Khamis, 29 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pak Habib ditahan Polis kerana jual buku Setan, Syaitan, Sultan

Posted: 29 Nov 2012 07:59 AM PST


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.




Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

"Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah," ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.

Tersentuhnya aku dengan keprihatinan dan rendah diri Rosmah Mansor nie...

Posted: 29 Nov 2012 05:46 AM PST


Ketika Timbalan Presiden UMNO sedang berucap malam semalam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba agak lambat.

Beliau yang agak prihatin dan berusaha mahu mendengar sendiri ucapan Tan Sri Muhyiddin, sedia duduk di tepi saja.


Menyedari Datin Rosmah duduk di tempat yang tidak sesuai, dengan begitu gentleman Tan Sri meminta Datin Rosmah meminta ke kerusi yang lebih sesuai untuknya.

Bukan setakat malam pembukaan persidangan sayap, Rosmah turut menunjukkan minat untuk hadhir pada hari ucaptama Ketua Wanita UMNO.


Bersama PM, beliau hanya duduk di tepi juga.

Artikel ini aku copy dari Blog Pro UMNO ( The Unspinner )

Tersentuhnya akuuuuu bila melihat Rosmah dan Najib duduk kat tepi.... kah..kah..kah..

Mudah sajakan Rosmah Mansor meraih simpati dari pencacai UMNO.. datang lambat lepas tu duduk ditepi pun dah berjaya menyentuh hati dan perasaan pencacai UMNO.. hingga berjaya menenggelamkan segala sifat boros yang dia dah tunjukkan...

Dituduh campur siasatan Polis.. ini jawapan dari Hishamuddin buat Musa Hassan..

Posted: 29 Nov 2012 02:50 AM PST


Dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) semalam, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mendakwa Menteri Kabinet dan Ahli Politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu.

Tindakan Hishammuddin Hussein melanggar Sesyen 4(1) Akta Polis dimana arahan dan kawalan dalam Pasukan Polis adalah hak Ketua Polis Negara bukannya hak seorang Menteri - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut adalah jawapan dari Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai dakwaan itu..

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

"Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

"Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno)," kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

"KDN sudah jawab (isu tersebut)," katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

"Dalam BN kita nak lihat isu besar," tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang "lemas" dan memerlukan "ranting" untuk berpaut.

"Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

"Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini," kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi ~ The Malaysian Insider

Ada tak dia jawab tuduhan Musa Hassan tu??

Apa yang aku nampak ialah dia tidak menjawab langsung berkenaan tuduhan itu tetapi cuba mengalih isu sepertimana yang sering Pencacai UMNO lakukan bila tak boleh menepis tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka..

Akhirnya budi Peniaga Burger depan rumah Ambiga dibalas oleh UMNO.. (Video Inside)

Posted: 28 Nov 2012 08:54 PM PST


Ingat lagi tak sebuah NGO yang mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga kerana memprotes tindakan Ambiga kerana menggerakkan BERSIH 3.0 dulu?


NGO dengan nama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu telah memberi tempoh dua minggu kepada Ambiga untuk membayar ganti rugi dianggarkan RM200,000.

Setelah bermati-matian menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO yang menentang BERSIH 3.0 itu.. semalam budi mereka terhadap UMNO telah dibalas oleh UMNO melalui DBKL..

Ini laporan dari KL Today..

DANAU KOTA – Isu Bazar Larut Malam Uptown Danau Kota semakin panas apabila empat peniaga ditahan polis dalam situasi tegang, malam kelmarin.

Kekecohan yang berlaku hampir dua jam itu melibatkan kira-kira 200 peniaga Uptown Danau Kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis selepas perbincangan berhubung isu penutupan aktiviti berniaga pada hari Isnin dan Selasa menemui jalan buntu.

Sebelum itu, perbincangan berlangsung dalam keadaan tegang antara Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim; Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah 1 Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja (JPPP) DBKL, Saifol Mazli Ahmad.

Keadaan semakin kritikal apabila DBKL mengarahkan tiga gerai yang dibuka pada malam itu ditutup atau berdepan tindakan sita.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga tidak berganjak dan mengancam mahu membakar gerai tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu.

Kedegilan peniaga terbabit bagaimanapun membawa padah apabila pemilik gerai tersebut ditahan polis.

Empat peniaga tersebut di bawa ke Balai Polis Setapak untuk disiasat di atas kesalahan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Ketegangan di situ dileraikan kira-kira jam 11.45 malam hasil kerjasama kira-kira 80 anggota DBKL dan juga anggota polis dari Balai Polis Setapak.

Fauzi menafikan peniaga mahu menentang pihak berkuasa tetapi berasa dimalukan kerana kekerasan yang dilakukan terhadap mereka.

Menurutnya, bagaimanapun, apa peniaga mahu tercapai iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat negara ini bahawa peniaga-peniaga Melayu di Uptown Danau Kota kini ditekan dan beliau turut mendakwa terdapat unsur rasuah di Uptown Danau Kota.

"Selama ini apa yang peniaga mahu adalah lanjutan tempoh berniaga sempena cuti sekolah tetapi permohonan kami ditolak dengan alasan aduan penduduk oleh DBKL.

"Walhal masalah ini bukan berpunca daripada peniaga tetapi disebabkan oleh segelintir pihak yang tamak dan wujudnya unsur rasuah sehingga peniaga menjadi mangsa kepada isu ini," katanya.

Fauzi berkata, peniaga-peniaga tidak akan berganjak dan akan mempertahankan Uptown Danau Kota kerana ia milik rakyat.

Keputusan DBKL jelas

Saifol Mazli berkata, keputusan DBKL tidak membenarkan aktiviti perniagaan pada hari Isnin dan Selasa telah diputuskan.

"Peniaga harus menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.

"Pada masa sama, DBKL akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan kepada peniaga yang ingkar," katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, kira-kira 200 peniaga akan membuat laporan polis bagi menyatakan sokongan kepada pihaknya dalam membantu peniaga di situ.

"Ikhlas tidak akan berganjak dalam isu di Danau Kota dan sekiranya masih tidak selesai, isu ini akan dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri. Kita akan berarak ke Parlimen.

"Ikhlas juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan terdapat unsur rasuah dan penyelewengan dalam penganjuran bazar di Uptown Danau Kota," katanya.

Berikut pula adalah video dari Free Malaysia Today..



Kenapa nak marah?? penghargaan dari pemimpin UMNO buat korang tu...

Video: Pesanan dari Arman (Panglima Ludah) buat NGO 'R' dan Penyokong Pakatan Rakyat..

Posted: 28 Nov 2012 05:44 PM PST


Mantan Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah adalah individu yang kelihatan telah mengiringi Wakil NGO Royalti (R) yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang cuba masuk ke dewan itu beberapa hari lalu.

Kenyataan ringkas di Facebook Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali, selepas kejadian.. beliau mendakwa telah dihalau oleh sekumpulan 'samseng' Umno.


"Kami hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul tergempar berikan royalti Kelantan.

"Berginikah layanan parti yg kononnya memperjuangkn Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami diperlakukan bergini?" soal Hishamuddin.

Video berikut adalah kenyataan dari Arman mengenai kejadian tersebut.

Disamping memberikan penjelasan tentang insiden itu Arman juga berpesan buat penyokong Pakatan Rakyat..

Katanya "saya nak bagitau kat puak-puak Pakatan di luar sana.. sila hormati budaya Melayu, sila hormati tatasusila, sila hormati majlis orang.. jangan datang ke majlis orang untuk membuat kacau…"

Saksikan!!.. mula-mula di cakap elok saja.. lepas tu...


Tiada ulasan: