Anak Sungai Derhaka |
- Hujan lebat tapi lebih dari 5,000 tidak berganjak... (LIVE!!)
- Siapa curi lori DAP nie?
- Pencacai UMNO!! Jangan lepaskan peluang ini!!
- Pertumpahan darah akan berlaku di Negeri Sembilan petang ini?
Hujan lebat tapi lebih dari 5,000 tidak berganjak... (LIVE!!) Posted: 03 Nov 2012 07:06 AM PDT Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang. Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas. Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat. Antara tokoh yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bakal mendeklamasi puisi malam ini. Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan, Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil. Program dihenti sekitar jam 6.30 petang untuk memudahkan rakyat beragama Islam menunaikan solat, sebelum acara utama diteruskan jam 8 malam. Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Gambar-gambar dari Twitter CheguBard |
Posted: 03 Nov 2012 04:01 AM PDT Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau. Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri. "Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya. Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut. Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas. ~ Malaysiakini |
Pencacai UMNO!! Jangan lepaskan peluang ini!! Posted: 02 Nov 2012 10:59 PM PDT Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi. Wan Azizah berkata di media berkenaan pelancaran itu Billboard tersebut akan dipasang di "kawasan yang menjadi lalu lalang dan yang boleh melihat mesej tersebut". Sebanyak 10 papan iklan dilancarkan bagi fasa pertama, dan ia akan bertambah bagi fasa kedua. Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu akan membentuk satu pasukan bagi menguruskan permohonan pemasangan papan iklan dan poster tersebut daripada pihak berkuasa tempatan. MP Machang itu berkata mesej yang disampaikan melalui media berkenaan "konsisten" dengan isu yang dibangkitkan oleh PKR seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan caruman pada wanita. "Kita konsisten dengan melawan secara polisi (dengan BN). Polisi lawan polisi. Kita ajak politik sihat melalui mesej yang positif kepada pengundi," katanya. Maka dengan ini peluang untuk pencacai UMNO mengambil upah untuk membaling cat terhadap Billboard yang akan dipasang itu kini secara rasminya telah dibuka.. Lagi gambar-gambar Billboard sila lihat di ( SINI ) |
Pertumpahan darah akan berlaku di Negeri Sembilan petang ini? Posted: 02 Nov 2012 07:40 PM PDT "Jika polis tidak bertindak, jangan salahlah NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah," kata Pemangku Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad. Tidakkah kenyataan seperti ini berbaur ugutan?.. lagipun siapakah mereka itu untuk menghalang rakyat Malaysia dari berhimpun? SEREMBAN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersepakat menghalang penganjuran Program Himpunan Kebangkitan Rakyat di negeri ini jika pihak penganjur tetap berdegil mengadakannyahari ini. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan