Ahad, 18 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Doa PAS yang sebabkan Pencacai UMNO mengelupur..

Posted: 18 Nov 2012 07:47 AM PST

 
Dulu semasa Aruah Nenek aku masih hidup dia selalu berkata kalau nak menghalau jin atau syaitan bacakan ayat Al-Quran.

Katanya jin atau Syaitan itu akan mengelupur kepanasan bila diperdengarkan ayat Al-Quran, antara ayatnya ialah dari surah Ruqyah .. dengar di ( SINI )

Baru-baru ini pencacai-pencacai UMNO kelihatan mengelupur bila PAS mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hairan juga aku kenapa pencacai UMNO nak mengelupur pulak bila didoakan sebegitu... hmm.. mungkin depa sama specis kot?

Ini doanya...
Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami.

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami. Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini.

Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat. Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.

Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu. Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.

Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami. Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti.

Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.

Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk

Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah,

Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN..

Ini videonya...



Apa kata TG Nik Aziz..

"Tak salah doa macam itu. Umno pun dah tolak Islam, nak mulia di mana lagi," katanya ringkas sewaktu ditemui pemberita pada akhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Kota Bharu hari ini ~ Malaysiakini

Tindakan Tidak Islamik PAS Akan Musnahkan Kredibilitinya Najib kata

Posted: 18 Nov 2012 05:57 AM PST


Tindakan PAS mengadakan solat hajat dan mendoakan kejatuhan Barisan Nasional dan Umno pada pilihan raya umum akan datang akan memusnahkan kredibilitinya sebagai parti Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno itu berkata tindakan seumpama itu amat tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip Islam.

"Doa biasanya untuk kebaikan, mohon orang dipanjangkan umur, negara selamat dan negara sejahtera.

"Tak pernah doa dibuat untuk membinasakan parti. Ia bertentangan dengan prinsip Islam. Umno tak pernah pun berdoa untuk PAS dibinasakan," katanya kepada media Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas laporan akhbar mengenai tindakan parti pembangkang itu mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu semalam serta berdoa agar BN dan Umno dihancurkan untuk memudahkan laluan PAS ke Putrajaya.

Najib berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari bermula hari ini. - Bernama

Video tersebut sila lihat di ( SINI )

Sabah kubu yang bakal menjadi kubur buat BN.. 400 lagi keluar BN..

Posted: 17 Nov 2012 08:25 PM PST


Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.

Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.

Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.

Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.

Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.

"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.


Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.

"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya," ujar Azmin sambil berseloroh.

Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan.

"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.



Sabahkini.Net

Tiada ulasan: