Sabtu, 24 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anti Lynas: Ahli PAS diseru ke Dataran esok

Posted: 24 Nov 2012 04:47 AM PST


PAS menyeru ahli-ahlinya yang berkelapangan untuk turut menyertai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ke Dataran Merdeka, pagi esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata ahli-ahli PAS yang berada di sekitar Lembah Kelang digalakkan menyertai perarakan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka.

Tambah Mahfuz, perjuangan kumpulan Himpunan Hijau itu perlu dihargai memandangkan mereka sanggup berjalan kaki sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Perjuangan mereka bukan kecil. Mereka berjalan kaki, demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang. Saya seru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka. Lebih baik, jika dapat berjalan bersama mereka ke Dataran (Merdeka) esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Seruan sama turut dinyatakan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan kumpulan pejalan kaki itu sebagai pejuang rakyat.

"Kita amat mengharga usaha dan jerit perih mereka dalam menentang isu Lynas hingga sanggup berjalan kaki, tanpa mengira hujan dan panas. Maka, kita perlu menyatakan solidariti kita kepada mereka dengan bersama mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Kumpulan pejalan kaki yang diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack tiba di Tol Gombak, jam 3 petang tadi sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Selain PAS, turut bersama mereka berarak ke Taman Melewar ialah Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua turut bersama menyambut ketibaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas, di Taman Melewar.

Malam ini, kumpulan tersebut akan bermalam di KUIZM, sebelum memulakan perjalanan mereka ke Dataran Merdeka esok.

~ Harakahdaily

Pemimpin UMNO Pemilik Banglo di Templer Park (Video Inside)

Posted: 23 Nov 2012 07:58 PM PST


Beberapa pemimpin Umno didakwa pemilik banglo di Templer Park, projek kontroversi, yang dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Ahli Exco, Elizabeth Wong memberitahu dewan bahawa beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN.

"Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah," katanya di dewan semalam, tanpa menyebut sebarang nama, lapor Selangorku.com, lamanweb kerajaan negeri.

Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4.

Projek itu didakwa melibatkan komuniti berpagar seluas 12.41 hektar yang terdiri daripada 60 buah banglo, dengan harga permulaan RM4 juta seunit.

Laporan yang sama memetik Majlis Perbandaran Selayang sebagai berkata pemaju projek itu telah memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Tiada ulasan: