Khamis, 22 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Ibu Tunggal' saman Kerajaan PR Selangor RM10Juta sebab tak tunai Manifesto Pilihanraya..

Posted: 22 Nov 2012 02:21 AM PST


Kalau dia orang boleh menang dalam kes ni, lepas ni seluruh Penyokong Pakatan Rakyat yang berada di kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO/BN bolehlah menyenaraikan pula apa yang UMNO/BN tidak tepati dalam Manifesto Pilihanraya mereka..

Diperingkat nasional pula... kita pakat-pakat saman Kerajaan UMNO/BN basal banyak janji dalam manifesto mereka yang kini tinggal janji...

Lebih 2,000 Ibu Tunggal Di Selangor Fail Saman Tuntut RM10.9 Juta 

SHAH ALAM: Sejumlah 2,020 ibu tunggal pada Khamis memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap ibu tunggal di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama, kata mereka.

Plaintif-plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup plaintif melalui elaun yang dijanjikan kepada ibu tunggal tetapi sehingga kini kerajaan negeri gagal mewujudkan satu skim untuk membayar elaun kepada ibu tunggal, kata mereka.

Plaintif-plaintif mendakwa defendan kedua sebagai Ketua Eksekutif kepada defendan pertama telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat bayaran kepada plaintif dan golongan ibu tunggal di Selangor.

Oleh itu, plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos.

Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor yang mempunyai garis panduan antaranya ialah bayaran elaun minimum adalah RM100 sebulan, mengadakan borang permohonan bayaran elaun ibu tunggal dan kaedah mendapatkan serta memulangkan borang permohonan.

Mereka memohon suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama dan kedua melantik sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor.

Plaintif-plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan 'gantung tidak bertali'.

Sementara itu, Murtini memberitahu wartawan mereka memfailkan saman itu bagi menuntut apa yang dijanjikan kepada golongan ini dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

"Harapan kami janji mesti ditepati, dan rakyat selaku pengundi sentiasa ingat kepada manifesto," katanya.
Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata selepas ini firma beliau akan memfailkan tuntutan yang sama daripada 5,000 ibu tunggal pada awal dan pertengahan bulan hadapan.

Beliau berkata kumpulan ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Langat. - BERNAMA

Mahfuz gesa KDN perjelas perbezaan harga kamera perangkap laju

Posted: 21 Nov 2012 11:41 PM PST


KUALA LUMPUR, 22 Nov ― Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan terdapatnya perbezaan harga yang ketara dalam pembelian kamera perangkap laju Model Laser Digicam dan Model Laser Trucam yang dibeli Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun 1995.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, berdasarkan harga pasaran semasa kedua-dua model kamera perangkap laju tersebut, hanyalah antara AS$5,000 (RM15,000) untuk model Laser Trucam dan AS$6,000 untuk model Laser Digicam.

"Saya mahu menteri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) menjawab mengapa wujudnya perbezaan harga yang ketara semasa pembelian kamera tersebut pada 1995, sedangkan harga semasa kamera-kamera itu jauh lebih rendah.

"Sekiranya terdapat perbezaan jenama sekalipun, takkan sampai begitu tinggi harga yang dibayar kerajaan," soalnya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulis Hishammuddin di Parlimen sebelum ini, beliau menjelaskan pihak polis mempunyai 124 unit kamera perangkap laju yang bernilai RM23,500,125.

"... sejak 1995, PDRM telah dibekalkan dengan kamera perangkap had laju secara berperingkat. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kamera tersebut adalah sebanyak 124 unit.

"Harga bagi setiap unit adalah seperti berikut; a. Model Laser Digicam berjumlah 85 unit dengan harga RM173,925.00 seunit; dan b. Model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500.00 seunit," katanya dalam jawapan bertulis tersebut menjawab soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkenaan keseluruhan unit kamera perangkap laju yang dimiliki pihak berkuasa tersebut dan harga setiap satu daripadanya.

Mahfuz turut mengemukakan dokumen pembelian kedua-dua jenis kamera tersebut daripada negeri Idaho, Montana, dan Delaware di Amerika Syarikat yang bertarikh antara Oktober 2011 hingga Januari 2012 yang menunjukkan harga sebenar kamera tersebut lebih murah.

Kementerian Dalam Negeri dijangka akan menggulung perbahasan dan menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen selepas sidang Dewan Rakyat disambung semula selepas makan tengahari.

Kerajaan baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES), yang menimbulkan kontroversi untuk menangkap pemandu yang memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah.

Kamera AES, yang telah menerima tentangan daripada rakyat kini di peringkat percubaan dengan 14 daripadanya dipasang di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata kepada Parlimen polis akan meneruskan penggunaan kamera had laju mobil disamping penggunaan AES.

Sebanyak 831 unit kamera AES akan dipasang dua syarikat swasta dan operasinya akan diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh lima tahun. ~ The Malaysian Insider

Nak tengok harga sebenar kamera Had Laju tu sila lihat di ( SINI )

Kamera Had Laju, Polis kata RM17K sebuah, Hishamuddin kata RM223K sebuah.. cuba tengok harga sebenar ni..

Posted: 21 Nov 2012 04:30 PM PST


Gambar di atas ialah jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera perangkap had laju dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit.

Dan jumlah keseluruhan harganya ialah RM23.5 juta.

Berikut pula adalah kenyataan dari ACP Mohd Fuad Abd Latiff dari Bukit Aman kepada The Star pada 21 September 2011 mengenai Kamera Laser Truecam tersebut.

The Star On Line

Apa yang berbeza dengan kenyataan Hishamuddin ialah Hishamuddin mengatakan harga kamera tersebut adalah RM223,500 seunit.

Tetapi menurut ACP Mohd Fuad Kamera Had Laju LTI 20-20 TruCam berharga hanya kira-kira US$6,000 (RM17,000) seunit..

The Star On Line

Siapa yang berbohong sebenarnya?

Adakah Hishamuddin sepupu Najib yang berbohong atau ACP Mohd Fuad yang berbohong..

Untuk mengetahui siapa yang berbohong sila lihat sebut harga dari Laser Technology US tentang harga Kamera Had Laju ini..


Sebut harga ini untuk Michigan, US..


Jelas apa yang dinyatakan oleh ACP Mohd Fuad dari Bukit Aman adalah benar kerana harganya hampir sama.. tetapi sepupu Najib?

Sudahlah beli kapal selam kena bagi komisyen takkanlah beli Kamera Had Laju pun ambil komisyen juga kot?? kalau macam ni.. bangkraplah negara...

Pencacai UMNO tentu gembirakan?? sebab banyak komisyen tu.. tentu korang dapat merasa sorang sikitkan sebab menyokong pemimpin UMNO ni..

Tiada ulasan: