Khamis, 15 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Harussani Dinasihatkan Supaya Bertaubat..

Posted: 14 Nov 2012 11:45 PM PST

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.


Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Mufti Perak itu turut menasihatkan pengikut pemimpin PKR itu yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, supaya bertaubat kerana menurut Harussani, ia adalah berdosa besar.

Dalam satu sidang media selepas merasmikan Muktamar DUPP di Kota Bharu hari ini, Harun turut ditanya mengenai pendirian dewan itu berhubung kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Bagaimanapun, Harun berkata pihaknya "tidak mengambil berat" perkara tersebut dan menganggap "itu perkara biasa sahaja" kerana menurut Harun, Nurul Izzah buat kenyataan mengenai kebebasan agama itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.

"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak. Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.

Didesak wartawan supaya beliau menyatakan pendirian dewan dengan lebih jelas, Harun dengan tegas menyatakan: "Saya tidak mahu bicara pasal Nurul Izzah, perkara kecil. Banyak lagi perkara pasal Mahathir buat, yang Najib buat. Saya akan jawab."

Ditanya berhubung pelaksanaan hudud sedangkan rakan gabungan Pakatan tidak bersetuju, Harun berkata Pakatan sudah bersetuju "secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

"Tetapi syariat Islam ia mesti dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi. Jadi kalau kita majoriti dalam parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri dia menjadi undang-undang negara.

"Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tak setuju, undang-undang jalan raya, orang pun tak setuju, kerajaan laksana juga," katanya.

Diminta mengulas "suara-suara sumbang" dalam DAP khususnya Karpal Singh yang menolak, Harun mendakwa tokoh DAP itu, "tidak sempat mengikut dialog dan penjelasan" yang dibuat oleh PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.

"Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju," katanya.


Untungnya Jadi Anak Mamak Kutty

Posted: 14 Nov 2012 04:30 PM PST

KUALA LUMPUR 14 November: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa meletak jawatan dalam Petronas kerana gagal menjaga kepentingan Petronas dan lebih mengutamakan syarikat milik anaknya.

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mengulas penganugerahan kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd bernilai RM836 juta kepada anak syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd.
Anak Mahathir – Datuk Mokhzani Mahathir adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Kencana.

Azan berkata, sebagai negarawan, Mahathir patut malu kerana sinonim dengan jolokan kronisme.


"Kalau dia tahu malu dan bertanggungjawab, sudah lama dia letak jawatan. Petronas merupakan syarikat milik negara. Mahathir tak boleh gunakan pengaruh beliau rompak harta negara untuk diagih kepada anak pinak," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu ketika dihubungi.

SapuraKencana dilapor memaklumkan bursa saham pada 1 November lalu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd dianugerahkan kontrak RM700 juta bagi membekal perkhidmatan dalam laut selam tiga setengah tahun.

Satu lagi anak syarikat, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia. Projek itu dikatakan terletak 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini mencabar Mahathir selaku Penasihat Petronas untuk membuktikan beliau tidak terlibat dalam penganugerahan kontrak tersebut.

"Mahathir tak boleh nafikan itu, semua dasar penswastaan bertujuan mengkayakan keluarga sendiri," kata Azan lagi.

Majalah perniagaan Malaysian Business melaporkan Mokhzani antara tiga tokoh perniagaan Melayu terkaya di Malaysia. Beliau menduduki tangga ke-19 dalam senarai majalah itu dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.

Mohkzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad dan Pantai Holdings Berhad.

Umno Perak Sudah Mati Kutu..

Posted: 14 Nov 2012 03:49 AM PST

Umno, tuan punya akhbar Utusan yang menjadi penyebar fitnah harian, masih tidak mampu untuk menjawab segala fitnah yang mereka sendiri timbulkan.

Biarpun semua media arus perdana adalah milik mereka, namun mereka masih gagal untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai akan berita-berita yang mereka siarkan.

Sehinggakan picisan-picisan yang diselit dan disisip di dalam akhbar juga dicemburui mereka.


Satu surat amaran (gambar) telah dikeluarkan oleh pihak Utusan wilayah utara kepada pengedar-pengedar akhbar mereka untuk tidak memasukkan sebarang risalah berbentuk politik ke dalam akhbar mereka.

Ini bermakna, segala risalah-risalah yang diselitkan ke dalam akhbar selama ini telah berjaya memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat sehingga menggerunkan pihak Umno dan Utusan.

Strategi memasukkan risalah ke dalam akhbar harian perlu dipergiat dan diperluaskan lagi bagi menongkah fitnah dan isu-isu yang dimainkan media utama mereka.

Cetaklah sebanyak mungkin risalah-risalah untuk dimasukkan ke dalam akhbar-akhbar harian setiap pagi. Ane penjual dan pengedar akhbar sudah pasti boleh bekerjasama dalam hal ini.

http://ajijoi.blogspot.com/2012/11/umno-gerun-risalah-dalam-akhbar-utusan.html


Tiada ulasan: