. |
Sistem Jaringan Hubungan Perakan Very Poor? Posted: 24 Nov 2012 06:12 PM PST BIDASAN PAGI Peranan pengundi luar amat penting dalam menentukan kekalahan dan kemenangan dua parti terbesar di Kelantan iaitu Pas dan Umno. Realitinya kekuatan kedua parti ini di Kelantan hampir sama rata, iaitu sekitar 30 peratus. Manakala peratus kemenangan pula tidak pernah lebih daripada 50% undi. Mereka selalu 'berambat' di antara 51 hingga 55% undi saja.
Mana-mana parti yang dapat mengaut undi luar terbanyak mereka akan menang. Sokongan dan pilihan bagi pengundi luar pula tertakluk kepada isu semasa atau persekitaran politik ketika pilihan raya umum itu diadakan. Dalam kata lain keputusan pilihan raya di Kelantan senantiasa munasabah dan realistik. Hari ini jumlah pengundi luar Kelantan ialah sebanyak 150,000 iaini mewakili 15% pengundi Kelantan keseluruhanya yang melebihi 600,000 pengundi. Lembah Klang merupakan tempat paling banyak menempatkan pengundi luar. Perpindahan kerana mencari rezeki menjadikan faktor kenapa lembah Klang ramai pengundi luar dari Kelantan. Bagi Pas dan Umno mereka mengambil perhatian berat kepada pengundi luar kerana tahap kesedaran pengundi luar Kelantan adalah tinggi. Mereka bertanggungjawab melaksanakan tugasan peribadi mereka bagi menentukan warna politik di Kelantan. Walaupun mereka berada ribuan batu termasuk di Sabah dan Sarawak mereka tetap akan pulang untuk menunaikan hak. Ada setengahnya sanggup mengambil cuti tanpa gaji hanya untuk mengundi. Tahap kesedaran tinggilah menyebabkan pengundi luar menjadi faktor kalah menang. Menyebabkan parti politik memandang berat dan melayan pengundi luar sebagai istimewa. Baik Umno maupun Pas akan menyediakan wang tambang kepada pengundi luar mengikut kemampuan masing-masing. Sejak beberapa bulan lalu kedua-dua parti itu sedang memberi tumpuan berat kepada pengundi luar. Untuk memastikan pengundi luar pulang dan mengundi mereka berbagai program diadakan dan pendekatan menjinak pengundi luar dilakukan. Salah satu cara atau instrument untuk mendapatkan pengundi luar digunakan Ngo dan juga badan-badan yang ada kaitan dengan sosio budaya Kelantan yang ada di Kuala Lumpur atau kawasan luar lain. Badan atau Ngo yang merit kepada Umno atau kebetulan pemimpunnya Umno akan mengaturkan program untuk menambat hati pengundi luar agar menyokong mereka. Begitu juga dengan yang menyokong Pas akan berbuat untuk membantu Pas. Secara asasnya ada dua bandan yang menguruskan pengundi luar. Pertama, persatuan Pakatan Datulnaim, sebuah persatuan menghimpunan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur. Kedua Perakan, Persatauan Anak-Anak Kelantan di Perantauan. Pakatan secara terang-terang dan teger menjadi alat kepada Umno, manakala Perakan pula menjadi alat atau suruhan kepada Pas. Semua program dilaklukan oleh kedua-dua persatuan ini terarah dan terfokus kepada pengundi luar, dalam erti kata lain Perakan untuk memastikan kerajaan Pas Kelantan kekal manakala Pakatan pula mahu memastikan BN menang di Kelantan. Dari segi usia Pakatan Darul Naim lebih lama ditubuh berbanding dengan Perakan. Ia wujud sejak tahun 80-an manakala Perakan diwujud selepas Pas memerintah Kelantan kali kedua sekitar tahun 90-an. Dari gaya dan keahlian, anggota Pakatan Darulnaim lebih gah dan elis kerana kebanyakan pegawai tinggi kerajaan menyertai persatuan tersebut. Bila bercakap soal dua persatuan yang menjadi mediator di antara rakyat Kelantan dengan kedua-dua parti itu dan juga sebagai pengurus pengundi luar, sukaciata saya hendak mengisahkan sedikit dengan membandingkan di antara keduanya. Semoga perbandingan ini dapat diambilterima oleh pemimpin persatuan kedua-dua persatuan itu. Dalam mata saya ada kelemahan ketara kepada Perakan yang mana ianya tidak berlaku kepada Pakatan Darunaim. Tidak tahulah apakah kes yang saya alami ini kes terpencil. Apa yang dimaksudkan mengenai penyebaran maklumat ataupun penyeliaan jaringan maklumat. Perakan nampak ke terbelakang dalam hal ini. Saya tidak mahu menyebut lebih jauh tetapi cukup sekadar mengambil kira apa yang saya alami sendiri. Saya sering dihubungi oleh pihak Pakatan Darulnaim apabila mereka mengadakan sesuatu program dan majlis. Walhal saya tidak pernah mengisi borang persatuan itu sejak mula hingga kini. Namun ternyata orang-orang dalam Pakatan bersikap mesra alam dengan saya. Juga saya tidak pernah menghadiri apa-apa program anjuran persatuan itu, seperti mana saya kerap menghadiri program Perakan. Namun mereka tetap menghubungi dan memaklumkan saya apa-apa acara mereka. Tidak ada kerajinan dalam Perakan seperti mana Pakatan Darulnaim dalam mengerah orang. Kemudahan IT terutamanya Fb dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak diguna seoptiumnya. Hampir setiap kali Pakatan Darunaim mengadakan majlis, baik kenduri, ramah mesra hari raya, kematian dan sebagainya dimaklumkan kepada saya. Saya pasti nombor saya sudah ada dalam lis sistem maklumat Pakatan Darulnaim. Dengan berpandu ini maka jelas Pakatan Darulniam jauh ke depan dan peka kepada kepentingan maklumat disebarkan. Walaupun orang dihubungi tidak hadir, tetapi ia sudah cukup untuk menyampaikan maklumat memberi tahu ada majlis atau sesuatu yang dilakukan. Setidak-tidaknya penerima padahan itu tahu yang persatuan itu masih bernyanwa. Seperti saya nyatakan tadi, tidak berlaku situasi ini kepada Perakan. Saya sendiri hanya dihubungi apabila ada kepentingan langsung dengan saya. Misalnya baru-baru ini semasa saya melancarkan kutipan derama untuk pembinaan lebuh raya rakyat (LRRK), saya dihubungi oleh berbagai orang dalam Perakan yang memberi tahu mereka mengadakan majlis penyerahan derma tabung pembinaan kepada Tok Guru Nik Aziz. Saya dihubungi agar ikut sama menyerahkan sumbangan. Sikap ingat waktu berkehendak dan ada kerja itu, menampakkan akan kemunafikan orang-orang dalam Perakan. Mereka hanya menjadi mesra alam, ingatkan kawan apabila mereka memerlukan sesuatu daripada kita. Padahal apa salah kalau sikap mesra alam itu diamalkan berterusan. Perkembangan ini membimbangkan dan menyebabkan timbul persoalan sejauh mana Perakan berjaya memainkan peranannya menjinakkan pengundi luar. Kalau sikap ingat waktu perlu, lupa bila tidak perlu, ia akan membawa keburukan kepada persatuan itu sendiri dan natijahnya kepada Pas Kelantan. Ingatlah orang boleh memaafi kalau berlaku kesilapan sekali atau dua, tetapi tidak mungkin kalau ianya berulang berkali-kali. Saya timbulkan ini bukan untuk saya tetapi untuk... nun orang lain yang ramai. Orang yang faham tugas dan tanggungjawab, tahu bahawa Perakan hanya sebuah badan hamba, mungkin tidak akan mengambil hati, tetapi bagaimana yang tidak memahami hakikat ini, yang melihat Perakan adalah mata telinga khas kerajaan yang diberikan bantuan dan wang ringgit? Terlanjur menyebut Perakan, ingin juga disebut megenai kelembaban dan streotaip program-program anjurannya. Majlis bewah temu mata dan makan gulai kawah serta dihiasi dengan dikir barat rasanya sudah tidak berapa relevan lagi. Sesuai dengan kebanyakan ahliyang sudah canggih, berilmu dan profesional elok kalau kepimpinan Perakan memikirkan perubahan dalam pengisian program persatuan itu. Selain mengekalkan program tradisi tetapi harus ada program yang lebih dinamik dan bermakna untuk membantu kerajaan Kelantan. Mungkin kita tidak mahu nanti orang akan kenal Perakan sebagai makan gulai kawah, berdikir barat dan cabut nombor bertuah bagi hamper. Itu saja. [wm.kl.9:57 am 25/11/12] | ||||
Pejalan Kaki Anti Lynas Sudah Memasuki Ibu Kota Posted: 24 Nov 2012 03:23 AM PST SENGGANG PETANG Mungkin kepentingan kita tidak sama dengan sekumpulan pejalan kaki yang sanggup berjalan kaki beratus batu kerana memprotes projek Nadir Bumi (Lynas) di Kuantan Pahang, namun ia bukan sesuatu yang elok diketawakan. Mereka ada keperluan dan terdesak berbuat demikian kerana memikirkan masalah masa depan mereka jika projek itu diteruskan. Mungkin ada dikalangan kita juga tertawa dan anggap kerja mereka itu memenatkan badan saja.
Tidak timbul soal apakah projek Lynas yang kontroversi itu mendatangkan bahaya atau tidak. Yang penting usaha dan kesungguhan mereka dalam menyuarakan hak dan kepentingan mereka adalah sesuatu yang munasabah dan serius. Walaupun kedua-dua pakar baik di sebelah pembangkang dan kerajaan memberi jaminan ianya selamat ia tidak bermakna protes seperti itu untuk sejagat tidak diperlukan. Mereka sebenarnya sedang mencatat sejarah dan rekod baru di negara ini. Esok kalau berlaku apa-apa musibah pakar yang memberi jaminan itu perlu bertanggugjawab kerana memberi perakuaun projek nadir bumi itu selamat. Jika projek itu meragut nyawa ataupun mendatang malapetaka kepada manusia sehingga membawa maut dan sebagainya mereka juga harus dihukum setimpal dengan musibah itu. Dunia akan menyaksi dan menjadi saksi. Rombongan pejalan kaki yang bermula dari Kuantan Pahang menuju ke Dataran Meredeka sejauh lebih 300 kilo mter kini sudah pun sampai di Kuala Lumpur sebelum Asar tadi. Mereka memulakan membuka langkah menuju ke Kuala Lumpur 13 November lalu berjalan selama 12 hari siang dan malam. Baru sekejap tadi saya menjenguk mereka, yang kini sedang berihat di Koleh Universiti Zulkefli Muhammad (KUIM) di Taman Melawar Gombak. Kebanyakan masih keletihan tetapi gembira dan ceria kerana kembara mereka akhirnya hampai sampai ke destinasi. Esok mereka akan memasuki memulakan cabaran klimeks memasuki Dataran Mereka dan membuat aksi demonstrasi di sana. Seorang peserta dikenali dengan nama Chen 50, dari Kuantan Pahang memberi tahu perjalanan itu sungguh memenatkan tetapi seronok. Seluruh kedua telapak kakinya pecah dan betis merasa pegal-pegal. Namun katanya bila sampai sini semua hilang. "Sakit, rasa tidak mahu meneruskan lagi, kaki dua-dua sakit ... tetapi anih bila sampai sini semua baik," katanya sambil menunjukkan kedua belah kakinya yang melecur dan kemerah-merahan.
Ditanya lagi apakah sekiranya ada lagi progam seperti itu dia akan ikut, katanya dia akan ikut sambil menegaskan; "untuk rakyat kita akan buat apa saja. Bukan kita saja-saja suka berjalan kaki tetapi kita minta itu Lynas di hentikan. Siapa mahu jalan begitu jauh ho?" katanya. Sebahagian besar peserta kini sedang berihat dan ada yang nyenyak ketiduran di dewan besar Fadzil Noor di KUIM itu. Mereka akan bermalam di sana dan esok akan berarak memasuki Dataran Merdeka. Beberapa orang kanak-kanak kecil juga kelihatan berada di situ. Seorang perta bila ditanya mengenai kanak-kanak itu memberi tahu mereka juga ikut berjalan kaki sama. "Saya nampak mereka berjalan kaki, tetapi mungkin lebih banyak mereka menaiki kereta, kerana ada beberapa buah kereta mengiringi perjalanan kami," ujarnya sambil mengemaksan Facebooknya. Malam ini satu cermah ringkas akan diadakan di Melawat di mana ia melibatkan Timbalan Presiden Pas, Muhammad Sabu, Yang Dipertua Pas kawasan Batu, Ishak Surin dan ketua rombongan pejalan kaki itu, Wong Tack. [wm.kl.7:22 pm 24/11/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan