Isnin, 26 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! 'Singapore itu ANJING' dinyanyikan penyokong Malaysia ketika perlawanan Singapore vs Malaysia.. (Video Inside)

Posted: 26 Nov 2012 08:28 AM PST


Cuba korang dengar betul-betul apa yang dinyanyikan oleh sekumpulan penyokong pasukan bolasepak Malaysia dalam video di bawah ini..

Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Ultras Malaya'.. penuh bersemangat mereka menyanyikan lagu mereka ini..

  

Apa yang mereka nyanyikan?.. 'Singapore itu Anjing'..

Bagaimana jika pasukan negara kita pula dilayan sebegitu rupa di Singapura?.. tentu kita juga tidak boleh menerimanya kan..

Fanatik-fanatik juga tapi janganlah sampai menghina dan mengelar sesuatu negara itu ANJING..

Siapa Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini? jangan buat bodoh pulak... dah lah dengan Indonesia pun tak habis-habis dengan isu takkan nak cari pasal dengan Singapore pulak kot?

Ini pula lagu buat FAM.. budaya penyokong parti mana yang suka terlompat-lompat macam kera ini agaknya?




Kat atas ni seorang Pemimpin UMNO yang dikatakan telah memberikan motivasi kepada pemain sebelum perlawanan.. Hasil motivasi seorang penakut itu pasukan Malaysia tewas kepada Singapura..

Bukan aku kata.. tapi edyes yang kata tu.. sila baca analisa kekalahan Malaysia di ( SINI )

MAHA 2013 yang dirasmikan Najib kecoh..

Posted: 26 Nov 2012 07:03 AM PST


Sabtu lalu perdana menteri malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Serdang. Selangor.

BERNAMA melaporkan Pameran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) tersebut setakat ini mencatat lebih 600,000 pengunjung dalam tempoh dua hari.

Tetapi disebalik kemeriahan tersebut telah berlaku kekecohan dimana ianya telah mencetuskan satu kekecohan akibat ketidakadilan dan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga ekspo.

Sebentar tadi satu demonstrasi oleh peniaga-peniaga diadakan bagi membantah corak pengurussan yang amat merugikan mereka.




Sehingga setakat ini berita ditulis, masih belum ada penyelesaian dilakukan oleh pihak penganjur mahupun dari kementerian, malah ketua wakil peniaga mendakwa mereka menerima pesanan sms dari seorang menteri yang menyebut ..." jangan dilayan peniaga-peniaga ikan bilis..."

Wakil peniaga menyatakan, pada tahun lepas ekspo ini diuruskan oleh FAMA, dan ia berjalan dan diuruskan dengan baik dan cemerlang. Akibat rasa "cemburunya" MARDI dengan kejayaan FAMA, maka mereka "hijack" projek ini dari FAMA, dan memberikan pengurusan kepada puak-puak kroni Umno.

Sumber dan lagi gambar sila lihat di ( SINI )

Takut tembelang sepupunya pecah, Hishamuddin halang Peguam Perancis masuk ke Malaysia

Posted: 26 Nov 2012 02:04 AM PST


Taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham akan diadakan esok di Singapura, menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

"Mereka tidak ke Malaysia. Taklimat akan dibuat di Singapura," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

"Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat," tambah Ahli Parlimen Batu itu.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

"Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok," katanya kepada Keadilan Daily.

Ditanya mengapa tidak dibuat di Malaysia, Cynthia berkata, kemasukan peguam terbabit dihalang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.

Khamis lalu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.

William dan Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan 'keputusan yang dibuat'.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

http://www.keadilandaily.com/?p=40122

Mashitah kata tiada tindakan terhadap PAS, untuk beri peluang PAS bertaubat..

Posted: 26 Nov 2012 12:14 AM PST


Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini ~ Malaysiakini

Hakikatnya ialah Mashitah cuba memperbodohkan rakyat yang bukan Ahli UMNO (Ahli UMNO tak perlu diperbodohkan lagi kerana mereka sememangnya bodoh)..

Kononnya Kerajaan UMNO/BN memberikan peluang untuk bertaubat dan bermuhasabah kepada PAS sedangkan tiada kesalahan yang dilakukan oleh PAS..

Ini kerana menurut Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

Manakala bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

Ini kata Dr Zaharuddin Abdul Rahman.. klik pada imej untuk paparan lebih jelas..


Dan ini pula kenyataan Dr. Maza.. klik pada imej untuk paparan lebih jelas..

Ambiga cari pasal lagi!!

Posted: 25 Nov 2012 09:04 PM PST


Kerana menganjurkan BERSIH, Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad telah menyarankan agar pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga digantung kerana menderhaka kononnya..

Bagaimanapun beliau kemudiannya menarik balik kenyataannya itu.. selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memohonnya menarik balik kenyataan itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras DATUK Wira Syed Ali Alhabshee pula menyifatkan pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sebagai manusia hipokrik dan hanya mementingkan agenda peribadi.

"Inilah sebenarnya manusia yang menceroboh privasi warga kota, malah sejak munculnya manusia jenis ini, keselesaan hidup rakyat terutama di Kuala Lumpur mula terganggu," tegasnya.

Malah kata Ketua UMNO Bahagian Cheras itu, pencerobohan terancang yang dilakukan Ambiga menerusi BERSIH 3.0 pada 28 April lalu boleh dianggap sebagai 'kurang ajar' dan amat biadap.

Kini.. Ambiga sekali lagi bakal mencetuskan kemarahan pencacai-pencacai UMNO bilamana beliau secara terbuka menggesa agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar menerima cabaran dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.


Free Malaysia Today


Apa maksud ADUN UMNO ini berkata begini kepada Elizabeth Wong?

Posted: 25 Nov 2012 05:41 PM PST


Adun Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim didakwa mengeluarkan kata-kata yang tidak soapan kepada Exco Selangor Elizabeth Wong ketika sesi pengulungan perbahasan Belanjawan 2013 pada Nov 22.

Kata-kata itu berlaku sewaktu Elizabeth, yang merupakan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, memberikan penjelasan tentang isu pencerobohan hutan simpan di kawasan Taman Templer, Selayang.

Pada minit 2:22 ADUN dari UMNO ini dirakamkan telah berkata " jangan sampai kita terlupa menjaga hutan kita sendiri" kepada Elizabeth Wong..

Apa maksudnya???



Laporan berkaitan..

Usul Tindakan Disiplin Terhadap Adun Umno Seksis Bakal Dicadangakan

SHAH ALAM, 26 NOV : Adun Pakatan Rakyat Selangor akan mencadangkan usul agar Adun Umno-BN, Datuk Mohd Isa Abu Kassim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berikutan kata-kata yang menghina kaum wanita yang dikeluarkan beliau Khamis lalu.

Usul yang bakal dicadangkan minggu ini akan menyeru agar satu tindakan disiplin di ambil terhadap Adun Batang Kali itu kerana kenyataannya semasa sesi pengulungan perbahasan Belanjawan Selangor 2013 di dalam sidang Dewan Negeri Selangor.

Cadangan tersebut bakal diusulkan kerana Mohd Isa sebelum ini enggan menarik balik kenyataan tersebut serta meminta maaf dengan alasan beliau tidak menyebut kata-kata itu.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata hansad sidang Dewan Negeri Selangor jelas menunjukkan beliau menyebut kata-kata itu.

"Saya lebih meluat apabila ianya dibangkitkan oleh (Adun Subang Jaya) YB Hannah Yeoh, beliau menafikan kononnya beliau tidak menggunakan perkataan itu, tetapi terbukti apabila hansad diedarkan, terang-terang perkataan itu wujud.

"Sebenarnya pihak Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) telah pun berbincang dan dipersetujui supaya dibawa satu usul yang dibentangkan ke dalam dewan dalam masa seminggu ini untuk memanggil Batang Kali dibicarakan di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Kenyataan seperti itu, tak menggambarkan rasa hormat dia pada wanita dan kalau orang menyebut seperti itu kepada isteri, ibu atau anak perempuannya, apa perasaan dia," ujar Rodziah kepada TV Selangor hari ini.

Pada Khamis lalu, Mohd Isa didakwa mengeluarkan kata-kata tidak sopan semasa Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong membuat pengulungan tentang status hutan simpan di kawasan Taman Templer.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Haniza Talha pula mengingatkan bahawa semua wanita lain juga mempunyai hak untuk dihormati seperti mana ibu Mohd Isa sendiri.

"Boleh tak dia bergurau begitu kepada emak dia? Tentu tidak, kalau tak boleh apa bezanya dengan wanita lain sebab wanita lain juga ada hak untuk dihormati," kata yang juga Adun Taman Medan.

Haniza juga menyarankan agar pengundi wanita di Dun Batang Kali 'mengajar' Adun tersebut dengan menolak beliau dalam pilihan raya akan datang.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata Mohd Isa wajar meminta maaf kepada Elizabeth.

Artis popular, Abby Abadi pula menyifatkan kenyataan Mohd Isa itu sebagai kenyataan biadab yang hanya dikeluarkan oleh individu yang kurang moral.

"Kenyataan seperti itu tak boleh terima, keterlaluan, keluar topik, lebih-lebih lagi bila dikeluarkan oleh seseorang yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat di kawasan yang dijaganya," kata Abby kepada TV Selangor.

Apa beza beliau dengan blogger-blogger pencacai UMNO yang selama ini kita lihat menggunakan isu seks untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat?

Tiada ulasan: