Rabu, 21 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemimpin UMNO ni kata, UMNO juga rakyat jadi boleh dapat tanah..

Posted: 21 Nov 2012 05:30 AM PST


Lelaki di atas ialah Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang, Selangor.

Dia kata "Umno itu adalah rakyat. Umno mewakili 400,000 rakyat Selangor dan 400,000 rakyat Selangor ini membayar cukai. Ini (tanah) rakyat Selangor yang dapat.

"Ini bukan untuk individu tetapi suatu pertubuhan yang ramai. Tak boleh ke Umno menerima dana untuk membina dewan serbaguna, dewan-dewan masyarakat untuk kegunaan masyarakat?

"Keseluruhan tanah adalah tanah yang digunakan untuk dewan, tadika dan sebagainya... semua untuk kepentingan rakyat, bukan individu," kata Shukor.

Aku tak tahu nak komen panjang-panjang pasal perkara ni sebab aku bukan rakyat Selangor..

Cuma kalau mengikut apa yang dia kata tu.. tanah yang dah UMNO dan sekutunya rembat tu telah dirembat bagi pihak 400,000 rakyat Selangor..

Tapi yang menghairankannya kenapa masih ramai rakyat Selangor masih tinggal di rumah flat sedangkan UMNO telah mendapatkan tanah bagi mereka?

SHAH ALAM, 21 Nov — Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari Kuang hari ini menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat.

Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus.

"Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai.

"Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang dewan undangan negeri Selangor semalam yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa.

Tuduhan itu melibatkan 24 plot tanah awam di tujuh dari sembilan daerah negeri terkaya itu, dimana dimiliki oleh cawangan dan bahagian Umno, MCA, MIC dan Gerakan sekitar tahun 2000 hingga 2008.

Plot tanah berkeluasan sehingga tujuh ekar setiap satu dan jumlah keseluruhan adalah 33.5 ekar, kebanyakannya di kawasan komersil.

Daripada 24 plot, 15 dimiliki bahagian atau cawangan Umno, dengan enam dimiliki oleh Umno bahagian Sungai Besar, yang diketuai oleh bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo.

MCA mempunyai lima plot, MIC tiga dan Gerakan satu.

Datuk Seri Samy Velly, bersama dengan S Subramaniam dan Allahyarham Tan Sri SOK Ubaidullah, salah seorang pengasas MIC, dinamakan sebagai pemegang amanah bagi tanah berkeluasan 2,832 meter persegi di Kuala Selangor.

Plot tanah terbesar ialah tanah berkeluasan tujuh ekar di Klang, yang dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja, dan 6.5 ekar tanah di Batu 14, Puchong, yang dimiliki Umno bahagian Puchong.

Adun Sekinchan Ng Suee Lim mencabar parti komponen BN untuk memulangkan kembali tanah tersebut kepada rakyat jika mereka benar-benar mahu menjaga kebajikan rakyat.

"Mereka perlu buktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, bukan kata-kata kosong, kata berjuang untuk rakyat, tapi merampas tanah mereka," katanya lagi semalam - The Malaysian Insider

Penjelasan Azhar Sulaiman mengenai isu 'Mengaku Murtad'..

Posted: 20 Nov 2012 11:16 PM PST


"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya ~ Sinar Harian

Kisah dia mengaku murtad tu sila baca di ( SINI )

UMNO Kelantan buat laporan Polis sebab PAS berdoa..

Posted: 20 Nov 2012 08:10 PM PST


Kebodohan pencacai-pencacai UMNO Kelantan kali ini pasti akan membuatkan pihak Polis benar-benar pening kepala..

Doa merupakan satu ibadah dalam Islam. Ia memang perbuatan dianjurkan oleh Allah swt itu sendiri menurut hadis.

Semakin kita berdoa kepada Allah swt maka semakin Allah S.W.T sayang kepada kita.

Doa juga merupakan satu interaksi langsung antara manusia dengan Allah S.W.T, jadi selepas laporan polis dibuat, siapa yang Polis nak siasat?

Takan nak siasat manusia yang berdoa? Sejak bila doa itu merupakan satu kesalahan pula?

Islam tak kata haram pun. Jauh sekali berdosa besar. Undang2 malaysia pun tak mengatakan ia merupakan satu perbuatan jenayah.

Macam mana Polis nak buat kerja neh?.. takkan nak siasat Allah S.W.T kot? gila apa??

KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.

Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.

"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.

Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.

Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.

"Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini," katanya.

Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.

Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.

Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama

Tindak tanduk Pas cemar imej Islam kata Hishamuddin sepupu Najib

Posted: 20 Nov 2012 04:00 PM PST


Isu Pas mendoakan kemusnahan dan memurtadkan Umno semasa muktamar tahunannya baru-baru ini akan menjadi satu daripada perkara yang dibincangkan dalam usul agama Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan parti itu mencemar imej Islam.

Tindakan seperti mendoakan kemusnahan atau memurtadkan Umno, merupakan kaedah politik kebencian yang sudah lama menular dalam parti pembangkang itu.


Beliau berharap anggota perwakilan yang akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno nanti tidak meletakkan diri mereka sama taraf dengan jurucakap Pas yang tidak tanduk mereka hanya menjejaskan kredibiliti parti.

"Dalam kita mendoakan semoga penduduk Gaza diselamatkan, pembangkang (Pas) tidak ke arah itu, dia lebih menumpukan kepada politik, mendoakan kehancuran musuh politik mereka," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini ~ Sinar Harian

Pasal gambar lelaki dan arak kat atas tu..

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein "tidak ingat" sama ada dirinya lelaki yang minum arak dalam satu gambar yang tersebar dalam internet atau tidak. Ketika soalan ini diajukan oleh MerdekaReview kepada Naib Presiden UMNO ini, beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..."

Cermin diri sendiri dululah Hishamuddin kalau nak bercakap soal imej Islam...

Apa cerita agaknya mamat kat Ipoh tu sekarang ini?

Tiada ulasan: