Isnin, 19 November 2012

bumiperak

bumiperak


Hujah 'Nik Aziz Dakwa UMNO Murtad'

Posted: 19 Nov 2012 06:47 AM PST

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini (Isnin 19 Nov) yang menulis 'NIK AZIZ DAKWA UMNO MURTAD' adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya. Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-allah saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini." ujar Nik Aziz di Facebook.
MSO: Kenyataan dan ulasan Nik Aziz, Umno sebagai murtad adalah benar dan persepsi cermin keyakinan agamanya. Apabila Umno tidak mahu melaksanakan Islam dan hanya bercakap saja, ianya ada ciri-ciri munafik dan murtad. Murtad bukan sahaja meninggalkan agama Islam dengan memeluk agam lain. Murtad ialah seseorang yang tidak patuh dan ingkar atau bertindak di luar batas-batas syariat Islam. Sesetengah ulamak menghukumkan pesalah murtad dengan hukuman mati.

Berdasar takrifan itu tepat kalau Nik Aziz merasakan Umno sudah murtad. Ada beberapa bukti jelas yang Umno menolak Islam. Enggan melaksanakan hudud, malahan memperlecehkan hudud adalah sebahagian tanda-tanda keingkaran kepada agama, ia juga murtad. Tidak menempati janji-janji sebagai pemerintah seperti mana disuruh oleh Quran, adalah ciri-ciri murtad.

Jadi Umno kena akur kepada apa yang Nik Aziz kata. Dengan menyerang Nik Aziz, Umno tidak akan mendapat apa-apa kelabaan, melainkan letih dan lelah semata-mata. Nik Aziz tidak boleh dikalah dengan peluru dan serangan hendap. Tubuh Nik Aziz kalis dengan peluru dan dia sendiri sudah mangli dengan serangan-serangan berbentuk moralis. Dia sudah kebal dan keramat. Kekebalannya bukan dia menuntut ilmu batin tetapi kerana keyakinan dan sokongan rakyat ke atas istiqamahnya dalam beragama. Jalan keluar bagi Umno dalam berhadapan dengan pembangkang terutamanya Pas ialah, Umno harus mencuba melaksanakan beberapa tuntutan politik yang Pas inginkan yang juga berkebetulan sehasrat dengan Umno. Perkara pokok sekali ialah Umno isytiharkan bahawa Quran dan hadith adalah pegangannya. Tidak salah kalau Umno meralatkan atau bertaubat atas dosanya itu. Jika Umno berbuat demikian, nescaya Nik Aziz dan Pas akan mati akal. Umno juga akan mendapat dua pahala, pahala meninggalkan kemungkaran, pahala kerana menegakkan kebenaran. Di sini relatifnya Umno memperolehi pahala lebih banyak dari Pas?

Percayalah dengan menyerang, memburuk-burukkan Pas ia tidak akan memberi bekas. Apa lagi pemburukan itu dilakukan oleh orang yang ditohok oleh Pas. Pas kini umpama sinar terang yang tidak akan bertambah dengan sinaran bikinan manusia seperti Umno. Carilah lampu yang berkuasa tinggi mana sekali pun sinar yang ada kepada Pas yang terpancar dari langit yang bersalutkan Nur Islam tidak akan terlawan.

Kehadiran Umno dengan membawa cerita-cerita di mulut yang mahukan kepada Islam tidak ubah sebutir mentol kalimantang yang digantung di langit pada waktu siang tatkala mentari 'terik mengeni'. Kehadirannya tidak akan terasa dan dirasai sedikitpun. Tambahan hari ini, bukan saja Melayu yang beriman, tetapi yang kafir; Cina, India, Dayak, Iban dan segala macam juga turut sama mahu tumpang berteduh di bawah lambayung Kaabah bikinan Pas. Soalnya kenapa Umno tidak sudi untuk sama-sama membina Kaabah bersama Pas dan selama mana Umno mahu menjadi tentera Abrahyah? - 

Tiada ulasan: