DIALOG RAKYAT |
- 433 Nama Pemilih Lenyap Tanpa Dipamer
- Cukuplah politik Malaysia 'disyaitani manusia', kata Hadi
- SPA masih tunggu laporan kes khalwat KP Kesihatan
- Mak nyah jaja tubuh dicekup
- Jangan sandiwara, Umno-BN mesti henti hubungan dagang dengan Israel
- Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov
- Bung Mokhtar hadir taklimat kes rasuah Scorpene minggu depan
- IKRAM, JKR Diminta Buat Kajian Tanah Runtuh Di Ampang
- PAS tawar 4 cara memulihkan ekonomi
- Tolak pemerintahan rasis Umno BN – Anwar
- Ingatkan k’jaan siasat kes menteri rogol amah – Zuraida
- Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur
- KASE Terima Lebih 100 Aduan Saman AES
- Senator Australia buat laporan polis terhadap BH, NST, Utusan
- Sabotaj bukan faktor utama BN kalah PRU12
- Abdul Hadi: Saya puas hati dengan ‘Harakah’, ‘Harakahdaily’
- Hampir 1,000 berdemo di hadapan kedutaan AS bantah serangan Gaza
- Hadi: 'Pas tidak pernah tersasar landasan'
- PAS tawarkan memperbaiki ekonomi dalam usaha tarik sokongan pengundi
- Atlet wanita rupanya lelaki
- Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan
- Ngapa orang marah AES?
433 Nama Pemilih Lenyap Tanpa Dipamer Posted: 16 Nov 2012 03:24 PM PST Keadilan membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun.Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR. "RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini. "Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian.SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT. "Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut. "Terdapat 40,000 nama di seluruh negara.Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan. "Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya dipetik Media Selangorku. Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan. "Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama. "Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," sambungnya. Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan. Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. -KD | ||||
Posted: 16 Nov 2012 03:06 PM PST Kit Siang: Anwar PM jika kuasai Putrajaya 17 November 2012 KOTA BHARU - Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Perkara itu diisytiharkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi. Muktamar Tahunan Pas Kali ke-58 sedang berlangsung di sini. "Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar juga berucap pada himpunan malam tadi. Kit Siang berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa. Himpunan malam tadi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV menghimpunkan kira-kira 40,000 penyokong. Awal Januari lalu, PR pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih". Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang. "Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam pada itu, Harakahdaily melaporkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Nahwari Hashim menyerahkan borang keahliannya kepada Abdul Hadi malam tadi. Mohd Nahrawi juga pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam. "Saya dah lama nak menyertai Pas, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya. Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih Pas," katanya. | ||||
Cukuplah politik Malaysia 'disyaitani manusia', kata Hadi Posted: 16 Nov 2012 03:03 PM PST PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan" dan kini sudah tiba masanya kerajaan seumpama itu digulingkan. Merujuk kepada pentadbiran Umno-BN, Abdul Hadi berkata, di bawah kepimpinan parti itu, penyelewengan semakin merebak, maksiat, bahkan jenayah besar dan kecil dibiarkan tanpa undang-undang yang mendidik rakyat. "Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia. "ALLAh menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan ALLAH s.w.t," katanya. Oleh itu katanya, Pas sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat akan mengembleng usaha bersama gagasan pembangkang itu bagi memastikan agenda mentabir Putrajaya akan tercapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat. Abdul Hadi kemudiannya menggariskan empat resolusi untuk memantapkan jentera parti itu menjelang PRU13 bagi menghadapi musuh tradisi mereka, Umno-Barisan Nasional. "Tindakan Pertama: Petugas Pas perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita. "Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno-BN. Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar Presiden. Muktamar kali ini bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, di sini, hari ini. "Tindakan Kedua: Petugas Pas hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau DUN) menghadapi musuh yang amat licik," kata Abdul Hadi. Ujarnya lagi, petugas Pas juga hendaklah bersedia "menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno." Jelasnya, sikap orang muda pada hari ini amatlah berbeza dengan generasi terdahulu. "Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong Pas tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan Pas memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, blog, SMS dan lain-lain," katanya. Sementara tindakan keempat pula ialah memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan Pas dengan keutamaan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada 2008 (24 kerusi). "... kerusi Parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi Pas di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," tambah Abdul Hadi lagi. | ||||
SPA masih tunggu laporan kes khalwat KP Kesihatan Posted: 16 Nov 2012 02:58 PM PST SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) belum menerima laporan daripada jawatankuasa tatatertib Kementerian Kesihatan berhubung kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, bentuk tindakan yang akan dikenakan SPA ke atas Dr Hasan bergantung kepada laporan yang dikemuka kementerian dan jabatan berkaitan. "Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa dari kementerian itu. Setiap Isnin kita akan adakan mesyuarat SPA dan Isnin depan (19 November di Sabah) akan ada satu mesyuarat. Jadi apa bentuk tindakan itu kita akan buat dalam mesyuarat," katanya pada sidang akhbar sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn Bhd, di sini hari ini. Kelmarin, Dr Hasan, 56 dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama | ||||
Posted: 16 Nov 2012 02:53 PM PST AMPANG - Sambutan Maal Hijrah 1434H dicemari dengan aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar kawasan Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. Kira-kira enam mak nyah berpakaian menjolok mata didapati berkeliaran di sekitar rumah kedai di situ, bertempiaran lari setelah menyedari kehadiran sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, yang membuat rondaan pencegahan kira-kira jam 5 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, mak nyah terbabit cuba lari setelah terserempak van dinaiki pegawai penguatkuasa agama. "Ada di antara mereka cedera ringan kerana terjatuh ketika berlari menaiki tangga sebuah rumah kedai. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 38 tahun itu berjaya dicekup," katanya. Difahamkan, mak nyah berkenaan mengenakan bayaran serendah RM50 untuk setiap pelanggan. Salah seorang mak nyah memberi alasan sukar mendapat pekerjaan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan sepertinya menyebabkan dia melakukan perbuatan terkutuk itu. Mak nyah berusia 26 tahun itu dipercayai pernah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) sebelum ini. Operasi tersebut dijalankan mengikut Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM1,000 atau 6 bulan penjara. Dalam operasi berasingan yang turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), seramai 50 orang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan di Bukit Langat dan Bukit Permai, di sini. Kesemua mereka ditahan kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan yang boleh menimbulkan syak di tempat awam. Kesemua mereka juga wajib mengikut sesi kaunseling di Masjid Al-Azim pada 25 November ini. | ||||
Jangan sandiwara, Umno-BN mesti henti hubungan dagang dengan Israel Posted: 16 Nov 2012 02:57 AM PST KEADILAN DAILYSewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh. Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya' tersebut, melakukan kezaliman, membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan wanita. Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut. Adalah amat mustahil sekiranya White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut. Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad. Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala hubungan perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel. Sikap hipokrasi Kerajaan Umno-BN dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan 'peluru' kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat Palestin melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di West Port, Pelabuhan Klang . Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi 'penjilat' kepada Zionis Israel. MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI FARIZ MUSA Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia | ||||
Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov Posted: 16 Nov 2012 02:55 AM PST Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Peserta 'Himpunan Hijau' yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi membantah pembinaan kilang radioaktif Lynas di Gebeng akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen 26 November ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, kandungan memorandum mengandungi tuntutan rakyat agar kerajaan mengkaji semula dasar pembangunan yang memberi kesan alam sekitar dan kesihatan manusia. "Rakyat dari seluruh negara akan hadir, terutama yang tempat tinggal mereka terkesan oleh pembangunan. "Kita serah memorandum kepada Perdana Menteri 26 November bagi membantah pengabaian alam sekitar," katanya ketika dihubungi. Jelas Clement, selain Himpunan Hijau, turut bersama menyertai perjalanan jauh kempen 'Langkah Hijau' itu ialah aktivis anti sianida dari Bukit Koman, aktivis alam sekitar dari Teluk Rubiah, Perak dan aktivis anti insenarator Cameron Highlands. "Turut bersama kita ialah aktivis dari Murum dan Baram, Sarawak. Tanah mereka diambil untuk pembinaan empangan," jelas Clement. "Semakin ramai menyokong dan sekarang pula musim cuti sekolah. Mereka yang nak ikut sama sangat digalakkan," katanya. Kempen 'Langkah Hijau' kini memasuki hari ketiga sejak pelancarannya di Kuantan Isnin lalu. Konvoi itu kini dalam perjalanan ke Maran dari Seri Jaya. Mereka berjalan antara jam 5 hingga 10 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari. Maklumat perjalanan, lokasi hentian dan aktiviti sepanjang 14 hari kempen 'Langkah Lestari' boleh dilayari di sini. | ||||
Bung Mokhtar hadir taklimat kes rasuah Scorpene minggu depan Posted: 16 Nov 2012 02:49 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dari Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaannya untuk hadir pada taklimat Scorpene yang dijadual diadakan di Parlimen Khamis depan. "Tiada masalah untuk hadir mendengar taklimat. Sekiranya dijemput dan saya punya masa, apa salahnya, saya akan hadir," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Menurut Bung Mokhtar, beliau tidak meletakkan sebarang halangan dan sedia menyambut ketibaan peguam dari Perancis itu di Parlimen. "Saya tiada sebarang halangan dan masalah untuk itu," jelasnya. Pada 29 Oktober lalu, dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene. Kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012. Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua Ahli Parlimen, termasuk dari BN hadir ke taklimat kes rasuah pembelian kapal selam itu. Katanya, beliau tidak melihat sebarang halangan untuk peguam tersebut hadir ke Parlimen jika Umno BN tidak berniat menyekatnya. "Halangan untuk ahli bukan parlimen mengadakan sidang media hanya di ruang sidang media di lobi Parlimen, jadi sepatutnya tiada masalah untuk taklimat dibuat di sana," katanya. | ||||
IKRAM, JKR Diminta Buat Kajian Tanah Runtuh Di Ampang Posted: 16 Nov 2012 02:43 AM PST AMPANG : Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan melakukan kajian terperinci mengenai runtuhan tanah di kawasan berhampiran Menara Tinjau, Bukit Ampang. Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu yang ditemui ketika lawatan di tempat kejadian pagi tadi berkata, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil. "Laporan IKRAM mungkin dapat disediakan dalam tempoh seminggu, sementara laporan JKR mungkin ambil masa lebih lagi," ujar beliau. Sebelum ini, menurut Ronnie, menara tinjau tersebut ditutup sejak awal tahun berikutan arahan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Turut ditutup ialah sebuah restoran makanan barat yang terletak bersebelahan menara tersebut. "Kajian dan tinjauan MPKj mendapati kawasan cerun berkenaan bahaya, tidak selamat dan hari ini terbukti benar. "Ia satu kesilapan juga oleh Kerajaan Negeri terdahulu membenarkan pembangunan di kawasan cerun kelas keempat ini. "Sekarang, tiada pembangunan dibenarkan Kerajaan Negeri di kawasan kelas keempat, kelas ketiga pula boleh tapi dikenakan syarat yang ketat," tegasnya. Kejadian tanah runtuh dikatakan berlaku lewat petang semalam menyebabkan Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara. Sementara itu, Ronnie memberitahu jalan akan mula dibuka selewat-lewatnya 7 malam ini. Beliau juga mengarahkan pihak MPKj untuk melakukan pemantauan 24 jam di kawasan kejadian. "Orang ramai juga diminta untuk tidak berhenti di kawasan kejadian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di samping mengelakkan kesesakan," jelas Ronnie. | ||||
PAS tawar 4 cara memulihkan ekonomi Posted: 16 Nov 2012 02:36 AM PST
(Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar) KOTA BHARU: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menawarkan empat pendekatan untuk memulihkan ekonomi yang sudah dirosakkan BN. Ia perlu dilakukan untuk mengelakkan negara dari muflis. "Melaksanakan transformasi ekonomi ala Kerajaan BN untuk setanding dengan negara yang kaya di dunia Barat juga, bukanlah ukuran yang rakyat inginkan. "Nilai ringgit yang ada pula makin menyusut, sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi apa-apa makna lagi," tegas Abdul Hadi dalam ucapan pembukaan Muktamar PAS ke 58. Yang pertama, kata Ahli Parlimen Marang itu, PAS akan membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan. "Dalam hal ini, dasar fiskal mahupun monetari yang adil sifatnya, mesti digunakan sebaiknya untuk memacu pertumbuhan," terang beliau. Abdul Hadi turut menyatakan bahawa PAS berhasrat membetulkan perlaksanaan ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mampu mencegah, dan seterusnya mencegah pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah. Yang ketiga, PAS, katanya akan membuat penilaian menyeluruh terhadap hasil negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat. "Keempat - menolak diskriminasi, di mana dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik – negeri - wilayah; dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar," kata Abdul Hadi. Ini sekaligus, katanya akan menolak amalan kronisme dan monopoli pasaran tempatan, dengan memperkenalkan akta-akta bagi mengikat kewujudan "kartel‟ yang bertindak menekan rakyat. | ||||
Tolak pemerintahan rasis Umno BN – Anwar Posted: 16 Nov 2012 12:50 AM PST Oleh Nazar Hashim PERMATANG PAUH : Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak mengamalkan sistem perkauman sempit dan jumud sehingga mengabaikan kepentingan sebenar agama. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkauman adalah sebahagian dari assabiyah yang membawa keruntuhan hubungan sesama Islam jika dijadikan landasan dalam pentadbiran negara. "Ia tidak akan memberi keadilan dan menyimpang dari hakikat sebenar. Perjuangan adalah untuk suku masing-masing. Manakala suku lain yang turut memerlukan pembelaan tidak akan menikmati keadilan tersebut," katanya ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Taman Pauh Idaman, dekat sini semalam. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, prejudis dan rasis yang melampau telah menjadi sebahagian dari rutin pemimpin negara. Katanya, jika amalan ini berterusan, ia mampu meruntuhkan hubungan rakyat. Anwar berkata, sistem pemerintahan sekarang wajar diubah segera bagi menyelamatkan masyarakat menjadi mangsa kerakusan pemimpin berkuasa. Beliau turut membidas media milik Umno BN yang tidak memberi ruang kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kenyataannya berkenaan kebebasan beragama yang diputar belit. "Kenyataan Nurul Izzah (menjelaskan) dia bersekolah di Assunta. Terdapat salib di sekolahnya ketika itu. Namun beliau tidak pernah terpengaruh dengan agama tersebut. "Ia tetap dengan agama Islam yang menjadi pegangannya. Beliau juga begitu yakin dengan agama yang dianutinya tanpa menggugat akidah walaupun ia berada di sekolah yang mempunyai salib. "Kenyataan ini tidak disiarkan oleh media milik Umno BN. Mereka sebaliknya memutar belitkan sebahagian dari kenyataan yang tidak lengkap untuk kepentingan politik sempit yang menjadi amalan," jelas Anwar. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abul Malik Kassim dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan. | ||||
Ingatkan k’jaan siasat kes menteri rogol amah – Zuraida Posted: 16 Nov 2012 12:47 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet. "Kita puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan. "Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?" soalnya. Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia. Isu tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care yang memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut. Banyak pihak termasuk KEADILAN membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan. "Justeru, kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman," kata Zuraida. Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Baru-baru ini, Robengah didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya. Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoal bagaimana Robengah, yang bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia. Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun. Dalam satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan. "Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz. Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu. | ||||
Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur Posted: 16 Nov 2012 12:45 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli. Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni. "Banyak penyelewengan dan puak-puak yang berebut mengaut keuntungan. Bila kita dedahkan, ia menimbulkan perasaan cemburu antara puak itu dan menyebabkan keretakan kepada Umno Negeri Sembilan dan keretakan itu yang akan tumbangkan mereka sendiri," katanya ketika dihubungi. Oktober lalu, KEADILAN mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Mohamad. Pada 2 November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam. Menurut Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS. Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah di sekitar Pantai Teluk Kemang, meluluskan projek dan menghalau peniaga tempatan. Ekoran itu, lebih kurang 100 wakil peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen awal November lalu bagi membantah kezaliman kerajaan negeri. "Banyak lagi bukti penyelewengan mereka dan kita akan terus dedah sehingga menjelang PRU 13," kata Rafizi. | ||||
KASE Terima Lebih 100 Aduan Saman AES Posted: 16 Nov 2012 12:41 AM PST SHAH ALAM: Kaunter penerimaan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibuka Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) kini menerima lebih 100 aduan daripada pengguna jalanraya yang menjadi mangsa. Penasihat Undang-Undang KASE, Zulhazmi Sharif berkata, kaunter yang dibuka sejak 21 November lalu menerima banyak aduan daripada pengguna jalanraya di seluruh negara yang menerima surat saman melalui kamera AES. Katanya, beliau bersama Jawatankuasa KASE akan membuat pengumuman dalam jangka masa terdekat bagi memberitahu tindakan seterusnya yang akan diambil bagi membantu penerima saman tersebut. "Setakat ini kaunter aduan masih dibuka dan kita belum membuat pecahan mengikut negeri dan kita akan membuat pengumuman berkaitannya pada minggu hadapan kerana kes. "Ini kerana tarikh paling awal ke mahkamah melibatkan penerima saman itu adalah pada 7 Disember 2012 dan kita akan mengagihkan peguam-peguam kita bagi membantu mereka," katanya kepada TVSelangor hari ini. Sementara itu, kaunter yang dibuka dua minggu sekali bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang itu bertujuan memudahkan orang awam yang menerima saman AES mendapatkan nasihat dan khidmat peguam yang diberikan secara percuma. "Di Selangor sendiri terdapat belasan orang yang menerima saman AES dan dimaklumkan hanya dua kawasan di Selangor yang mempunyai kamera itu iaitu di kawasan Kajang. "Lebih mengejutkan, terdapat seorang pengguna jalanraya menerima tiga saman AES di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) kerana ia merupakan laluan hariannya," katanya. Sebelum ini, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menyatakan sepasukan peguam disediakan jika penerima saman AES bersetuju ke mahkamah dan perkhidmatan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS (JUHAM) akan disediakan kepada mereka yang terlibat. | ||||
Senator Australia buat laporan polis terhadap BH, NST, Utusan Posted: 16 Nov 2012 12:37 AM PST Ini kerana mereka telah melabelkannya sebagai anti-Islam dan penyokong kumpulan pasangan sejenis. PETALING JAYA: Senator Australia, Nick Xenophon hari ini hadir ke Balai Polis Travers, Kuala Lumpur membuat laporan terhadap akhbar Berita Harian (BH), News Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia kerana melabelkannya sebagai anti-Islam dan penyokong kumpulan pasangan sejenis. Senator bebas itu yang tiba di Malaysia sejak semalam membuat laporan polis kira-kira 11 pagi tadi menyifatkan laporan terbabit sebagai palsu, tidak benar, dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang senator sehingga menimbulkan ketakutan sekiranya menjadi mangsa keadaan. "Senator Nick mahu pihak berkuasa menyiasat kes ini di bawah undang-undang jenayah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan fitnah," kata wakil peguam Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi. Menurut Amer, Nick kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan kes terhadap laporan polisnya pagi tadi. Nick dijemput oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi salah satu anggota badan pemerhati luar bagi memantau Perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 28 April lalu. Utusan dalam laporannya 1 Mei lalu mendakwa Nick mengecam Islam sebagai sebuah organisasi jenayah yang berselindung disebalik kepercayaan agama. Dakwaan itu dipetik Utusan melalui satu ucapan Nick pada 17 November 2009. Manakala NST menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bebas-Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang turut menyifatkan Nick sebagai peyokong kumpulan LGBT. Namun NST kemudiannya menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf 3 Mei lalu. Melampau batas Walaupun pengakuan dan permohonan maaf dikemukakan NST, namun Amer menegaskan isu itu melampau batas kerana menjejaskan nama baik Nick sebagai seorang wakil rakyat. "Nick sibuk menjalankan tugasnya di Australia. Baru sekarang berkesempatan untuk datang ke Malaysia dan membuat laporan polis walaupun artikel itu disiarkan Mei lalu," katanya. Nick dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini bagi menghadiri sidang Parlimen Australia Isnin minggu depan. Sementara itu, Amer berkata pihaknya akan meneruskan niat untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar berkenaan dalam masa terdekat. | ||||
Sabotaj bukan faktor utama BN kalah PRU12 Posted: 16 Nov 2012 12:35 AM PST SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengambil iktibar kekalahan sebelum ini, bertitik tolak daripada kemenangan majoriti pada 2004. Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun berkata, perolehan undi majoriti itu berdasarkan kepercayaan kepada calon untuk meneruskan agenda memartabatkan kepentingan rakyat. Namun katanya, kemenangan selesa itu membuatkan segelintir pemimpin mula lalai dan mengabaikan kebajikan rakyat yang mengharapkan perubahan. "Kemenangan majoriti pada PRU11 itu mengakibatkan ada calon yang menang lupa diri, sombong dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi terhadap hak rakyat. "Senario itu menyebabkan kekalahan pada PRU12 mungkin kerana ahli parti cuba mengurangkan undi majoriti sebagai pengajaran kepada calon terbabit. "Kekalahan tersebut sia-sia kerana kita (BN) kehilangan banyak hak dalam pentadbiran negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang menyatakan kekalahan Umno pada PRU12 kerana faktor sabotaj dalam kalangan ahli parti antara punca menjejaskan peluang BN untuk menang. Koon Mun berkata, beliau tidak menolak faktor sabotaj antara punca kekalahan parti tetapi banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi melibatkan peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk memastikan kemenangan. Perkara tersebut turut dipersetujui Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro yang berpendapat, BN perlu bangkit selepas berdepan 'tsunami' pada PRU12 dengan memfokuskan perpaduan sesama ahli parti. "Saya yakin pilihan raya akan datang nanti, kita semua sudah bersedia. Kekalahan lalu telah mematangkan kita agar mengetepikan kepentingan peribadi untuk mengutamakan kekuatan parti dalam usaha merampas semula negeri jajahan pembangkang. "Saya percaya usul Gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kesedaran akan peranan masing-masing," katanya, Sementara itu, Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus berkata, sekarang ini beliau yakin masalah sabotaj bukan lagi kekangan utama kerana semangat parti sudah berada di tahap tinggi menjelang pilihan raya. "Rakyat sudah mula sedar apabila berdepan banyak keperitan sepanjang pemerintahan PR dan kita yakin Umno akan dapat merampas kembali negeri yang jatuh ke tangan PR," katanya. | ||||
Abdul Hadi: Saya puas hati dengan ‘Harakah’, ‘Harakahdaily’ Posted: 16 Nov 2012 12:32 AM PST "Sekarang, saya puas hati atas keupayaan mereka (Harakah, Harakahdaily). "Kita orang Islam tiada yang sempurna, saya pun tak sempurna, orang boleh kritik saya ... cuma kita terima teguran dan nasihat daripada semua pihak," kata Abdul Hadi kepada pemberita. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika Muktamar Pemuda PAS semalam menegaskan, lidah rasmi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga turut menyiarkan berita yang memalukan apabila menjadikan isu perbalahan antara PAS dan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa sebagai berita mereka. "Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dengan baik. "Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku. "Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 semalam. Sehubungan itu, Kamaruzzaman turut mendesak supaya ditubuhkan satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily, termasuk penstrukturan semula editorial akhbar berkenaan. "Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak editorial Harakah distruktur semula bagi menterjemahkan aspirasi sebenar PAS. "PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya lagi. Selepas usul berkenaan disokong dan diluluskan hampir 600 perwakilan, wartawan Harakah dan Harakahdaily dilihat terus meninggalkan muktamar yang ketika itu masih lagi berlangsung. | ||||
Hampir 1,000 berdemo di hadapan kedutaan AS bantah serangan Gaza Posted: 16 Nov 2012 12:29 AM PST Mereka berhimpun di hadapan kedutaan AS selepas solat Jumaat, diketuai oleh timbalan presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Hatta Mohamad Shaharom. Dr Hatta kemudiannya menghantar memorandum dan diterima oleh wakil duta AS ke Malaysia, Paul W. Jones. "Serangan Israel ke atas Gaza adalah tidak berperikemanusiaan. Serangan ini hanyalah bertujuan mahu terus berperang dan rakyat Palestin di Gaza menderita di tangan rejim Israel. "Kami mahu Amerika untuk tidak berat sebelah dengan terus menyokong Israel dan menjadi lebih jujur untuk menyelesaikan konflik di Palestin," menurut kenyataan bersama ketiga-tiga badan bukan kerajaan (NGO) dalam memorandum tersebut. Mereka kemudian berdemonstrasi sambil melaungkan takbir dan dikawal oleh pihak polis di sekitar Jalan Tun Razak. | ||||
Hadi: 'Pas tidak pernah tersasar landasan' Posted: 16 Nov 2012 12:24 AM PST PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara sinis menyindir mereka yang mendakwa parti itu sebagai tersasar dari landasannya sebagai "mereka yang tidak memahami bahasa al-Quran" ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar ke-58 parti itu hari ini. Menurut Abdul Hadi, mereka yang terus-terusan menyelar parti itu kononnya tergelincir daripada wadah perjuangan Islam hakikatnya terpengaruh dengan bahasa asing "welfare state" yang menafsirkan kebajikan dengan makna yang sempit. "Muktamar yang lalu kita kemukakan tema: Membangun Negara Berkebajikan. Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap, sehingga membuat kenyataan terbuka, bahawa Pas sudah menyeleweng daripada matlamat perjuangan menegakkan Islam," kata Abdul Hadi mengundang riuh sidang hadirin di dalam Dewan. Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini mengundang kontroversi apabila secara terbuka mengkritik parti Islam itu yang dilihat mendahului kuasa berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam dalam impiannya menuju ke Putrajaya. Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula berkata, perjuangan Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak bekerjasama dengan DAP. Pandangan sama turut dizahirkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa Pas dikuasai oleh golongan parasit. Kritikan-kritikan itu kemudiannya dibidas oleh Abdul Hadi sambil berkata, dalam permuafakatannya bersama Pakatan Rakyat terutama DAP, ia berlaku kerana keterbukaan parti itu yang dibarisi kepimpinan ulama yang menunjangi kerjasama baik dengan parti komponen Pakatan yang lain. "Pas menjadi gerakan Islam terawal yang berpeluang memerintah melalui sistem demokrasi seawal 1959, kerajaan campuran 1970- an, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah 1990 dan 1999, Pakatan Rakyat 2008, di mana sikap keterbukaan para ulama Pas lah yang membuka ruang Pas melaksanakan ijtihad Tahaluf Siyasi dalam arus politik tanahair kita sehingga membolehkan Pas berhubung dan bekerjasama dengan kalangan bukan Islam yang terdiri dari 40% rakyat di negara kita ini," jelas Abdul Hadi. Perpaduan yang dijalin dalam Pakatan Rakyat kata Abdul Hadi, tidak mungkin dapat dipraktikkan oleh Umno-Barisan Nasional menerusi slogan 1Malaysia. "Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita," katanya. "Perpaduan dan rahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam, sebagai risalah akhir zaman. Inilah yang menjadi teras perjuangan Pas, setelah kita melihat Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional gagal untuk mendaulatkan Islam dan telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat keseluruhannya sehingga berulat dengan rasuah ribuan juta ringgit, dan terkini rasuah politik RM40 juta di Sabah, salah guna kuasa, ketidakadilan dalam masyarakat dan sebagainya," tambahnya lagi. Bahkan menurut Abdul Hadi, "Umno juga gagal memperkasakan orang Melayu dengan Islam, selain dari gagal menunjukkan contoh Islam yang sebenar kepada rakyat, dengan membiarkan orang Islam dalam negara ini dicabar dan diperkotak-katikkan dengan hujah yang biadap oleh pimpinan MCA yang menjadi sekutu rapat Umno dalam Barisan Nasional." | ||||
PAS tawarkan memperbaiki ekonomi dalam usaha tarik sokongan pengundi Posted: 16 Nov 2012 12:23 AM PST TERKINI Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika ucapan dasar Muktamar PAS ke-58, hari ini menegaskan hanya ekonomi dan negara berkebajikan yang berkonsep adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia pelbagai kaum. "Perpaduan dalam negara tidak akan wujud dengan laungan 1 Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud di negara kita. "Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap negara berkebajikan PAS, mengatakan PAS menyeleweng dari matlamat asal. "Anggapan salah itu adalah kerana mereka tidak memahami bahasa Al-Quran dan terpengaruh dengan bahasa asing 'welfare state' yang mentafsir kebajikan sempit," kata Abdul Hadi sewaktu ucapan dasarnya di hadapan hampir 1,200 perwakilan dari seluruh negara. Ketika ucapan dasarnya itu juga sewaktu Muktamar Tahunan ke-58 PAS yang bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan", Abdul Hadi turut menyentuh berkenaan struktur ekonomi negara yang menurutnya "membarahkan politik menipu dan ekonomi berpusing kekayaan". "Hakikat inilah yang kita lihat berlaku di negara kita. Negara yang kaya dengan hasil bumi, akan muflis sekiranya terus berada di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN). "Melaksanakan transformasi ekonomi ala BN untuk setanding dengan negara kaya Barat juga bukanlah ukuran yang rakyat inginkan, nilai ringgit yang ada pula menyusut sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi makna," tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi. Turut disentuh Abdul Hadi juga adalah berkenaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menurutnya terdapat banyak kekeliruan dan kecelaruan didalamnya. Abdul Hadi dalam sidang medianya selepas ucapan dasarnya berkata isu berkaitan hudud tidak lagi berbangkit memandangkan persetujuan telah pun disepakati oleh PR. "Hudud sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu ... kami sudah adakan dialog sejak 1990 ... isu ini sudah selesai, kami setuju untuk tidak bersetuju." Beliau turut menjelaskan dengan jaminan negara berkebajikan tersebut tidak akan membebankan rakyat sebaliknya golongan yang kurang berkemampuan akan ditampung melalui dana yang dikutip daripada mereka yang berada. "Kita tidak membebankan rakyat dengan cukai, kita akan tampung dengan mereka yang berada," katanya lagi. Antara isu lain yang disentuh veteran PAS itu adalah Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang yang mana PAS menurutnya tidak pernah menolak pembangunan. "Kita tidak menolak projek ekonomi seperti ini, tetapi PAS menolak kezaliman di atas nama pengambil alihan tanah secara tidak adil, pemusnahan ekologi kawasan perikanan, yang seterusnya menjejaskan mata pencarian hidup rakyat sendiri. "Projek seperti Kilang Penapisan dan Petrokimia di Pengerang, Johor sepatutnya dilaksanakan tanpa melibatkan pemindahan 25,000 penduduk yang menghuni selama puluhan tahun di 10 buah kampung tradisi, melibatkan pemindahan lebih dari 10 buah sekolah, masjid dan sebagainya," katanya. | ||||
Posted: 16 Nov 2012 12:11 AM PST Ulama PAS tegas isu hududKekecewaan yang dipendam oleh akar umbi PAS dalam hubungan terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat telah di nyatakan secara terbuka.Dewan Ulama menegaskan bahawa dalam menegakkan agenda hudud mereka bersedia mengeluarkan pemimpin yang "mengelirukan" ahli. Ketua Dewan Datuk Harun Taib mengisytiharkan bahawa PAS akan berpegang teguh pada rancangannya untuk melaksanakan undang-undang hudud walaupun menerima pandangan yang bertentangan dari luar parti. Beliau berkata Dewan Undangan Negeri mempunyai peranan menangani kekeliruan di kalangan ahli-ahli baru yang mana mempercayai bahawa hudud bukan satu perkara yang perlu dibincangkan dalam Pakatan. "Ada yang keliru, mereka merasakan masa sekarang tidak sesuai untuk pelaksanaan hudud kerana Malaysia sebuah negara berbilang kaum. "Ini berlaku kerana ahli-ahli yang gagal memahami Tarbiyah usaha parti (memupuk dan pengukuhan)," kata Harun ketika merasmikan perhimpunan agung Dewan Ulama di sini, Khamis. Ucapan beliau dibacakan oleh Dewan Undangan Negeri naib ketua Dr Mahfudz Mohamad. Harun berkata memperjuangkan hudud adalah sebahagian daripada agenda parti untuk dilaksanakan di negara ini. "Jenayah utama seperti kecurian, rompakan dan seks haram menjadi masalah yang serius mempengaruhi rakyat. hudud mesti dilaksanakan untuk menyelesaikannya, "katanya. Kemudian, pada sidang akhbar, Harun menegaskan bahawa PAS akan memastikan bahawa hudud akan dilaksanakan jika mereka diberi mandat untuk memerintah negara. Menurut beliau, Pakatan telah bersetuju bahawa bukan sahaja hudud tetapi juga undang-undang Syariah akan dilaksanakan jika PAS mempunyai majoriti di Parlimen. Harun berkata Pengerusi DAP Karpal Singh menentang hudud kerana kegagalan untuk menghadiri dialog yang dianjurkan oleh PAS. Mengenai laporan akhbar bahawa Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria telah meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk bertaubat dalam kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama, Harun berkata bahawa Harussani perlu bertaubat untuk tidak menyokong perjuangan Islam. Sayap Belia juga menyokong hudud dan menyandarkan sokongan kepada kepimpinan ulama dan meminta PAS untuk menunjangi kepimpinan Pakatan Rakyat. Perwakilan Johor, Mohd Faizal Khalid mengkritik kepimpinan Belia kerana gagal untuk bercakap menentang pemimpin Pakatan yang melakukan kesalahan. "Sayap sepatutnya menjadi sebuah kumpulan tekanan yang menyokong untuk perubahan tetapi kita tidak mendengar sebarang kritikan dari mereka menentang kerajaan Pakatan," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda Nasrudin Hassan pada Muktamar, Khamis. Perwakilan Pulau Pinang Hasbul Wizar berkata PAS harus menjadi parti dominan dalam Pakatan. Perwakilan Selangor Sharhan Humaizi Halim berkata bahawa negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu ditadbir mengikut model Islam. Perwakilan Pahang Fadli Ibrahim berkata, kepimpinan ulama perlu dikekalkan kerana "mereka telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya umum lalu". Beliau berkata bahawa "kuman, ular dan racun" harus disingkirkan dari parti. | ||||
Posted: 16 Nov 2012 12:09 AM PST Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya. Polis mengemukakan dakwaan merogol tersebut terhadap Pramanik, 26, pada Isnin lalu selepas satu panel doktor mengumumkan hasil pemeriksaan mereka itu. Pramanik ditangkap pada awal Jun lalu selepas bekas kekasihnya, Anamika Acharya membuat aduan polis bahawa dia diperkosa oleh bekas bintang sukan tersebut. Pramanik dibebaskan dengan ikat jamin selepas dipenjara dua minggu apabila seorang hakim memutuskan dia tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol. Beberapa ujian perubatan pada masa itu gagal mengesan jantinanya dengan tepat menyebabkan satu panel doktor diarah melakukan pemeriksaan terhadap tubuhnya. "Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan," kata Pramanik. "Seluruh episod ini merupakan satu penghinaan kepada pemerintah India selepas saya berusaha untuk memenangi kesemua pingat emas. Saya berasa sedih kerana jantina saya menjadi topik perbincangan secara terbuka," tambahnya. Pramanik juga mendakwa polis melakukan gangguan terhadapnya dan cuba 'menghasutnya' untuk melakukan perbuatan bunuh diri. Kes Pramanik akan didengar pada 26 November ini.- Agensi | ||||
Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan Posted: 16 Nov 2012 12:05 AM PST Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam Umno, mengatakan dirinya sudah penat dengan semua tanggungjawabnya di dalam parti. Beliau membuat keputusan itu semalam, dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. "Saya berasa penat menanggung beban dalam pentadbiran di bahagian cawangan, bahagian dan peringkat negeri. "Terlalu banyak tanggungjawab yang saya pikul, jadi saya sudah penat," katanya setelah dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini. Beliau bagaimanapun berkata, beliau tidak keluar dari Umno sebaliknya membantu jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang. "Saya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin, ini adalah masanya untuk ahli Pemuda Umno Perlis untuk berdikari. "Umno Perlis sentiasa mempunyai barisan untuk memimpin.
"Dan saya akan terus menjadi ahli Umno dan terus berjuang untuk Umno," katanya lagi. Beliau berkata, beliau tidak mahu memegang banyak jawatan, kerana ia hanya membawa keburukan sekiranya tidak mampu untuk memikul semua jawatan. "Saya berharap semua ahli Umno akan teruskan perjuangan, jangan berjuang hanya kerana jawatan," kata Mohsin lagi. Mohsin semalam meletakkan status di Facebooknya, "hari ini saya mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam Umno". | ||||
Posted: 16 Nov 2012 12:03 AM PST Ahmad dipaksa mengaku Zul YahyaJuruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai 'Zul Yahya' semasa berada dalam siasatan polis.Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil. Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana 'Zul Yahya', tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan. "Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa 'Zul Yahya'. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu," kata Asiah ketika dihubungi. Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas. Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan. Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas. Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor. Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya. "Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan," jelasnya. "Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan," kata Asiah. | ||||
Posted: 15 Nov 2012 08:23 PM PST
Maka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor motokar masih boleh dipandu laju lagi. Di negeri yang kuat UMNO seperti di Johor dan di Felda-Felda Pahang tiada boleh lari laju lagi bila kamera AES dipasang nanti. Kalau negeri-negeri itu lepas PRU13 nanti ditawan Pakatan nescaya kamera yang sudah dipasang akan dicabut balik. Mengapa orang marah sangat dengan sistem AES itu sedang ia bertujuan mendisiplinkan pemandu supaya jangan memandu lebih dari kelajuan yang ditentukan? Semua setuju supaya pemandu jangan laju ikut suka hati. Semua setuju supaya diadakan peraturan. Tetapi yang orang tidak setuju ialah peraturan itu diadakan untuk mencari duit dan antara denda yang dikenakan nanti bukan masuk kepada kerajaan semuanya, ia disapu sama oleh saudagar. Seperti undang-undang tali pinggang keledar mula-mula dulu. Keselamatan jalan raya jadi tujuan kedua. Yang utamanya ialah syarikat tali pinggang keledar yang melobi kerajaan mengadakan peraturan itu. Sistem yang hendak diadakan sekarang ini akan melibatkan kerajaan mengambil duit dari rakyat. Di mana-mana negara juga di dunia sejak dulu lagi, rakyat rata-rata sensitif dengan cukai. Walau pun cukai itu telah diterima sebagai satu kaedah bagi kerajaan menambah hasil, tetapi rakyat menentang cukai yang tinggi dan apa jua yang memaksa rakyat membayar kepada kerajaan. Cukai yang tinggi dan apa jua yang rakyat terpaksa bayar pada kerjaan, mudah menjadi satu penindasan. Denda AES nanti adalah satu tambahan lagi bagi kerajaan untuk mengambil duit rakyat. Tujuan utama kerajaan ialah bagaimana mahu membantu rakyat menjana pendapatan yang sebanyak-banyaknya, bukan mengambil duit sebanyak-banyak dari rakyat. AES samalah seperti sikap anak-anak raja purba yang tidak cukup duit akan menyekat jalan bagi ssesiapa yang lalu. Jika mereka mahu lalu mesti memberi sebanyak yang ditentukan oleh anak-anak raja itu. Maka itulah timbul banyak perumpaan menahan jerat di tempat genting atau menahan lokah di temat genting. Semua perumpaan itu adalah menyatakan penindasan terhadap orang bawah. Bukan rakyat tidak boleh didenda, tetapi denda adalah yang terakhir. Amerika adalah sebuah negara bapa kapitalis. Mereka diketahui sebaga penindas. Dalam mengurangkan had laju kenderaan ini, pernah mereka memperkenalkan satu alat yang dipanggil detektor yang boleh mengesan sekatan polis sejarak 2 kilometer. Apabila alat itu berbunyi, maka pemandu pun memperlahankan motokarnya. Ia dihalalkan. Alat itu digunakan supaya pemandu tidak memandu laju. Dengan alat ini kerajaan tidak dapat memungut banyak duit rakyat. Tetapi tiada kenderaan laju setiap ada sekatan polis. Cuba alat itu dicipta setiap ada kamera AES, maka kuranglah kereta langgar peraturan dan orang tidak ramai yang didenda. Pemandu tidak keberatan membeli alat itu sekitar RM300 satu dari membayar denda setiap kali dirakam. Kerajaan fikirkan banyak cara mendisiplinkan rakyat dengan tidak mengambil duit dari rakyat kerana mengambil duit itu dikira menindas. Katakanlah pesalah AES itu dikenakan lokap mandatori tiga hari bagi setiap kesalahan tanpa merekodkannya sebagai jenayah, maka dipercayai oleh boleh terima berbandingkan dengan banyak RM300 setiap kali tidak kira dia wakil rakyat atau tok penghulu, maka percayalah orang tidak merungut dan kamera pun tidak banyak merakamkan kenderaan laju. Apabla denda mandatori RM300, orang terasa ia ada penindasan untuk mengkayakan beberapa orang. Ia akan jadi satu lintah darat yang dikeji. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan