Selasa, 27 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim Scorpene

Posted: 26 Nov 2012 11:02 PM PST

SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.

Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin 'kunci' kepada kes Scorpene di Malaysia.


"Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat," katanya.

Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.

Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.


Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.

Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.

Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda.

Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat.
(Laporan lanjut menyusul)

Dipetik dari : http://www.keadilandaily.com/


Taklimat Scorpene di Singapura sekarang

Posted: 26 Nov 2012 09:38 PM PST

KUALA LUMPUR 27 November: Taklimat Scorpene oleh peguam Perancis sedang berlangsung sekarang di sebuah hotel di Singapura.

Taklimat yang bermula 12 tengahari tadi dimulakan dengan penerangan awal oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Taklimat itu disampaikan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan peguam Suaram.

Antara Ahli Parlimen yang hadir adalah Tian Chua (KEADILAN-Batu), Mohd Hatta Ramli (PAS- Kuala Krai) Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).


Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijangka memberi taklimat sebentar lagi.

Taklimat yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia Khamis lalu tetapi ditunda ekoran masalah kebenaran memasuki Malaysia.

Ia terpaksa diubah ke Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mengikut jadual asal, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham yang sepatutnya memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40165


Barua Umno...

Posted: 26 Nov 2012 06:24 PM PST

Johor: Pakatan diramal rampas 7 kerusi parlimen

Posted: 26 Nov 2012 05:26 PM PST

PAS meramalkan Pakatan Rakyat mampu merampas tidak kurang daripada tujuh kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum akan datang, berdasarkan dakwaan peralihan sokongan pengundi muda, kumpulan kelas pertengahan dan perubahan sokongan pengundi Cina di negeri itu.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki mendakwa penemuan tersebut "hampir selari" dengan penemuan kajian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan sembilan kerusi parlimen di Johor dikategorikan sebagai kawasan hitam bagi BN.


"Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat antara tiga hingga lima peratus.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat dua hingga tiga peratus, yang kebanyakannya pengundi muda dan golongan kelas pertengahan.

"Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini, ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan undi yang amat signifikan, sehingga dijangka tidak kurang tujuh lagi kerusi Parlimen boleh jatuh kepada Pakatan di samping kerusi Pakatan yang sedia ada," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Zuhdi mendakwa berdasarkan analisis pusat itu, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi parlimen di Johor berada bawah 50 peratus iaitu di Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

Katanya lagi, kemenangan sesuatu parti di kawasan tersebut bergantung kepada pengundi atas pagar termasuklah mereka yang membuat keputusan pada saat akhir.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, beliau mendakwa, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 peratus yang biasanya dikategorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakannya adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak besar," katanya sambil menambah pola sokongan di parlimen "turut mempengaruhi" sokongan di peringkat DUN.

Berdasarkan analisis pusat itu, Dr Zuhdi mendakwa, hanya 26 kerusi DUN di negeri itu dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam. Johor mempunyai 55 kerusi DUN.

Beliau juga berkata tindakan Pakatan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar Johor, turut memberi impak "positif" peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan.

Dr Zuhdi mendakwa, berdasarkan kajian MPN mengenai "tingkah laku pengundi" tentang pemilihan calon jawatan itu, Salahudin berada di kedudukan tertinggi dengan 74 peratus, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman (71 peratus) dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa "tertinggal di belakang".

"Sebenarnya pelantikan menteri besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian.

"Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau Pakatan menawan Johor. Tindakan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar oleh Pakatan sememangnya memberikan kesan positif," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata hasil analisis terhadap kajian yang dilakukan, Pakatan Rakyat berpeluang menawan Johor didakwa "seimbang dan cerah" dengan peningkatan pengundi Melayu susulan beberapa isu termasuk RAPID, Felda, Projek Wilayah Iskandar dan kepemimpinan bersih.


Pakatan optimis tawan Putrajaya dengan 'sopan'

Posted: 26 Nov 2012 04:25 PM PST

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menolak dakwaan kononnya akan menimbulkan kekacauan sekiranya gagal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, malah optimis bakal merampas Putrajaya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau yakin tidak akan berlaku sebarang kekacauan kerana PR akan memenangi PRU akan datang malah menegaskan itu bukan budaya pakatan itu.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, PR tidak membawakan budaya samseng sebaliknya menonjolkan dasar-dasar melalui program-program diadakan dalam memartabatkan rakyat.


"PR akan menang jadi tidak timbul isu ini... tidak ada kalau kerana saya cukup optimis dan yakin PR akan menerajui kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU13.

"Budaya yang dibawa Umno sekarang adalah budaya samseng dan ekstremis tetapi kalau kita lihat situasi politik sekarang golongan seperti ini pasti akan mengalami kekalahan kerana rakyat tidak mahu lagi politik perkauman sempit dan fahaman agama jumud," katanya ketika ditemui di Bangunan SUK di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya PR ingin mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan di luar sistem pilihan raya.

Malah Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau PRU13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, PR tidak pernah merancang untuk mengadakan demonstrasi sekiranya tewas PRU13 kerana pakatan itu hanya menumpukan usaha untuk menawan Putrajaya.

Beliau secara sinis menyifatkan Mahathir sepatutnya membuat kenyataan tersebut terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).

"Bagi PR, kami hanya ada rancangan untuk menawan Putrajaya dan tak ada rancangan untuk buat demonstrasi selepas kalah kerana kami yakin akan tawan Putrajaya.

"Tun M (Mahathir) mungkin perlu buat kenyataan apakah Umno-BN akan buat demonstrasi mencetuskan huru-hara selepas gagal mempertahankan Putrajaya?" katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, kerajaan tidak perlu gusar berhubung isu pemerhati luar itu sebaliknya berfikiran positif kerana ia secara tidak langsung dapat memberi pengiktirafan pada sistem pilihan raya negara ini sekiranya dilaksanakan secara adil.

"Kalau betul telus maka apa yang nak ditakuti? Berani kerana benar. Jangan syok sendiri kerana pemerhati adalah neutral.

"Lagipun ia dapat membantu memperbaiki kelemahan sistem yang wujud sekiranya ada," katanya.


Facebook dan Twitter buat anda bahaya

Posted: 26 Nov 2012 02:59 PM PST

Ada masa kita tidak sedar KITA DIPERHATIKAN . Ada masa kita terlalu asyik dan leka hingga terlupa SEGALA PERBUATAN KITA ITU MENGUNDANG BAHAYA . Apabila dunia semakin canggih dan mudah dengan teknologi seperti penggunaan HP dan internet sesuatu YANG BAKAL TERJADI ITU puncanya bermula DARI KITA !

Peringatan di atas adalah untuk semua PENGGUNA INTERNET terutama yang TAKSUB DENGAN FACEBOOK DAN TWITTER ......Apa sahaja yang dilakukan akan dikongsi dalam FACEBOOK @ Twitter. Malah nak makan dan BERISTINJAK PUN HENDAK DIBERITAHU .....


Terpulanglah itu hak masing masing TETAPI ADA SESUATU YANG ANDA TIDAK TAHU..Tidak semua kenalan atau kawan kawan dalam kedua Media sosial ini KITA KENALI secara rapat...dan pastinya ada diantara mereka ialah MUSUH ANDA ataupun ada niat kurang ELOK dengan anda.

TAHUKAH ANDA , PENCURI ,PEROMPAK ,PEROGOL PENYAMUN DAN SEGALA PE PE LAGI JUGA MENGGUNAKAN MEDIA FACEBOOK DAN TWITTER UNTUK MELAKSANAKAN MISI JAHAT MEREKA.......

Sebagai contoh RUMAH ANDA BAKAL DIROMPAK dengan STATUS INI .....

" Bawa keluarga makan di KENTUCKY at - KFC Ampang. "

NAMPAK SIMPLE SAJA STATUS DIATAS ....tetapi bahaya!!

Atau pun



NAMPAK TAK? Siap dengan LOKASI DIMANA ANDA BERADA DAN SUDAH BERAPA LAMA POSTING ATAU STATUS ANDA ITU DI PAMERKAN......

INGATLAH!! TAK SEMUA KITA BOLEH KONGSI



Aksi Ultras Malaya

Posted: 26 Nov 2012 09:04 AM PST






Dihalang masuk M’sia, peguam Perancis beri taklimat Scorpene di Singapura esok

Posted: 26 Nov 2012 06:50 AM PST

KUALA LUMPUR 26 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.


"Hari ini pejabat Ketua Pembangkang terima surat rasmi dari Speaker yang beri jawapan negatif (berhubung permohonan taklimat).

"Antara sebab yang diberi Speaker adalah bantahan dari Ahli Parlimen BN dengan alasan menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi meminta jaminan peguam boleh masuk ke Malaysia juga sampai hari ini tidak dijawab," kesalnya.

Justeru, beliau menjemput semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk dari BN serta pihak media untuk hadir sama.

"Bagi yang tak dapat hadir, boleh tanya soalan melalui laman twitter dan facebook. Kami juga akan usahakan supaya taklimat boleh disiarkan secara langsung melalui internet," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

"Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok," katanya kepada Keadilan Daily.

Mengikut jadual, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Khamis lalu, Sivarasa memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Anwar pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan 'keputusan yang dibuat'.

Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Dipetik dari - http://www.keadilandaily.com/peguam-perancis-beri-taklimat-scorpene-di-singapura-esok/


Terkini - Bekas Pimpinan Pas Akan Sertai Umno

Posted: 26 Nov 2012 01:43 AM PST

Road To Perhimpunan Agung Umno
Ada sumber-sumber tidak sahih menyatakan bahawa beberapa orang bekas pemimpin PAS akan menyertai Umno pada perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok.

Kini penganalisis politik mencongak-congak siapa yang akan menjilat ludah sendiri dengan menyertai PAS yang zalim dan rakus iaitu Umno. Ada yang mengagak bekas Naib Presiden PAS, Hassan Ali akan menyertai Umno. Ada juga yang meneka bahawa bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa juga angkat kaki dari PAS bersama-sama dengan Hassan dan bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha. Sebelum ini Nasharuddin menafikan beliau akan masuk Umno sebaliknya menegaskan beliau akan tetap bersama PAS. Namun Hassan sudah pun dipecat oleh PAS. Manakala status Norman tidak pula diketahui.


Memang tidak pelik dan ajaib jika mereka ini masuk Umno kerana nada dan kenyataan akhbar mereka sejak akhir-akhir ini sama rentak dengan Umno. PAS sendiri tidak pernah menghalang pimpinan dan ahlinya untuk keluar parti dan menyertai parti yang mereka sukai. Malah PAS akan memecat mana-mana pimpinan dan ahli-ahli PAS yang menikam parti dari belakang. Parti mempunyai disiplin dan perlembagaan. Mana-mana ahli yang sudah tidak patuh dan taat kepada parti wajar keluar parti atau akan dikenakan tindakan jika degil dan nakal.

PAS tidak pernah takut kehilangan pimpinan dan ahli yang tidak faham dasar perjuangan PAS dan tidak taat dengan keputusan parti. PAS pernah kehilangan Presidennya apabila Allaharham Dato Asri Haji Muda mengisytiharkan keluar parti. PAS juga pernah kehilangan Naib Presidennya iaitu Nakhaie Hj Ahmad. Namun sehingga kini PAS tetapi utuh dan teguh malah keahliannya sudah mencecah 1 juta orang.

PAS tidak pernah gusar dengan orang keluar parti walau sebesar mana sekalipun jawatannya. Kita berjuang bukan kerana individu atau orang. PAS teguh kerana dasar Al-Quran dan sunnah serta ijmak dan qias yang dipegang. Ketika parti-parti lain mati satu persatu seperti parti Negara, Nasma, Semangat 46, AKIM, Berjasa, Hamim dan lain-lain PAS terus berkembang dan diterima oleh segenap rakyat bukan sahaja orang Melayu, orang Islam malah rakuat bukan Islam pun sudah berani menyokong PAS. Kini ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sudah mencecah sehingga lebih 50,000 orang.

Malah PAS lebih redha dan bersyukur jika pimpinan dan ahli yang rosak dan ego seperti ini cepat-cepat angkat kaki dan keluar dari PAS.


Tiada ulasan: