Khamis, 8 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ubah Jang Ubah !!

Posted: 08 Nov 2012 08:59 AM PST

Lagu kempen untuk orang Nogori ni... dengarlah..

Takut Scandal Scorpene didedah di Parlimen, Najib arah tutup ruang media di lobi Parlimen?

Posted: 08 Nov 2012 04:19 AM PST


Tindakan Speaker Dewan Rakyat mengeluar arahan supaya ruang sidang media di lobi Parlimen hanya eksklusif untuk ahli parlimen bertujuan peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham membuat pendedahan, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kedua-dua peguam itu dijadual tiba ke Malaysia 22 November ini atas jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen berhubung perjalanan perbicaraan kes rasuh kapal selam Scorpene di mahkamah Perancis.

"Memang itu tujuan mereka. Untuk halang maklumat dan pendedahan dari disampaikan kepada rakyat melalui media," kata Tian Chua kepada Keadilan Daily hari ini.

"Selain itu, BN juga berdendam dengan pendedahan yang dibuat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkenaan NFC dan rasuah pemimpin Umno-BN.

Perkara ini didedahkan pada sidang media di Parlimen, selain banyak isu lain. Arahan ini sangat bertentangan dengan semangat kebebasan media," katanya.

Pagi ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengisytihar ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, khas dan eksklusif untuk ahli parlimen sahaja, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani mana-mana ahli parlimen.

Ia dipercayai ada kaitan dengan petisyen yang dihantar wartawan sebuah portal berita pro-Umno BN, Agenda Daily menerusi wakilnya, Roslan Bian bagi menuntut pentadbiran Dewan Rakyat melarang pihak selain ahli parlimen untuk membuat sidang media.

Petisyen turut diedar kepada media lain untuk sokongan. Wartawan dan jurugambar Suara Keadilan bagaimanapun menolak untuk menandatangani petisyen berkenaan.


http://www.keadilandaily.com/?p=39151

Kesian kat depa... dah kena kencing rupanya..

Posted: 07 Nov 2012 09:13 PM PST


Menurut Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Faridahani beliau difahamkan bahawa kebanyakan penyokong yang hadir pada hari Khamis yang lepas telah ditipu oleh pihak penganjur bahawa mereka akan diberikan wang tunai sebanyak RM50 berserta hamper sekiranya mereka hadir untuk memberi sokongan tapi hampeh...

Kesian kat depa... kah..kah..kah..

Itulah.. lain kali kalau nak buat demo tu pergi tanya yang dah senior dalam kerja-kerja demo di Pulau Pinang ni.. apa nama tah.. aku lupa pulakdah..

Pasal dia percaya kat penganjur sekarang dia sendiri dikejar ceti... kena kejarla pasal hutang tak bayar, macam mana dia tak berhutang dulu semua banner demo tu nak kena bayar kepada pembuatnya, pengikut dia pun dia nak kena bayar dulu.. tak bayar tak ada orang pulak.

Bila penganjur dah kencing dia.. terpaksalah dia lari dari ceti pulak. ha..ha..ha.. (kawan aku yang duduk sebelah rumah dia cerita ni)

Kerajaan Negeri pada hari Khamis yang lepas iaitu pada 1.11.2012, hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang , telah menerima satu memorandum daripada sekumpulan penyokong Automated Enforcement Systm(AES) yang telah menghantar petisyen agar Kerajaan Negeri melaksanakan sistem AES di Pulau Pinang bagi menjamin keselamatan rakyat Pulau Pinang.

Mereka membantah keputusan kerajaan negeri dan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng kerana tidak benarkan 56 buah kamera 1Malaysia AES dipasang di Pulau Pinang.

Ketua Menteri telah meminta penjelasan penuh diberikan oleh Kementerian Pengangkutan tentang sistem komisen untuk setiap saman trafik yang dlkeluarkan yang akan diuntung oleh syarikat swasta tertentu kerana ia lebih bersifat suatu alat cari wang daripada penguatkuasaan. Kementerian Pengangkutan telah menangguhkan suatu mesyuarat yang diaturkan pada 31.10.2012.

Susulan daripada penerimaan petisyen dan memorandum tersebut, YAB Ketua Menteri telah mengarahkan agar satu perjumpaan dibuat di antara penyokong AES ini dengan pihak kerajaan negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 5hb November 2012 jam 10.00 pagi bagi membincangkan perkara ini ataupun pada apa-apa tarikh yang sesuai bagi mereka..

Memandangkan memorandum tersebut tidak bernama dan juga tidak beralamat, bantuan daripada Pejabat YB Professor Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II telah dipohon bagi mengaturkan perjumpaan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak kami telah menerima khabar mengatakan bahawa kumpulan ini tidak berminat untuk berjumpa. Ini sekaligus menunjukkan bahawa mereka ini tidak serius dan hanya mahu mencetuskan kekacauan di Bangunan Kerajaan. Kini mereka "hilang" dan tidak dapat dihubungi.

Pihak Kerajaan Negeri berpendapat bahawa kumpulan ini bukan sahaja tidak bersungguh di dalam perkara ini malah difahamkan bahawa kebanyakan penyokong yang hadir pada hari Khamis yang lepas telah ditipu oleh pihak penganjur bahawa mereka akan diberikan wang tunai sebanyak RM50 berserta hamper sekiranya mereka hadir untuk memberi sokongan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pihak penganjur harus dicela kerana telah menipu dan menimbulkan kacau ganggu di Bangunan Kerajaan.

Jelas sekali ada kumpulan yang kini dibiayai untuk buat demonstrasi secara profesyenal terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Faridahani
Pegawai Khas Ketua Menteri 

*Kenyataan Akhbar Oleh Setiausaha Sulit YAB Ketua Menteri Farida-Hani pada 8hb November 2012 di George Town, Pulau PinangP

Video Propaganda Bodoh UMNO fitnah Anwar sebagai gay pula tersebar!!

Posted: 07 Nov 2012 07:33 PM PST


Jika Selasa yang lalu satu videoclip propaganda bodoh UMNO yang mendakwa Jika Pakatan Rakyat berkuasa dan mengambil alih negara kita MEREKA akan menjahanamkan Malaysia dalam masa 100 hari pertama pentabiran.

Ini pula adalah satu lagi video propaganda bodoh UMNO/BN dimana dalam video ini hero videoclip propaganda bodoh ini telah menuduh DS Anwar Ibrahim sebagai seorang 'Gay'.

"Tok Guru Nik Aziz dianggap sebagai seorang ulama, akan tetapi bagaimana beliau boleh terpengaruh dengan Anwar Gay, yang sanggup membenarkan para pengikutnya untuk memijak bendera kebangaan kita, iaitu bendera Malaysia"..

Kenyataan dari UNHCR Berkaitan Aktiviti di Stadium KLFA

Posted: 07 Nov 2012 04:30 PM PST


Segalanya bermula bila sorang pengguna Facebook,Shirley Gabriella mendedahkan, beliau terkejut apabila menyaksikan pada pukul 6:45am jumaat lalu ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium) untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanapun menurut pihak UNHCR , mereka kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar.. Ini terjemahan kenyataan itu...

Kenyataan dari UNHCR Berkaitan Aktiviti di Stadium KLFA
7 Nov 2012

Pihak UNHCR kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar di Stadium KLFA di Cheras.

Pemohon suaka yang belum berdaftar itu terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar Muslim, dan Myanmar Tamil dari Myanmar.

Ini adalah sebahagian daripada proses berterusan pihak UNHCR untuk mengumpul maklumat tentang pemohon suaka yang tidak lagi berdaftar di Malaysia.

Pengumpulan data akan membantu pihak UNHCR dalam perancangan program masa hadapan, termasuk program pendaftaran di masa hadapan.

Bagi tujuan perancangan, UNHCR perlu tahu siapakah pemohon suaka yang belum berdaftar di negara ini, dan aktiviti pengumpulan data sebegini membantu kami mendapatkan maklumat ini.

Pihak UNHCR telah melakukan aktiviti ini buat komuniti Myanmar yang lain tahun lepas, dan kami telah merancang untuk melakukan aktiviti ini untuk tiga komuniti yang tersebut di atas, pada tahun ini.

Boleh percayake?.. Kalau Media luar negarapun boleh dibayar berpuluh juta RM untuk mereka cerita yang baik bagi memulihkan imej Najib.. pegawai-pegawai UNHCR ni... apalah sangat ...

cuba baca apa yang terpapar dalam printscreen di bawah berkenaan Pelarian Burma di Langkawi..


Ini pula perbualan King Jason dengan Dato Ahmad Kuah..


Lagi pendedahan mengenai Pelarian Burma di Langkawi yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh UMNO/BN sila baca di sini ( King Jason )

Tiada ulasan: