Ahad, 25 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pencacai UMNO mengganas lagi!! Billboard Keadilan pula menjadi mangsa..

Posted: 25 Nov 2012 06:37 AM PST


Bukan disebabkan dipukul ribut 'billboard' turunkan harga minyak yang didirikan oleh KeAdilan ini tumbang menyembah bumi, tapi kerana keganasan yang timbul akibat ketakutan oleh UMNO terhadapnya.

Billboard "Harga Minyak Turun" yang telah didirikan oleh pihak KeAdilan di KM383, Lebuhraya Utara Selatan ini didirikan sebagai medium untuk menyampaikan kepada rakyat antara agenda Pakatan Rakyat andaikata berjaya ke Putrajaya telah menjadi mangsa samseng upahan UMNO.


Ini terbukti dengan kesan potongan menggunakan "Dics Grinder" pada ditiang billboard tersebut.



Apa yang mereka takut dengan 'Billboard" ini agaknya hingga mereka mengambil tindakan untuk merobohkannya?

Adakah mereka yakin dengan tindakan mereka ini, mereka berjaya menghalang agenda Pakatan Rakyat diketahui oleh rakyat?



Apa yang terbukti dari tindakan mereka ini ialah, mereka sebenarnya kini dalam ketakutan yang amat sangat hinggakan 'billboard' yang tidak bernyawa itupun menjadi sasaran mereka.

Ketakutan mereka kini umpama seekor biawak yang dikepung, merasakan nyawanya terancam ianya akan melanggar apa saja ynag mengepungnya biarpun ianya adalah tiang sekalipun..

Lagi gambar sila lihat di ( SINI )

Himpunan Hijau: Bermula 70 orang.. berakhir 20,000.. (Gambar)

Posted: 25 Nov 2012 03:30 AM PST


Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.

Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi.

Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.

"Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu.

"Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan tetap duduk di sini. Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk sini atau tidak," kata Wong.

Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini.

Sementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki kerana sedang dinaiktaraf.

Katanya, Datuk Bandar berhak melarang sesiap daripada memasuki kawasan tersebut mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa DBKL.

"Dataran Merdeka kini dalam ubahsuai. Dan kita tidak akan benarkan Wong Tat masuk.

"Dataran Merdeka dibawah DBKL dan Datuk Bandar. Dan di bawah Undang-undang Kecil Dataran Merdeka, Datuk Bandar berhak melarang sesiapa masuk Dataran Merdeka.

"Permohonan pun tiada. Jadi kami memang melarang," kata Nasaruddin ~ Malaysiakini















DBKL tutup Dataran Merdeka untuk halang peserta Himpunan Hijau berkumpul

Posted: 24 Nov 2012 08:57 PM PST


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka – kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan.

Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini.


Pada masa sama, dianggarkan seramai 100 orang anggota polis dan 30 penguatkuasa DBKL turut berada di kawasan berkenaan awal pagi ini.

DBKL juga mengadakan sekatan jalan raya di kedua-dua bahagian jalan di hadapan Dataran Merdeka – yang menghubungi Jalan Tun Perak dan Lebuh Pasar Besar – tindakan sama yang diambil semada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Satu notis yang dikeluarkan Datuk Bandar DBKL Datuk Ahmad Phesal Talib, turut ditempatkan di tengah-tengah sekatan jalan raya itu – menyatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk semua aktiviti.

Menurut DBKL, penutupan itu ekoran kerja pembaikan dan naiktaraf yang dijalankan di Dataran. Datu kain rentang yang digantung di kawasan tersebut menyatakan, kerja-kerja berkenaan bermula pada 13 September dan akan berlarutan sehingga 11 Februari tahun depan.

Kerja berkenaan hanya membabitkan kawasan padang dan air pancut, namun DBKL bertindak menutup keseluruhan jalan di hadapan padang berkenaan .

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyekat pelancong daripada melawat dan merakam gambar di kawasan tersebut.


~ Malaysiakini

Tiada ulasan: