Khamis, 29 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ugutan Shahrizat: PAS Akan Buat Laporan Polis

Posted: 28 Nov 2012 11:00 PM PST

Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara

Kuala Lumpur: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.


"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya. -HD

Shahrizat selar media 'pro pembangkang' dalam ucapan penggulungan.

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam hari ini menyelar portal media yang dikatakan 'pro pembangkang' dan meminta mereka agar tidak menulis dengan sesuka hati.

"Media hari ini…. Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk belajar.

Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit', mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab.

"Tambah portal-portal ni. Guna nama Malaysian… Betul? "Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan maruah.

"Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja tanpa tanggungjawab. Helah kamu — letak tajuk macam tu, kemudian orang yang dikenakan nak kena jawab, kamu tak payah jawab.

"Mana boleh macam tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu, buatlah. Boleh?" kata Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.

Sebelum itu, Shahrizat turut meminta media massa agar bersikap adil kepada Wanita Umno dengan memberikan lebih bayak liputan dan bukan hanya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang hanya mempunyai dua tiga orang ahli .

"Susah sangat untuk keluarga Wanita Umno dapat coverage (liputan).

"Saya minta media berlaku adil kepada Wanita Umno," katanya.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Shahrizat memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jika kita tidak lagi di tampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

"Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

"Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," katanya.

Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember.

Lebih 5000 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara membanjiri PWTC untuk mendengar amanat pemimpin mereka menjelang pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

-Kelab Greenboc-


Najib Hilang Arah.. Asal Pembangkang Semua Kena Maki..

Posted: 28 Nov 2012 09:30 PM PST

Najib: Anwar bukan pengurus ekonomi cekap, sesumpah politik

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.


"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

http://www.malaysiakini.com/news/215425


Pemuda Akur Bahawa Umno Mimpi Disiang Hari

Posted: 28 Nov 2012 08:00 PM PST

KEBENARAN ITU PAHIT DAN MENYAKITKAN

Inilah hakikat yang UMNO mesti terima dan telan, berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!!!!!

UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.

Alasannya pemimpin UMNO di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu, "beberapa bahagian sangat teruk."


"Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).

"Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.

"Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.

"Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.

"Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang," kata Ramlan lagi.

`Terpinggir dan terhapus'

Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin UMNO di bahagiannya.

Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang.

Pemimpin UMNO bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.
Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.

"Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.

"Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus," ujar Mahmud.

Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menyapu bersih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diketuai DAP dan KEADILAN manakala Umno keseorangan menjadi pembangkang dengan 11 kerusi setelah kesemua calon BN lain dari MCA, MIC dan Gerakan tumbang satu-persatu hingga tidak ada seorang pun wakil BN selain Umno dalam dewan undangan negeri.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen di seluruh negeri itu termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.

Sekali lagi DAP mendahului dengan tujuh kerusi parlimen diikuti KEADILAN dengan empat manakala UMNO cuma tinggal dua masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di bahagian tanah besar.


Najib Perlu Saman Deepak Kerana Menfitnahnya..

Posted: 28 Nov 2012 06:57 PM PST

Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.


Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:

"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.

"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.

"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.

Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.

Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.

Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.

Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.

http://www.malaysiakini.com/news/215421


Umno Perak Mimpi Disiang Hari

Posted: 28 Nov 2012 06:41 PM PST

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan strategi yang dilaksanakan oleh BN sepanjang lebih tiga tahun memerintah negeri itu.

"Insya-Allah, apabila diberi amanah untuk mengepalai negeri ini, tentu kita mempunyai strategi taktikal, peralatan perang dan sebagainya, dan BN yakin dapat
mempertahankan kedudukannya di Perak," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.


Zambry berkata, Umno dan BN Perak kini berada di peringkat persiapan akhir menghadapi PRU yang bakal diadakan bila-bila masa.

"Kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pilihan raya akan diadakan esokpun, kita sudah bersedia menghadapinya," tegasnya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata kemenangan BN di Perak akan ditentukan oleh undi daripada semua kaum, bukan kaum tertentu sahaja.

Mengenai undi kaum Cina, beliau menjelaskan: "Keadaan di Perak berbeza dengan negeri lain. Kita tidak boleh buat tahap pengundian masyarakat Cina secara umum, ada yang tinggal di bandar dan ada yang tinggal di desa."

Zambry berkata, beliau melihat sokongan masyarakat Cina terhadap BN ketika ini adalah baik.

Menyentuh soal calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum, beliau berkata, penyediaan senarai calon kini berada di peringkat akhir, dan penilaian
secara berterusan akan dilakukan sehingga waktu pilihan raya.

Ditanya mengenai muka baru, beliau berkata BN Perak akan mengetengahkan kira-kira 40 hingga 50 peratus muka baru pada PRU kali ini.

Mengenai sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkor atau berpindah ke Parlimen, Zambry berkata segala-galanya bergantung kepada keputusan Najib.

Setakat ini, arahan yang diterimanya daripada Najib adalah untuk mengepalai jentera pilihan raya Perak bagi menghadapi PRU, katanya.
BN Perak kini mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, pakatan pembangkang 27 manakala wakil Bebas pula empat kerusi.

- Bernama



Tiada ulasan: