Nuffnang

Pengikut

bumiperak

sumber :-

bumiperak


Nurul Izzah Tak Bernasib Baik Kerana Berada Dipihak Pembangkang

Posted: 09 Nov 2012 08:06 AM PST

KOTA BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Siti Kasim (gambar), seorang peguam dan salah seorang penganjur Seksualiti Merdeka yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum bertopik 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab'di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.

Transkrip seperti dipetik portal Mkini yang agak rumit,

Nurul Izzah: Yes, umm, but the idea itself, I think, goes back. And when you ask me, there is no compulsion in religion, even Dr (Ahmad) Farouk (Musa) quoted that verse in the Quran. How can you ask me or anyone, how can anyone really say, 'Sorry, this only apply to non-Malays.' It has to apply equally… apply equally. The audience applauds.

"Dan, apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran. Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, 'Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)". Hadirin bertepuk tangan.

Nurul Izzah: In the Quran, there is no specific terms for the Malays. This is how it should be done. So I am tied, of course, to the prevailing views but I would say that.
So what you want is of course in terms of quality. You believe so strongly in your faith, that even me, being schooled in Assunta with a huge cross in the hall and an active singing Catholic society will not deter you.
The bell rings and the moderator thanks the speaker. The audience applauds as Nurul Izzah leaves the hall.

"Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu. Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya. Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya". 
(Loceng berbunyi menanda masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).

Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.
"Beliau menjelaskan 'sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam dan jawapan saya menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….' – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia."
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya, www.nurulizzah.com.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT