DIALOG RAKYAT |
- Kenapa takut dengan doa PAS?
- UNISEL Catit Untung RM127 Juta Selepas Hutang Dipindahkan
- 38 Dataran Belia Dibina Seluruh Selangor
- RM300 Juta Geran Selangorku Boleh Diguna Tanpa Kelulusan DNS
- Habis, Menu Rakyat 1Malaysia standard apa?
- Raja Ahmad Zainuddin dibenar rayu keputusan kes saman fitnah
- Suhakam beri dua minggu PDRM senaraikan anggota terlibat keganasan Bersih
- Muktamar Hijrah bersama PAS menuju Putrajaya
- Mat UMNO dah gabra
- JAIS pantau ajaran sesat di Selangor — Abdul Khalid
- Ketua polis negara jamin tahap keselamatan di Sabah terkawal
- Hak kerahsiaan hilang jika individu melakukan jenayah, kata peguam Rafizi
- Kitab Mustika Hadith Terbitan JPM Sendiri Sahkan Boleh Murtad Jika Hina Islam - TGNA
- Liga Arab hantar delegasi runding gencatan senjata
- UPSR: 45,054 dapat semua A
- Pembelian bas kempen PRU dibiayai sendiri oleh MB Selangor
- Parlimen Malaysia bahas usul isu Gaza esok
- Keputusan permohonan Rafizi batalkan kes Bafia didengar hari ini
- 7 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di S’ngor
- Halang peguam Perancis masuk M’sia untuk lindung Najib – Cynthia
- Boleh murtad jika perlekeh Islam - Nik Aziz
- Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi
- Pas tetap bersama Pakatan ke Putrajaya
- Hudud: Hadi bidas kenyataan terbaru Mahathir
- 72 maut sejak Rabu, Palestin mahu komuniti antarabangsa bantu
Posted: 19 Nov 2012 03:41 AM PST Shahbudin HusinDoa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang. Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab. Sementara Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah, menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya. Sehingga kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas. Najib sendiri turut menggunakan isu doa ini untuk mengaitkan Pas sebagai tidak Islamik kerana menurut PM, doa biasanya hanyalah untuk meminta panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesejahteraan sahaja dan bukannya meminta dimusnahkan pihak lain. Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku. Namun doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan. Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian. UMNO juga boleh berdoa untuk kehancuran Pas jika mereka merasakan Pas menzalimi mereka. Soal sama ada doa itu akan dimakbulkan atau tidak, itu adalah ketentuan Allah. Sebagai parti Islam yang didokong oleh ramai ulama serta pencinta agama, Pas tidak mungkin berdoa untuk kehancuran atau kekalahan UMNO dalam pilihanraya jika persaingan yang diterima selama ini masih dalam lingkungan serta batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Pas tentulah ada alasan serta hujah tersendiri dengan berdoa demikian kerana hanya mereka yang mengalaminya. Orang yang yakin kepada Allah, berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Sang Pecipta adalah nikmat yang tak terhingga rasanya. Bagi UMNO pula, reaksi yang keterlaluan terhadap doa itu hanya memperlihatkan nereka berada di pihak yang salah dan seolah-olah takut doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika UMNO dan para pemimpinnya sentiasa berasa di jalan yang lurus, sentiasa menegakkan hukum Allah, memerintah dengan adil dan amanah, tidak rasuah,tidak makan harta rakyat, tidak menindas, tidak menganiaya, tidak melakukan fitnah dan sebagainya, tidak ada apa yang ditakutkan dengan doa itu. Hanya orang salah saja yang takut dengan doa kehancuran itu. Dalam sejarah Islam sendiri, sebagaimana yang disebut oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, ada meriwayatkan beberapa peristiwa bagaimana orang berdoa kepada Allah kerana merasa dizalimi serta minta diberi pembalasan dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah. Doa Pas meminta Allah menghancurkan UMNO sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab adalah jelas bahawa doa itu dipohon sekiranya tahap kerosakan, penganiayaan, kemungkaran serta penolakan terhadap hukum-hukum Allah yang dilakukan UMNO sudah sampai ke tahap yang pernah dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu. Makanya, tiada salah dan cacatnya doa itu. Yang pentingnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya. Allah maha mengetahui. Tidak peru risau, takut atau mengelabah dengan doa Pas itu jika UMNO dan pemimpinnya berada di landasan yang betul dan lurus selama ini. Tetapi jika UMNO dan pemimpinnya memberi reaksi yang berlebih-lebih dan ketakutan yang melampau ditunjukkan terhadap doa itu, ia hanya menunjukkan doa Pas telah pun dimakbulkan lebih awal dari yang sepatutnya. | |||
UNISEL Catit Untung RM127 Juta Selepas Hutang Dipindahkan Posted: 19 Nov 2012 03:36 AM PST SHAH ALAM : Tindakan Kerajaan Negeri mengambil alih liabiliti Unisel membolehkan universiti tersebut mencatat keuntungan sebanyak RM 127 juta pada tahun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tadi berkata kesemua hutang dan liabiliti berjumlah RM 150 juta itu dipindahkan ke Perbadanan Menteri Besar (MBI). "Langkah tersebut membolehkan Unisel bebas daripada liabiliti dan bebanan bayaran hutang. "Dengan ini juga, perbelanjaan Unisel akan berkurang di samping meningkatkan pendapatan," jelas Abdul Khalid dalam sidang media selepas Sidang DNS. Sebelum 2008, PIYSB-UNISEL mempunyai jumlah hutang sebanyak RM 150 juta daripada pinjaman terbitan Bithaman Ajil Islamic Debt Securities (BaIDS) dengan Affin Investment Bank Berhad. Justeru itu, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan UNISEL dan mengambil alih hutang tersebut. Bayaran balik terbitan BaIDS telah mula dijelaskan pada tahun 2011 dan berakhir tahun 2022. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengeluarkan jumlah terhutang tersebut daripada Penyata Kewangan PIYSB bagi tahun 2011 oleh sebab bayaran balik pinjaman berjaya dilunaskan oleh Kerajaan Negeri melalui PIYSB. Bagaimanapun, jumlah terhutang tersebut hanya boleh dikeluarkan daripada Penyata Kewangan PIYSB bagi tahun berakhir 31 Disember 2012. Selepas penstrukturan hutang dilakukan UNISEL telah merekodkan keuntungan lebih RM 127 juta untuk tahun semasa. | |||
38 Dataran Belia Dibina Seluruh Selangor Posted: 19 Nov 2012 03:34 AM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan 38 Dataran Belia di seluruh Selangor dengan 10 daripadanya siap sepenuhnya untuk digunakan bagi aktiviti riadah dan sukan. Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pembinaan tersebut dirangka bagi kegunaan ramai terutama golongan belia dan muda dengan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan satu Dataran Belia. "Syarat bagi tujuan itu adalah dataran harus berada di atas tanah milik kerajaan dengan keluasan minima 683 meter persegi bagi gelanggang seberguna serta 458 meter persegi bagi Dataran Belia. "Kemudahan disediakan termasuk gelanggang serbaguna untuk futsal, bola jaring dan sepak takraw yang berpagar serta kemudahan tandas selain Dataran Belia yang dilengkapi pentas," katanya menjawab pertanyaan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini. Beliau seterusnya menjelaskan selain jumlah dinyatakan, lima kawasan sedia ada sedang dibaik pulih bagi tujuan sama. | |||
RM300 Juta Geran Selangorku Boleh Diguna Tanpa Kelulusan DNS Posted: 19 Nov 2012 03:29 AM PST SHAH ALAM: Peruntukan RM300 juta bagi Geran Selangorku yang dilancarkan tahun lalu masih boleh dibelanjakan pada 2013 nanti kerana ia tidak termasuk dalam Belanjawan 2013 yang memerlukan kelulusan Dewan Negeri Selangor(DNS). Geran untuk membiayai projek pembangunan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang, menurap jalan dan membina jejantas itu juga merupakan satu peruntukan tetap yang boleh digunakan sehingga habis tanpa had jangkamasa tertentu. Demikian menurut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media di lobi Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor selepas pembentangan Belanjawan 2013 hari ini. "Geran Selangorku adalah satu peruntukan tetap RM300 juta dan buat masa ini ia masih tidak habis digunakan lagi. "Sekarang data terakhir yang saya terima hampir RM200 juta digunakan dan oleh sebab itu duit Geran Selangorku yang tidak habis digunakan boleh digunakan pada tahun 2013," ujar beliau. Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 2011 lalu, Abdul Khalid menyatakan bahawa geran ini berasaskan sumbangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri serta keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar Selangor(MBI) yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk daripada syarikat Talam Corporation serta penstrukturan semula Canal City. Selain itu, Geran Selangorku ini juga diuruskan tanpa campur tangan Menteri Besar dalam menentukan pemberian peruntukan dan projek kerana tender terbuka diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah. | |||
Habis, Menu Rakyat 1Malaysia standard apa? Posted: 19 Nov 2012 03:00 AM PST Ketika menjawab pertikaian Anthony Loke mengapa conference Pacific Asia Travel Association (PATA) 2012 menelan kos RM3.4 juta dalam tempoh tiga hari, RM1.7 juta lebih daripada anggaran bajet, Menteri "Melancong", Ng Yen Yen mendakwa program tersebut perlu memperlihatkan imej "Malaysia Boleh". Justeru itu, setiap peserta dihidangkan jamuan malam berharga RM150/orang. Malah, Yen Yen menyindir ahli parlimen Rasah ini, bahawa RM150/orang untuk jamuan malam di Kuala Lumpur adalah standard (taraf) antarabangsa, bukan standard Rasah. Saya teringat Menu Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan Najib Razak. Perdana Menteri ini hanya membayar RM3 meskipun mengambil lauk-pauk yang mengandungi nasi, ayam masak kicap, ayam masak merah, daging goreng, taugeh dan papadom. Langkah Najib untuk membuktikan bahawa penduduk Kuala Lumpur masih dapat membeli makanan yang murah di pusat bandar ini, akhirnya mendapati taraf rakyat jelata di Lembah Klang hanya mencecah 2% dari paras antarabangsa sebagaimana yang digariskan Ng Yen Yen. Jika diambil gaji minima RM900 yang ditetapkan kerajaan, berhempas pulas satu bulan buruh itu membanting tulang hanya cukup untuk enam hidangan jamuan malam yang bertaraf antarabangsa. Pedih sungguh jenaka ini, tetapi ia berlaku setiap hari di tanahair yang serba boleh ini. Dengan megah Najib mendabik dada, kononnya mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia. Maka beliau menggubal Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk menyekat hak rakyat berhimpun. Di Amerika Syarikat, calon Presiden mengharungi debat demi debat - antara calon dalam parti, dan antara calon yang berlainan parti. Dari masa ke masa, calon Presiden perlu tampil di depan kaca televisyen, ditusuk dengan soalan yang tajam dari kiri dan kanan, tanpa mempunyai kuasa untuk memecat pengacara atau melucutkan lesen stesen media tersebut. Ini amalan demokrasi bertaraf antarabangsa. Najib yang ghairah mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia, sekadar merasmikan debat Piala Perdana Menteri, tetapi berdalih bahawa "debat bukan budaya kita" apabila dicabar berbahas dengan Ketua Pembangkang Parlimen. Padahal saya tertarik dengan kenyataan Ng Yen Yen bahawa program itu perlu memperlihatkan imej "Malaysia Boleh". Kepada siapa imej ini ditunjukkan? Semestinya VIP dari luar negeri. Yen Yen tidak pernah memikirkan, apakah makna VIP dibelanja dengan hidangan RM150/orang, semata-mata untuk menunjukkan "Malaysia Boleh", sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia "tidak boleh" menjangkau paras perbelanjaan itu? Seperkara lagi, seandainya Ng Yen Yen selaku anggota kabinet sedar bahawa jamuan malam berharga RM150/orang adalah taraf antarabangsa, mengapa kerajaan begitu keberatan sebelum ini, apabila pembangkang dan NGO mendesak untuk penggubalan Akta Gaji Minima? Makna di sebaliknya, kerajaan ini lebih mementingkan persepsi orang asing daripada rakyatnya sendiri. Jikalau kita tidak mudah lupa, pernah VIP dari Pakistan melawat ke Malaysia, lebih 10 tahun yang lalu. PM ketika itu, Mahathir Mohamad cukup berang apabila VIP tersebut ternampak sampah yang bertaburan di Kuala Lumpur. Untuk penganalisa politik seperti Wong Chin Huat ketika itu, mustahil seorang PM yang biasa berulang-alik di KL tidak sedar masalah sampah selama ini. Jadi, persoalan yang timbul di sebalik "kemarahan" Mahathir adalah, apakah beliau marah kerana masalah sampah di KL yang tidak diselesaikan, ataupun keadaan sampah yang bertaburan di KL telah dinampak oleh VIP Pakistan? Bertimbun-timbun contoh dapat diberikan untuk membuktikan bahawa kerajaan kita sebenarnya lebih ambil berat persepsi orang asing berbanding hidup mati rakyatnya. Pernah negara kita dilanda masalah jerebu. Jalan penyelesaian ketika Najib menyandang jawatan Menteri Pelajaran adalah, memberi amaran agar ahli akademik tidak mengumumkan indeks udara yang sebenar. Alasannya, ia boleh menakutkan pelancong yang merancang untuk melawat Malaysia. Ertinya, kerajaan ini tidak mengambil kisah rakyat yang bergantung kepada indeks udara untuk menentukan aktiviti harian mereka, asalkan pelancong datang berpusu-pusu. Padahal Malaysia membayar harga yang terlalu besar semata-mata untuk menunjukkan "Malaysia Boleh". Untuk menunjukkan kepada orang asing bahawa "Malaysia Boleh" membuat kereta sendiri dan menampung industri automobil ini, maka kita sanggup melumpuhkan sistem pengangkutan awam, menaikkan harga kereta import dengan AP, dan kini berakhir dengan kesesakan jalan raya sebelum dan selepas waktu pejabat. Hari ini, berapa ramai warga Malaysia yang berani berbangga dengan kereta nasional? Cuba perhatikan di jalan raya, pemandu kereta yang membayar tol melalui pintu yang dibuka, dan bukan melalui tingkap - kebanyakannya memakai kereta nasional, betul tidak? Biar jawab dengan ikhlas, andai bukan harganya yang kurang mahal berbanding kereta import, apakah kereta nasional masih dijadikan pilihan? Jadi, di manakah taraf kita? Di manakah kedudukan sebenar Malaysia di persada dunia? Persoalan di sebalik hidangan RM150/orang adalah, kerajaan sebenarnya sedar senario di luar dunia Malaysia, namun saja memperlekehkan masalah rakyat. Padahal rakyat sedar bukan seorang sahaja yang kenyang apabila dihidangkan makanan berharga RM150/orang. Kita tahu apa bentuk hidangan yang berharga RM3 di KL. Bayangkanlah jurang antara taraf antarabangsa dengan taraf realiti rakyat jelata. Sejauh mana lebar jaraknya, begitulah tebalnya topeng 1Malaysia. Begitu jugalah buncitnya perut sang penguasa, bini, menantu dan kroninya. *Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com | |||
Raja Ahmad Zainuddin dibenar rayu keputusan kes saman fitnah Posted: 19 Nov 2012 02:54 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA— Anggota Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi bahawa beliau bertanggungjawab kerana fitnah dalam satu kes saman. Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang membenarkan permohonan itu, akan mendengar rayuan Raja Ahmad Zainuddin pada tarikh yang akan ditetapkan. Mahkamah itu juga akan memutuskan satu isu perundangan iaitu sama ada penasihat lembaga editorial boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kerana fitnah, dalam ketiadaan bukti bahawa beliau mempunyai sebarang kawalan atau input dalam penerbitan fitnah yang didakwa. Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Raja Ahmad Zainuddin memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu bahawa beliau bertanggungjawab bagi penyiaran artikel fitnah oleh Mingguan Watan dalam edisi Disember 2008 bertajuk 'Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK (Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan).' Pada 30 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman PKINK dan memutuskan Raja Ahmad Zainuddin bertanggungjawab kerana fitnah. Raja Ahmad Zainuddin disaman PKINK dalam kapasiti beliau sebagai penasihat jabatan editorial Mingguan Watan. Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Timbalan Pendaftar menaksir ganti rugi dalam saman itu. PKINK turut menamakan M.Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, Naluri Teratai Sdn Bhd, Mingguan Watan dan Tristan Media Distributors sebagai defendan. Raja Ahmad Zainuddin diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun, Abu Bakar Isa Ramat dan Mohd Hasnal Abdul Aziz manakala PKINK oleh sepasukan peguam diketuai Mohamed Hanipa Maidin. — Bernama | |||
Suhakam beri dua minggu PDRM senaraikan anggota terlibat keganasan Bersih Posted: 19 Nov 2012 02:51 AM PST Dalam inkuiri yang berlangsung hari ini, saksi ASP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman telah dipanggil kali kedua untuk memberi keterangan. ASP Mohd Zulkarnain merupakan bekas ketua polis daerah Dang Wangi yang terlibat dalam operasi polis semasa perhimpunan berlangsung pada hari tersebut. Menurut ASP Mohd Zulkarnain, ada pelbagai unit dalam anggota polis yang tidak berpakaian seragam pada masa itu. "Kita ada pelbagai divisyen, SB (Cawangan Khas), dari Bukit Aman, Dang Wangi, Siasatan Jenayah. "Mereka dibenarkan dalam prosedur untuk tidak memakai uniform bagi mengawal keselamatan," kata ASP Mohd Zulkarnain dalam keterangannya. ASP Mohd Zulkarnain kemudiannya ditanya oleh panel dari pihak Bersih tentang apa fungsi anggota polis yang tidak beruniform. ASP Mohd Zulkarnain menjawab unit tidak beruniform ini perlu bagi memastikan polis dapat mengesan siapa yang memulakan keganasan dengan menyamar seperti orang biasa. "Kalau semuanya memakai uniform, maka tidak ada keselamatan," katanya. Inkuiri pada hari ini juga menayangkan klip video yang menunjukkan keganasan anggota polis ke atas peserta perhimpunan Bersih pada 28 April lalu. Dalam klip video tersebut terdapat beberapa orang dikatakan anggota polis tidak beruniform memukul peserta perhimpunan. Terdapat juga anggota polis beruniform bertindak ganas seperti memukul dengan belantan, menendang dan memijak peserta perhimpunan. Inkuiri Bersih yang diadakan oleh Suhakam bertujuan mengenalpasti punca berlakunya keganasan dalam perhimpunan menuntut pilihan raya berish dan adil pada 28 April yang lalu. Panel inkuiri yang diketuai Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu dengan ahli suruhanjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Same. Inkuiri seterusnya akan diadakan pada 21 November ini. | |||
Muktamar Hijrah bersama PAS menuju Putrajaya Posted: 19 Nov 2012 02:46 AM PST
| |||
Posted: 19 Nov 2012 02:40 AM PST
Sedang perwakilan UMNO berseloroh menyampaikan pidato dan disambut dengan gelak dan hilai ketawa – dari Pengerusi Tetap membawalah kepada Presiden (memberikan gambaran seolah-olah raison d-etre parti tersebut adalah untuk berseronok-seronok dan tidak semestinya kerana perjuangan politik Melayu), di ruang legar pula keadaannya lebih kurang macam pasar jalanan Uptown di mana sekian banyak gerai menjual sekian banyak barangan dikunjungi oleh sekian banyak pengunjung. Yelah, para perwakilan serta rombongan mereka itu kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur dan juga dari luar bandar. Nak shopping di pusat membeli belah premium di ibu kota agak kekok. Mungkin ongkos yang dibawa atau diberikan oleh calon (atas nama bantuan kos perjalanan dan penginapan) tidaklah sebanyak mana. Maka mahu tak mahu shopping di dewan legar PWTC sahajalah jawabnya Kalau nak makan, pergilah ke tingkat atas bangunan The Mall di seberang jalan. Di situ juga ada banyak gerai dan harganya pun tidaklah mahal sangat. Kalau nak style sikit mungkin boleh lepak di beberapa restoran berfesyen di sebelah hadapan bangunan berkenaan. Bila boleh duduk minum kopi dengan harga kopi lebih RM5 secawan, baru ada ummph, baru ada perwatakan pemimpin. Nanti bila balik ke cawangan boleh dijadikan modal untuk bercerita. Picturesque suasana persidangan UMNO di era moden, terutama setelah tempat persidangan berpindah di PWTC dari merata kerap menawarkan pertembungan budaya dua golongan atau kategori anggota parti - golongan elit dengan golongan bukan-elit. Golongan elit lebih mudah untuk diperhatikan. Kereta mereka, dari jenis termewah sedia terpakir di ruang letak kereta tidak jauh dari pintu masuk bangunan. Seseorang boleh sahaja memperhatikan beberapa buah Mercedes CLS atau S Class atau BMW 7 Series dengan nombor pendaftaran tunggal atau nombor dwi atau nombor berturutan (yang menjelaskan betapa kedudukan sipemiliknya adalah bertaraf warlord kecil di Bahagian atau Cawangannya). Warlord besar tak pakai kereta seperti itu. Mereka adalah anggota kabinet dan mereka cuma boleh bergerak secara rasmi dengan sebuah Proton Perdana hitam. Kalau ada pun kereta jenis mewah itu termasuk juga kenderaan pacuan 4-roda Hummer dan Porsche Cheyenne, maka itu untuk masa bukan-rasmi. Bagaimanapun, tidak kira sama ada warlord kecil atau besar, mereka berpakaian segak – pakaian kebangsaan lengkap dengan songkok dan kain sampin. Yang tidak kebangsaan cuma pakaian kaki atau footwear sahaja. Orang Melayu bila berpakaian baju Melayu lazimnya bercapal sahaja, tapi mereka ini nampaknya melanggar budaya dengan memakai kasut kulit. Dan rata-rata bukanlah dari jenama 'Bata'. Tak mainlah jenama jenis ini. Pemimpin UMNO lah katakan. Penting pulak sebab turut berada sama di PWTC waktu persidangan. Namun, apapun, budaya sudah berubah. Budaya baru menggantikan budaya lama. Dulu orang Melayu masuk UMNO kerana ingin turut sama memperjuangkan nasib dan kedudukan orang Melayu. Di era moden ini kebanyakan yang menyertai UMNO adalah untuk 'mengejar mimpi Melayu' atau pursuing the Malay dreams – kehidupan mewah, projek besar, kereta besar, rumah besar, akaun bank yang gemuk dan macam-macam lagi. Justeru UMNO juga patut mengubah lagunya dari Bersatu Bersedia Berkhidmat, kepada lagu, misalnya Row Row Your Boat (gently down the stream, merrily merrily life is but a dream: Maknnya hidup ini sentiasa memburu mimpi seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di semua peringkat). Tentu tak salah menyadur lagu orang lain untuk dijadikan lagu sendiri kan. Kalau UMNO boleh buat macam itu dengan lagu kebangsaan, inikan pula lagu parti sendiri. Disebabkan perubahan budaya, minda dan set minda yang berlaku dalam UMNO cukup ketara (walaupun tidak pernah dinyatakan oleh mana-mana pemimpin UMNO secara hakiki), maka segala sesuatu juga turut sama berubah. Mana-mana yang menyertai UMNO dengan aspirasi dan mimpi yang dikatakan itu akan mengambil masa tidak lama untuk mempersembahkan diri sebagai pemikir baru dalam Cawangan dan melakukan apa sahaja agar dipilih ke tempat selesa dalam AJK. Langkah seterusnya sudah tentulah Bahagian dengan matlamat (yang dizahirkan atau tidak) untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Anjakan budaya inilah yang telah merobah segala-galanya – yang telah menukarkan UMNO dari sebuah badan siasah tulen kepada sebuah kenderaan atau vehicle bagi mengejar mimpi. Hakikat ini, walaupun tidak dinyatakan secara eksplisit tetapi dibayangkan oleh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan (sebagaimana dilaporkan oleh Bernama) bahawa menurut beliau, 80 peratus daripada keputusan kerusi yang tewas dalam PRU12 lalu adalah berpunca kerana calon UMNO telah disabotaj oleh ahli-ahli dan pemimpin UMNO sendiri. Sementara umum menyangkakan prestasi buruk UMNO pada pilihanraya umum itu berpunca dari kelemahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, rupa-rupanya Ahmad Maslan membuka tembelang sebenar bahawa faktor tunggal utama yang menyebabkan UMNO hanyut adalah sabotaj dari kalangan orang UMNO sendiri. Biar betul. Tapi kesianlah jugak. Macam dah tak ada harapan nak memburu mimpi termasuk bagi mereka yang masih dibuai mimpi. Tak pasti sekiranya Mat juga dapat petanda-petanda dan alamat lain. Tapi petanda yang satu ini, iaitu, 'sabotaj' sudah memadai untuk 'membungkuskan' UMNO dalam PRU13 (yang bagi UMNO, kalau boleh tak payahlah diadakan terus). Patutlah, Mat UMNO dan lain-lain kelihatan semakin gabra. | |||
JAIS pantau ajaran sesat di Selangor — Abdul Khalid Posted: 19 Nov 2012 02:36 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sepanjang tempoh 2011, sebanyak 11 kes ajaran sesat dilaporkan di Gombak dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana melanggar fatwa. "Kita akan selesaikan masalah ini, Jais akan melakukan pemantauan ke atas kumpulan ini dan tindakan bakal diambil jika didapati mereka ini telah terpesong dari akidah," katanya bagi menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Palil pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. Abdul Khalid turut menegaskan isu itu perlu diselesaikan secara bersama dan bukan berdebat dengan cara menyalahkan pihak lain. Pada 1 Nov lepas, Jais menyerbu sebuah perhimpunan yang dihadiri lebih 3,500 orang, dipercayai diadakan sempena ulang tahun ke-75 pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad Ashaari. Dalam serbuan itu, Jais menahan 16 individu termasuk anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Baharon kerana dipercayai cuba menghidupkan semula pertubuhan yang telah diharamkan. — Bernama | |||
Ketua polis negara jamin tahap keselamatan di Sabah terkawal Posted: 19 Nov 2012 02:35 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KOTA KINABALU — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah terkawal dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meningkatkan pemantauan. Katanya pada masa yang sama beliau turut mengarahkan Polis Sabah mempertingkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan dari negara jiran bagi mencegah jenayah termasuk penculikan. "Kita mesti perkukuhkan hubungan kita dan beri ingatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu bahawa kita sentiasa berjaga-jaga demi keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ismail yang sebelum itu merasmikan Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24, diminta mengulas mengenai kes penculikan membabitkan dua rakyat tempatan di pantai timur Sabah pada Rabu lepas. Beliau turut memberi jaminan PDRM akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes itu bagi memastikan kedua-dua rakyat Malaysia tersebut dapat diselamat dan dibawa pulang ke tanah air. "Polis memandang serius kes ini dan (meminta) orang awam termasuk saksi tampil menyampaikan informasi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang turut hadir, berkata polis Sabah akan meningkatkan kerjasama dengan rakan sejawatan mereka dari negara jiran yang dipercayai menjadi lokasi penculik. "Kita sedang berusaha dan ambil tindakan perlu. Kita sudah mengenal pasti lokasi (penculik), tetapi dia tidak berada dalam kawasan negara dan kita bekerjasama dengan counterpart (rakan sejawatan)," katanya. Dalam kejadian antara 3.30 dan 4.30 petang itu, lima lelaki bersenjata api menculik seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dari ladang yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai, bersebelahan tanah rancangan Felda Sahabat 15, kira-kira 50 km dari pekan Lahad Datu. — Bernama | |||
Hak kerahsiaan hilang jika individu melakukan jenayah, kata peguam Rafizi Posted: 19 Nov 2012 02:28 AM PST Hujah tersebut diberikan oleh Sivarasa semasa sesi pendengaran permohonan membatalkan pertuduhan dibawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) ke atas Rafizi hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Ia diakui maklumat perbankan seseorang individu itu adalah rahsia. "Tetapi jika seseorang itu menghadapi pertuduhan pecah amanah dan jenayah, secara serta-merta hak kerahsiaan itu terbatal," kata Sivarasa dihadapan hakim, Datuk Ghazali Cha. Dalam hujahnya lagi, Sivarasa juga mempertahankan pendedahan maklumat perbankan Pusat Fidlot Nasional (NFC) oleh Rafizi memandangkan perkara tersebut bertujuan untuk kepentingan awam. "Apa yang Rafizi lakukan ini adalah atas tanggungjawabnya kepada orang awam. "Lagipun aduan BAFIA ini bukan dibuat sendiri oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mahupun Public Bank tetapi ia dilakukan oleh individu (pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail) yang kini menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah," kata Sivarasa lagi. Selain hujah tersebut, Sivarasa juga mengesyorkan dihadapan hakim supaya mengiktiraf tindakan pendedahan Rafizi ini dengan satu penghargaan dan bukan mendakwanya di bawah BAFIA. "Beliau telah mendedahkan salah laku menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan diri sendiri. "Jika negara luar, Rafizi akan diiktiraf dan dianggap sebagai wira kerana pendedahannya telah mengheret Datuk Salleh ke muka pengadilan. "Tapi sebaliknya beliau pula didakwa. Jika ia diteruskan, apa pula persepsi orang ramai nanti," tambah Sivarasa lagi. Rafizi pada 24 Oktober lalu telah melakukan permohonan menggugurkan tuduhan tersebut kerana bukti-bukti pertuduhan terhadapnya berniat jahat dan terpilih bertujuan menutup pendedahan butiran perbankan skandal NFC. Dalam hujahnya lagi, Sivarasa juga mendedahkan dalam semakannya dengan BNM mendapati sejak BAFIA dikuatkuasakan tidak pernah ada individu yang didakwa di mahkamah kerana mendedahkan maklumat perbankan sekaligus mengukuhkan lagi bahawa pertuduhan ke atas Rafizi bersifat memilih. "Semakan saya dengan BNM mendapati tidak pernah ada seorang pun yang didakwa dibawah BAFIA. Kenapa sekarang baru mahu menguatkuasakannya?" soal Sivarasa. | |||
Kitab Mustika Hadith Terbitan JPM Sendiri Sahkan Boleh Murtad Jika Hina Islam - TGNA Posted: 18 Nov 2012 10:50 PM PST KELAB GREENBOC Boleh murtad jika perlekeh Islam KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam). Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini. "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia. "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja. "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi. Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad. Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri. "Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang. Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam: • Hukum apa ini? • Hukum ini sudah lapuk. • Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan. • Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong). • Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya? • Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. • Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. • Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. • Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan). • Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah. • Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. Ulasan GB Benar kata TGNA dan apa yang didedahkan oleh beliau menyamai dengan apa yang GB pernah siarkan sebelum ini: klik untuk baca | |||
Liga Arab hantar delegasi runding gencatan senjata Posted: 18 Nov 2012 10:45 PM PST
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby telah berikrar untuk menyokong rakyat Palestin menentang "pencerobohan Israel" dan untuk menamatkan sekatan Gaza semasa rundingan antara menteri luar Arab di Kaherah. Para pemimpin berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu bahawa ketua Liga Arab akan mengetuai delegasi ke Semenanjung Gaza pada hari Ahad dan menyokong usaha Mesir untuk berunding berkenaan gencatan senjata. Agensi Berita Maan melaporkan delegasi yang diketuai oleh Elaraby akan disertai Riyad Al-Malki, Menteri Luar Palestin, dan empat menteri luar lain. Hamas tidak lagi mengesahkan penyertaan dalam lawatan tersebut. Mesyuarat Sabtu lalu telah diadakan selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran bermula Rabu lalu kononnya bertujuan menghalang Hamas, kumpulan Palestin yang mengawal Gaza, daripada melancarkan roket salvo merentas sempadan. Pesawat Israel mengebom bangunan kerajaan Hamas Sabtu lalu di wilayah Palestin, selepas kabinet Israel memberi kebenaran mobilisasi sehingga kepada 75,000 pasukan simpanan, bersedia untuk pencerobohan darat. Mesir telah menaja gencatan senjata tidak rasmi Oktober lalu, yang kini gagal. Mesir berkata mereka sedang mengusahakan satu perjanjian baru. Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata Sabtu lalu terdapat "beberapa petunjuk" gencatan senjata boleh dicapai tidak lama lagi antara Israel dan Gaza Palestin tetapi dia tidak dapat memberi jaminan yang pasti. - (aljazeera.com) | |||
Posted: 18 Nov 2012 10:43 PM PST SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mencatat A dalam semua mata pelajaran, menurun 0.54 peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu. Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Dr Na'imah Ishak berkata pencapaian keseluruhan juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini. "Sebab penurunan ini masih belum diketahui dan jabatan pelajaran negeri dan sekolah-sekolah akan membuat kajian mengenainya selepas ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR, di sini hari ini. Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini, iaitu meningkat 3.9 peratus berbanding 497,691 tahun lalu, dan daripada jumlah itu 98.2 peratus atau 507,783 adalah calon sekolah kementerian manakala baki calon sekolah swasta. Na'imah berkata sebanyak 286,930 calon tahun ini memperoleh keputusan Baik iaitu minimum C tidak termasuk semua A, meningkat 1.49 peratus berbanding 269,021 calon tahun lalu. Sebanyak 17,251 calon lagi berada di bawah tahap penguasaan minimum iaitu mendapat semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya, meningkat 0.54 peratus berbanding 13,958 peratus tahun lalu. Beliau berkata jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 17,329 tahun ini, berbanding 16,244 calon tahun lalu manakala calon bandar pula menurun kepada 27,681 berbanding 29,462 tahun lalu. Katanya, bagi pencapaian Baik pula, calon bandar dan luar bandar mencatat peningkatan dengan calon bandar meningkat kepada 149,911 berbanding 148,265 tahun lepas manakala calon bandar pula 136,590 berbanding 118,543 tahun lalu. "Pada tahun ini peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum berjaya dikurangkan terutama di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.86 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.20 peratus. "Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar dengan beza sebanyak 0.66 peratus," katanya. Na'imah berkata peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat semua A meningkat kepada 25 orang tahun ini berbanding 17 orang tahun lalu, meliputi tiga orang calon buta, tujuh calon rabun dan 15 calon dengan lain-lain kecacatan. Beliau berkata peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik juga meningkat sebanyak 0.44 peratus daripada 218 orang tahun lalu kepada 295 orang pada tahun ini, manakala pencapaian keseluruhan juga meningkat sebanyak 0.01 mata GPN berbanding tahun lalu. Bilangan calon berkeperluan khas yang menduduki UPSR tahun ini bertambah kepada 1,752 orang tahun ini berbanding 1,329 orang tahun lalu. Dari segi mata pelajaran pula, Na'imah berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi keseluruhan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di Sekolah Kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan 0.07 mata, manakala calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun masing-masing 1.6 dan 2.6 peratus. Beliau berkata bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Penulisan di SK pula meningkat sebanyak 0.03 mata GPMP berbanding tahun lalu, malah peratusan Gred A juga meningkat sebanyak 3.2 peratus namun peratusan Gred ABC menurun sebanyak 0.2 peratus. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), peratusan calon yang mendapat Gred A masing-masing menurun sebanyak 1.5 peratus dan 2.8 peratus, manakala berdasarkan GPMP Bahasa Melayu - Pemahaman mencatat penurunan sebanyak 0.04 mata manakala Bahasa Melayu - Penulisan meningkat 0.03 mata, katanya. Na'imah berkata bagi Bahasa Inggeris di SK, prestasi keseluruhan meningkat 0.05 mata GPMP, dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred ABC masing-masing meningkat 0.8 peratus dan 2.6 peratus berbanding tahun lalu. Beliau berkata prestasi mata pelajaran itu di SJK pula menurun sebanyak 0.07 mata GPMP dan peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun masing-masing sebanyak 1.9 peratus dan 1.6 peratus. Mata pelajaran Matematik meningkat 0.02 mata GPMP tahun ini, sementara calon yang mendapat Gred A dan ABC meningkat masing-masing 0.6 peratus, manakala Sains menurun 0.04 mata GPMP, sementara calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC, masing-masing menurun 1.7 peratus dan 0.6 peratus, katanya. Dr Nai'mah berkata prestasi keseluruhan mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman menurun sebanyak 0.01 mata GPMP manakala Bahasa Cina - Penulisan meningkat 0.02 mata GPMP, dan bagi Bahasa Tamil - Pemahaman dan Penulisan menurun masing-masing 0.10 mata dan 0.04 mata GPMP. Bagi Ujian Aptitud yang merupakan tahun keempat dilaksanakan bagi memberi gambaran dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah, beliau berkata maklumat keputusan ujian itu tidak dinyatakan dalan slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Peperiksaan UPSR dijalankan serentak di seluruh negara pada 11, 12 dan 13 Sept lalu di 8,284 pusat peperiksaan.- Bernama | |||
Pembelian bas kempen PRU dibiayai sendiri oleh MB Selangor Posted: 18 Nov 2012 10:39 PM PST SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau membiayai sepenuhnya kos pembelian bas dua tingkat yang akan digunakan pakatan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 tanpa melibatkan dana kerajaan negeri. Abdul Khalid berkata beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas bernilai hampir RM650,000 yang dibuat melalui konsep sewa beli. "Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian. "Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk buat kajian dan saya (sanggup) memberikan dokumen berkaitan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini. Mohamad Satim bertanyakan sama ada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas itu betul, telus dan bertanggungjawab. Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berkata kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri olehnya untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenal pemimpin pembangkang kepada rakyat. Bas yang didaftarkan atas nama Abdul Khalid, dengan lesen diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan itu, boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.- Bernama | |||
Parlimen Malaysia bahas usul isu Gaza esok Posted: 18 Nov 2012 09:42 PM PST Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usul tersebut akan dibentangkan pagi esok. "Saya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan usul tersebut akan dibincangkan pada esok," katanya pada sidang Dewan Rakyat, pagi ini. Pengumuman itu dibuat selepas Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengemukakan persoalan mengenai perkara itu. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan membentangkan usul itu hari ini bagi menggesa Dewan Rakyat mengambil ketetapan, antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin. Selain itu, usul juga bagi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas Gaza melalui gencatan senjata. Najib yang kini berada di Phnom Penh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-sidang kemuncak berkaitan, berkata, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan usul tergempar itu. Semalam, serangan udara Israel membunuh 11 rakyat Palestin - jumlah tertinggi dalam satu hari sejak Israel melancarkan serangan Rabu lalu. Kepimpinan Palestin merayu Liga Arab mengadakan sidang kemuncak untuk membincangkan pencerobohan negara Yahudi itu. Tekanan masyarakat antarabangsa meningkat bagi menghentikan konflik lima hari ini. | |||
Keputusan permohonan Rafizi batalkan kes Bafia didengar hari ini Posted: 18 Nov 2012 09:32 PM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini akan memutuskan keputusan berhubung permohonan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli untuk membatalkan tuduhan ke atas beliau di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia). Permohonan menggugurkan tuduhan tersebut dibuat kerana bukti-bukti pertuduhan terhadapnya berniat jahat dan terpilih bertujuan menutup pendedahan butiran perbankan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Ia difailkan peguam N Surendran di Mahkamah Tinggi Shah Alam, September lalu. "InsyaAllah jika kes batal, maka tiada kes pada 3 Disember nanti," katanya kepada Keadilan Daily.mahkamah pada kes sebelum ini. Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh sebutan kes dakwaan terhadap Rafizi pada 3 Disember depan bagi memberi laluan pendengaran untuk membatalkan tuduhan tersebut hari ini. Surendran berkata, tindakan undang-undang ke atas Rafizi adalah bertentangan dengan polisi awam. Ini kerana tindakan beliau itu bagi mendedahkan penyalahgunaan wang rakyat. "Macam mana kamu boleh dakwa orang yang mendedahkan perkara yang baik-baik? "Keseluruhan prosiding jenayah yang dikenakan terhadap Rafizi adalah penyalahgunaan undang-undang demi kepentingan Umno dan ia tuduhan bermotif politik," katanya. Rafizi pada 1 Ogos lalu ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu. NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot. Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal NFC kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank. | |||
7 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di S’ngor Posted: 18 Nov 2012 09:29 PM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Kementerian Pengangkutan hanya ada tujuh hari sahaja lagi untuk menanggalkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di Selangor, sejak perintah itu dikuatkuasakan kerajaan negeri Isnin lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya. Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada PBT. Justeru, beliau bertegas akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian. "Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang," kata Ronnie. Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November dan tempoh itu berbaki tujuh hari lagi dari sekarang. | |||
Halang peguam Perancis masuk M’sia untuk lindung Najib – Cynthia Posted: 18 Nov 2012 09:27 PM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis masuk ke Malaysia bertujuan untuk melindungi penyelewengan Perdana Menteri dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Ia ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan 'keputusan yang dibuat'. Beliau juga menyerahkan kepada pihak Imigresen sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam terbabit. "Sebagai menteri, Hishammuddin mengambil keputusan untuk tidak ambil tahu, ia seolah-olah disengajakan dan tujuan sebenarnya untuk menyekat rakyat Malaysia dari mengetahui fakta sebenar kes itu. "Hishammuddin sedar kenapa mereka perlu halang taklimat tersebut. Ini kerana mereka takut rahsia Datuk Seri Najib Razak akan terbongkar. "Sedangkan tidak ada sebab munasabah untuk mereka sekat penyaluran maklumat tersebut," tegasnya ketika dihubungi. Kedua-dua peguam berkenaan dijadual memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Khamis ini. Menurut Cynthia, taklimat itu nanti akan membongkar banyak lagi pendedahan baru berhubung skandal melibatkan Malaysia-Perancis. Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November. Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang Bourdon ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya. Breham pula terpaksa membuat sidang media di Bangkok, selepas permohonan visa beliau ke Malaysia ditolak Mei lalu. "Jika betul mereka dihalang nanti, kita akan tetap usaha atur taklimat di tempat lain, walaupun bukan itu yang kita mahu. Justeru kita desak Hishamuddin benarkan kemasukan kedua-dua peguam itu untuk buktikan kerajaan sememangnya tidak takut," kata Cynthia. | |||
Boleh murtad jika perlekeh Islam - Nik Aziz Posted: 18 Nov 2012 03:57 PM PST MALAYSIA KINI Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam), lapor Harakahdaily. Beliau dilaporkan berkata, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini. "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagi tau dia. "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya. Harakahdaily memetik beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Kota Bharu hari ini. Menteri Besar Kelantan itu juga dilaporkan berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja. "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi, lapor Harakahdaily. | |||
Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi Posted: 18 Nov 2012 03:55 PM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseloroh selepas dicadangkan oleh Dewan Ulama yang mahu beliau menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. "Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu hari ini. Abdul Hadi memberi contoh sejarah Rasulullah menjawab pertanyaan kabilah Bani Amir yang bertanya siapa yang akan menjadi ketua jika Allah menjanji kemenangan pembinaan negara Madinah. "Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin kabilah yang bersedia untuk menawar diri mereka dengan Islam.... Allah menjanjikan kemenangan, (dan) satu kabilah, Bani Amir, Nabi tawar Islam, (kata) Allah janji kemenangan, tegak negara kalau berjaya. "(Wakil kabilah bertanya) Kalau menang siapa jadi raja, ketua, menteri dan pemimpin. Nabi Muhammad SAW berkata kekuasaan itu milik Allah dan Dia beri kepada siapa yang dia kehendaki. Itu jawapan Nabi. Jadi selepas ini kita ikut ajar begitulah," katanya. Kemudian Hadi berkata:" Saya tidak mahu menjadi seperti Ustaz Azizan (Abdul Razak), dia tahu saya suka memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, sebelum pergi, dia minta anak buah dia tumbuk rempah siap-siap nak masak ikan jenahak," katanya yang iringi gelak ketawa hadirin "(Tetapi) pergi ke laut boleh ikan belukang... Belum apa-apa lagi dah tumbuk rempah... Dan kita perlu mengikut apa yang diajar oleh Nabi SAW," katanya. Dalam ucapan itu, Abdul Hadi mengulangi iltizam parti itu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat kerana ia merupakan realiti di Malaysia. Katanya, parti tidak boleh bersendirian untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan dan resolusi yang telah ditetapkan oleh gabungan itu. Menurutnya lagi, parti itu akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam "damai didahulukan". Menurutnya lagi, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk. Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman sekaligus menempelak parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan". "Sekejap-sekejap kemudian apikan semangat kaum masing-masing... Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya sambil mengingatkan jentera parti supaya membuat persiapan zahir, jasmani dan segala kekuatan dengan penuh ikhlas bagi menghadapi pilihan raya umum. Berucap lanjut, Abdul Hadi juga berkata tidak timbul kumpulan ulama dan bukan ulama dalam parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "mengarut dan jangan terikut-ikut dengan rentak lawan". "Majlis Syura tidak jumud dan terbelenggu, kerana melibatkan kalangan profesional untuk memberi penjelasan berhubung perkara duniawi "Tidak timbul kumpulan ulama, profesional, kumpulan laga ayam... Ini mengarut dan jangan terikut-ikut dengan lawan kita," katanya yang juga ahli parlimen Marang. | |||
Pas tetap bersama Pakatan ke Putrajaya Posted: 18 Nov 2012 03:50 PM PST KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan, misi ke Putrajaya bersama komponen Pakatan Rakyat tidak akan terlaksana sekiranya mendapat sokongan orang Islam sahaja. Justeru, Hadi berkata, menyedari hakikat itu Pas tetap bersama dengan rakan kongsinya, PKR dan DAP - dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi hati masyarakat majmuk. Bahkan katanya, Umno juga memahami bahawa tidak boleh bersendirian dan mesti bergabung dengan parti lain. "Semua kaum di negara ini juga mengakui pemerintahan perlu secara masyarakat Majmuk. Cuma kami berbeza dengan Umno dan BN yang mempunyai cara untuk tangani masyarakat majmuk dinegara ini melalui peruntukan Perlembagaan dan resolusi yang ditetapkan bersama Pakatan," katanya. Menurutnya, apa yang telah ada dalam Perlembagaan iaitu Islam agama persekutuan, keadilan kepada agama lain, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan sudah disepakati. "Kita menerima kerana ini sudah ada dalam Perlembagaan. Apa yang dihalal agama lain sebaliknya diharam agama Islam, kita tidak boleh ganggu. Amalan ini sudah dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. "Kita halalkan perkara halal dan haramkan perkara haram," katanya. Menurut Hadi lagi, Pas akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam damai perlu didahulukan. Katanya, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk. Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman, sekali gus mengkritik parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan." "Mereka mainkan semangat kaum masing-masing.Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya bahawa Pas sudah lama bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR sejak tahun 2000 dan ia bukan perkara baru," katanya. Dalam pada itu, Hadi mengingatkan perwakilan supaya bersiap sedia membuat persiapan pilihan raya mengikut kemampuan dan kewangan yang ada. Tetapi katanya, dengan kesediaan dan keikhlasan yang ada, pasti akan datang pertolongan daripada ALLAH SWT. "Kena ingat, BN jadi kuat dan menang pun sebab mereka pakai tongkat, dengan penipuan, politik wang, guna jentera kerajaan," katanya. Oleh itu, Hadi mengajak semua perwakilan terus yakin dengan parti kerana Pas merupakan bahtera yang paling kukuh dan kuat kerana mampu bertahan sehingga ke hari ini. "Bahtera Pas terus bertahan walaupun menghadapi perjalanan yang jauh dan dilanda ribut. Tetapi jangan kita terjun! Kalau mabuk makan ubat, kalau pening rehat sebentar. Jangan terjun sebab di bawah ada jerung!," katanya. | |||
Hudud: Hadi bidas kenyataan terbaru Mahathir Posted: 18 Nov 2012 03:48 PM PST PENGKALAN CHEPA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas oleh pemimpin Pas apabila beliau mengutarakan pandangan supaya hukum hudud terpakai kepada semua golongan di negara ini. "Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua. "Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di akhir Muktamar Tahunan Pas ke-58 hari ini. Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman dalam hudud di mana orang Islam akan dihukum sementara bukan Islam sebaliknya akan menyebabkan ketidakdilan berlaku. Bercakap di Kota Kinabalu semalam, Dr Mahathir berkata, Pas harus memperjelaskan tafsiran mengenai pelaksanaan hukum hudud. Pelaksanaannya, kata Dr Mahathir, harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. "Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. "Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya. Menempelak hujah Dr Mahathir itu, Hadi memberikan contoh hukum hudud yang berkait dengan hukum minum arak. "Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya. Bahkan Hadi turut memperlekehkan Dr Mahathir yang mahu bercakap tentang isu agama dengan berkata, "dia cakap pasal perubatan sajalah." | |||
72 maut sejak Rabu, Palestin mahu komuniti antarabangsa bantu Posted: 18 Nov 2012 03:42 PM PST SINAR HARIAN KAHERAH - Serangan udara Israel membunuh 11 rakyat Palestin semalam - jumlah tertinggi dalam satu hari sejak Israel melancarkan serangan Rabu lalu sementara kepimpinan Palestin merayu Liga Arab mengadakan sidang kemuncak untuk membincangkan pencerobohan negara Yahudi itu. Tekanan masyarakat antarabangsa meningkat bagi menghentikan konflik lima hari ini. Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby dijangka melawat Gaza esok. Daripada 11 yang terbunuh semalam, empat adalah kanak-kanak. Serangan Israel semalam turut meranapkan sebuah rumah tiga tingkat. Mesir sedang mengusahakan gencatan senjata. Media Israel pula melaporkan bahawa delegasi negara itu kini berada di Kaherah untuk menghadiri perbincangan menamatkan konflik. Bagaimanapun laporan berasingan pula menyebut negara itu bersedia meningkatkan serangan ketenteraan ke atas Gaza. Presiden Mesir, Mohamed Mursi telah mengadakan pertemuan dengan ketua biro politik Hamas, Khaled Meshaal dan ketua pergerakan Islamic Jihad, Ramadan Shallah - sebahagian usaha mengatasi ketegangan di Palestin-Israel. Laporan Reuters memetik Izzat Risheq, seorang pembantu rapat Khaled berkata, Hamas akan menerima gencatan senjata hanya selepas Israel mengentikan pencerobohan, menghentikan sasaran membunuh pemimpin-pemimpin Palestin dan menarik balik sekatan ke Gaza. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Israel Moshe Yaalon yang menulis menerusi Twitter berkata, Israel akan menerima gencatan senjata hanya jika situasi tenang di selatan dan tiada roket dilancarkan terhadap rakyat negara Yahudi itu. "... tidak ada serangan pengganas digerakkan dari Genting Gaza, kami tidak akan menyerang," katanya. Pegawai-pegawai Gaza mengesahkan 72 rakyat Palestin termasuk 21 kanak-kanak terbunuh sejak Rabu lalu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan