. |
Ariffin Atira Layak Lawan Awang Adek Posted: 20 Nov 2012 07:24 AM PST RENUNG MERENUNG Kegagalan usaha pihak tertentu untuk meletakkan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh bertanding di kerusi parlimen Bachok bagi berhadapan dengan Ketua Umno Bachok, Awang Adek Hussein memberi kelegaan sementara buat bekas calon bakal MB Kelantan tahun 2008 itu.
Bagaimana pun kegagalan atau salah perkiraan (teori songsang) pihak tertentu menyebabkan hasrat itu berkecai di tengah jalan dan ini melegakan Awang Adek. Satu program untuk menjaja Zaiyadi sebagai calon Bachok yang diadakan baru-baru ini gagal kerana kurang mendapat sambutan seperti mana diharapkan. Majlis itu yang pada mulanya akan turut dihadiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Husam Musa tidak berjalan seperti mana diharapkan apabila kedua tokoh itu 'pulau' majlis tersebut. Khabarnya sepanduk menguar-uarkan kedatangan mereka berdua sudah pun dipasang dimerata tempat termasuk disebar dalam Fb. Menurut program asalnya Tengku Razaleigh dikhabarkan akan diarak menaiki kereta kuda di samping pertunjukkan tarik tali di antara gajah dengan bloger dan facebooker yang mendokong Ziyadi. Digumba sebanyak empat ekor gajah akan dibawa ke Bachok. Bagaimana pun majlis itu bermasalah apabila ia tidak mendapat persetujuan seratus peratus dari pihak Pas Bachok. Katanya Pas Bachok tidak dibawa berbincang sama, sebalik hanya mahukan penyokongnya saja memenuhi majlis itu. Pertelingkahan itu memberi gambaran bahawa usaha atau plan hendak membawa Zaiyadi itu telah ditolak awal-awal lagi oleh Pas Bachok. Nasib baiklah Zaiyadi tidak begitu terdesak dan 'gelenyer' sangat untuk bertanding di Bachok kalau tidak bekas ketua pemuda Umno itu boleh jadi kempunan dan frust menungging. Bagaimana pun kelegaan Awang Adek itu hanya bersifat sementara saja. Beliau mungkin terlepas untuk berdepan dengan Zaiyadi, tetapi beliau tidak akan bebas menghembuskan asap cerok di pantai Irama. Selain Zaiyadi katanya ada muka-muka yang disua untuk berhadapan dengannya di mana orang ini juga tidak kurang hebatnya bahkan lebih relevan berbanding dengan Zaiyadi. Awang Adek tidak boleh memandang rendah dan merasakan dia selamat tanpa Zaiyadi. Sebenarnya dari konteks Pas, orang Pas sendiri jauh lebih baik dari Zayadi. Setidak-tidaknya kalau Pas meletakkan orangnya, semua orang Pas akan memberi sokongan padu. Sebaliknya kalau Zayadi diletak baik bertanding atas tikit Pas atau PKR belum tentu lagi Ziyadi disokong. Apa lagi Zaiyadi sampai kini masih menggengam kad keahlian Umno di dalam tangannya. Tokoh-tokoh Pas Bachok seperti Hassan Mahmood, Omar Mohamad, Wan Nik Wan Yusuf atau pun ketua pemuda Pas, Marzub Shaari antara nama-nama yang boleh dipadankan dengan Awang Adek. Mereka ini jauh lebih menyenangkan pengundi khasnya dari kalangan Pas berbanding Zayadi. Hasan Mahmood adalah Adun Tawang sudah tiga peggal dan pernah menjadi Exco semua orang Bachok termasuk ikan kembung, selayang dan seluan mengenali Hasan. Jadi tidak ada masalah kalau Pas meletakkan Hassan untuk berlaga dengan Awang Adek. Tetapi katanya Hasan tidak berminat untuk ke parlimen, beliau lebih suka dan selesa menjadi wakil rakyat biasa saja di Tawang. Begitu juga dengan Omar, Adun Perupok ini sudah empat penggal dan juga bekas Speaker Dun Kelantan dan bekas Exco. Omar merupakan tokoh Pas paling lama dan berprestaj di Bachok. Tetapi Omar juga tidak bersedia untuk bertanding di parlimen. Beliau sendiri merasakan elok kalau beliau bersara saja dalam politik. Tetapi kalau Pas "kasik" calon, Omar boleh dijadikan pertaruhan. Rasanya kalau setakat untuk mengalahkan Awang Adek, Omar masih mampu. Paling afdal bagi Omar ialah melepaskan kerusinya kepada orang muda seperti Marzub dan lain-lain. Wan Nik juga boleh diletakkan sekali lagi berdepan dengan Awang Adek. Tanpa digumba-gumbakan Wan Nik sebelum dikalah Awang Adek tahun 2004, tetapi Wan Nik terlebih dahulu mengalahkan Awang Adek tahun 1999. Realiti ini menjadikan Wan Nik tidak perlu takut dan bimbang kalau diletakkan bertembung dengan Awang Adek. Secara adilnya Wan Nik belum kalah kepada Awang Adek. Tetapi Wan Nik sendiri katanya tidak berapa minat untuk bertanding. Dia yang kini Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan (JPP) lebih menumpukan kepada tugas itu bagi menjamin Pas menang dan dapat mengekalkan Kelantan. Tanggungjawab sebagai pengarah adalah besar dan sangat berat. Dibahunya nantilah tertanggungnya segala bebanan pilihan raya. Ekoran 'penolakan' ketiga-tiga tokoh itu menyebabkan Ketua Pemuda, Marzub dicagarkan oleh Pas Bachok untuk berdepan dengan Awang Adek. Marzub juga katanya sudah membuat persiapan dan mengelisik bulu untuk berhapdan dengan Awang Adek. Bagaimana pun, kemungkinan ini menjadi persoalan beberapa pihak apakah Marzub layak dan sesuai untuk berdepan dengan Awang Adek seorang timbalan menteri dan dikatakan mempunyai banyak wang? Memang benar, kedudukan Awang Adek di dalam Umno Bachok hari ini bak duduk dalam perahu besar yang sudah bocor. Bila-bila masa saja Awang Adek akan tenggelam dan karam. Usah lontar batu besar, campak batu kecil pun Awang Adek boleh karam. Ini kerana sokongan dari kalangan Umno sendiri kepada Awang Adek tidak sepadu. Isu 23 cawangan Umno yang berbulu dengan Awang Adek belum selesai lagi. Awang Adek pula hendak 'gala' dan menapung perahu besar bernama Umno itu tidak ada kudrat. Gara-gara tidak mendapat sokongan padu menjadikan kerja Awang Adek menebar jala tembus saja. Jalan tertebar ikan tidak dapat. Perahu pula bocornya terus membesar. Kandati pun begitu, bukan bermakna senang untuk menenggelamkan Awang Adek di Bachok. Kalau lawan itu Marzub dikira tidak setanding. Beliau masih muda belia lagi. Dalam kata lain Marzub belum ada pengaruh dan kekuatan sendiri. Benar, ayahnya Shaari Awang bekas wakil rakyat Dun Jelawat dan tok imam di di situ tetapi pengaruh itu tidak memadai untuk menghalang Awang Adek. Justeru pemerhati melihat Marzub perlu memikir dua kali untuk menerima tawaran Pas berhadapan dengan Awang Adek. Sekiranya ketua pemuda itu 'tergehen' sangat untuk bertanding mungkin dia boleh diberi mana-mana kerusi state sebebagai percubaan. Untuk berhadapan dengan Awang Adek, Marzub belum ada kekuatan. Lagipun Marzub masih belum terlewat kerana beliau masih di takah pemuda. Dalam keadaan serba salah dan fikir tidak kena inilah katanya Pas Pusat sudah membuat formula baru untuk memastikan Bachok akan tetap kekal ditangan Pas, caranya meletakkan calon sepadan dengan Awang Adek. Khabarnya seorang usahawan yang meningkat naik di Kelantan dewasa ini, Ariffin Mahmood dipertimbangkan oleh Pas untuk diletakkan bagi berhadapan dengan Awang Adek. Usahawan hartatanah dikenali ramai dengan Ariffin Atira itu juga khabarnya bersedia untuk berhadapan dengan Awang Adek. Cuma masalah Ariffin ini beliau tidak ada apa-apa kedudukan di dalam parti di Bachok. Di Bachok beliau tidak ada apa-apa connection melain pengkalan perniagaanya. Beberapa projek pembangunan perumahan ada di situ. Projek itu boleh dijadikan pengkalannya. Masalah itu bukan menjadi hambatan buatnya. Sebenarnya Ariffin cukup terkenal di peringkat pusat dan sudah tidak asing bagi kalangan pimpinan tertinggi Pas. Beliau pernah menjadi Presiden Anak-Anak Kelantan Di Perantauan Malaysia (Perakan). Hanya memerlukan sedikit kiwi dari kalangan pimpinan Pas Kelantan untuk menyinarkan dirinya. Bila bercakap jasa besar Perakan dan peranan Ariffin, ialah kejayaan mengadakan himpunan anak-anak Kelantan di sebuah hotel ternama di Jalan Ampang menjelang pilihan raya 1999. Lebih 5,000 anak-anak Kelantan berhimpun dan menyatakan sokongan kepada Pas Kelantan. Ramai orang membuat rumusan kejayaan majlis itu memberi faktor besar kejayaan Pas pada pilihan raya 1999. Dan sudah tentulah kejayaan dan jasa itu ada kena mengena dengan Ariffin. Apabila Setiausaha Agung Mustapa Ali menjelaskan berhubung makenisme Pas memilih calon dalam pilihan raya akan datang pada muktamar yang baru berakhir, di mana beliau turut menyebut ada tokoh-tokoh tertentu yang tidak dicalon oleh peringkat kawasan negeri tetapi mungkin akan diturunkan kerana keistimewaan atas maslahat parti, mungkin nama Ariffin Mahmood juga termasuk dalam senerai itu. Kewajaran kalau Pas memilih Ariffin untuk diletak menentang Awang Adek juga mengambil kira kelulusan dan latar belakang profesional yang ada kepada Ariffin. Beliau berkelulusan perancang bandar dan juga berpengalaman luas dalam bidang pembangunan hartanah mempunyai potensi baik untuk menjadi seorang ahli parlimen di era ini. Sekiranya Ariffin Atira diletakkan di Bachok diharap ianya disambut dengan baik oleh semua pihak. Mungkin perletakkan Ariffin itu menyebabkan ada orang yang kecewa, tetapi apa yang perlu dipentingkan kehadirannya dapat membantu Pas. Semua pihak harus memikir kemenangan parti daripada kepentingan peribadi. Terdengar juga desas desus katanya orang Bachok sudah perit untuk mengangkat orang luar sebagai wakil rakyat kerana ulah yang dibuat oleh ahli parlimennya kini. Tetapi itu sebenarnya bukan alasan untuk menolak Ariffin kalau ia diangkat oleh parti. Ada perbezaan jelas di antara Ariffin dengan wakil rakyat kini. Walaupun Ariffin bukan asal Bachok, tetapi beliau masih orang Kelantan yang makan budu dan makan ikan singgang. Berbeza dengan wakil rakyat sebelum ini yang tidak makan budu dan mabuk bila terhidu kuah ikan singgang. Dia selalu makan steak pakai pisau dan garpu. Aktiviti kebajikan yang dilakukan Ariffin juga menjadikan orang tidak berapa asing dengan ahli korpor ini. Kalau Pas meletakkan beliau untuk berdepan dengan Awang Adek ia umpama bertemu buku dengan ruas kalau dilihat dari sisi ketokohan dan kewangan. Dalam kata mudah, bolehlah lawan. [wm.kl.11:03 pm 20/11/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan