Ahad, 11 November 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MB Kedah: Majoriti sokong kepimpinan parti

Posted: 11 Nov 2012 03:19 PM PST

Bernama


 
Desakan supaya pemimpin PAS kembali ke tujuan asal datang daripada suara minoriti dan pihak yang tiada locus standi, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit dalam wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas telah dipecat dan merupakan bekas anggota parti itu.

"Itu pandangan minoriti yang tiada locus standi... majoriti sokong apa yang dibuat kepimpinan parti, kita pun tak nampak apa yang tak baik.

"Lagipun hampir semua pemimpin dalam PAS masih lagi di kalangan ulamak, tidak ada masalah siapa pun jadi pemimpin, asalkan mereka memperjuangkan Islam," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas laporan berhubung wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' yang meluluskan 11 resolusi mendesak kepimpinan parti itu mengembalikan semula dasar perjuangan asalnya.

Resolusi itu menyentuh corak segelintir pemimpin PAS yang didakwa tidak mencerminkan Islam, selain menggesa parti bekerjasama dengan Umno, bukannya DAP, demi kepentingan agama.

Mengulas kerjasama dengan DAP, Azizan berkata politik masa kini memerlukan strategi dan hubungan dua hala.

"Dulu bila politik tertutup (sebelum bekerjasama dengan DAP), mereka kata PAS tak faham masyarakat majmuk, dan sekarang bila terbuka, mereka kata terbabas pula, tapi itu hak mereka la nak kata apa pun," katanya.- Bernama

Pas Masih Boleh Masuk Kubu Umno di Jeli

Posted: 11 Nov 2012 03:10 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Umno bahagian Jeli dibawah pimpinan Mustapa Mohamed merupakan bahagian yang paling kemas dan mantap di Kelantan. Dengan kedudukannya sebagai menteri - MITI Mustapa telah memungah seberapa banyak projek untuk Jeli. Jika dicatat dalam buku Guiness book of the record, mungkin Jeli merupakan bahagian Umno paling maju dan moden dengan memiliki pelbagai projek.
Jeli memang bernasib baik. Mustapa bukan saja sebagai menteri, tetapi beliau juga adalah Pengerusi Umno Kelantan. Di mana dengan kedudukan itu Jeli merasa ia adalah bahagian Umno paling berprestaj.

Bagaimana pun kelebihan dan kemajuan yang ada di Jeli hari ini bukan bermakna Mustapa boleh duduk senang. Majoriti yang diperolehinya dengan mengalahkan Apandi Mohamad dalam pilihan raya lalu sebanyak 4,436 bukan merupakan lesen atau bantal lembek untuk dijadikan pengalas tidur yang enak. Dan Mustapa nampaknya tidak pernah merasakan 'agah' dengan situasi ini.

Beliau sendiri masih terkenang bagaimana perit dan pedihnya menerima kekalahan dalam tahun 1999 ditangan Apandi Mohamad. Kekalahan itulah menjadikan Mustapa senantiasa bangkit dan menjaga seluruh pengundi Jeli macam menatang minyak yang penuh. Kemenangannya selepas itu (2004 dengan majoriti 7,353) dan dicatat sekali lagi 2008 dengan mengalahkan Apandi dua kali tidak bermakna beliau senang.
Tamrin sedang menyampaikan ceramahnya di Jeli.

Ada kebenarannya kalau Mustapa tetap merasa gelisah dan cemas dan tidak berapa 'arap' dengan apa yang berlaku dan ada di Jeli hari ini. Pembangunan, pelbagai projek, bantuan untuk rakyat tidak menjamin undi akan mengalir ke dalam bakulnya. Pada zahirnya begitu tetapi tribulasi politik sangat difahamnya. Sebab itu Mustapa sanggup pulang setiap minggu ke Jeli kecuali kalau beliau berada diluar negara.

Hakikat hari ini ternyata, bahawa Jeli bukan kawasan selesa benar buat Mustapa. Malam Jumaat lalu Pas telah mengadakan ceramah bertempat di Kelewek, dalam kawasan Bukit Bunga. Kawasan itu katanya kubu kuat Umno. Pas Jeli mengundang Tamrin Ghaffar sebagai penceramah khas. Ikut sama berceramah ahlijawatankuasa Pas Idris Ahmad. Tamrin berceramah di bawah tajuk ; Mengapa saya tinggalkan Umno.

Walaupun malam itu hujan renyai-renyai dan kawasan ceramah agak jauh ke dalam, namun jumlah yang hadir boleh tahan juga. Sekitar 250 orang dan dipercayai semua orang tempatan. Kehadiran itu cukup untuk membuktikan bahawa kubu Umno masih boleh ditembusi di Jeli. Turut sama hadir malam itu ialah Yang Dipertua Pas Jeli Apandi Mohamad, timbalannya Abdullah Yaacob yang juga Adun Air Lanas, penyelia Dun Bukit Bunga, Mohd Suply Abdul Razak yang juga merupakan bakal calon Pas untuk kerusi Bukit Bunga dan lain-lain pemimpin Pas kawasan Jeli.

Pada malam itu juga bertembung dengan program Umno yang diadakan berjarak tidak samapi 3 km. Difahamkan program Umno malam itu ialah majlis menyampaikan bantuan wang. Ternyata program ceramah Pas itu kurang disenangi oleh Umno bila mana tiga banner yang dipasang menguar-uarkan kedatangan Tamrin dihilang. Pas mengsyaki ianya perbuatan Umno.

Pas begitu berang dengan kejadian itu. Abdullah Yaacob yang bertindak sebagai pengerusi memberi amaran dan mencabar Umno dengan berkata; "Apakah Umno hendak main secara jahat atau secara molek, kalau nak cara jahat, kita juga boleh bermain cara jahat."

Seharusnya kejadian-kejadian begitu tidak berlaku lagi. Walaupun Jeli merupakan kawasan pedalaman, tetapi sejak Mustapa mewkailinya di mana sudah banyak kemajuan dan berbagai maklumat terdedah sepatutnya politik diluar batas undang-undang demokrasi itu dihentikan. Elok kalau Mustapa memberi nasihat atas apa yang berlaku sekiranya benar kehilangan banner Pas itu disebabkan perbuatan ahli Umno. Pembuangan banner itu sedikit sebanyak akan merosakkan reputasi Mustapa sebagai pemimpin yang berjurus.

Malam itu Tamrin yang kini telah menyertai Pas, menyeru rakyat supaya tidak mudah tertipu dengan hipokrasi pemimpin Umno yang kononnya hendak membela Melayu dan Islam. Katanya agenda itu hanyalah bohong semata-mata dan ia hanya alat dan retorik untuk menipu rakyat. Apa yang berlaku pemimpin Umno lebih menjaga kepentingan diri dari kepentingan agama dan bangsa.

Beliau memberi contoh, pemimpin Umno diam membisu tanpa membuat apa-apa kecaman ke atas presiden MCA Chua Soi Lek yang menghina Hudud. Tetapi pemimpin Umno menjadi kalut dan berani mengecam Nurul Izzah yang memberi pandangan secara umum berhubung maksud ayat Quran berhubung tiada paksaan didalam agama.

"Kalau pemimpin Umno jujur mereka akan kecam dan marahkan Chua Soi Lek terlebih dahulu sebelum mengecam Nurul Izzah, tetapi kenapa diam membisu?" kata Tamrin. Malam itu juga Tamrin membuat apologetik kepada hadirin kerana bersubahat dengan Umno membuat beberapa kejahatan sebelum ini.

"Saya sudah bertaubat dan berharap penyertaan saya dalam Pas akan dapat mengurangkan dosa saya sebelum ini. Biarlah sia-sisa usia yang ada ini dapat dimanfaatkan untuk perjuangan Islam," katanya dengan nada sayu dan pamrih - DETIK DAILY

Kesiannya, Dr. Mahathir baru sedar

Posted: 11 Nov 2012 03:04 PM PST



Oleh : Shirzad Lifeboat



Tidaklah dapat diketahui secara pasti sama ada Tun Dr. Mahathir begitu ghairah atau merasa begitu bangga dan bertuah dengan penemuan terbarunya tentang Pakatan Rakyat. 

Bercakap kepada wartawan Malaysia di Khartoum minggu lalu selepas menyampaikan syarahan umum di hadapan 1,000 jemputan terdiri daripada pelajar, ahli akademi dan tokoh korporat dari seluruh Sudan, bekas Perdana Menteri itu menganggap kerjasama kini terjalin di antara parti Pembangkan sebagai bersifat sementara dan hanya untuk memenangi pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

 Memang benar, Dr. Mahathir cukup berpengalaman secara langsung dalam menghadapai pilihanraya dan begitu juga pengalaman dalam politik yang tidak perlu sesiapa pertikaikan.

Tetapi adakalanya, pengalaman yang banyak menjadi tidak berguna dan tidak lagi relevan apabila orang yang memiliki pengalaman itu sudah kehilangan sentuhan ke atas realiti zaman.

 Kita bukan sekadar bercakap tentang ketiadaan-batasan dalam penyebaran pelbagai berita yang kini lebih cepat dari sekadar jangka masa sekelip mata atau kepelbagaian maklumat yang seolah-olah merupakan pembentangan hasil pelbagai penyelidikan mengenai UMNO dan BN yang selama ini tidak diketahui oleh umum, tetapi kita sebenarnya bercakap tentang pola kepercayaan rakyat dan hala tuju minda generasi baru yang melihat UMNO-BN dengan penuh syak wasangka.

Tidaklah diketahui sama ada Dr. Mahathir mengetahui atau menyedari betapa pada PRU-12, bunga-bunga penolakan terhadap UMNO, MCA, dan MIC oleh orang Melayu, Cina dan India sudah berputik dan malah sudah banyak yang berbunga dan berbuah.

Ketika itu Dr. Mahathir yang masih berada di luar UMNO ekoran tindakannya keluar parti tersebut kerana memprotes kepimpinan penggantinya itu mungkin gagal menyelami/mengesan kepulangan klasik pemimpin UMNO ke dalam zon selesa ciptaan mereka apabila hampir kesemua pemimpinnya, termasuk pemimpin parti komponen lain dalam BN meletakkan faktor utama prestasi buruk mereka kepada kepimpinan flip-flop, batuk, tersasul, tertidur Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun).

Apabila Datuk Seri Najib dilantik, Dr. Mahathir kembali ke dalam UMNO dan memberikan sokongan moral kepada putera mahkota UMNO yang dipilih sendiri dengan tangan beliau. Benar, Najib tak sama dengan Pak Lah tetapi beliau memiliki koleksi masalah begitu berkepelbagaian dan tidak mungkin dapat diperbetulkan oleh partinya.

Begitupun, di sebalik pendedahan demi pendedahan tentang permasalah Najib dan kelemahannya, pemimpin dan para penyokong parti tersebut masih hidup dengan kepercayaan: Najib kian popular, Najib berjaya pulihan ekonomi, Najib perihatin kepada rakyat, Najib itu dan Najib ini.

Ringkasnya, kuman dan virus 'sindrom penafian' membiak pesat dalam jiwa dan sanubari pemimpin dan juga penyokong tegar UMNO. Pembiakannya begitu besar dan menyeluruh sehinggakan tokoh sehebat Dr. Mahathir yang telah begitu lama bergelumang dalam sepak terajang politik UMNO-BN tidak lagi dapat melihat realiti politik Malaysia dalam perspektik muktahir dan sahih – bahawa majoriti rakyat sudah menolak UMNO-BN seawal pasca PRU12 lagi.

Dalam pada sibuk menulis entri dalam blok beliau, memuji memuja Najib atau UMNO, atau mempertahankan kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya UMNO ghaib dari muka bumi ini, Dr. Mahathir sepatutnya turut meluangkan masa untuk membaca segala entri dalam Facebook, blog-blog, Twitter, Tumbler, laman web khusus dan berdedikasi yang memetik atau menyiarkan semula berita dari media cetak, laman web khusus dan berdedikasi yang menyalurkan maklumat tentang keboborokan UMNO-BN (lengkap dengan bukti), portal berita dan lain-lain rangkaian lagi, termasuk emel berantai.

Kalau tak mahu baca sekalipun sebab tidak ada masa atau malas, kajian rambang dan rawak sahaja pun sudah mencukupi untuk menyatakan kepada beliau betapa banyaknya rangkaian di Internet yang menghentam UMNO-BN berbanding yang menghentam Pembangkang atau memuji kerajaan UMNO-BN.

Justeru, nampaknya ketika dengan ghairahnya bercakap di Khartoum tentang kerjasama bersifat sementara Pakatan Rakyat, Dr. Mahathir, bak kata Inggeris, 'just don't get' (memang benar-benar tak faham).

Majoriti rakyat sudah begitu muak dengan UMNO-BN dan bersedia untuk sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi menjatuhkan dan seterusnya menentukan betapa sejarah UMNO-BN akan terhenti sebaik sahaja berakhirnya PRU-13 termasuk andai kata betapa sementara sekalipun Pakatan Rakyat atau sebagaimana Dr. Mahathir lebih selesa menyebut 'pakatan Pembangkang'.

Rakyat tak kisah sekiranya pakatan Pembangkang terus dibubarkan selepas PRU-13 kerana apa yang menjadi matlamat maha penting dan maha utama ialah menurunkan kerajaan UMNO-BN yang telah berkuasa sejak sebelum Merdeka (Pilihanraya Umum 1955) sehinggalah selepas Merdeka.

Apa nak jadi sekiranya pakatan Pembangkang terbubar, tidak perlulah disibukkan sangat. Negara Malaysia bukannya hak mutlak UMNO-BN (dan tak perlu mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir sebagaimana yang dilafazkan Najib satu ketika dulu.)

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara, Akta Angkatan Tentera dan semua Akta yang berkaitan, hak ke atas Malaysia adalah urusan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Pilihanraya umum hanyalah untuk menentukan siapa yang bakal menjalankan kuasa eksekutif bagi pihak Baginda. Tidak ada dalam mana-mana Perkara Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Akta Persekutuan atau Enakmen mana-mana negeri menyebut tentang kuasa, keistimewaan dan hak UMNO-BN.

Tak ada UMNO-BN, tak ada kerjasama di antara Pembangkang sekalipun, ada sahaja badan berwibawa dari segi undang-undang yang bakal memerintah dan mentadbirkan Malaysia.

Oleh itu, tak perlu Dr.Mahathir atau sesiapa sahaja merasa excited giler atau ghairah terlampau kerana konon merasakan pakatan Pembangkang bersifat sementara. Dari segi ini, kita kesian dengan Dr. Mahathir kerana baru sedar. Cukuplah tu Che Det.

PRU ke-13 mungkin selepas Tahun Baru Cina, kata Raja Nong Chik

Posted: 11 Nov 2012 02:36 AM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun depan memandangkan ketika itu ke semua perayaan yang disambut rakyat akan berakhir dalam ucapannya di Lembah Pantai.

"Kita sudah menyambut raya haji, selepas ini kita akan sambut Deepavali dan Krismas. Kemudiaan tahun depan masyarakat Cina akan sambut tahun baru.

"Tapi kita jangan lupa perayaan paling besar untuk rakyat, iaitu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam perayaan paling penting iaitu selepas tahun baru Cina," kata Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.

Nong Chik (gambar) mendakwa waktu tersebut adalah paling terbaik buat kerajaan memandangkan ketika itu rakyat Malaysia yang berbilang kaum berada dalam harmoni dan perpaduan kuat ketika itu.

"Setiap berakhir perayaan, perpaduan berbilang kaum di dalam negara ketika itu sangat kuat memandangkan seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan tersebut.

"Apabila hubungan yang erat ketika itu saya harapkan ia akan dibawa hingga ke pilihan raya," tambah Nong Chik.

Walaubagaimanapun, Nong Chik berkata itu hanya satu ramalan tetapi keputusan penuh dan muktamad masih lagi ditangan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Saya hanya meramal, tetapi waktu itu adalah sesuai. Namun, jentera harus bersiap-sedia dan mula mengerakkan kerja kempen di setiap tempat," kata Nong Chik.

Dalam pada itu, Nong Chik merupakan antara calon yang disebut-sebut akan diletak untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13.

Malahan ketua Umno Lembah Pantai itu juga telah memaklumkan hasratnya kepada PM dan sedia untuk mengembalikan semula kerusi yang  telah dirampas daripada Umno pada 2008 lalu.

"Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam  pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding  Putrajaya dan Labuan," katanya.

Kenyataan ramalan beliau juga dilihat seiring dengan kenyataan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim  Ali pada September lalu yang meramalkan PM akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina.

Irahim berkata langkah itu betujuan untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).

BN hilang sejumlah besar undi masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina dalam gabungan tersebut seperti MCA dan Gerakan – kalah di hampir kesemua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN).

Perkasa yang majoriti ahlinya terdiri dari ahli Umno, dilihat mencetuskan ketegangan apabila bersuara mengenai hak Melayu dan mendesak kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.

"Saya tetap dengan pandangan saya, ramalan saya bahawa pilihan raya akan diadakan selepas raya Cina, tahun 2013," kata beliau.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa BN mensasarkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan November, 60 hari selepas Bajet 2013 dibentangkan, sejurus selepas Najib dalam satu majlis memberikan isyarat dengan mengulangi perkataan 11, yang mana merupakan nombor kegemarannya.

Dakwa seks ketika soal siasat, bukti polis perlu IPCMC- Surendran

Posted: 11 Nov 2012 02:31 AM PST

Oleh: Aliff Fikri

KUALA LUMPUR- Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani institusi polis yang makin hilang kredibiliti, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Tegas Surendran, insiden terbaru menimpa seorang warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disoal siasat membuktikan tahap profesionalisme polis semakin rendah.

"Dengan penubuhan IPCMC, anggota polis akan lebih takut untuk melakukan salah laku,  sekaligus membasmi salah guna kuasa.

"Kita khuatir salah laku jika tidak dibasmi akan menyebabkan institusi penguatkuasaan polis makin hilang kewibawaan,"

"Insiden seperti ini juga bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak laporan yang kita terima berhubung penyelewengan kuasa anggota polis," ujarnya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya memandang serius insiden tersebut.

 "Menteri Dalam Negeri tidak boleh anggap insiden ini sebagai terpencil, kerana ia menunjukkan kepada warga asing bagaimana lemahnya tahap disiplin anggota keselamatan kita," tegasnya.
 
Terdahulu, laporan Bernama melaporkan 3 anggota polis ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.

Sebelum itu, pada 7 November 2012, 2 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, direman 3 hari kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

2 Exco terima anugerah Dato’ Paduka

Posted: 11 Nov 2012 02:29 AM PST

Muhammad Yusri Amin,

KOTA BHARU: Dua anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Muhammad Fadzli Hassan hari ini menerima anugerah yang membawa geralan Dato' Paduka sempena ulangtahun hari keputeraan Sultan Muhammad V.

Mereka menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

(Gambar: Che Abdullah dan isteri.)

Turut menerima darjah sama Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad yang juga bekas anggota Exco.

Ketua Setiausaha Negara, Dato' Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 239 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, Darjah-Darjah Kebesaran dan Pelantikan Jaksa Pendamai pada istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan di Istana Balai Besar hari ini.

Sebelum itu berlangsung Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di  Padang Merdeka bermula jam 8.15 pagi.

Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V kali ke-43 tahun ini dengan cogan kata "Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat" manakala temanya "Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat".

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim berkata istiadat pengurniaan darjah kebesaran tahun ini membabitkan penerima seramai 636 orang.

Seramai 397 penerima lagi iaitu bagi Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pula akan berlangsung pada satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sementara itu Dr Muhammad Fadzli merakamkan ucapan syukur dan terharu di atas penganugerahan daripada Sultan Kelantan dan berharap semoga ia memberi kebaikan di dunia dan akhirat.

Gejala Melayu murtad sangat mengkhuatirkan

Posted: 11 Nov 2012 02:25 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya.

"Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal," kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal dengan tabiat meraih 'kesempatan politik' (political mileage) dalam budaya politik di Malaysia. Dalam hampir semua tutur kata, ahli politik mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik walaupun maklumat yang sahih belum lagi diperolehi.

Cukup hanya melalui laporan akhbar, sudah memadai seluruh jentera media diguna untuk melancarkan kempen memburukkan imej seseorang yang menjadi musuh politik. Tidak cukup dengan itu agensi keselamatan juga diperalat untuk memberi tekanan kepada pihak yang dituduh.

Pemimpin politik pula bergegas mahu memberi komen tanpa menunggu maklumat sepenuhnya dan tanpa bersedia mendapat penjelasan dari yang dituduh. Malang sekali pemimpin politik yang mahu mencuri peluang menghentam lawan juga menunjukkan tahap pemikiran rendah dan murah bila memberi komentar sangat dangkal dan sarat dengan prejudis politik yang memualkan.

Inilah yang kami perhatikan di kalangan kumpulan yang terlalu obses dengan  politik sehingga seluruh jentera,  tenaga dan fikiran tertumpu kepada kepentingan politik dan bukan kepentingan umat dalam ertikata yang sebenar.

Politik di Malaysia nampaknya bukan lagi suatu aspek kehidupan yang bertujuan mengatur urustadbir dan membangun negara akan tetapi sudah menjadi suatu pertarungan, permainan dan percaturan yang sangat hodoh apabila aktor politik menyerang lawan dengan apa sahaja cara hatta menyebar maklumat palsu dan fitnah.

Media pencatur dan pencacar politik kian menonjolkan peranan menyebar fitnah tidak kira sama ada maklumat yang disebar itu betul atau di sebaliknya. Matlamatnya hanya satu. Rosakkan imej lawan atau paling tidak imej seorang musuh politik sekurangnya dapat dicalarkan. Itu sudah dianggap memadai untuk menjatuhnya. Walaupun ia termasuk menyebar fitnah.

Kini sentimen yang cepat dimanipulasi ialah sentimen agama kerana ia dianggap paling sensitif kepada orang-orang Melayu Islam. Pada hal matlamat yang tersirat bukan mahu membela Islam akan tetapi hanya untuk meraih peluang menghentam musuh politik.

Semua sudah sangat maklum betapa kerosakan agama sudah menjadi parah bukan sekarang akan tetapi sudah sedemikian lama. Soal orang Islam rosak aqidah pernah berkali-kali diungkap dalam pelbagai ceramah dan kuliah oleh para ulama. Namun pihak berkuasa tidak mempedulikan perkembangan yang berlaku sehingga kini keadaan menjadi sangat parah.

Sekarang apa yang sepatutnya menjadi tumpuan ialah bagaimana dengan ujudnya berbagai agensi agama yang punya kuasa yang diperundangkan, kedudukan Islam dan perlaksanaan hukumnya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sementara itu juga harus diberi perhatian  bagaimana program pendidikan dan dakwah perlu  diperkukuhkan.

Sebab itu bila pernyataan diungkap mengenai status Islam di kalangan orang Melayu, seharusnya yang perlu diberi tumpuan ialah bagaimana orang Melayu dapat mengatasi gejala terhakis keIslaman  mereka. Di samping itu juga ditumpukan apa yang perlu digerakkan untuk menyelamatkan pegangan Islam di kalangan orang Melayu.

Semua pihak harus mengelak diri dari menjadikan ia sebagai polimik politik dan saling menuduh, jauh sekali dijadi modal politik  dengan meletakkan kepentingan politik kelompok lebih utama dari kepentingan Islam itu sendiri.

Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya.

Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal.

Tidak dapat dinafikan betapa gejala orang Melayu sudah longgar pegangannya kepada Islam kini sangat mengkhuatirkan. Secara umum gejala murtad bukan suatu perkara yang dapat dinafikan sama ada diisytiharkan secara rasmi atau tidak.

Oleh itu polemik mengenainya tidak seharusnya hanya tertumpu kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi juga kepada usaha yang berkesan untuk mendidik orang Melayu khasnya dan masyarakat Islam amnya mengenai bagaimana mengujudkan kehidupan Islamiyyah dalam semua aspek.

Kami dapati kini isu kebebasan beragama tersasar jauh dari apa yang sepatutnya dibincangkan. Sementara kita menegaskan bahawa orang Melayu tidak boleh bebas murtad dan boleh pilih agama lain, kini isunya terheret dalam arena pertarungan politik  bukan untuk menyelesaikan bagaimana hendak memulihkan orang Melayu yang telah mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam.

Kami sangat kesal isu ini berlarutan dibincangkantidak bertujuan untuk menangani isu melaksanakan apa yang sepatutnya untuk memulihkan pegangan Islam di kalangan orang Melayu tetapi menyerang lawan politik di luar batas kebenaran.

Padahal yang jelas menghina hukum hudud pula dilepaskan hanya kerana beliau berada dalam kem politik yang sama. Lebih malang lagi kami mendapati ada pula ahli agama menjadi jurucakap bagi pihak beliau untuk mengesahkan bahawa pernyataan beliau tidak salah akan tetapi disalahertikan.

Kami menuntut agar semua pihak menghentikan perdebatan yang merugikan Islam dan umat Islam sendiri. Pihak agensi agama Islam yang berwewenang hendaklah memperbetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap Islam dan bekerja keras untuk mengangkat martabat Islam secara murni  bukan hanya dengan mewujudkan program yang bersifat kosmetik.

Lelaki maut dalam kebakaran rumah kedai

Posted: 11 Nov 2012 02:21 AM PST

Bernama


 
Seorang lelaki yang cacat pada kaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat di Jalan Bangsar, di Kuala Lumpur awal hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Nor Mat Yaakob, 32 dari Pasir Puteh, Kelantan dan baru sebulan bekerja sebagai mekanik di bengkel yang terletak di bahagian bawah rumah kedai terbabit.

Bahagian atas rumah kedai berkenaan menempatkan 12 bilik sewa untuk pekerja.

Abang mangsa yang hanya dikenali sebagai Nizam, berkata adiknya mengalami kecederaan kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 13 tahun lepas.

"Kemalangan itu menyebabkan dia tidak dapat berjalan secara normal," katanya ketika dihubungi.

Nizam berkata adiknya yang tinggal di Gombak terpaksa bermalam di bilik pekerja di bahagian atas premis itu memandangkan mangsa yang berulang-alik menunggang motosikal tidak dapat pulang ke rumah akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata ketika kejadian 2.35 pagi itu penghuni bilik sewa terbabit sedang nyenyak tidur.

"Tetapi mereka sempat lari menyelamatkan diri," katanya sambil memberitahu ada seorang mangsa yang terjun dari tingkat atas.

Menurutnya, bilangan sebenar penghuni belum dapat dipastikan.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Sri Hartamas dengan kekuatan 23 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan, katanya.

Khirudin berkata api berjaya dikawal daripada merebak ke premis bersebelahan kira-kira 3 pagi.

Punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.- Bernama

'Barisan' rancang himpunan dengan 1,000 NGO

Posted: 11 Nov 2012 02:18 AM PST

 
Nigel Aw


 
Umno mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan bersama 1,000 NGO pada 24 November bagi "mengumpul maklum balas" berhubung dasar kerajaan.
Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun menafikan bahawa perhimpunan tersebut berkaitan dengan persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahmad yang juga pengerusi sekretariat acara berkenaan berkata, perhimpunan tersebut bukan anjuran Umno, BN atau kerajaan dan hanya menggunakan nama "Barisan 1Malaysia".

Ditanya sekiranya program tersebut merupakan acara yang bukan kepartian, Ahmad berkata ia terpulang kepada penilaian masyarakat.

Ahmad juga menafikan bahawa acara tersebut bertujuan untuk meraih sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, perhimpunan tersebut antara lainnya akan dipenuhi dengan perbincangan dengan jabatan kerajaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka.

Sebagai contoh, perbincangan itu akan menyentuh isu sistem penguatkuasaan automatik (AES), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Hasil perbincangan itu kemudiannya akan dikumpulkan dan disalurkan kepada agensi terbabit sebagai maklum balas kepada dasar kerajaan, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur petang ini.

Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri berkata perhimpunan itu akan melibatkan NGO dari pelbagai kelompok kaum dan latar belakang.

Pojok: Anak Mami di Perantauan – Yang mana satu isteri Chong Wei?

Posted: 11 Nov 2012 02:16 AM PST

 Roketkini.com



Lee Chong Wei, wira badminton negara telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hati, Wong Mew Chew dalam majlis yang penuh gilang gemilang. Majlis tersebut pastilah menjadi sebahagian daripada sejarah besar buat kedua mempelai yang pastinya telah lama menanti untuk menjalani hari besar mereka, meraikan cinta dan kasih sayang selamanya.

Kita ucapkan selamat pengantin baru kepada keduanya. Moga kekal sehingga ke anak cucu.

Namun selain perkahwinan yang kekal bahagia, apa yang pasti akan kekal adalah satu titik hitam yang amat besar dalam sejarah majlis tersebut yang akan menjadi kelompangan maha jelik dalam kisah cinta Chong Wei serta pastinya album pernikahan mereka berdua adalah kewujudan makhluk aneh di antara kedua mempelai di meja pengantin.

Adalah menjadi adat dalam mana-mana majlis perkahwinan, tidak mengira agama, keturunan mahupun latar belakang, bahawa pasangan pengantin diraikan sebagai raja sehari dan harus beriringan bersama-sama, berpegang tangan, berbisik kata-kata cinta janji setia. Pantang besar sebenarnya untuk memisahkan kedua pengantin pada hari mereka diraikan.

Kita melihat betapa gahnya posisi isteri Perdana Menteri di antara kedua pengantin yang melahirkan rasa meluat maha hebat di kalangan rakyat Malaysia yang menonton majlis tersebut secara langsung di kaca televisyen. Ramai yang bertanya di laman sosial Twitter dan Facebook, "Siapa dia pengantin Chong Wei sebenarnya?"

Menarik juga 'perlibahasa' yang tersebar di Facebook; 'kancil sama kancil menikah, gajah menyepit kat celah'. Ini mungkin kelakar bagi sesetengah pihak, mungkin juga tidak. Namun inilah dia reaksi yang terhasil dari rasa jengkel orang ramai dengan apa yang mereka saksikan.

Sejarah akan merakamkan saat paling malang buat kedua mempelai yang sama cantik sama padan ini apabila wanita yang mendakwa dirinya First Lady of Maalaysia telah melabuhkan punggungnya di kerusi yang memisahkan antara pasangan pengantin di meja utama.

Ya betul, Chong Wei wira badminton negara. Tetapi tidak perlulah untuk jamuan makan di kenduri kahwinnya pun mesti ada jaring dan penghadang antara beliau dan permaisuri hatinya. Hatta mahu bersembang dengan isterinya pun sampai terpaksa merenggangkan leher dan badannya, seolah-olah sedang mencuba untuk mengambil pukulan smash dari Lin Dan.



Isteri Perdana Menteri telah mengganggu majlis dengan kehadirannya yang mencuri tumpuan di posisi paling ulung, di kerusi sebelah kiri pengantin lelaki. Begitu sombong sekali meletakkan dirinya sebagai fokus utama majlis orang.

Kesombongan ini melambangkan bongkaknya para penguasa dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional yang merasakan dirinya mulia dan mempunyai kedudukan tinggi sehingga merasa dirinya layak dimuliakan sebegitu rupa walaupun mencacatkan majlis bersejarah dalam kehidupan orang lain.

Chong Wei dan isteri mungkin akan terpaksa berlakon konon bebesar hati di atas kehadiran 'First Lady of Malaysia' meskipun kehadiran beliau itu telah mencacatkan majlis serta membangkitkan rasa meluat di kalangan orang ramai.

Namun pasti akan ada sekelumit rasa menyesal di lubuk sanubari wira badminton negara itu apabila suatu hari nanti setelah Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat, dan beliau sudah mampu menyuarakan penentangan beliau terhadap Datin Seri Rosmah Mansor; album perkahwinannya tetap akan dihiasi wajah isteri bekas Perdana Menteri selama-lamanya.

Pun begitu, kita doakan supaya kedua pengantin terus tabah dan bersabar dengan cemuhan orang ke atas majlis mereka yang dirosakkan oleh keangkuhan dan kesombongan manusia yang merasa dirinya berkuasa dan mulia.

Rasa menyampah yang semakin menggunung tinggi di kalangan rakyat pro-Pakatan Rakyat terhadap Isteri Perdana Menteri nampaknya kian berjangkit kepada penyokong UMNO juga yang tidak aplogetik langsung apabila dengan pantas mereka membandingkan Datin Seri Rosmah dengan isteri Timbalan Perdana Menteri yang bezanya seperti langit dengan bumi.

Itu belum kita bandingkan Datin Seri Rosmah dengan isteri bakal Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Wan Azizah. – Roketkini.com

BN masih gagal bela masyarakat India – M. Kulasegaran

Posted: 11 Nov 2012 02:11 AM PST


 

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Statistik yang didedahkan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran di Parlimen baru-baru ini yang menunjukkan hampir 70 peratus masyarakat India negara ini berpendapatan di bawah RM700 sebulan amat mengejutkan.

 Menurut Kulasegaran, berbanding dengan kaum lain, masyarakat India negara ini mempunyai kadar tertinggi dalam pengangguran, bunuh diri, jenayah, ketagihan alkohol, keciciran di sekolah malah tidak mempunyai kerakyatan.

"Ramai mereka yang hidup dalam keadaan sangat daif dan situasi yang berlaku kini mereka seolah-olah dipinggirkan dan menjadi warga kelas ketiga di Malaysia,

"Semua ini menunjukkan dasar diskriminasi terhadap kaum India oleh kerajaan BN," ujar beliau.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Perak menempelak penjelasan Dato' Devamany kononnya BN mengambil inisiatif ekonomi seperti penubuhan pasukan petugas khas yang dikepalai Menteri Datuk Seri Subramaniam, sambil menambah bahawa dasar tersebut sekadar bersifat ad-hoc (sementara) sahaja.

"Mereka melakukannya hanya untuk mendapatkan undi orang India sahaja. Kerajaan yang bijak dan prihatin akan membuat dasar jangka panjang dan mampu dilaksanakan secara menyeluruh," ujar beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan telah menunda sasaran pemilikan ekuiti 3 peratus oleh masyarakat India sehingga tahun 2020 sedangkan mereka telah mengumumkan sasaran tersebut akan tercapai pada tahun 2013.

Kulasegaran menjelaskan bahawa siapa sahaja samada individu mahupun komuniti tertindas harus mendapat pembelaan tanpa mengira batas bangsa, agama maupun kelas dalam mencapai matlamat negara maju seperti Malaysia. – Roketkini.com

Pilih PR dengan keyakinan

Posted: 11 Nov 2012 02:06 AM PST

Oleh Mazir Ibrahim



SUDAH lebih empat tahun Pakatan Rakyat (PR) terbentuk dan memerintah di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Selama empat tahun inilah ungkapan perjuangan PR untuk rakyat dibuktikan dengan pelaksanaan dasar yang selama ini didambakan semua pihak.

Memang, tidak semua yang ingin dilaksanakan sudah terlaksana. Tetapi asasnya sudah dibina menjadi lakaran untuk pemerintahan kerajaan PR pada masa akan datang khususnya pada peringkat nasional.

Dengan empat tahun ini juga, kerajaann PR berupaya menyaingi pencapaian kerajaan BN yang lebih lama memerintah baik di negeri yang diperintah BN sebelum 2008 mahupun yang masih diperintah BN hingga kini.

Melihat pada senario politik semasa, ditambah pula dengan budaya politik UMNO BN yang bersifat perkauman dan fitnah, apatah lagi dengan kekuatan jentera BN yang terus menyerang negeri PR, jika dilihat prestasi kerajaan PR ini, ia sememang satu pencapaian yang luar biasa.

Ini menjadi satu simbol keupayaan PR dalam meyakinkan rakyat khususnya penyokong dan pengundi.

Realiti pencapaian kerajaan PR

Pencapaian dan kejayaan ini bukanlah kata-kata retorik ahli politik, ia bukan imej tampalan yang dibuat jentera propaganda PR malah ia bukan manipulasi data atau fakta kerajaan negeri sebaliknya semua pencapaian ini diperakui dan disahkan oleh institusi bebas baik diperingkat domestik mahupun antarabangsa.

Buktinya, Transparency International (TI) memuji mengenai dasar kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng. TI juga mengakui keberkesanan 'good governence', dasar ketelusan terutamanya dalam aspek tender terbuka.

Begitu juga dengan laporan Ketua Audit Negara. Laporan ini mengesahkan prestasi kerajaan negeri sejak 2009 hingga 2011 bahawa pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang antara yang terbaik, termasuk negeri termaju di Malaysia iaitu Selangor yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagi Kedah dan Kelantan, sistem urus tadbir juga kekal cekap tanpa ada skandal rasuah atau ketirisan berlaku dalam pengurusan aset kerajaan negeri.

Semua pencapaian ini menjadi lebih bermakna apabila negeri PR yang kurang sumber alam mampu menjadi lebih efisien daripada  negeri yang diperintah BN dengan sumber alam yang jauh lebih banyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak yang kaya dengan gas, minyak dan balak.

Apakah makna semua ini?

Tanpa berlagak sombong, hakikatnya Pakatan Rakyat mempunyai aset bernilai sepertimana UMNO BN yang lebih lama dan berpengalaman menjadi sebuah kerajaan. PR juga memiliki pakar ekonomi, pakar kesihatan, pakar dalam bidang pembangunan sosial, pakar dalam urusan keagamaan dan pakar dalam bidang kebudayaan yang mana semua aset PR ini adalah ramuan lengkap untuk PR memimpin sebuah negara yang lebih bermaruah dalam membangunkan bangsa Malaysia.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang sudah semakin celik maklumat. Kadar buta huruf sudah menjadi sejarah, begitu juga dengan hal akses kepada kemajuan. Namun demikian, mereka bukan saja memerlukan prospek pembangunan fizikal yang lebih mapan sebaliknya keinginan rakyat Malaysia yang mahu dilayan sebagai rakyat yang bermaruah dan penuh keprihatinan.

Rakyat tidak mahu lagi ditakutkan dengan bayang-bayang perkauman, rakyat sudah muak dengan politik kebencian, rakyat juga sudah jemu dengan sistem kroni malah rakyat semakin jijik dengan aktiviti rasuah.

Mereka mahu dinilai oleh kerajaan berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka, mereka mahu bebas bersaing dalam segala bidang. Malah orang Melayu sudah tidak mahu lagi bergantung hidup dengan kerajaan, mereka mahu ruang untuk berdikari.

Namun hingga kini, kerajaan BN masih tidak memahami aspirasi rakyat sebaliknya mereka terus menyogok minda dan kehidupan rakyat dengan menabur janji dan wang bagai memberikan ayam makan.

Undi dengan kesedaran

Dan di sinilah perbezaan yang dibawa PR dalam melaksanakan agenda perubahan untuk semua. Perubahan ini membabitkan sistem urus tadbir agensi, hal ehwal pendidikan, sosial dan juga pendekatan ekonomi dan sebagainya.

Rakyat perlu disedarkan bahawa mereka mengundi bukan untuk memperjudikan nasib negara dan masa depan mereka sebaliknya mereka mengundi untuk memastikan taraf hidup mereka meningkat dalam semua aspek lebih-lebih lagi dalam aspek penting seperti pendidikan dan ekonomi. Peningkatan taraf hidup ini pastinya bertujuan untuk kehidupan yang lebih stabil dan berjaya.

Maka mengundilah kerajaan Pakatan Rakyat dengan penuh keyakinan di dada.-roketkini.com

Van TV3 Terbalik Kerana "Flash" Kamera AES (?)

Posted: 10 Nov 2012 09:40 PM PST

 
KELAB GREENBOC
 
Sebuah van tv3 telah terbalik hari ini kerana media propaganda Barisan Nasional ini adalah media penfitnah nombor 1 bagi negara malaysia, kejadian berlaku kerana dalam keadaan hujan yang menyebabkan tayar van tv3 ini tergelincir lalu menyembah bumi.

Ini mungkin kerana tv3 sudah tidak mempunyai kewangan yang cukup kerana rating mereka kini jatuh dari 3.2 juta penonton kepada hanya 900 ribu penonton saja buat masa ini, dijangkakan akan turun lagi kepada hanya 500 ribu dalam masa beberapa bulan lagi.

Untuk pengetahuan umum sebuah tayar untuk di lekapkan pada van tv3 ini adalah rm 300 sebuah dan rm 1200 jika penukaran keempat empat tayar sekaligus, budjet tv3 sudah tidak lagi mencukupi untuk menukar tayar kerana pendapatan mereka semakin merosot dan bakal muflis kerana tiada siapa lagi generasi masakini mahu menonton media penfitnah nombor 1 ini.

Pendapatan tv3 semakin merosot kerana media penfitnah untuk Barisan Nasional ini di dapati hanya membuat ulasan ulasan yang berkepentingan pada pemerintah Barisan Nasional.

Oleh kerana itu ianya di boikot oleh hampir 80% anak muda malaysia.

Mengikut saksi di tempat kejadian, dalam keadaan hujan lebat, van yang di pandu ini telah di flash oleh kamera AES yang berada di tempat kejadian, ini menyebabkan pemandu panik kerana menyangkakan ianya adalah kilat atau petir dari langit yang mungkin telah menyambar van tv3 tersebut.

Lalu telah mengelapkan seketika pandangan matanya, hilang kawalan dan seterusnya terbalik akibat daripada rasa takut kepada cahaya kamera AES yang menyilaukan mata itu.


by @tiewnama - jalanraya pun tak terima van media penfitnah no 1 negara. kahkahkahkah

Guru Cemerlang Naik Gred41 Tanpa Perlu Hadir Temuduga Dengan Syarat….

Posted: 10 Nov 2012 09:14 PM PST

 Staff Berita Semasa
 
Guru Cemerlang DG41 Guru Cemerlang Naik Gred41 Tanpa Perlu Hadir Temuduga Dengan Syarat....

Guru cemerlang : Ya….berita mengenai guru baru-baru yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebenarnya keistimewaan yang diberikan diberikan kepada guru, guru besar, pengetua yang melanjutkan pelajaran samada sepenuh masa atau PJJ. Mereka-mereka ini dahulu lagi sudah ditemuduga untuk pengesahan jawatan.

Walaubagaimanapun, lantikan baru tetap kena menghadiri temuduga juga. 

Guru Cemerlang Ijazah Separuh Masa, PJJ, Boleh Naik Gred DG41 Tanpa Temuduga

SEREMBAN – Guru cemerlang, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu hadir temu duga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, guru cemerlang berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temu duga.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian, akan dilantik terus tanpa proses temu duga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.

Pada bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.
Bagi kami, ini strategi merupakan antara strategi & usaha pihak kerajaan buat banyak insentif kepada kalangan guru untuk tujuan menarik lebih ramai pelajar cemerlang dalam pelajaran untuk menyertai profesion perguruan ini. Ini kerana kalangan pelajar cemerlang hari ini dilihat lebih berminat & cenderung dengan profesion lain seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi, perundangan dan sebagainya.

Yang paling pentingnya, pelajar-pelajar di masa akan datang akan mendapat lebih ramai guru yang lebih berkualiti, cekal & bersemangat tinggi bagi mendidik anak bangsa kita bagi menghasilkan bakal "rakyat & pelajar yang ada kualiti" daripada kilang yang juga "berkualiti" (kalangan guru cemerlang)

476 usul dibahas dalam perhimpunan agung Umno 2012

Posted: 10 Nov 2012 09:11 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Sebanyak 476 usul daripada 191 bahagian Umno dipersetujui untuk dibahaskan dalam perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 November hingga 1 Disember ini.

Naib Presiden Umno yang juga pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak.

"Usul-usul yang akan dibentangkan kali ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu usul ekonomi yang akan diselaras Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, usul agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul pendidikan serta sosial dikendali oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya dalam situ sidang media di ibunegara semalam.

Beliau berkata perjalanan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diselaraskan dengan lebih terperinci dan mesyuarat jawatankuasa susulan akan digerakkan bagi menambah lebih ramai jawatankuasa untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar.

Hishammuddin berkata perhimpunan agung Umno 2012 iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 itu dianggap sebagai persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti. Bernama

Tiga polis direman, wanita asing dakwa dipaksa laku seks

Posted: 10 Nov 2012 09:10 PM PST

Bernama


 
Tiga anggota polis ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata polis kini menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu.
  
"Kita tidak akan melindungi anggota polis berkenaan sekiranya terbukti mereka terbabit dalam kejadian tersebut," katanya kepada Bernama.

 Terdahulu, Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan, yang juga Penyelaras BN Parlimen Bukit Mertajam, memberitahu satu sidang akhbar bersama wanita itu berkata dakwaan tersebut sangat serius dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan teliti.- Bernama

PBNJ sedia berbincang

Posted: 10 Nov 2012 09:05 PM PST

MOHD FIRDAUS YON
Foto: www.atmfa.my


Mat Yo
PBNJ berharap Kafa dapat membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk melepaskan Mat Yo (kiri) bagi saingan Liga Malaysia 2013.
 
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia untuk bertemu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi membincangkan lebih lanjut perpindahan penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, PBNJ masih menanti jawapan balas setiap surat dan tawaran yang diberikan kepada Kafa sehingga ke hari ini bagi mendapatkan khidmat Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.

"Kita masih belum dapat membuat keputusan mengenai Mat Yo. Kafa sendiri belum menjawab surat dan tawaran yang PBNJ berikan bagi mendapatkan Mat Yo.

"Bagaimanapun, kita difahamkan Mat Yo sendiri sudah menghantar surat kepada Kafa untuk melepaskannya berhijrah ke pasukan Johor untuk Liga Malaysia musim hadapan. Kita masih menunggu reaksi positif daripada mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tanpa mendedahkan tawaran yang diberikan kepada Kafa, Suhairi berkata, Kafa diharapkan dapat membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk melepaskan Mat Yo berdasarkan tawaran berkenaan.

"Kita sendiri tidak tahu sama ada mereka setuju atau tidak dengan tawaran diberikan. PBNJ sendiri sudah mengikut prosedur untuk melamar Mat Yo tanpa melanggar sebarang undang-undang dan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Umpama adat meminang anak dara orang, kita sudah merisik mereka dengan surat dan tawaran, cuma Kafa belum memberikan sebarang jawapan. Sebelum ini, PBNJ juga sudah menghantar surat mengajak Kafa untuk berbincang," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Kafa bersedia untuk merungkai segala masalah yang timbul berhubung isu perpindahan Mat Yo, selain menyatakan kesediaan untuk berbincang empat mata jika PBNJ benar-benar mahukan khidmat penyerang terbabit.

Sebelum ini, Mat Yo juga dilaporkan merayu agar Kafa tidak merumitkan urusan perpindahannya ke Johor dan melihat penghijrahan berkenaan dari sudut positif, termasuk memikirkan masa depannya.

Temui tentera yang hilang: Anggota Unit Amal jadi wira

Posted: 10 Nov 2012 09:00 PM PST

Muhammad Faeez Azahar,


KUALA KANGSAR: Dua anggota Unit Amal menjadi wira apabila berjaya menemui mayat anggota tentera berpangkat koperal yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, 7 November lalu.

(2 anggota Unit Amal diraikan dan dinobatkan sebagai wira apabila berjaya dalam kerja mencari anggota tentera yang hilang)

Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama dikawasan itu.

Abdul Rahim Syukor, 61, bersama Mohd Adib, 21,ditugaskan oleh Unit Amal Perak untuk membantu operasi mencari mayat anggota tentera tersebut yang dilaporkan hilang beberapa hari.

Abdul Rahim berkata, beliau bersama seorang lagi anggota Unit Amal itu melapor diri di Bilik Gerakan Bomba di Ladang Holiwood.

Menurutnya, di peringkat awal, mereka tidak dibenarkan menyertai bersama 117 anggota penyelamat yang lain atas alasan keselamatan.

Namun, mereka berdua tekad untuk turun membantu mencari anggota tentera yang hilang tersebut.

"Lebih kurang 10 minit sahaja kami mencari, kami telah menjumpai mayat tersebut di sebuah paya dalam kebun getah.

"Kami jumpa dalam keadaan yang sangat singkat sedangkan 177 anggota penyelamat yang lain sudah mencari berapa sejak beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas diraikan dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Amal yang menghantar hanya dua orang petugas.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss memberikan sagu hati meraikan kejayaan Unit Amal walaupun di dalam akhbar arus perdana tidak langsung menyebut bahawa anggota Unit Amal yang menjumpai mayat tersebut.

Raja Ahmad berkata, beliau bangga dengan kejayaan ini dan seharusnya mereka diktiraf oleh semua pihak.

"Walaupun tidak memberi sebarang elaun mahupun gaji, namun mereka istiqamah membuat kerja-kerja kebajikan," jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Ulasan sindir Himpunan Rakyat hambar, terhangat

Posted: 10 Nov 2012 08:58 PM PST

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Ulasan blog http://www.erapasca.com menyindir laporan media perdana mengenai sambutan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban merupakan artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-45.

Di tangga kedua ialah laporan blog http://omakkau.blogspot.com mengenai kain rentang yang dipasang di jejantas jalan kaki bagi menunjukkan bantahan "rakyat" Negeri Sembilan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, Sabtu lepas.


Perbahasan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dengan ulama muda Umno Fathul Bari pula menduduki tempat ketiga.

Berita "Kapal" yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima ialah berita Universiti Nasional Singapura (NUS) membuat keputusan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar Malaysia, Alvin Tan Jye Yee, blogger seks yang menjadikan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai idolanya.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 4 November hingga 10 November, 2012.

1
Pecah Berita! Hanya 30 orang saja hadir perhimpunan kebangkitan rakyat
2
Kain rentang ugutan, himpunan rakyat di Seremban hambar?
3
Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari
4
"Kapal" wang ihsan karam di Sungai Kelantan
5
Pelajar yang jadikan Chua Soi Lek idolanya dihukum
6
Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz
7
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
8
Himpunan bantah Nurul Izzah, fitnah - Nasrudin
9
Gambar terbaik perangkap had laju, terhangat
10
Ribuan Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi

Veteran Umno Johor mengakui Umno semakin NAZAK..

Posted: 10 Nov 2012 08:56 PM PST

Addin,


Rupanya, bukan setakat pemimpin Umno kanan yang terasa bahang kekalahan, malah orang Umno pencen yang pernah makan gaji dengan kerajaan pun sudah mula serabut kepala.

Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Zahid berkata lagi, ini kerana pilihanraya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga masa depan Barisan Nasional (BN).

Tambahnya lagi, "Pakatan Rakyat yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan negara ini.

Ugutnya lagi, "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi (Melayu) selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan yang bermula semalam.

Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BN.

"Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya.

Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.

"Orang Melayu mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya.

Seramai 545 anggota veteran Umno seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini.

Perdana menteri, Najib Altantuya juga tidak menolak kenyataan pahit sambil mengugut bahawa Umno dan BN tidak akan kembali berkuasa buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Ditambah lagi dengan statistik bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berjaya memperolehi 128 kerusi parlimen sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh dua bulan setakat 30 September lalu.

Veteran Umno dari Johor yang ditemui turut melahirkan rasa cemas dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Pakatan Rakyat kini bukan setakat berjaya menembusi kubu kuat Umno di negeri itu, malah sambutan hebat turut diterima dari warga peneroka Felda yang selama ini menjadi antara simpanan tetap Umno dan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Ujarnya lagi, generasi kedua dan ketiga Felda yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif menerusi internet dan laman sosial turut menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Umno di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun.

Mendedahkan satu maklumat sulit yang diperolehinya, dia mengakui beberapa kerusi parlimen BN di Johor seperti Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan Labis sudah tidak selamat ekoran kaum bukan Melayu kini secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka merupakan ahli parti komponen BN, terutamanya MCA dan MIC.

Tambahnya lagi, sekiranya fenomena ini berterusan, ramalan menteri besar, Ghani Othman bahawa 15 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu bakal ditawan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan.

Inilah yang membimbangkan veteran Umno tersebut yang enggan disiarkan namanya atas faktor keselamatan selepas persidangan tamat kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau secara terbuka meminta veteran Umno supaya turun membantu pemimpin pelapis peringkat pergerakan pemuda dan puteri dari segi pengalaman dan sokongan moral bagi mengekang pengaruh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya "berbahaya bagi masa depan orang Melayu". ~jalanpulang

Pelaburan di Selangor RM6.9 bilion, tertinggi di Malaysia

Posted: 10 Nov 2012 08:54 PM PST

Nazli Ibrahim, Selangorku,


(Khalid semasa merasmikan Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012)

SHAH ALAM: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.

Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.

Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.

Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian 'Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.

"Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.

"Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi  berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain," kata Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.

Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.

Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.

Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times.

PAS Selangor turut umum deklarasi harta calon PRU

Posted: 10 Nov 2012 08:51 PM PST

Harakahdaily,

SHAH ALAM: Nampaknya cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta semakin mendapat sambutan di semua peringkat PAS.

Terkini, PAS Selangor turut mengumumkan bahawa akan memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Pemuda PAS yang bercadang untuk membuat deklarasi harta di kalangan exconya, walaupun tidak semuanya menjadi calon pilihanraya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily berkata cadangan Pemuda PAS itu amat baik dan perlu disokong.

"Calon PRU-13 PAS Selangor juga akan turut serta membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat dan melawan Umno," kata beliau.

Jumaat lepas, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Cadangan tersebut disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mustafa berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

Manakala, Tuan Ibrahim yang juga selaku Pesuruhjaya PAS Pahang mengumumkan bahawa calon PRU13 PAS Pahang akan turut serta membuat deklarasi harta.

"Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen," kata Tuan Ibrahim.

Bagi Mustafa, beliau percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Tiada ulasan: