Sabtu, 17 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO/BN meniru PR lagi...

Posted: 17 Nov 2012 03:10 AM PST


Dulu bila PKR melancarkan Bas Jelajah Merdeka Rakyat, berbagai-bagai kutukan yang pencacai UMNO lemparkan terhadap bas ini..

Ada yang mengatakan Anwar tak malu kerana wajahnya sebesar dua tayar bas terpampang pada dinding bas ini dan ada juga mengatakan ini ditiru dari cara kempen Tayyib Erdogan dari Parti AK di Turki.

Dan ada juga yang mengatakan cara berkempen menggunakan bas ini telah dipelopori oleh Najib Tun Razak sendiri yang berbeza cuma bas Najib tidak terpampang wajah Najib.

Tapi.. dalam diam dan tanpa disedari ramai.. setelah bas jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan, UMNO/BN pun menirunya, mereka juga meletakkan gambar Najib dan Muhyiddin pada bas milik UiTM yang diperguna untuk program yang UMNO/BN punya kepentingan.


Kemudiannya setelah PKR melancarkan treler yang boleh ditransformasikan menjadi pentas untuk ceramah diadakan, DAP menurut langkah itu.

Antara kenderaan yang dilancarkan oleh DAP ialah sebuah treler dan juga sebuah lori kecil yang dah hilang dicuri baru-baru ini..

Dan menggunakan lori sebagai pentas untuk mengadakan ceramah ini juga telah ditiru oleh UMNO/BN...


Itulah.. bila PR mulakan semua pencacai UMNO kutuk.. tapi bila UMNO/BN juga meniru apa yang dilakukan PR semua pencacai diam..

Lepas ni apa pulak agaknya yang Najib nak tiru Anwar pula..

Kalau tak ada idea.. aku cadangkan Najib supaya meniru Anwar sebagai Ketua Pembangkang pula..

Sumber gambar : FB Kim Jung Woo

Video lebih 30 Ribu hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat ..

Posted: 16 Nov 2012 10:29 PM PST


Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu penuh dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini.

Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini.

Dianggarkan pada lebih 30,000 berada di padang stadium dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam stadium.

Kebangkitan juga bakal sekali lagi menyaksikan sejarah dicipta di stadium penuh keramat ini apabila beberapa tokoh besar juga turut hadir.

Antara pemimpin besar Pakatan Rakyat yang memberi ucapan termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Suasana dalam stadium ketika ini dipenuhi dengan empat warna kebangkitan rakyat iaitu oren, merah, hijau dan kuning.

Oren mewakili gerakan menyelamatkan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), merah mewakili perjuangan NGO 'R' menuntut hak bayaran royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan.

Hijau mewakili gerakan menyelamatkan alam sekitar dan anti-Lynas dan kuning mewakili perjuangan Bersih yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Selain daripada warna dari pakaian yang dipakai, setiap hadirin juga turut diagihkan bendera mewakili keempat-empat warna tersebut.

Malam ini juga kesemua wakil-wakil NGO tersebut diberi peluang berucap memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini isu-isu yang diperjuangan mereka.

Perhimpunan malam ini juga dibuat bersempena berlangsungnya Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) yang bermula semalam hingga Ahad nanti.

Perhimpunan bermula sejak petang tadi apabila pelbagai acara hiburan dan ringan diadakan di perkarangan stadium dan di sekitar bandar Kota Bharu. Perarakan bermotor NgO 'R' mengelilingi stadium kira-kira jam 3 petang.

Selepas itu persembahan kesenian diadakan di situ termasuklah tarian singa dan lain-lain permainan tradisi ~ UtaraNews


Hmmmm... kalau macam ni.. lambat lagilah nak pilihanraya nampaknya..

Samseng bersenjatakan parang cuba mengganas di ceramah Merdeka Rakyat (Video Inside)

Posted: 16 Nov 2012 08:07 PM PST


Maklumat daripada petugas yang terlibat menjayakan program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam pada awal November lalu mendedahkan, seorang samseng upahan yang cuba mengganggu program Jelajah Merdeka Rakyat tersebut telah ditangkap .


Menurut petugas, samseng upahan tersebut, dengan gaya Mat Rempit yang bersenjatakan parang di pinggangnya itu dipercayai telah diupah untuk membaling cat pada Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaikki oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, samseng itu berjaya ditahan sebelum dia berjaya melakukan perkara buruk. Parang miliknya telah dirampas, selain itu penduduk tempatan mengesahkan sangat mengenali pemuda ini yang merupakan penyokong kuat Umno.

Lihat sendiri rakaman video di bawah kejadian saat samseng upahan ini ditahan oleh para petugas ketika Anwar Ibrahim sedang berucap dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam tempoh hari.


Hmmmm.. nampak gaya macam tak berapa betul saja mamat ni...

Sumber laporan : MiLo SuaM

Tiada ulasan: