Ahad, 25 November 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakatan: BN menang PRU13 hanya sekadar ramalan

Posted: 25 Nov 2012 03:17 PM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Dr Tan Seng Giaw
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw
 
SHAH ALAM - Parti komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP gagasan pembangkang itu masih mempunyai peluang cerah untuk menawan Putrajaya meskipun beberapa ramalan menyebut Umno-Barisan Nasional akan mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, hakikat adalah, trend semasa menunjukkan PR punya sokongan yang menggalakkan di peringkat akar umbi yang membolehkan pembangkang menumbangkan kerajaan semasa.

"Setakat ini, trend menggalakkan bagi PR. Kami akan berikhtiar agar suara rakyat akan memihak kami. Jika pilihan raya dijalankan dengan adil dan munasabah, kami akan mempunyai harapan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas hasil kajian Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang mendapati, BN akan mengekalkan kemenangan pada PRU kali ini jika ia diadakan sekarang.

Menurut Shamsul, meskipun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil, daripada menang 140 kerusi kepada minimum 120 sahaja, BN bagaimanapun akan terus menguasai tampuk pemerintahan.

Shamsul berkata, senario itu berdasarkan kajian yang dibuat pihaknya September lalu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran menolak sama sekali ramalan yang dibuat oleh Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sambil berkata, PR akan menang selesa pada PRU13.

"Ini berlandaskan pengalaman kita setiap hari, setiap minggu turun menjelajah seluruh negara. Ini punca keyakinan kita. 

"Lagi pun ia hanya satu ramalan daripada seorang profesor akademik yang tidak mempunyai pengalaman turun ke bawah dan melihat keadaan sebenar di bawah. Kita amat yakin akan mencapai satu kemenangan yang selesa supaya membentuk kerajaan Persekutuan yang baru," kata beliau.

Rekod semasa menunjukkan BN kini memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22), Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu).Sementara satu kerusi kosong.

Bayi sumbing perlu bantuan

Posted: 25 Nov 2012 03:16 PM PST

HIDAYAH HAIROM

Bayi sumbing perlu bantuan
Hairul (kanan) memangku Danny, sambil diperhatikan Munirah (kiri) ketika ditemui di PPR Kampung Muhibbah, Jalan Puchong, baru-baru ini.
 
KUALA LUMPUR - "Keperluan lampin pakai buang dan susunya sahaja mencecah kira-kira RM1,000 sebulan, sedangkan pendapatan saya sebagai pemandu hanya RM1,400 sebulan," demikian menurut Hairul Nizam Shah Ab. Ghani, 29, bapa bayi  tujuh bulan yang  sumbing sejak lahir.

Katanya, keadaan anaknya, Danny Hazrieq memerlukan penjagaan rapi kerana tidak dapat menghisap susu secara normal.

"Setiap tiga jam sekali dia perlu diberi susu itupun melalui tiub kerana dia bergantung kepada susu untuk makanan.

"Untuk sebulan, kira-kira enam tin susu diperlukan, yang mana setiap satu tin berharga hampir RM100," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Jalan Puchong di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana anaknya bertuah apabila kos pembedahan ditaja McDonald bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung.

Danny Hazrieq, dijangka perlu melakukan pembedahan membetulkan bibir dan lelangitnya secara berperingkat sehingga berumur 18 tahun.

Tambah, Hairul, dua lagi anaknya masing-masing berusia 6 dan 4 tahun akan mula bersekolah pada tahun hadapan, membuatkannya memerlukan peruntukan  lebih banyak menyara keluarga.

"Saya sudah cuba memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun dimaklumkan bahawa tiada peruntukan bantuan untuk kes seperti anak saya dan dia hanya layak menerima bantuan ketika usia 18 tahun.

"Sewa rumah yang  tertunggak juga gagal untuk saya selesaikan kerana mendahulukan keperluan untuk anak-anak dan keluarga," katanya yang kini sedang dalam proses permohonan bantuan Baitulmal.

Bagi  isterinya, Munirah Maarop, 26, mulanya dia bagaikan putus harapan melihat anaknya dilahirkan begitu namun reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Dia minum susu juga melalui tiub membolehkan susu disalurkan ke perut. Kerana jika dia minum secara normal, susu akan terus ke paru-paru," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke 164164957806 (Maybank) atas nama Danny Hazrieq Hairul Nizam Shah atau hubungi  012-2981207 (Munirah).

Dana RM7 juta naik taraf gerai penjaja, peniaga kecil

Posted: 25 Nov 2012 03:14 PM PST

SINAR HARIAN

Dana RM7 juta naik taraf gerai penjaja, peniaga kecil
Ismail Sabri Yaakob (tengah) mendukung Ihsan Danial Anuar, 6, ketika berarak pada Program Khatan Perdana Peringkat Parlimen Bera 2012 hari ini. - Foto Bernama
 
BERA - Kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi menjayakan program tranformasi penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  
Beliau berkata, program itu membabitkan kerja pembersihan dan menaik taraf gerai yang dibina oleh peniaga sendiri di kawasan majlis perbandaran dan majlis-majlis daerah.
  
"Peruntukan itu bagaimanapun tidak termasuk gerai-gerai yang dibina oleh Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah kerana gerai tersebut dibersihkan oleh pihak berkenaan secara berjadual," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Perdana Peringkat Perlimen Bera 2012 anjuran Biro Pendidikan Umno Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.
  
Ismail Sabri berkata kerja membersih dan menaik taraf gerai telah dimulakan di kawasan terpilih sekitar Kuala Lumpur dan akan diteruskan di seluruh negara bagi memastikan kebersihan gerai-gerai berkenaan.
  
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan kepada Bank Rakyat yang menyumbang RM30,000 bagi program berkhatan itu yang membabitkan 200 kanak-kanak termasuk 30 anak Orang Asli.
  
Turut hadir Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Yusof Abdul Rahman. - Bernama

Politik ugut warnai politik Sarawak

Posted: 25 Nov 2012 03:07 PM PST

KETIKA Barisan Nasional (BN) masih berkira-kira mahu mempertahankan Putrajaya, pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April 2011 memberi isyarat berlainan.

Biar pun BN dengan dominasi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), namun kemenangan Pakatan Rakyat dengan 15 kerusi, dikira sudah mampu mengugat Tan Sri Taib Mahmud.

Tanpa mampu menafikan majoriti dua pertiga BN, namun DAP meraih kemenangan di 12 Dun dan KeADILan pula tiga kerusi, manakala Bebas satu.

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi. Pada pilihan raya negeri yang begitu sengit dan mencabar memberi ruang kepada 213 calon tampil mengalas perjuangan.

Biar pun ketika itu BN diketuai Taib yakin meneruskan takhta kuasa, namun cabaran diberi Pakatan seperti tidak tertahan lagi. Media BN dan kerajaan seperti berselera dengan kuasa yang mereka ada.

Sebaliknya Pakatan melalui media alternatif dan media baru memberi gambaran sebaliknya.

Sepanjang persaingan sengit ketika kempen berlangsung, tiada pihak dari mana-mana kem mampu mendabik dada. Dato' Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan paling bimbang.

Kemaraan Pakatan yang diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mudah untuk ditolak ketepi. Bujang Senang yang berkeliaran di Sungai Sarawak tidak mematah semangat petugas Pakatan menyusurinya.

Berbeza dengan BN yang mundar mandir dengan helikopter dan segala jentera kerajaan. Bagi mereka kawasan di pedalaman Sarawak boleh sampai dalam tempoh singkat sahaja.

Berlainan dengan jentera kempen Pakatan. Kederat mereka tidak mampu untuk melewati keseluruhan bumi Sarawak yang terlalu luas.

PBB yang mengakar kuasa di Sarawak sejak berdekad bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 9 kerusi, manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 8 kerusi.

Segala kekuatan dimiliki BN, maka tidak hairanlah mereka menang mudah di kawasan pedalaman. Dun Bukit Saban menyebabkan SNAP hilang deposit apabila hanya meraih 641 undi. Begitu juga ada calon KeADILan dan Bebas hilang wang pertaruhan.

Kawasan lain yang dihunia peribumi didominasi BN iaitu termasuk Katibas, Daro, Jemoreng, Baleh, Belaga, Simunjan, Batu Danau, Machan, Belawai, Pakan Bukit, Sari, Tebedu, Meluan, Opar, Balai Ringin, Layer, Semop, Tarat, Tupong, Kalaka, Balingian, Demak Laut dan banyak lagi Dun lain.

Bagaimanapun KeADILan mencatat sejarah apabila Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Baru Bian menang di kawasan jauh di pedalaman di Ba`kelalan dengan meraih 2,505 undi. Sebaliknya calon BN di situ mendapat 2,032 undi.

PAS juga hampir-hampir mempunyai wakil tunggal di Sarawak apabila calonnya, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus hanya ketinggalan 391 undi di Beting Maro.

Calon BN, Razaili Gapor hampir berputih mata dalam perlawanan satu lawan satu.

Selain itu PAS juga meletak calon di Sadong Jaya, Muara Tuang, Sebuyau dan Tanjong Datu.

Pada pilihan raya negeri Sarawak KeADIlan bertanding di 47 kerusi, DAP (15) dan PAS (5), manakala SNAP bertanding di 27 kerusi.

Bagi Timbalan Yang Dipertua PAS Batang Lupar, Jalani Morshidi kekangan utama yang dihadapi Pakatan Rakyat iaitu menghantar mesej kepada rakyat.

"Rakyat Sarawak terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman mendapat maklumat utama daripada TV1, TV2 dan TV3.

"Itulah saluran informasi bagi rakyat Sarawak. Sekiranya kita belum dapat memecah banteng tersebut nampaknya agak sukar untuk Pakatan bertapak lebih kukuh di Sarawak," katanya ketika ditemui semasa menghadiri muktamar PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Anak muda yang berusia 27 tahun itu kini berniaga. Bagaimanapun beliau berkata, minat anak muda terhadap PAS kini semakin memberangsangkan.

Kata beliau, penduduk yang tinggal di kawasan bandar boleh mendapatkan maklumat daripada internet. Namun di kawasan luar bandar masih sukar untuk ditembusi media baru.

Beliau juga memberitahu sebenarnya hati kecil rakyat Sarawak begitu marah kepada kerajaan pimpinan Taib, namun mereka tidak berani mengubah status quo.

"Kalau ada yang bersuara tidak puas hati terutamanya mengenai isu tanah adat, pastinya akan diugut. Bantuan kerajaan disekat.

"Budaya ugutan begitu berleluasa sekali. Bagi yang bekerja dengan kerajaan ugutan dipindahkan ke pedalaman menjadi senjata utama.

"Sebenarnya banyak masalah tempatan yang berlaku. Isu bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya masih lagi menjadi hambatan utama," ujarnya.

Oleh itu beliau melihat hanya dengan kehadiran lebih kerap pemimpin Pakatan dari Semanjung boleh membuka lebih luas mata hati rakyat Sarawak.

Seorang lagi perwakilan, juga pegawai kerajaan yakin isyarat yang dimulakan pada pilihan raya negeri tahun lepas akan menjalar ke seluruh bumi Sarawak. -DD

Adam AF2 Berdoa Ditunjukkan Jalan Yang Benar

Posted: 25 Nov 2012 03:04 PM PST

Nama penyanyi lelaki, Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali dengan nama Adam seakan-akan senyap seketika dari dunia nyanyian jika di bandingkan sewaktu di awal kemunculannya.

Penyanyi yang berasal dari negeri Sabah itu dilihat kurang menonjol di kaca televisyen mahu pun acara anugerah yang dianjurkan industri seni tempatan.

Adam yang mengakui kurang menonjol di khalayak ramai kerana sedang menjalani kehidupan secara sederhana.

Bagi jejaka yang masih muda itu, dirinya ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan ilmu perubatan Islam.

Pun begitu, Adam masih lagi menerima undangan untuk melakukan persembahan asalkan waktu untuk dirinya mengabdikan diri kepada Tuhan tidak terganggu.

"Apapun saya masih menyanyi. Islam tidak menghalang kita melakukan perkara yang disukai asalkan tidak melanggar perintahnya seperti meninggalkan solat lima waktu," kata Adam yang dipetik dari laporan MyMetro.

Bukan itu sahaja, untuk memastikan niatnya untuk berubah sejajar dengan tuntutan Islam, Adam banyak membataskan dirinya dari melakukan perkara yang ditegah dalam Islam.

"Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan kerana tidak mahu menimbulkan rasa riak," katanya.

Walaupun Adam masih lagi mendalami ilmu agama, dia tidak mahu dirinya kelihatan riak dengan ilmu yang didapati.

Pun begitu, Adam mempunyai pegangan tentang perangai manusia yang dia tidak gemari kerana kemungkinan sikap itu mampu mempamerkan imej umat Islam yang tidak baik.

Justeru, Adam akan sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa membimbing dirinya ke arah dan jalan yang benar.

"Saya tak berapa berkenan melihat mereka yang baru memakai kopiah dan bertudung terus menjatuhkan hukum kepada orang lain. Janganlah terlalu drastik kerana setiap orang ada bahagian masing-masing dan yang sebaiknya kita doakan agar dia juga turut berubah.

"Dalam solat saya mohon petunjuk daripada Allah dan inilah jawapan yang diberikan kepada saya iaitu memandu arah saya belajar perubatan Islam," luah Adam. -mynewshub

Perhimpunan Hijau Anti-Lynas Aman

Posted: 25 Nov 2012 03:00 PM PST

Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka.

Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.

Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.

Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.

Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -HD

Gambar bawah ehsan telokbakong
















Ke mana PAS selepas muktamar?

Posted: 25 Nov 2012 02:55 PM PST


Oleh Mujahid Yusof Rawa

Survival PAS
 
Soalan yang diajukan oleh para penganalisis sejurus selesai Muktamar ialah "ke mana Pas lepas Muktamar?'' Bagi para analisis, soalan ini menuntut jawapan bagaimana Pas dapat meletakkan dirinya dalam lanskap politik pasca PRU ke 13 yang semakin hampir.

Petunjuk penting ialah bagaimana Pas dapat menguasai kerusi yang dipertandingkan kerana itu akan mengimbas sokongan orang ramai kepadanya dan sekaligus menentukan nasib dan potensi kewujudannya di persada politik tanahair.

Akar umbi PAS

Muktamar bagi pengamat politik adalah sumber penting bagi menilai arah tuju parti melalui ucapan para perwakilan yang membentuk satu mesej atau desakan mewakili hasrat akar umbi parti. Begitu juga dengan kepelbagaian pandangan dari perwakilan, ianya boleh ditafsir sebagai simpang siur pemikiran yang berlegar dalam parti membentuk dinamika sesebuah organisasi politik. Akar umbi penting bagi parti yang berasaskan ideologi seperti Pas kerana mereka adalah pendokong setia yang menggerakkan aktiviti parti. Pemimpin akan terus terdesak untuk memenuhi kehendak akarumbi bagi menggambarkan kesetiaan kepimpinan kepada dasar dan perjuangan parti. Dari aspek ini penganalisa boleh melihat hubungan pemimpin dan akar umbi yang diikat dengan ideologi parti yang begitu mendasar sifatnya. Dalam hal ini tidak diragui oleh sesiapa pun bahawa PAS masih mendahului dari sudut akar umbi yang setia pada kepimpinannya selagimana mereka masih setia dengan perjuangan Islam.

Konservatif dan reformis

Mana-mana parti politik akan terdedah kepada faktor tarik dan tolak antara menjadi kelompok konservatif atau reformis dalam parti. Antara kedua kelompok itu yang paling hangit akan menjadi Radikal dalam mempertahankan dasar dan pada suatu hujung pula akan menjadi Liberal dalam menafsirkan keperluan semasa parti. Pertembungan kelompok ini akan terserlah melalui hujahan perwakilan mempertahankan dasar-dasar parti dalam melaksanakan keperluan strateginya. Apa yang dianggap Liberal atau Radikal terpulang kepada bagaimana kepimpinan PAS menguruskan dan menentukan di atas garisan apakah para perwakilan perlu berada. Ia tidak akan berlaku tanpa penetapan tegas kepimpinan di manakah peringkat PAS pada tahap ini dari sudut keupayaan organisasinya dan kemampuannya untuk mencapai strategi politiknya.

Suasana politik negara

Tidak dapat dinafikan parti politik berusaha untuk mendapatkan kuasa dan untuk tujuan tersebut mereka terpaksa bersaing melalui proses demokrasi berpilihanraya. Di Malaysia persaingan merebut kuasa politik banyak bergantung kepada strategi berpakat dengan parti-parti lain yang di mana pola perkauman membentuk karakteristik penting politk negara. Pas tidak dapat lari dari keperluan strategi ini lantas pendekatan politik pakatannya terus menjadi perbahasan utama para perwakilan.Di sini juga perbahasan menarik mendedahkan kebimbangan perwakilan kepada kepimpinan parti antara memenuhi kehendak strategi Pakatan dan mengekalkan dasar parti. Perwakilan bimbang dalam keghairahan PAS bersama rakan-rakan strategiknya ia terpaksa tunduk kepada kehendak dasar Pakatan lalu mencairkan pegangannya selama ini khususnya tentang Hudud, Negara Islam dll. Muktamar baru-baru ini kelihatan jelas meluahkan kebimbangan ini dan selagi kefahaman tentang  konsep kenegeraan dan perundangan tidak digarap dengan baik oleh kepimpinan PAS selagi itu polemik negara Islam dan Hudud akan berada pada menu hidangan para perwakilan semasa dan selepas muktamar.

Negara Islam dan hudud

Penafsiran kepada konsep Negara Islam dan Hudud terserlah dalam ungkapan perwakilan antara golongan tekstualist dan kontekstualist. Jurang ini nampak meluas dengan penafsiran tekstualist menguasai muktamar. Penafsiran tekstualist adalah fahaman literal kepada ayat-ayat  Al Quran tanpa meraikan kondisi dan konteks, manakala fahaman kontekstual cuba memahami teks melalui kondisi semasa dan meraikan persoalan applikasi agar perintah Al-Quran tidak menjadi fitnah. Sebagai parti Islam, PAS tidak dapat lari dari menterjemahkan teks Al-Quran dalam bentuk manifesto politiknya untuk meyakini orang ramai. Dalam suasana inilah persoalan Hudud dan Negara Islam diberi sentuhan-sentuhan fahaman yang berbagai. Adalah penting untuk diberi perhatian kepada gaya berfikir ini kerana ia akan membentuk persepsi kepada para pengundi yang mempunyai berbagai kecenderungan sokongannya. Apa yang ironinya ialah, semangat strategik PAS dalam PR ialah berorientasikan kecenderungan kontekstualist manakala semangat akar umbi jelas cenderung kepada tekstualist dalam penafsiran ideologi Islamnya. Kedua-dua jurang ini menuntut kepimpinan PAS melangganinya secara tegas dan berhemah kerana jika tidak ia akan terus menimbulkan berbagai kekeliruan kepada para pengundi yang merupakan aset terpenting PAS menjelang PRU ke 13 nanti.

Keutamaan dipersoalkan

Kehangatan perbahasan dalam Muktamar turut mempertikaikan persoalan keutamaan yang perlu diberi fokus oleh parti. Persoalan keutamaan timbul dalam memahami suasana kompleks yang terpaksa dihadapi oleh PAS dalam mencapai strategi roadmap parti ke Putrajaya. PAS terpaksa berhadapan dengan faktor pengundi yang berbagai segmen dan kecenderungan. Mengadaptasi kecenderungan pengundi dengan tidak menggadaikan prinsip parti adalah isu yang menggarisbawah perbahasan dalam soal keutamaan parti. Contohnya, apakah soal negara Islam yang perlu ditonjolkan ataukah manifesto good governance yang ada dalam Buku Jingga yang perlu ditekankan. Contoh lagi, apakah perbezaan pandangan antara parti PR yang perlu dibahas ataukah menumpukan kepada kepincangan Umno dan BN? begitu juga dalam persoalan dasar PR, apakah menumpukan soal perjanjian bersama yang perlu diperkukohkan ataukah berbincang tentang Hudud dan perlaksanannya yang perlu diutamakan? Sebenarnya perbahasan isu keutamaan adalah mesej kebimbangan perwakilan PAS antara risiko hilang undi Melayu dan mengekalkan undi bukan Melayu.

Kepimpinan ulamak

Kepimpinan Ulamak dilihat sebagai peneraju utama kepada kejayaan yang dikecapi hari ini. Perwakilan turut menegaskan sokongan padu supaya gagasan itu berterusan. Seolah-olah ada pertikaian tentang kepimpinan ulamak, seluruh muktamar secara konsensus mempertahankan kesinambungan kepimpinan ulamak. Bagi para penganalisis gagasan kepimpinan ulamak menjadi sebahagian daripada kayu pengukur kepada potensi PAS untuk menjayakan misinya ke Putrajaya bersama rakan-rakannya.  Sejak tahun 1982, kepimpinan ulamak adalah cetusan daripada proses transformasi PAS yang berusaha keluar dari krisis semasa kepimpinan Datok Asri Hj Muda dan nama kepimpinan ulamak adalah kerana wujudnya satu badan tertinggi parti yang dianggotai keahliannya oleh para ulamak yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulamak. Gagasan itu penting bagi membawa parti ke tahap baru dan memulihkan parti dari perpecahan akibat krisis yang melanda parti waktu itu. Ia bukan sahaja transformasi tetapi berlaku proses pembudayaan organisasi sehingga ia menjadi sebati dengan kejayaan yang ada hari ini. Kepimpinan ulamak sifatnya adalah organisasi dan kritikannya juga bersifat organisasi dan bukan sesuatu yang bersifat kedudukan. Salah faham berlaku ialah apabila kritikan kepada kepimpinan ulamak dianggap mempertikaikan keilmuan dan kedudukan seorang yang bergelar ulamak dan tanpa disedari wujud ruang antara yang bergelar ulamak dan yang tidak ulamak. Kritikan juga berlaku kepada aspek pengorganisasian yang kemudiannya disalahtafsir sebagai pertikaian kepada satu gagasan besar parti yang telah membawa kejayaan hari ini. Apa pun keputusan yang dilahirkan secara konsensus untuk mempertahankan keberlangsungan kepimpinan ulamak pasti akan memberi impak kepada tercapai atau tidaknya hasrat ke Putrajaya nanti.

Sampaikah hajat PAS?

Sebelum ini PAS cuma membawa slogan menawan beberapa negeri sahaja seperti Kelantan, Terenganu dan Kedah tetapi kini PAS seolah-olah bersedia untuk berada pada tahap penguasaan nasional. Ia tidak mungkin melahirkan hasrat itu tanpa kekuatan strategi pakatan politik yang dimetraikan dengan DAP dan PKR. Lagipun suasana dan mood rakyat untuk berubah adalah tinggi sekaligus membuka ruang kepada PAS berada dalam proses ini. Persoalan samada hajat PAS untuk ke Putrajaya akan tercapai atau tidak terpulang kepada aksi imbangan yang perlu dibuat oleh PAS antara tuntutan perwakilan yang mahukan ketegasan dasar-dasar Islam dilaksanakan dan keperluan strategi Pakatan yang lebih pragmatik dan akomodatif.
Semua itu adalah rumusan kepada perbahasan di dalam dewan PUTIK tempoh hari. Walaupun artikel ini tidak menjawab secara tepat ke mana PAS selepas Muktamar tetapi sekurang-kurangnya artikel ini dapat membantu memahami persimpangan sukar yang sedang dilalui oleh PAS. Betapa sukarnya usaha PAS menjadi salah satu parti yang akan memerintah di peringkat nasional kelak, namun tidak mustahil bagi PAS mencapainya bersama kemunculan politik baru yang fajarnya sudahpun mula menyinari negara Malaysia.

Iskandar Malaysia pemangkin ekonomi Johor

Posted: 25 Nov 2012 02:47 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Pelaburan asing telah meningkat kepada RM37.09 bilion setakat ini dari RM22.83 bilion pada 2008. 



JOHOR BHARU: Sebelum Iskandar Malaysia dilancarkan enam tahun dahulu, ekonomi Johor banyak bergantung kepada industri perkilangan yang tidak kesemuanya bernilai tambah tinggi.

Namun, setelah dilaksanakan, Iskandar Malaysia berjaya membentuk ekosistem yang lengkap di dalam industri yang dipromosikan.

Timbalan Pengarah II (Pembangunan) Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Dr Badrul Hisham Kassim berkata, melihat kepada inisiatif ini, pelaburan asing telah meningkat kepada RM37.09 bilion setakat ini dari RM22.83 bilion pada 2008.

"Pelabur tempatan pula, yang sebelum ini tertumpu ke Lembah Klang, mula menunjukkan minat untuk melabur di Iskandar Malaysia setelah percaya bahawa usaha dan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah satu inisiatif berkepentingan nasional."

"Peningkatan kadar pelaburan tempatan telah berlaku pada kadar yang lebih tinggi, Jika dilihat pada 2008, hanya 45 peratus pelaburan di Iskandar Malaysia merupakan pelaburan tempatan, tetapi sekarang pelaburan tempatan secara kumulatif telah meningkat kepada 63 peratus," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata ini menunjukkan keyakinan para pelabur tempatan terhadap Iskandar Malaysia dan trend itu dijangka berterusan terutama sekali di dalam bindustri yang dipromosikan di Iskandar Malaysia.

Melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), katanya kerajaan negeri sentiasa memastikan dasar yang selari dengan Kerajaan Persekutuan di dalam membangunkan Iskandar Malaysia.

Insentif percukaian

"Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, misalnya dari segi insentif percukaian terus disokong oleh Kerajaan Negeri melalui insentif tanah dan sebagainya."

"Kerajaan Negeri juga memastikan sistem penyampaian diperbaiki dan urusan kelulusan dan lain-lain proses dipermudahkan."

Kerajaan Negeri juga telah membuat dasar khusus untuk Iskandar Malaysia berkaitan permilikan hartanah, dasar perumahan dan dasar-dasar lain untuk membantu menjayakan inisiatif Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, oleh kerana kerajaan negeri juga berkaitan rapat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sinergi antara Kerajaan Negeri dan PBT diberi penekanan, terutama yang berkaitan dengan proses kelulusan.

Selain Menteri Besar sebagai Pengerusi Bersama IRDA, Kerajaan Negeri juga diwakili oleh dua pegawai kerajaan Negeri, iaitu Setiausaha Kerajaan dan Pengarah UPEN.

Di dalam Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan IRDA yang di pengerusikan oleh Menteri Besar, ia juga di anggotai oleh ketua-ketua jabatan Negeri yang berkaitan seperti Pengarah UPEN, Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dan semua Yang DiPertua Majlis Perbandaran di dalam Iskandar Malaysia.

Terdapat juga pegawai Negeri yang dipinjamkan ke IRDA untuk kelancaran urusan di antara IRDA dengan Kerajaan Negeri.

Kini, katanya projek-projek seperti Legoland dan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour menjadi projek pemangkin di Iskandar Malaysia kerana bukan sahaja memberi peluang pekerjaan dan perniagaan secara terus kepada rakyat tempatan, malah juga menjadi pemangkin kepada industri-industri lain yang berkaitan.

Misalnya, selepas Legoland dibuka dua bulan lepas, kadar penghunian hotel di Johor Bahru telah meningkat kepada 75 peratus daripada 50 peratus.

Taman-taman tema

Pelawat ke tarikan lain seperti Johor Premium Outlet juga didapati meningkat bersama dengan pembukaan taman-taman tema di Iskandar Malaysia.

"Semakin banyak projek seperti ini, semakin meningkatlah industri sokongan seperti perkhidmatan restoran, pengangkutan dan lain-lain. Pelawat juga akan mendapati mereka perlu tinggal lebih lama di Iskandar Malaysia untuk menikmati pusat-pusat pelancongan yang ada," katanya.

Iskandar Malaysia dijangka mencapai sasaran pelaburan RM100 bilion selepas mencatatkan jumlah pelaburan terkumpul RM99.79bil pada suku ketiga tahun ini.

Bagi tahun ini sahaja, sehingga September, koridor ekonomi itu telah berjaya menarik sejumlah RM15 bilion dalam pelaburan kumulatif.

Pelaburan terkumpul sejumlah RM99.79 bilion yang direkodkan oleh Iskandar Malaysia adalah menerusi pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak RM33.36 bilion, RM32.94 bilion daripada sektor hartanah, RM7.31 bilion oleh Kerajaan, RM9.52 bilion melibatkan utiliti, RM2.03 bilion dalam sektor pelancongan dan lain-lain RM14.63 bilion.- Bernama

6,000 sertai demo Dong Zong kelima

Posted: 25 Nov 2012 04:00 AM PST



 
Seramai kira-kira 6,000 orang menyertai demonstrasi oleh kumpulan pro-pendidikan Cina Dong Zong yang menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Petaling Jaya hari ini.

Kumpulan yang disokong 700 NGO itu menentang pelan berkenaan yang didakwa tidak adil kepada sekolah vernakular.

Acara berkenaan, sama seperti empat perhimpunan anjuran Dong Zong sebelum ini, menarik lebih banyak penyertaan golongan pertengahan umur.

Kain rentang yang dipasang di sekitar Dataran PJ, yang menjadi lokasi acara hari ini, mensasarkan menteri MCA Datuk Wee Ka Siong atas dakwaan mengabarkan keperluan komuniti Cina.

Dua resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan tersebut adalah:

1. Menentang PPPM dengan alasa, objektif utama untuk melaksana sistem pendidikan aliran tunggan dan menyisihkan pendidikan vernakular.

2. Menggesa kerajaan persekutuan untuk mengolah semula PPPM selari dengan trend pembangunan pendidikan global, dengan menghormati bahasa kebangsaan dan mempertahan bahasa dan budaya kumpulan minoriti.

Wong Tack: 'Kami akan duduk hingga esok pagi'

Posted: 25 Nov 2012 03:48 AM PST

 


 
Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.

green march reaching dataran 251112 wong tack speech 06Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi.

Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.

"Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu.


green march reaching dataran 251112 crowd 02"Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan tetap duduk di sini.  Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk sini atau tidak," kata Wong.

Sementara itu, koordinator Himpunan Hijau Lee Chin Chen pula berkata peserta perarakan akan berkhemah di kawasan berkenaan pada malam ini.

green march reaching dataran 251112 crowd 01Ketika ditemui Malaysiakini, Lee berkata beliau juga menugaskan anggota jawatankuasanya serta unit amal PAS untuk melindungi peserta perarakan sepanjang malam.

Katanya, beliau masih belum dapat menganggarkan berapa orang yang akan berbuat demikian.

 "Tapi kita tidak tahu sama ada (polis dan pegawai DBKL) akan membenarkan kami berbuat demikian," katanya.

Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini.

green march reaching dataran 251112 wong tactSementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki kerana sedang dinaiktaraf.

Katanya, Datuk Bandar berhak melarang sesiap daripada memasuki kawasan tersebut mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa DBKL.

green march reaching dataran 251112 crowd 03"Dataran Merdeka kini dalam ubahsuai. Dan kita tidak akan benarkan Wong Tat masuk.

"Dataran Merdeka dibawah DBKL dan Datuk Bandar. Dan di bawah Undang-undang Kecil Dataran Merdeka, Datuk Bandar berhak melarang sesiapa masuk Dataran Merdeka.

"Permohonan pun tiada. Jadi kami memang melarang," kata Nasaruddin.

Keputusan saat akhir mungkin berpihak PR

Posted: 25 Nov 2012 03:42 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
Kuantan - Bukan sahaja pemimpin Umno, pakatan pembangkang turut bersetuju dengan dengan ramalan Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin mengenai jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) merosot pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Bagaimanapun Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yakin keputusan di saat akhir berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana banyak kerusi akan menjadi penentu.

"Akan berlaku pertarungan hebat dan kita yakin kerusi kelabu bakal beri sokongan padu tentukan kemenangan PR. BN guna pelbagai pendekatan termasuk media untuk kelirukan rakyat dan beri gambaran berat sebelah, tetapi kita yakin pengundi bijak menilai," katanya.

Kata Fuziah, beliau setuju dengan kajian dilakukan tetapi bagi kerusi kelabu diyakini  akan memihak kepada PR kerana jika menyokong BN, sudah tentu ia sudah jelas sekarang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pahang, Suhaimi Saad turut melahirkan pandangan sama dan yakin Pas serta PR mampu membentuk kerajaan menerusi PRU13.

Najib tak tolak kemungkinan PRU bulan depan

Posted: 25 Nov 2012 03:40 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
KUALA LUMPUR - Melewati musim  lembab dan cuaca tidak menentu mutakhir ini bukanlah satu penghalang untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya menjawab soalan adakah pilihan raya akan diadakan tahun depan atau membiarkan Parlimen bubar dengan sendirinya.

Persoalan itu diajukan kepada beliau dalam satu wawancara khas bersama pengarang-pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Utusan Malaysia baru-baru ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 minggu ini.

Mandat semasa Kerajaan Pusat yang dipimpin BN akan berakhir penghujung April depan.

Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar.

Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.

Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.

Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh  "paling cantik dalam keadaan yang buruk" jika perlu berbuat demikian.

Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.

Najib: 'Jadi pembangkang konstruktif, jangan burukkan kerajaan'

Posted: 25 Nov 2012 03:38 AM PST

 SINAR HARIAN
Najib Tun Razak - Rosman Mansor
Najib Tun Razak (lapan, kanan) dan Rosmah Mansor (sembilan, kanan) yang juga Penaung Himpunan Wanita Muda Negara 2012 bersama 12 orang penerima Anugerah Kesatria Puteri
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan wanita muda Malaysia supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan membenarkan pembangkang menggagalkan segala usaha yang dilakukan kerajaan selama ini.
  
Beliau berkata, wanita muda tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang yang sering mempertikaikan kebolehan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.

Beliau berkata, pembangkang sepatutnya menjadi pembangkang yang konstruktif tetapi sebaliknya mereka sentiasa mencari keburukan dalam projek yang dilaksanakan kerajaan sedangkan projek tersebut memberi peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

"Projek-projek seperti Projek Rapid di Pengerang, Johor dan penyenaraian Felda (Global Ventures Holdings Berhad) di Bursa Malaysia cuba digagalkan pembangkang atas dasar politik yang tidak ingin BN mencapai kejayaan dan menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara.

 "Segala apa yang dirancangkan akan tinggal di atas kertas dan akan terbantut kalau perancangan untuk lakukan transformasi digagalkan oleh pembangkang dan tidak mendapat sokongan politik daripada rakyat," katanya ketika menutup Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di sini hari ini.

Najib berkata, justeru, wanita muda di negara ini perlu memberikan sepenuh sokongan kepada kerajaan sekarang yang komited membantu mereka memenuhi inspirasi, dedikasi, ekspresi dan aspirasi mereka.

Beliau berkata, kerajaan di bawah pimpinan BN memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk masa depan yang lebih bersinar dan lebih baik dari hari ini.

Kalaulah wanita muda inginkan inspirasi, dedikasi, ekspresi dan aspirasi dipenuhi, maka sokonglah kerajaan yang ada hari ini, saya beri jaminan bahawa kita lakukan yang terbaik supaya wanita muda yang ada tidak akan rasa kecewa nanti," katanya.

Najib berkata menerusi agenda transformasi negara seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah berjaya mewujudkan lebih 313,000 peluang pekerjaan, menunjukkan bahawa kerajaan telah menepati aspirasi golongan muda yang inginkan pekerjaan.

"Mengikut salah satu kajian yang dilakukan di peringkat global, dalam banyak isu yang diberi keutamaan dan dianggap sangat penting oleh golongan muda ialah soal pekerjaan.

"Kalau kita berjaya sediakan peluang pekerjaan, maka kita dapat memenuhi jangkaan atau aspirasi golongan wanita muda dan lelaki muda kerana mereka mahukan masa depan yang penuh dengan jaminan serta mendapat taraf hidup yang jauh lebih baik dari hari ini," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menyekat peluang wanita untuk memajukan diri memandangkan ketekunan, dedikasi, kesungguhan, kesetiaan dan pencapaian wanita di negara ini amat memberangsangkan.

Beliau berkata, pencapaian wanita muda di dalam sektor pendidikan seperti kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebanyak 25,000 adalah hampir dua kali ganda berbanding kaum lelaki yang hanya berjumlah 13,000 orang.

"Ini bererti bahawa kejayaan yang begitu memberangsangkan ini mungkin telah mengatasi kebanyakan negara lain termasuk negara maju sekali pun dan ini membawa kepada pengertian bahawa kita tidak pernah mengehadkan peluang wanita untuk maju ke depan," katanya.

Najib berkata, kecemerlangan wanita juga terbukti apabila 31 peratus daripada jawatan tertinggi dalam sektor awam kini disandang oleh golongan itu termasuk beberapa jawatan penting seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Saya percaya kejayaan ini dapat kita panjangkan dalam sektor swasta, sebab itu melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sedang melatih sekumpulan wanita yang ada potensi supaya dapat dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan 12 Anugerah Kesatria Puteri, antara penerimanya ialah penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (Anugerah Kesatria Puteri Kesenian), atlet terjun negara Pandelela Rinong (Anugerah Kesatria Puteri Sukan) dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) Norlina Alawi (Anugerah Kesatria Puteri Kemurnian).

Sementara itu, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nusa Mahsuri di atas sumbangan sehingga ke peringkat antarabangsa dalam pelbagai gerakan kemanusiaan dan kemasyarakatan. - Bernama

BBCBN: Jangkaan kerusi 120 'cukup baik'

Posted: 25 Nov 2012 03:35 AM PST

JAMILAH HAMZAH

Bung Mokhtar Radin
Bung Mokhtar Radin
 
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata jangkaan minimum 120 kerusi Parlimen yang boleh dikuasai Barisan Nasional (BN), sebagaimana dibayangkan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, "cukup baik" buat perikatan itu.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan pembangkang yang bekerja keras menghentam dan menabur fitnah ke atas BN, namun rakyat tetap terus yakin untuk mengekalkan kerajaan semasa di peringkat pusat.

Beliau berkata, usaha berterusan daripada BN dapat menangkis serangan pembangkang dan memberi keyakinan yang berkekalan di kalangan rakyat untuk setia kepada parti.

"Pada saya, BN masih menjadi pilihan rakyat, walaupun menghadapi cabaran terhebat dari pembangkang.

"Namun dengan usaha-usaha berterusan BN, ia telah membantu BN untuk diyakini rakyat jelata.

"(Sebanyak) 120 kerusi cukup baik untuk BN," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Laporan Sinar Harian Online semalam memetik Shamsul berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

"... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mempertahankan parti perikatan itu dengan menyatakan rakyat akan terus mengundi untuk mengekalkan kerajaan BN pada PRU13.

Katanya, wanita Umno yakin rakyat memiliki kewarasan dalam membuat keputusan pemilihan kerajaan kerana soal pemilihan pemerintah satu perkara serius.

"Wanita Umno yakin BN akan jadi kerajaan selepas PRU13," katanya sambil menambah, "keputusan untuk memilih kerajaan tidak boleh dipermain-mainkan."

Beliau menambah, dengan usaha yang dilakukan oleh Umno sudah semestinya mengharapkan BN mendapat dua per tiga kerusi Parlimen pada PRU13.

"Untuk Wanita (Umno) apa yang kita buat, kita berharap akan dapat dua per tiga kerusi, itu yang kita harapkan," katanya.

Pas: Najib risiko jika BN menang tipis

Posted: 25 Nov 2012 03:34 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
 
SHAH ALAM - Ramalan Barisan Nasional (BN) hanya akan menang 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang membuktikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menjadi seteru politik paling digeruni Kerajaan Pusat sepanjang empat tahun ini dan satu risiko kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, realiti itu tambah meyakinkan dengan penemuan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Dapatan Dr Shamsul Amri itu seolah-olah satu pengakuan bahawa kekuatan Pakatan Rakyat itu tidak boleh dipandang mudah sebab daripada 140 kerusi sekarang ini sudah merosot kepada 120 kerusi," katanya.

Berdasarkan hasil kajian yang mengambil kira prestasi dari pelbagai sudut termasuk pembentangan Bajet 2013 dan insentif yang diumumkan pada September lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN.

"... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara.

Bagaimanapun Shamsul tidak menolak kemungkinan jumlah kerusi BN akan meningkat naik tetapi tidak akan turun kurang daripada 120 kerusi seperti yang diramalkannya.

"Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November," ujar beliau.

Mengakui bahawa ramalan Shamsul itu munasabah, Dzulkefly berkata, senario politik semasa membuatkan kedua-dua parti tidak dapat membuat telahan yang tepat - parti mana yang akan meraih kemenangan, waima untuk sebuah kemenangan tipis.

"Saya kira itulah antara sebabnya, mungkin kenapa Datuk Seri Najib yang mengetahui tentang realiti itu sehingga hari ini beliau tidak dapat membubarkan Parlimen," ujarnya.

Malah katanya, Najib secara peribadi akan berhadapan dengan risiko disingkarkan ekoran rekod buruk dalam karier politiknya jika hanya mampu memberikan kemenangan tipis kepada BN.

"Perkara ini berlaku kepada Pak Lah. Kerana kalau menang BN tetapi dengan kemenangan yang tipis, Datuk Seri Najib bakal menjadi orang yang kalah dalam pilihan raya ini kerana Umno-BN, Umno khususnya tidak akan mengizinkan beliau memimpin Barisan Nasional," katanya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kini semuanya bergantung pada kebijaksanaan rakyat untuk memilih parti mana yang lebih berhemah dalam mentadbir urus negara ini dalam tempoh di mana PR memberikan saingan kepada kerajaan di beberapa negeri.

"Makanya pertarungan PRU13 ini akan ditentukan oleh sejauh mana kedua-dua belah pihak dapat membuktikan siapa yang sebenarnya telah membuktikan dalam laluan empat hingga lima tahun ini, pentadbiran mereka itu lebih baik daripada yang lain," tegas beliau.

Untuk rekod, pada pilihan raya lalu, BN memperoleh 140 kerusi manakala pembangkang menang 84 kerusi, di mana ia adalah rekod terburuk BN.

PR optimis pihaknya akan menambah kerusi di Johor, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak.

Tiada konspirasi mahu singkir saya, kata Karpal

Posted: 25 Nov 2012 03:33 AM PST

SINAR HARIAN

Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
 
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, dakwaan kononnya terdapat konspirasi untuk menyingkirkan beliau pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan hanya satu rekaan semata-mata.

Beliau berkata, dakwaan seumpama itu adalah perkara biasa di dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya.     
  
"Ini adalah perkara kecil dan saya tidak beri maklum balas kepada perkara seperti ini. Tidak ada masalah (di dalam parti), ini semua rekaan. Ini adalah salah satu daripada demokrasi. Semua ada hak untuk menyuarakan apa yang diingini.
  
"Tiada masalah...macam-macam (akan berlaku) walaupun pilihan raya umum, pilihan raya satu parti politik... ini biasa. Tapi akhirnya apa yang disuarakan oleh wakil-wakil itu yang penting," katanya pada sidang media di sini hari ini.
  
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita hari ini memetik kenyataan bekas pemimpin parti DAP, Tan Tuan Tat, yang mendakwa terdapat konspirasi untuk menyingkirkan pemimpin veteran itu pada pemilihan parti bulan depan. - Bernama

Panas Berapi!! Anak Tiri Dato' Siti Nurhaliza Kahwini Anak Menteri Yang Juga Sepupu PM Haji Najib.. Jom Terjah!!

Posted: 25 Nov 2012 03:03 AM PST


Anak Tiri Siti Anas Zawawi Kahwin Anak Datuk Seri Hishamuddin
GAMBAR PERKAHWINAN ANAK TIRI DATUK SITI NURHALIZA DENGAN ANAK DATUK SERI HISHAMUDDIN
Anak Datuk K Anas Zawawi Kahwin Anak Datuk Seri Hishamuddin
GAMBAR PERKAHWINAN ANAK DATUK K ANAS ZAWAWI
Anak tiri Dato Siti Nurhaliza yang sulung, Anas Zawawi menikahi anak Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah. Anas mengenali gadis itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.
Dalam pada itu, khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dengan meriah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tahniah diucapkan kepada Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza serta Datuk Seri Hishamuddin dan Datin Marsilla Tengku Abdullah kerana sudah mendapat menantu baru. 
Tahniah buat semua keluarga mereka.

Nelayan Mersing ditipu hidup-hidup

Posted: 25 Nov 2012 02:55 AM PST

Blog Syed-othman.blogspot.com

SELAGI ada kuasa dalam tangan....selagi itulah kroni segerombolan buaya-buaya karat akan mencari ruang dan peluang untuk merompak serta memeras dana kepunyaan rakyat marhean.Tidak kira keadaan macam mana pun rompak tetap rompak...tipu terus menipu hatta bangsa sendiri pun...dijadikan mangsa.

Bulan awal bulan oktober lepas,Pusat aduan Rakyat (PAR) permas dan Pusat aduan rakyat (PAR) Endau pernah mengadakan Sidang media di kelab akhbar cina taman pelangi mengenai Aduan penyelewengan program Tabung khas membaikpulih perumahan nelayan Seliaan majlis pembangunan pertanian kawasan parlimen mersing.

Imbas kembali Fakta aduan yang diterima ialah program ini melibatkan membaikpulih 100 rumah keluarga nelayan yang menjadi ahli persatuan nelayan dan mereka ini digariskan dibawah taraf kemiskinan.Kos bantuan membaikpulih setiap rumah adalah RM10,000 dan kerja2 membaikpulih telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik bagi fasa pertama. Apa yang menjadi aduan ialah setiap rumah itu hanya dibaikpulih dengan kos hanya sekitar RM2,500 hingga RM3,000 sahaja tidak mengikut apa yang dicatitkan dalam pesanan yang dikeluarkan.

Apa yang lebih menghairankan mereka dikehendaki menandatangani akujanji yang disediakan oleh Kementerian pertanian dan industri Asas tani Malaysia bersama Lembaga kemajuan Ikan Malaysia dan juga borang AJ.Dalam surat akujanji tersebut,anatara yang tercatit,Mereka tidak dibenarkan membangkitkan sebarang perkara mengenai kos dan kompenan yang diluluskan,mempertikaikan jumlah yang diluluskan dan menpertikaikan kualiti bahan binaan yang diberi semasa membaikpulih rumah.

Pada sidang media lepas,tiada pengadu yang tampil memberikan perjelasan tetapi kali ini pengadu yang menbuat aduan telah tampil bersama dengan laporan polis yang telah dibuat olehnya dalam sidang media kali ini.Pengadu Ramli bin yusuf 71 tahun seorang nelayan sejak berusia 11 tahun itu berkata rumah beliau hanya di tukar beberapa keping papan serta beberapa keping zink sahaja.Beliau juga yang buta huruf diminta oleh pihak tertentu menandatangani satu surat akujanji tetapi beliau tidak diberi perjelasan isi kendungan akujanji tersebut.

Hadir sama dalam sidang media tersebut Tuan Syed Othman Abdullah selaku penyelia PAR permas,Ust Azam Razak penyelia PAR mersing,Tuan hj Abdul Rahman Yusuf timbalan pengerusi DAP mersing,Tuan idris Ahmad Ajk PAR Mersing dan Abusiraj Almuner setiausaha PAR permas. 

Mengulas isu tersebut PAR permas Syed Othman berkata beliau akan membawa kes ini ke SPRM minggu depan setelah melawat kesemua rumah yang terlibat.Penyelia Dun Endau Ust Azam Razak berkata pihaknya akan membantu kesemua nelayan-nelayan  yang terlibat dan menurutnya lagi masih banyak lagi isu sebegini berlaku di mersing.Dalam pada itu pengadu juga berkata beliau berani ke hadapan kerana tidak mahu rakan-rakannya yang lain diperlakukan sedemikian dan beliau berkata lagi beliau bukannya mahukan wang itu tetapi hanya mahu keselesaan rumah beliau hasil dari pembaikpulih tersebut.

Orang Melayu lagi yang teraniaya dan terkena......nasib melayu begitulah di negeri yang UMNOnya kuat didunia!!!!selagi pemerintahan tidak diubah selagi itulah terjadinya sedemikian...kerap kita dengar pencacai mengakui pemerintahan mereka terbaik kerana luas berpengalaman memerintah 53 tahun!...tetapi ini adalah salah satu bukti kegagalan mereka.

Banyak Persoalan diutarakan dalam isu nelayan ini terutama  mana perginya baki  RM7,000 hingga RM7,500 itu? kenapa bantuan itu tidak mengikut apa yang tercatit pada harga pesanan?

Apa-apa pun alasan,kerajaan harus ditukar demi menjaga wang serta rakyat....SUDAH PASTI UMNO BN harus ditukar demi menyelamatkan MALAYSIA.....

RM 250 Ribu Bina Jambatan Konkrit Di Bagan Teochew Pulau Ketam

Posted: 24 Nov 2012 11:31 PM PST




PELABUHAN KLANG 24 NOV: Satu jambatan konkrit bernilai RM 250 ribu akan dibina dalam waktu terdekat bagi mengganti jambatan kayu di Bagan Teochew, Pulau Ketam yang musnah dilanggar bot pada 15 September 2012 lalu.

Exco Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri telah meluluskan projek pembinaan jambatan baru itu melalui peruntukan kewangan dalam Belanjawan Selangor 2012.

Katanya, Kerajaan Negeri sedar mengenai masalah yang dihadapi penduduk di kawasan itu memandangkan Bagan Teochew menjadi tumpuan pelancong kerana terdapat restoran makanan laut serta 'chalet'.

"Pembinaan jambatan baru ini akan dimulakan dalam waktu terdekat dan kontraktor telah dipilih bagi menyiapkan jambatan ini yang dijangka akan siap pada bulan Februari 2013," katanya.

Dr Halimah, yang juga Adun Selat Klang, ditemui ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Baru Bagan Teochew di Pulau Ketam hari ini.

Turut hadir Ketua Kampung Pulau Ketam, Cha Keng Lee, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Song Sung Hwan, TImbalan Pengarah Kejuruteraan MPK, Zamri Othman serta penduduk Bagan Teochew.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM 80,000 bagi membina jambatan sementara bagi menggantikan jambatan kayu berusia lebih 40 tahun yang musnah itu.


Jurucakap TALAM Pakar Ekonomi dan Perundangan

Posted: 24 Nov 2012 11:24 PM PST




SUBANG JAYA Pemilihan empat jurucakap rasmi berkaitan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad (Talam) oleh Kerajaan Negeri adalah kerana mereka mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi dan perundangan.

Mereka juga merupakan antara individu yang telah mendalami isu Talam secara terperinci bermula daripada 2010 semasa Kerajaan Negeri mula melaksanakan proses kutipan hutang tersebut.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor, Teresa Kok berkata firma juru audit bebas antarabangsa KPMG juga dilantik bagi meneliti proses kutipan hutang tersebut bagi memastikan ia dilakukan secara profesional dan cekap.

Teresa berkata demikian bagi menyangkal dakwaan daripada Adun Umno-BN baru-baru di dalam sidang Negeri Selangor yang mempersoalkan perlantikan tersebut.

"Urusniaga ini dijalankan dengan amalan profesional dan dijalankan dengan menggunakan penasihat yang profesional, tetapi mereka (Umno-BN) hina kepakaran mereka.

"Bila Kerajaan Negeri beri taklimat secara rasmi mereka tak mahu datang dan lepas itu cakap bukan-bukan di belakang.

"Malah laporan juruaudit profesional, KPMG juga mereka hinakan," ujar beliau apabila ditemui di program karnival kampung tradisi di Kampung Tengah A, Puchong di sini semalam.

Pada awal September 2012 Kerajaan Negeri telah melantik empat individu sebagai jurucakap rasmi bagi menerangkan isu Talam ke masyarakat umum.

Mereka adalah MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, MP Selayang, William Leong, MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin

Tony Pua sebelum melibatkan diri dalam politik merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Cyber Village Sdn Bhd, sebuah syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham Singapura.

Beliau memegang ijazah dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Keble College, University Oxford.

Pada awal tahun ini, Tony telah menulis buku bertajuk "The Tiger That Lost Its Roar", A tale on Malaysia's political economy." yang menceritakan kemuduran ekonomi Malaysia.

Manakala Dr Dzulkefly merupakan seorang pemimpin Pas yang sering menulis dan berdebat tentang isu ekonomi di dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, Faekah merupakan seorang peguam sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik

Banjir kilat jejas lebih 600 keluarga di Baling

Posted: 24 Nov 2012 11:17 PM PST



 
Lebih 600 keluarga membabitkan kira-kira 5,000 penduduk di beberapa buah kampung di daerah Baling terjejas oleh banjir kilat akibat hujan lebat sejak 3 petang semalam.

Kampung yang terbabit ialah Gabus, Telok Pendiat, Pokok Sena Pulai, Raja Kupang, Landak Hilir, Banggol Lahar, Tanjong Merbau, Lubuk Pedati, Cenerai, Kuala Pegang dan Rambong Kupang.

Banjir kilat yang mula melanda pada 6 petang semalam turut menenggelamkan kira-kira 50 hektar tanaman padi di kawasan kampung Landak Hilir, Kupang.

Siti Solehah Awang, 47, dari kampung Telok Pendiat mendakwa punca banjir kilat ialah kerana kegiatan penebangan pokok balak yang berleluasa di beberapa kawasan bukit di daerah itu.

"Sebelum ini kawasan rumah kami tak pernah berlaku banjir kilat seperti ini, tetapi semalam air masuk ke dalam rumah lebih dua kaki dan merosakkan peralatan dalam rumah," katanya.

Che Rohisyam Che Zain, 31, berkata dinding rumahnya retak serta renggang kerana hakisan tanah yang berlaku akibat banjir.

ADUN kawasan Bayu Datuk Azmi Che Husain menasihatkan semua mangsa banjir supaya membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dilakukan ke atas kerugian yang ditanggung.- Bernama

Najib akui bermasalah raih sokongan golongan Cina

Posted: 24 Nov 2012 11:15 PM PST



 
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat Cina yang menyukai kepimpinannya harus memberi sokongan menyeluruh kepada Umno dan BN jika mereka mahu beliau membawa lebih banyak kejayaan kepada negara menerusi program transformasi negara.

Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-66 minggu depan ketika diminta mengulas pemerhati politik mengatakan segolongan masyarakat Cina menyukai kepimpinan Najib tetapi bukan partinya serta BN dan berbelah bahagi untuk memberi sokongan.

Najib yang juga Presiden Umno dalam wawancara satu jam dengan Bernama dan Utusan Malaysia bagaimanapun, berkata beliau nampak ada angin perubahan bertiup dalam tahap sokongan terhadap kerajaan termasuk dalam kalangan kaum Cina berbanding 2008 kerana mereka suka dengan hala tuju kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai golongan masyarakat Cina yang masih berbelah bahagi menyokong kerajaan, beliau berkata "Kalau dia nak saya sebagai PM yang boleh membawa transformasi kepada negara sebagaimana yang mereka dah yakin selama ini, mereka perlu beri sokongan kepada saya."

"Sebab PM yang kuat adalah PM yang mendapat sokongan secara menyeluruh, agar boleh membawa lebih banyak kejayaan kepada negara," tambahnya.

Najib berkata seorang perdana menteri tanpa mandat menyeluruh adalah lemah dan boleh dipertikaikan, termasuk apa jua pembaharuan yang hendak dibawa sebab sebarang perubahan menghadapi banyak cabaran.

"Kepimpinan tanpa sokongan politik adalah kepimpinan yang tak ada kekuatan moral. Kalau tiada kekuatan moral, dia (pemimpin) sukar nak menghadapi cabaran-cabaran untuk bawa perubahan yang besar kepada negara," kata Najib.

Sejak menjadi perdana menteri pada April 2009, Najib memperkenalkan pelbagai program transformasi menyeluruh meliputi sistem penyampaian kerajaan, politik dan ekonomi yang mula menampakkan hasil-hasil awal yang amat positif.

Perdana Menteri berkata walaupun Umno atau BN mempunyai beberapa kelemahan tetapi ia adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang.

"Jadi kalau mereka tak suka Umno atau BN, sekurang-kurangnya kita ini padu, sehaluan, cakap senada berbanding pembangkang yang dari segi asasnya ideologi pun dah bercanggah. Siapa jadi PM pun (dalam kalangan pembangkang) tidak seiya sekata," tegas beliau.

Najib juga berkata dalam sistem politik negara, sekiranya golongan berkenaan menyukai kepimpinan beliau, mahu tidak mahu mereka perlu memberi sokongan kepada partinya iaitu Umno dan BN.

"Kalau tidak, pihak lain yang akan jadi PM dan bukan saya, maknanya orang lain yang dia tak nak jadi PM. Dan tonggak dalam sistem kita ialah sesiapa yang jadi PM," ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut mengenai peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan sekarang, Najib berkata beliau sedar bahawa perubahan sikap memakan masa.

Mengakui bahawa kerajaan memang mempunyai masalah dengan pengundi Cina, beliau berkata bagaimanapun kerajaan tidak harus mengetepikan mereka sebaliknya meningkatkan pendampingan bagi memahami kehendak dan tuntutan mereka dan membuat respon.

Katanya beliau sedar bahawa kaum Cina yang tinggal di bandar tidak terlalu memerlukan kerajaan tetapi mereka juga harus sedar bahawa kejayaan mereka sebagai individu dan komuniti juga disebabkan dasar-dasar kerajaan.

"Kerajaan mengujudkan persekitaran yang memberangsangkan di mana mereka boleh cari peluang perniagaan, peluang majukan diri. Kalau lihat masa depan, mereka juga perlukan negara yang ditadbir urus dengan baik.

"Jadi BN boleh buat perkara ini di samping kita buat 'adjustment' kepada dasar-dasar kita yang mana mereka tak puas hati dan kelemahan-kelemahan yang mereka kata perlu kita perbaiki... umpamanya jenayah di bandar.

Beliau menegaskan bahawa selagi rakyat tidak puas hati dengan penurunan kadar jenayah, usaha itu akan diperhebatkan lagi untuk melenyapkan segala kekhuatiran mereka.

Najib juga menyangkal dakwaan parti-parti pembangkang bahawa Umno parti bersifat perkauman apabila menyeru kepada perpaduan orang Melayu dan kononnya ia hanya berjuang untuk kepentingan orang Melayu.

"Perpaduan Melayu bukan bererti kita menentang kaum lain sebab seperti saya katakan tadi, kita mesti bawa kaum lain bersama kita."

"Ini semangat kita dah bawa sejak dulu lagi dari zaman Tunku (Abdul Rahman Putra Al-Haj), Tun Razak (Hussein). Kenapa kita nak ketepikan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin pengasas kita."

Najib menegaskan bahawa pemimpin Umno sekarang, seperti pengasas-pengasasnya yang menubuhkan Perikatan dan kemudiannya BN, sedar bahawa kekuatan negara berpaksi kepada kerjasama antara kaum.

"Itu kita mesti pegang," ujar beliau sambil menambah bahawa beberapa tindakan yang boleh menimbulkan persepsi bahawa Umno rasis patut dan akan kita perbetulkan," kata beliau.

Najib berkata apabila kerajaan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia rakyat semua kaum lebih faham bahawa di negara ini, semua kaum mesti dapat manfaat daripada kepimpinan negara.

Katanya hasil kecekapan dalam tadbir urus negara, kerajaan dapat menentukan pertumbuhan ekonomi negara yang agak kukuh di mana bagi suku tahun ketiga tahun ini mencatat 5.2 peratus dan kerajaan dapat menyediakan lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Penambahan dalam pelaburan asing langsung (FDI) terus meningkat dari RM5 bilion pada 2009 kepada RM29.3 bilion pada 2010 dan pada 2011 meningkat lagi kepada RM36.6 bilion.

"Semua pencapaian ini orang kata bertentangan dengan arus ekonomi dunia," katanya sambil menambah negara memperoleh tahap keyakinan yang tinggi hasil pencapaian tersebut.

Perdana Menteri berkata dasar dan program pembangkang seperti terkandung dalam 'Buku Jingga' dan Belanjawan 2013 mereka tidak mendapat penilaian tinggi daripada pakar-pakar ekonomi.

"Kalau kita tanya 'investment bankers' dan penganalisis kewangan 'fund managers' mereka tidak memberi penilaian yang tinggi kepada apa yang dikemukakan oleh pakatan," kata beliau sambil menambah maknanya mereka melihat cuma BN merupakan kerajaan yang 'viable'.

Katanya program transformasi negara sekarang untuk melonjak negara menjadi maju dan berpendapatan tinggi tidak mungkin dapat dilakukan dalam tempoh tiga atau empat tahun dan memerlukan masa yang lebih lama lagi.

"Presiden (Barack) Obama pun tuntut satu penggal lagi sebagai Presiden Amerika) sebab dia kata mustahil nak buat pembetulan apa yang dilakukan zaman (Presiden George) Bush dalam masa empat tahun," katanya.

Selanjutnya Najib berkata sekiranya BN mendapat mandat kuat daripada rakyat dalam PRU-13 dengan izin Allah, beliau beriltizam menggunakan jawatannya dan kekuatan kepimpinan moral daripada mandat tersebut bagi melakukan perkara yang lebih hebat dan lebih gah bagi Malaysia.- Bernama

Perpaduan Melayu tak ancam kaum lain - Najib

Posted: 24 Nov 2012 11:14 PM PST



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesungguhan Umno untuk memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu bukan bererti parti itu rasis dan menentang kaum lain di negara ini.

Menepis dakwaan Umno sebagai parti rasis untuk kesekian kalinya, Presiden Umno itu menegaskan, parti itu sentiasa berpegang bahawa kekuatan negara harus berpaksi kepada kerjasama antara kaum.

"Perpaduan Melayu bukan bererti kita menentang kaum lain... kita mesti bawa kaum lain bersama kita. Semangat ini kita dah bawa sejak dulu lagi dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak... kenapa kita hendak ketepikan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin pengasas kita.

"Kalau kita tidak mahu kerjasama kaum lain Tunku (Abdul Rahman) tidak akan buat (parti) Perikatan, Tun (Abdul) Razak tidak akan buat BN, tetapi mereka buat sebab kita tahu kekuatan negara kita mesti berpaksi kepada kerjasama antara kaum. Itu kita mesti pegang," katanya.

Dalam wawancara khas dengan pengarang berita Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, Najib berkata tuduhan rasis adalah dakyah pembangkang untuk menjatuhkan Umno, namun langkah perlu diambil untuk memperbetulkan persepsi tersebut.

"Itu dia tuduh. Kita tidak rasis dari dulu lagi, cuma ada beberapa tindakan yang boleh timbulkan persepsi sedemikian dan patut kita betulkan dan kita akan lakukan," katanya.

Najib berkata dalam konteks keadilan beliau berpegang teguh kepada prinsip Islam yang menuntut seorang pemimpin untuk sentiasa berlaku adil kepada semua pihak.

"Saya berpegang kepada prinsip Islam. Tuhan kata kita mesti berlaku adil sebagai pemimpin dan Tuhan tidak kata kepada orang Islam sahaja. Sebab itulah kita tidak boleh bolot semua kerana orang lain pun menyumbang kepada negara.

"Orang India dengan estetnya, dengan jalan raya yang dibina, orang Cina dengan keusahawanannya, sumbangan dalam bidang perniagaan untuk negara kita dan mereka juga membayar cukai.

"Asalkan kita faham perkara ini. Apa yang kita hendak tolong orang Melayu kita tolong, apa yang kita hendak tolong orang Cina dan India kita tolong secara adil dan saksama," katanya.

Penting juga, kata Najib untuk memastikan masyarakat bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak serta kaum orang Asli tidak terpinggir kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat keadilan di negara ini.

Mengenai agenda bumiputera, Najib berkata ia perlu diteruskan bagi menjamin penduduk majoriti negara ini tidak terpinggir daripada pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara.
    "Kalau negara kita ini membangun dan berjaya hatta menjadi negara maju tetapi penduduk majoriti terpinggir tentu ini tidak menyumbang kepada kesejahteran dan kestabilan negara kita juga," katanya.

Perdana Menteri berkata konsep Gagasan 1Malaysia diilhamkan bagi memastikan rakyat lebih faham bahawa Malaysia merupakan negara di mana semua kaum mendapat manfaat daripada kepimpinan negara.- Bernama

Himpunan Hijau jamin tak langgar sekatan

Posted: 24 Nov 2012 11:11 PM PST


MALAYSIA KINI


 
Himpunan Hijau menberi jaminan untuk tidak melanggar sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka – yang dirancang sebagai lokasi perkhemahan mereka pada malam ini.

Pemimpin kumpulan tersebut, Wong Tack dalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 penyokong di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar hari ini menggesa golongan tersebut supaya bertindak mengikut undang-undang.

NONEBeliau memesan kepada peserta perarakan berkenaan supaya tidak melanggar sekatan dan bertindak dengan aman.

Wong berkata, Dataran Merdeka bukan destinasi terakhir mereka dan mereka telahpun berjaya menyatakan mesej berkenaan.

"Apa yang penting ialah selepas hari ini, dan bagaimana kita akan terus bergerak di masa depan.

"Semua orang sudah mendengar (mesej) kita. Maka kita tidak perlu berkeras. Bertenang, jangan provokasi," katanya sebelum mengetuai kumpulan berkenaan untuk meneruskan perarakan mereka.

Himpunan Hijau terus mara walau Dataran ditutup

Posted: 24 Nov 2012 11:04 PM PST



 
Seramai 2,000 aktivis meruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.

himpunan hijau green walk crowd at duke highway 251112 6Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

Mereka mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.

"Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya.

Tiada ulasan: