Sabtu, 17 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


Kubu Umno Pecah Lagi.. 213 Sertai PKR

Posted: 17 Nov 2012 02:00 PM PST


Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.Buktinya, seramai 213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom.

Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.Halik Zaman ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.Salah seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, "Kami sudah mengambil keputusan muktamad.

Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat dunia yang sering berubah ubah. Kami pilih PKR sebagai wadah politik kami mahukan perubahan dalam hidup kami."Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan rasminya menyertai PKR Cabang Tenom.

Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.Kelihatan Masdin Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan.

Menurut Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil yang berpusat di Sarawak "serba serbi kekurangan". Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan. Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia.

Laporam Halik Zaman,
Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah

addin77

Bapa Sembelih Bayi Umur 11 Bulan

Posted: 17 Nov 2012 04:13 AM PST



KUANTAN 17 Nov. - Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat sini semalam.

Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.

"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.

Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.

Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut yang dalam keadaan kritikal ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

"Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis," kata Mohd Jasmani.

Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.

Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian.


klpos

MAYAT ANAK DISIMPAN DI DALAM PETI AIS KERANA RINDU

Posted: 16 Nov 2012 11:20 PM PST


Adalah amat menyedihkan apabila anak meninggal dunia sebalum ibu bapa mereka. Lebih sadis ialah apabila dua orang anak meniggal sebelum ibu bapa mereka. Inilah yang berlaku kepada Tian Xueming (60) yang kehilangan dua orang anak dalam masa 10 tahun. Xueming yang tinggal di Congqing sudah membekukan jasad anak beliau selama 6 tahun di dalam sebuah peti sejuk. Ini adalah kerana beliau terlalu sedih dan tidak sanggup berpisah dengan anak kesayangan beliau.

Anak beliau Tian Qinyuan (18) meninggal dunia akibat leukemia pada tahun 2006. Sembilan tahun sebelum itu Tian Yingying (17) meninggal dunia akibat kepanasan. Upacara pengkebumian Yingying terlalu sedih bag Tian Xueming dan isteri dan apabila Qinyaun meninggal dunia mereka enggan mengkebumikan jasadnya.

Menurut Xueming apa yang dilakukan beliau mungkin dianggap aneh tetapi beliau berkata dengan membekukan Qinyuan, beliau dan isteri dapat melepaskan rindu pada bila-bila masa. Beliau mendakwa jasad Qinyuan tidak mereput dan kelihatan seperti sedang tidur. Sanak saudra Xueming cuba memaksa beliau mengkebumikan sahaja jasad Qinyuan tetapi beliau berdegil.






Laporan asal ChinaSmack


penpatah


Anwar dakwa Umno kini 'sasau, meroyan, nyanyuk'

Posted: 16 Nov 2012 08:28 PM PST



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad.

"Umno kini sasau, meroyan dan nyanyuk... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.

"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya.

Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan dakwaan tersebut tidak benar memandangkan terbukti sebelum ini hutang negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Umno sebelum ini, dibayar oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, terkini berlakunya lebihan pendapatan kerajaan negeri Selangor sebanyak RM2.4 bilion dan Pulau Pinang sebanyak RM2 bilion kerana dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

"Jadi MB tak pandai sebab lebihan pendapatan?" soal Anwar sambil menjelaskan hutang kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Tun Razak kini mencecah RM538bilion.

Merujuk ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu yang menekan soal etika, sistem nilai dan tatakelola kerajaan, Anwar yakin Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya sekalipun pilihan raya umum diadakan pada Disember atau Januari tahun depan.

Sementara itu, Abdul Hadi pula cuba meyakinkan puluhan ribu penonton di stadium itu mengenai kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya dengan adil, amanah dan bersih.

"Kalau ada rasuah, tolong tangkap, ambil tindakan. Kami tidak mahu pemimpin kerajaan yang rasuah," katanya sambil menegaskan rakyat, harta negara dan pentadbiran adalah amanah dan Allah melaknat orang yang mengamalkan rasuah.

Mengulas mengenai kerajaan yang adil, Abdul Hadi memberi contoh pentadiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang menulis surat kepada gabenornya yang gagal bersikap adil atau berdepan risiko dipecat.

"Negara lain, kalau pemimpin mereka silap, akan dipecat. Seluruh dunia berlaku, kita bila lagi. Pecat kerajaan yang ada, gantikan dengan kami, Pakatan Rakyat. Kita laksana pentadbiran yang baik," katanya.

Turut hadir dalam himpunan tersebut, Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang serta wakil NGO BERSIH, ANAK, Lynas dan Royalti.


MK

Bekas pengarah JAIS dan JAIM sertai PAS

Posted: 16 Nov 2012 05:00 PM PST

                                                          (Datuk Nahrawi sertai PAS)

KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.

Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.

"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.

Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.

HD


Tiada ulasan: