalah tidak demokratik dan tidak melambangkan persahabatan negara jiran yang boleh diharapkan," tambah beliau lagi yang bersetuju dengan pandangan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Malaysia tidak mempunyai jiran yang baik kerana negara di rantau ini "suka campurtangan dalam hal ehwal negara kita". Ketua Menteri Melaka tersebut juga mengecam pembangkang yang sudah kehilangan modal dan menyifatkan pemimpin PR sebagai "desperado" yang mengkhianati negara demi kepentingan politik. "Tindakan pembangkang adalah tindakan desperado yang sudah kehilangan modal dan rasa mereka semakin ditolak oleh rakyat kerana melakukan banyak pembohongan," kata beliau. Beliau juga berkata tindakan itu adalah tidak wajar sama sekali walaupun tidak berpuas hati ke atas BN yang menguasai Putrajaya dengan berkata, "Tapi takkan kita nak pergi luar negara dan jatuhkan hukuman terhadap negara kita?". | |||
Laporan Penyata Jawatan Kuasa Khas Dicetak dan Diedar kepada Umum Posted: 27 Nov 2012 02:31 AM PST SHAH ALAM : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mengorak langkah terbaru dengan menerbitkan penyata laporan setiap jawatankuasa khasnya untuk diedarkan kepada masyarakat awam. Sepaker DNS, Datuk Teng Chang Kim berkata setiap jawatankuasa akan menyiapkan penyata laporan berbentuk buku yang lengkap untuk tujuan pencetakan dan pengedaran. Sebelum ini, katanya, penyata laporan hanya dibentangkan dalam DNS dan pengedarannya terhad. "Mulai hari ini DNS membuat satu langkah terbaru dengan penerbitan semua penyata laporan bagi setiap jawatankuasa. "Kita mngikut amalan berparlimen dipraktikkan di negara komanwel lain di mana ia diterbitkan untuk dieadarkan kepada pihak awam," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah : Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-Padat) dan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT). Teng berkata, buat permulaan DNS sudah menerbitkan lima penyata laporan Selcat dan satu penyata masing-masing daripada PCA, JP-PADAT dan JP-PBT. Beliau menjelaskan semua penyata laporan tersebut dilengkapi dengan maklumat menyeluruh termasuk cakera padat. "Setiap penyata laporan buat permulaan akan diterbitkan dalam 200 set setiap satu dan akan ditempatkan ke pelbagai agensi yang mudah untuk diperolehi oleh semua pihak," katanya. | |||
Lebih 75 peratus Warga Emas Di Selangor Didaftar Dalam Program SMUE Posted: 27 Nov 2012 02:28 AM PST SHAH ALAM : Seramai 200,356 orang warga emas telah didaftarkan untuk program-program di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sehingga 31 Oktober 2012. Jumlah tersebut merupakan 75.6 peratus daripada keseluruhan populasi golongan itu di dalam Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri tidak dapat mendaftar warga emas secara automatik kerana ketiadaan sistem pangkalan data tentang maklumat warga emas di Selangor. Sistem tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Negara. Abdul Khalid berkata, berdasarkan analisa, terdapat kira-kira 236,000 warga emas yang sepatutnya boleh mendaftar untuk SMUE. "Menurut peratusan sejak program ini dilancarkan sebanyak 75.6 peratus adalah layak mengikut syarat untuk menyertai dalam Skim Mesra Usia Emas," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) menjawab soalan dari Adun Batu Caves, Amirudin Shari. | |||
MB : Selangor Tingkatkan Penerangan Fatwa, Kawal Ajaran Sesat Posted: 27 Nov 2012 02:26 AM PST SHAH ALAM : Penerangan fatwa kepada masyarakat umum akan dipertingkatkan bagi memupuk pehaman terhadap fatwa daripada peringkat negeri dan negara kata Exco Agama Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid berkata terdapat dua jenis fatwa iaitu peringkat negara dan negeri yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor. "Saya percaya banyak perkara-perkara yang sudah diputuskan perlu diberikan penerangan kepada masyarakat terutama isu kubur bertingkat. "Bagaimana kita dapat atasi masalah tanah perkuburan di dalam kawasan yang padat," katanya di Dewan Negeri Selangor ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2012. Selain itu, beliau juga akan berbincang dengan Pejabat Mufti Selangor mengenai isu ajaran sesat yang dilihat cuba dihidupkan kembali di negeri ini. "Berapa isu fatwa mengenai ajaran sesat termasuk baru-ini ini Negeri Selangor mengaggap Arqam adalah ajaran yang perlu diperbetulkan. "Saya akan berbincang dengan pejabat mufti dan juga bagaimana cara kita menyelesaikan masalah fahaman dan akidah di negeri (ini) melalui cara memberikan penjelasan dengan lebih bijaksana," katanya lagi. | |||
Mahkamah tinggi tangguh pengurusan kes Lynas saman SMSL pada 17 Dis ini Posted: 27 Nov 2012 02:25 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Hakim Datuk Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata penangguhan itu dilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini. Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O'Hara. Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan. Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Lynas diwakili Tetuan Jeff Leong, manakala SMSL dan dua individu itu diwakili firma guaman Bastian Vendargon. — Bernama | |||
Bekas Pemimpin Pas Umum Keluar Parti? Posted: 26 Nov 2012 11:01 PM PST Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan.Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu. Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka. Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya. Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang. Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin peringkat pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal. Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno. Sama-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upcara penyerahan orang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate. Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno. Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya? http://msomelayu.blogspot.com/ | |||
TAHNIAH! Gambar Amir Syed Bin Abdullah Dah Dapat Kad Pengenalan (IC). Daftar Pemilih Bila Pula? Posted: 26 Nov 2012 10:56 PM PST Tahniah..syabas kepada Sabah & juga Malaysia. Bertambah sudah etnik di Sabah. Warganegara Malaysia sendiri pun punyalah susah nak dapatkan kad pengenalan yang sememangnya mereka patut perolehi tanpa sebarang kerumitan dan lebih mudah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya…. Amir Syed Bin Abdullah pun dah dapat kad pengenalan. Persoalan yang bermain di minda kami selama ini, di mana lokasi yang sesuai untuk diletakkan saudara baru kita ini, Amir Syed Bin Abdullah mengundi bersama-sama rakyat Sabah pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak? Tiada yang mustahil, sejarah yang pernah kami muatkan laporan berita mengenai SPR selama ini di Berita Semasa pelbagai berita "pelik" dan "tidak masuk akal" melibatkan daftar pemilih di Malaysia pernah berlaku. Antara laporan berita yang kami maksudkan adalah seperti :
Jikalau disemak nombor kad pengenalan Amir Syed Bin Abdullah ini. Beliau lahir pada tahun 94 bersamaan 18 tahun. Apa rahsia beliau kelihatan tua dan berumur pada usia semuda 18 tahun ini? Walauapapun, yang penting Amir Syed Bin Abdullah sudah pun bergelar warganegara Malaysia menyertai 28 juta rakyat Malaysia yang lain termasuklah anda, anda dan anda di sini….
Kalau Amir Syed Bin Abdullah dah ada anak kelak, anaknya layak menikmati pelbagai kemudahan yang dinikmati warganegara Malaysia sekarang ini :
P/S : Tahniah Amir Syed Bin Abdullah. Semoga "terus berbakti" & "membalas budi" kepada negara. Jadilah warganegara Malaysia yang patriotik, insyaallah "anda akan selamat". | |||
Cubaan pecah mesin ATM di masjid gagal Posted: 26 Nov 2012 10:49 PM PST Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) Bank Islam di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul di ibunegara gagal dipecah sekumpulan suspek dalam kejadian samun yang dipercayai berlaku awal semalam. Kejadian itu disedari pada kira-kira jam 9 pagi ketika seorang pencuci sedang menjalankan tugasnya di dalam kiosk itu, yang turut menempatkan mesin deposit wang milik Bank Islam. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata pemeriksaan mendapati beberapa kesan bakar dan pecah pada ATM itu, yang dipercayai menggunakan bahan Oxytelene. Beliau berkata polis percaya suspek tidak meneruskan cubaan memecah ATM itu setelah menyedari perbuatan mereka dikesan orang awam yang melalui kawasan tersebut. "Suspek dipercayai tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian setelah gagal memecahkan ATM," katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam tadi. Zakaria berkata siasatan di tempat kejadian turut menemui dua tong gas dan satu beg galas yang mengandungi peralatan pecah rumah.- Bernama | |||
Mohd Zin dedah pekung Umno-BN, kata Faekah Posted: 26 Nov 2012 10:47 PM PST MALAYSIA KINI Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed seolah-olah cuba mendedahkan pekung Umno-BN apabila menuduh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menangani isu perumahan yang didakwa akan menyebabkan masalah setinggan berulang, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin."Kita mempersoalkan kenyataan ini kerana Mohd Zin tidak memberi bukti kukuh walaupun beliau mendakwa BN Selangor ada membuat kajian tentang isu ini. "Justeru, kita minta rakyat Selangor agar jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat ini yang semata-mata mahu menjejaskan nama baik kerajaan negeri Pakatan Rakyat," kata Faekah dalam satu kenyataan. Sebaliknya, beliau mendakwa, Mohd Zin membuat tuduhan tersebut kerana gusar dan iri hati dengan kejayaan-kejayaan Kerajaan Selangor di bawah Pakatan dalam menyediakan perumahan untuk rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah sehinggakan kerajaan Persekutuan terpaksa meniru seperti projek rumah mampu milik. "Umno-BN Selangor terlalu bangga dengan program setinggan sifar di bawah mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo tetapi hakikatnya program berkenaan tidak berjaya, malah menimbulkan banyak masalah lain seperti kemudahan awam yang tidak lengkap, bumbung bocor, paip tersumbat, lif sentiasa rosak, bangunan usang, kemudahan jalan yang dibuat tergesa-gesa selain masalah sosial kerana suasana kediaman yang tidak selesa," katanya. Faekah mendakwa, dasar setinggan sifar itu tidak berniat untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor tetapi ia lebih merupakan satu kempen untuk membantu pemaju kaya yang mahu merampas tanah yang didiami dan diusahakan oleh peneroka bandar sejak beberapa dekad lalu. "Peneroka bandar ini dihalau dan rumah mereka dirobohkan tetapi rumah transit tidak disediakan secukupnya. Lebih malang lagi, rumah baharu yang dijanjikan terbengkalai kerana tiada perhatian oleh pihak kerajaan negeri pada waktu itu. "Contohnya Projek Perumahan Rakyat Berembang Indah dan Sungai Sering di Ampang yang terbengkalai dan kita berjaya menyiapkan projek itu. Begitu juga dengan Projek Perumahan Rakyat di PJS1 di Petaling Jaya sehingga hari ini berdepan masalah kerana tiada perancangan rapi oleh kerajaan negeri pada waktu itu. "Kita juga berjaya membina 1,422 unit Projek Rumah Berkembar Bukit Botak di Selayang yang kini hampir siap 100 peratus. Penduduk Bukit Botak menunggu berpuluh tahun untuk rumah ini selepas ditabur janji kosong oleh kerajaan negeri UMNO-BN sejak 1985," tambahnya. Kerajaan negeri Umno-BN, dakwa Faekah lai, terlalu lemah dan tidak tegas menguatkuasakan undang-undang apabila pemaju yang gagal membayar premium tanah masih dibenar meneruskan projek perumahan dan akhirnya rakyat yang menanggung beban. Beliau mendakwa, ini berlaku terhadap projek Alam Perdana di Kuala Selangor dan Lestari Perdana di Seri Kembangan di mana pemaju gagal menukar status tanah dan membayar premium. "Masalah ini akhirnya selesai selepas campurtangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata Faekah. "Di bawah Pakatan Rakyat, kita telah berjaya menyiapkan 14,245 unit kediaman dan perniagaan terbengkalai yang ditinggalkan oleh BN. Kita juga telah membina 6,470 unit rumah kos rendah dalam tempoh empat tahun, sebanyak 12,481 unit dalam pembinaan dan 9,990 telah mendapat kelulusan pembinaan. "Kita juga membina rumah mampu milik yang berharga kurang RM100,000 yang lebih murah berbanding rumah mampu milik yang dibina kerajaan Persekutuan atau PRIMA yang dijual sehingga RM300,000 seunit. "Projek rumah mampu milik pertama dibina oleh PKNS di Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit dan telah habis dijual manakala di Sg Long, Kajang sebanyak 136 unit masih dalam pembinaan. "Kita juga benarkan pemaju menukar projek kepada rumah mampu milik jika kawasan itu tidak sesuai dibina rumah kos rendah. Hampir 1,500 unit rumah mampu milik telah diluluskan pembinaannya tahun depan di Shah Alam, Klang, Damansara, Gombak dan Kajang," tambahnya. PKNS juga, kata Faekah, merancang membina lebih banyak rumah mampu milik pada tahun hadapan iaitu Fasa 1 sebanyak 1,200 unit di Shah Alam, Gombak, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, manakala Fasa 2 sebanyak 9,000 unit antara tahun 2014-2018 di Shah Alam, Klang , Selayang dan Hulu Selangor. "Kita akan memastikan rumah kos rendah yang dibina PKNS serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dijual dengan harga tidak lebih RM42,000 seunit manakala rumah mampu milik tidak melebihi RM100,000 seunit. "Segala perancangan dan statistik ini menunjukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat komited untuk memastikan setiap rakyat Selangor memiliki rumah yang selesa," tegasnya lagi. | |||
Johor: Pakatan diramal rampas 7 kerusi parlimen Posted: 26 Nov 2012 10:43 PM PST MALAYSIA KINI PAS meramalkan Pakatan Rakyat mampu merampas tidak kurang daripada tujuh kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum akan datang, berdasarkan dakwaan peralihan sokongan pengundi muda, kumpulan kelas pertengahan dan perubahan sokongan pengundi Cina di negeri itu. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki mendakwa penemuan tersebut "hampir selari" dengan penemuan kajian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan sembilan kerusi parlimen di Johor dikategorikan sebagai kawasan hitam bagi BN. "Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat antara tiga hingga lima peratus. "Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat dua hingga tiga peratus, yang kebanyakannya pengundi muda dan golongan kelas pertengahan. "Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini, ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan undi yang amat signifikan, sehingga dijangka tidak kurang tujuh lagi kerusi Parlimen boleh jatuh kepada Pakatan di samping kerusi Pakatan yang sedia ada," katanya. Dalam kenyataannya semalam, Dr Zuhdi mendakwa berdasarkan analisis pusat itu, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi parlimen di Johor berada bawah 50 peratus iaitu di Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai. Katanya lagi, kemenangan sesuatu parti di kawasan tersebut bergantung kepada pengundi atas pagar termasuklah mereka yang membuat keputusan pada saat akhir. Daripada kawasan-kawasan tersebut, beliau mendakwa, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 peratus yang biasanya dikategorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN. "Kebanyakannya adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak besar," katanya sambil menambah pola sokongan di parlimen "turut mempengaruhi" sokongan di peringkat DUN. Berdasarkan analisis pusat itu, Dr Zuhdi mendakwa, hanya 26 kerusi DUN di negeri itu dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam. Johor mempunyai 56 kerusi DUN. Beliau juga berkata tindakan Pakatan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar Johor, turut memberi impak "positif" peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan. Dr Zuhdi mendakwa, berdasarkan kajian MPN mengenai "tingkah laku pengundi" tentang pemilihan calon jawatan itu, Salahudin berada di kedudukan tertinggi dengan 74 peratus, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman (71 peratus) dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa "tertinggal di belakang". "Sebenarnya pelantikan menteri besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian. "Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau Pakatan menawan Johor. Tindakan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar oleh Pakatan sememangnya memberikan kesan positif," katanya. Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata hasil analisis terhadap kajian yang dilakukan, Pakatan Rakyat berpeluang menawan Johor didakwa "seimbang dan cerah" dengan peningkatan pengundi Melayu susulan beberapa isu termasuk RAPID, Felda, Projek Wilayah Iskandar dan kepemimpinan bersih. | |||
Tun Haniff: Penganjur Bersih 3.0 enggan beri kerjasama Posted: 26 Nov 2012 10:39 PM PST SHAH ALAM - Penganjur Bersih dan Timbalan Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong gagal beri kerjasama kepada Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0. Pengerusi panel berkenaan, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, kedua-dua pihak gagal hadir meskipun Panel buka peluang dengan menjemput mereka berbincang dan beri kenyataan. "Panel jemput pihak Bersih dan Christopher Leong, namun beliau enggan tampil beri keterangan atas alasan Panel ini tidak mempunyai asas undang-undang untuk laksana tugas seperti disebutkan," katanya. Menurutnya, pihaknya tidak memerlukan asas dan kuasa undang -undang jika semua pihak beri kerjasama dengan tujuan Panel untuk mendapatkan gambaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 28 April itu. "Ini kerana kami bukan bertujuan untuk hadap sesiapa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali ke-23 panel berkenaan, semalam. Dengan ketiadaan kedua-dua pihak terbabit, katanya, pihaknya tidak dapat bertukar fikiran untuk mengetahui pandangan mereka serta mendapatkan kenyataan mengenai pelbagai persoalan lain. Namun katanya, ketiadaan kedua-dua pihak terbabit tidak menghalang Panel merujuk kenyataan mereka melalui laporan media untuk dipadankan dengan keterangan saksi. "Berdasarkan kenyataan dibuat dalam akhbar akan resolusi mereka, Panel memadankannya mengikut terma dan rujukan dengan melihat keterangan saksi awam, media, anggota polis dan laporan akhbar. "Bukan bermakna mereka tidak datang, Panel tidak boleh dapat bukti, namun jika dapat berhadapan (bersemuka), itu lebih baik," katanya. Mohammed Haniff berkata, pihaknya dalam proses terakhir menyediakan laporan penuh yang mengandungi 10 bab dan dijangka siap hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menurutnya, laporan itu antara lain mengandungi penerangan terperinci akan perhimpunan berkenaan, bermula dengan kronologi dan syor untuk penambahbaikan kepada semua pihak yang terlibat. "Panel berpuas hati dengan laporan dan dijangka dapat beri gambaran lebih tepat dan jelas kejadian sebenar pada 28 April lalu," katanya. Ketika ditanya sama ada hasil laporan akan didedah kepada orang awam, beliau berkata, keputusan perkara itu akan dibuat oleh menteri. Sepanjang siasatan, katanya, 44 saksi terdiri daripada 23 anggota polis, sembilan wakil media, empat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan empat wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dua wakil Syarikat Prasarana Negara, tiga saksi awam dan dua peserta perhimpunan telah dipanggil. Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk mengenal pasti pemilik dua kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai membawa peralatan khusus untuk mengganggu gelombang telekomunikasi ketika perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu. Sehingga hari ini, kedua-dua kenderaan itu gagal dikesan berikutan alamat terakhir pemiliknya tiada berpenghuni. Panel diketuai Mohammed Haniff ditubuhkan bagi siasat dan dapatkan gambaransebenar. Anggota lain panel itu termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Undang- Undang Media Chinese International, Liew Peng Chuan dan Ahli Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail. | |||
Teng: 5 laporan siasatan awam Selcat didedah kepada umum Posted: 26 Nov 2012 10:37 PM PST SINAR HARIAN SHAH ALAM - Sebanyak lima laporan siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) akan didedahkan kepada umum, kata Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim. Katanya, laporan itu melibatkan rumusan hasil pendengaran Selcat mengenai perolehan, penggunaan dan pulangan pinjaman RM90.3 juta oleh PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB) daripada Kementerian Kewangan. Ia turut melibatkan permohonan pembangunan tanah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) dan siasatan ke atas urusniaga perlombongan pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd. "Turut didedahkan laporan siasatan mengenai laporan audit dalam Tahun 2010 berhubung pengurusan kewangan Yayasan Selangor dan kejadian banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini. Katanya turut akan didedahkan kepada umum ialah penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan serta laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010. Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berkata pihaknya menyasarkan menerbitkan sejumlah 200 salinan untuk setiap laporan dan ia akan ditempatkan di perpustakaan dan Jabatan Negeri Selangor.- Bernama | |||
5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River Posted: 26 Nov 2012 10:35 PM PST Kejadian yang berlaku kira-kira 7.15 pagi itu turut mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan