Blog-list Malaysia |
- Bangang Hasan Ali makin menjadi-jadi..
- Pas Tak Perlu Layan Perangkap Dari Mamak Kutty Ini..
- Doa “Hancur Umno, Tumbang BN” bergema di stadium
- 49 tahun merdeka tapi Sabah masih cerita pasal tiang lampu
- Peluang paling cerah tawan Putrajaya – Anwar, Nik Aziz
- Video - Lebih 50 Ribu Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Kalau Tak Tiru Bukan Umno Namanya..
- Dewan Ulama PAS syor Hadi jadi PM
Bangang Hasan Ali makin menjadi-jadi.. Posted: 17 Nov 2012 10:47 PM PST Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang. "Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia. "Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar dekat sini malam tadi. Hasan yang merupakan bekas naib presiden Pas berkata, negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Beliau berkata, kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya yang berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU13. Dalam perkembangan lain, Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi Pas yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan Pas ke-58. "... saya sedih dalam Muktamar Pas yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?" katanya. |
Pas Tak Perlu Layan Perangkap Dari Mamak Kutty Ini.. Posted: 17 Nov 2012 06:24 PM PST Mahathir mahu PAS perjelas undang-undang hudud Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. "Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. "Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya. "Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri. "Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu semalam. Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum hudud. - Bernama |
Doa “Hancur Umno, Tumbang BN” bergema di stadium Posted: 17 Nov 2012 06:14 PM PST KOTA BHARU- "Hancur Umno, Tumbang BN" bergema dalam suasana Stadium Sultan Mohammad Ke IV sendat dengan lautan manusia. Tiada siapa sangka wakil Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat mampu mengetuai teriakan sambil berdoa selepas solat hajat. Kenyaringan suara itu menerjah ke awan dalam suasana langit di pagar bintang-bintang, dengan membawa satu mesej menumbangkan kerajaan Umno dan BN. Baginya, rakyat negara ini tidak sanggup lagi membiarkan jenayah rogol, bunuh, buang anak dan pelbagai lagi terus menghantui masyarakat. "Apa lagi yang mampu diharapkan kepada Umno. Jadi kita perlu bekerja keras bagi menukar kerajaan yang ada sekarang," katanya dengan nada yang sekali sekala ada sedunya. Puluhan ribu menunaikan solat hajat menghantar mesej yang sangat jelas kepada empunya langit dan bumi, mendengar keluhan dan rintihan puluhan ribu rakyat. Mereka mengharap sesuatu kejutan berlaku pada pilihan raya umum ke-13. Kata beliau tiada sesuatu yang mustahil berlaku seperti pernah terjadi di Kelantan pada 1990, tiada siapa sangka boleh bertukar kerajaan ketika itu. Himpunan Kebangkitan Rakyat siri II menyaksikan limpahan manusia di Stadium Sultan Mohammad Ke IV, jauh mengatasi kehadiran peminat taksub Red Warriors memenuhi gelanggang sukan itu ketika Kelantan merangkak mendaki juara Piala Malaysia kali kedua. Gimik berlainan disaksikan pada perhimpunan itu dengan menyaksikan empat wakil NGO muncul dengan agenda masing-masing. Lynas diwakili Clement Chin yang tampil membawa pengharapan supaya kilang nadir bumi di Kuantan gagal menjadi kenyataan. Kata beliau pihak anti Lynas telah berusaha bermacam-macam cara sehingga membawa ke Mahkamah Rayuan, namun gagal. "Oleh itu langkah akhir kita akan pastikan kapal yang bakal membawa nadir bumi dari Australia ke Kuantan nanti tidak dapat mendaratkan bahan radio aktif tersebut. Ini semata-mata menyelamatkan generasi anak cucu kita," katanya, yang kadang-kadang tersekat dengan kelancaran berbahasa Melayu. Beliau juga mengharap sokongan padu rakyat Malaysia bagi memperjuangkan kehijauan lestari di Malaysia. Manakala 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti Hijau tampil dengan diwakili Pengerusnya, Zulkifli Omar mengajak rakyat bebas daripada pencemaran bagi mengelakkan ia memudaratkan rakyat pada masa akan datang. "Kita hendaklah menyingkirkan kerajaan yang ada hari ini kerana terus membiarkan pencemaran persekitaran berlaku dalam negara," katana. Lim Kit Siang pula tampil mengajak rakyat menukar kerajaan yang ada sekarang kerana sudah dipenuhi dengan pelbagai penyakit terutamanya rasuah yang semakin tidak terkawal. Katanya, indeks rasuah meletakkan Malaysia semakin merudum di mana pada tahun ini berada pada kedudukan ke-60. Himpunan Kebangkitan Rakyat juga dikejutkan dengan kehadiran Presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyerah lebih 700 borang bekas-bekas tentera menyertai PAS. -harakahdaily |
49 tahun merdeka tapi Sabah masih cerita pasal tiang lampu Posted: 17 Nov 2012 03:17 PM PST SABAH 18 Nov: Sekalipun merdeka sejak 49 tahun lalu tetapi Sabah masih berdepan masalah kekurangan intrastruktur asas, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Khairul Anuar Zainuddin. "Saya sedih. Hampir setengah abad merdeka tapi Sabah masih bercakap soal tiang lampu, jalan raya, air, tanah dan kemiskinan. Patutnya, kita bincangkan soal kualiti hidup. "Inilah akibatnya apabila kerajaan Umno BN korup," katanya depan 300 rakyat di Kampung Pelantong, Beluran semalam. Beliau antara pimpinan yang menyertai Siri Jelajah Tuntutan RM40 Juta Hak Rakyat Sabah kendalian AMK ke seluruh pelusuk Sabah bermula dari Tuaran dan berakhir di Labuan pada 19 November ini. Antara pimpinan AMK yang ikut serta ialah Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin; Pengarah Strategi AMK, Ahmad Zaki Yamani; Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip dan Exco AMK Pusat, Dr Natassia Sarah. Beliau turut menempelak kerajaan Umno BN yang gagal mengatasi kemiskinan rakyat. "Statistik menunjukkan 40 peratus rakyat cuma berpendapatan bawah RM1,500 manakala di Sabah masih ada yang diberi gaji hari. "Ini kerja gila, kerja zalim. Gaji dan sumber pendapatan isi rumah terlalu rendah sedangkan kos sara hidup makin naik," katanya. |
Peluang paling cerah tawan Putrajaya – Anwar, Nik Aziz Posted: 17 Nov 2012 06:57 AM PST KOTA BAHRU 17 November: Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. "Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil. "Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya," katanya disambut sorakan semangat. Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN. "Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan," katanya. Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan 'tauke-tauke' besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja. Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu. Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu. Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang diwarnai persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan. Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang. Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk Tumpat. Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar dengan memainkan dua lagu. Tiba senja, hadirin kian ramai dan mula memasuki stadium untuk solat Maghrib, solat Hajat dan Isyak berjemaah, sebelum mengambil tempat di tengah padang atau di tempat duduk stadium. Acara malam dimulai ucapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Himpunan Hijau, Bersih 2.0, R untuk Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Ia diikuti pidato pimpinan tertinggi Pakatan dimulai Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadirin mengibar bendera kuning, hijau, oren dan merah pada satu-satu masa turut mewarnai lagi program malam tadi. Tetamu dari Makah, Syeikh Dr Tahir al-Jaelani turut memberi ucapan dan diterjemah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub manakala wakil Syria meminta rakyat mendoakan pejuang di negera mereka. |
Video - Lebih 50 Ribu Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 17 Nov 2012 05:06 AM PST |
Kalau Tak Tiru Bukan Umno Namanya.. Posted: 17 Nov 2012 01:15 AM PST UMNO BUAT LAWAK.. TURU-TIRU 1 MALAYSIA.. "Mari ! mari! mari ! datanglah beramai ramai ke ceramah kami anda akan dibekalkan dengan hadiah yang merupakan Topi,tshirt ,nasi bungkus,air kotak ,atau bihun sebungkus jika anda memenuhi ceramah gempur kami" .... ....kah ! kah ! kah !.... Aku jumpa gambar neh dalam pesbuk saje muat naik dalam blog aku neh...kesahihan gambar itu sama ada betul atau tipu itu aku tak tau.. Cuma mau gelak guling guling negok gambaq ini ha ha ha ha takde orang. Kalau betui kesahihan gambar ini maka sah BN parti kuat tiru satu malaysia kah kah kah... Gambar dibawah mengesahkan PR telah mula mempelopori trend jelajah[ceramah] untuk memberi penerangan kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan seperti bas atau lori . Sebagaimana yang di ketauhui umum oleh kerana segala maklumat dan penerangan dari Pakatan Rakyat tidak dibenarkan disiarkan melalui media arus pedana maka ini lah salah satu altenatif Pakatan Rakyat dengan menggunakan kenderaan ubah suai bagi membuat road show berjumpa dengan rakyat. http://batuvskayu.blogspot.com/2012/11/tengok-gambar-neh-tiru-tiru-satu.html |
Dewan Ulama PAS syor Hadi jadi PM Posted: 17 Nov 2012 01:07 AM PST Wakil Dewan Ulama PAS Pusat Asri Daud hari ini menyatakan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri. "Siapa orang paling terbaik, (kalau) bukan Tok Guru Presiden (Abdul Hadi)? "Sepatutnya Datuk Seri Abdul Hadi adalah orang paling mengetahui hukum Allah dalam membentuk kerajaan orang Islam," katanya. Sebelum itu, Asri melahirkan rasa bimbang apabila PAS mahu mendapat kuasa politik tetapi akhirnya menggadaikan peranan dakwah. Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam, bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin. "Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu. "Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan