Isnin, 12 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Berang AES dihalang, JPJ tingkat operasi di Pulau Pinang?

Posted: 12 Nov 2012 05:31 AM PST


Minggu lepas, saya cukup berasa tidak selesa menunggang motor di jalan raya sekitar Pulau Pinang, Hari Jumaat, saya ditahan untuk semakan trafik di Bagan semasa pulang dari kerja.

Pegawai Polis yang dibantu oleh RELA memberitahu, "motor banyak hilang."

Saya fikir ada baiknya penguatkuasaan sebegini dilakukan sebagai langkah pencegahan, pada pagi Sabtu pula, saya ditahan dalam sekatan trafik sejurul lepas tol Jambatan Pulau Pinang.

Kali itu, saya ditahan oleh JPJ. Ketua Pegawai Operasi JPJ meminta saya mengemukakan lasen memandu dan roadtax. Alhamdulillah. Dua-dua 'hidup'.

Saya meminta jasa baik ketua operasi trafik berkenaan supaya mempercepat proses penguatkuasaan kerana saya sedang mengejar masa ke Komtar.

"Lesen kamu ni bukan B full. Macam mana boleh naik motor 450cc ni," tegas pegawai tersebut.

Hasrat saya itu mungkin disalah erti, saya kata, "ini bukan motor 450cc. Ini Kawasaki 650cc, Tuan."

Lantas beliau respons, "Tengok...650cc. Kamu boleh bawa dengan tak ada B Full."

Sambil meminta maaf, saya pun memberitahu beliau yang saya berjenaka sahaja sebab beliau serius sangat. "Minta maaf banyak-banyak Tuan. Tadi saya melawak saja sebab saya tension. Saya tengah mengejar masa nak ke Komtar.

"Ini motor kecil...motor Kawasaki ini 250cc saja," kata saya.

Dua pegawai JPJ lain mulai mengeremuni motor saya.

Ketua Operasi tadi mula pakai kaca mata gelap, saya rasa beliau marah saya. "Motor kamu ini saya boleh 'angkut' sebab banyak sangat buat ubah suai. Tengok...'pengadang lumpur belakang' pun tak ada," kata beliau.

Saya berkata, "ubah enjin motor, korek blok mungkin boleh dikatakan salah sebab itu semua di bawah ketegori ubah suai equipment.

"Pengadang lumpur di bawah ketegori aksesori. Takkan salah kot?" saya bertanya sambil meminta beliau memperjelaskan perbezaan antara 'equipment' dan 'aksesori'.

Beliau tetap bertegas bahawa saya salah dengan mengatakan bahawa, "masalahnya kamu bukan setakat ubah suai, tapi buang terus 'pengadang lumpur motor'..."

Saya meminta beliau menunduk kepala sikit sama paras dengan plat nombor motor belakang supaya beliau boleh lihat 'pengadang lumpur belakang'.


Sambil menunjukkan 'pengadang lumpur belakang' itu, saya bertanya, "yang di bawah itu orang panggil apa?" (gambar).

Beliau terus menegaskan bahawa saya tetap bersalah sebab mengubah suai motor.

Ekoran itu, saya minta beliau saman saya atas dakwaan mengubah suai lampu signal juga.

"Kalau macam itu, tolong saman saya atas dakwaan ubah suai lampu signal ini sekali sebab saya guna model LED, bukan lampu standard."

"Tolong saman saya sebab lampu signal ini bukan aksesori, lampu signal ini adalah equipment. Ubah suai lampu signal ini wajib disaman juga.

"Lampu signal 'mati' atau tidak menyalakan lampu 'standard' (kuning) mungkin boleh saman sebab lampu LED equipment, kan?

"Kalau lampu signal (LED) seperti di motor saya yang elok berfungsi ini, boleh samankah?"

Beliau terus menegaskan bahawa saya tetap bersalah sebab mengubah suai 'pengadang lumpur belakang' tanpa menjelaskan itu di bawah ketegori equipment atau aksesori.

Beliau langsung tidak memberi penjelasan mengenai kekaburan status lampu signal saya yang sah-sah ubah suai dangan menggunakan model LED.

"Kamu sudah bersalah, kamu tak payah bertanya itu dan ini kepada saya.


"Nii...exzos pun ubah suai. Satu lagi kesalahan. Lagi banyak kamu tanya, lagi banyak nampak kamu salah (ubah suai motor)," tegas ketua operasi JPJ terbabit.

Saya berkata, motor Kawasaki saya Special Edition a.k.a SE, memang keluar lengkap dengan Exzos model ARROW. (gambar)

Tapi, beliau tak percaya selain tetap 'menekan' saya untuk mengaku semua kesalahan saya.

Oleh kerana saya mengejar masa, saya pun terpaksa bertegas.

"Minta maaf, Tuan. Saya memang nak cepat sebab saya ada PC (sidang media) mengenai AES yang akan disampaikan oleh Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang).

"Dari tadi, dok tuduh saya bersalah. Kerja Tuan (JPJ) bukan menentukan saya salah atau tidak salah sebab itu kerja mahkamah.

"Tuan boleh keluar notis trafik atau saman kalau 'ya' saya mengaku bersalah atau pihak Tuan boleh buktikan saya bersalah termasuk ubah suai motor ini.

"Tuan kakitangan kerajaan. Saya pun kakitangan kerajaan. Jadi, tak payah nak 'melebih-lebih' dengan saya," tegas saya.

Beliau terus pergi ke kereta perondanya dan mengeluarkan satu Notis Pemeriksaan Khas.

"Mesti buat pemeriksaan dalam masa 10 hari. Jangan tak pergi pula," kata ketua operasi JPJ terbabit.

Saya malas nak layan sebab saya sedang mengejar masa ke Komtar. Saya terus ambil saya punya lesen memandu dan roadtax.

Mungkin kerana tiada hujah, maka beliau terpaksa berbuat sedemikian.

"Hujah lawan hujah lah!!!" jerit sekuat-kuat hati dalam hati (sebab takut panjang lagi masalahnya dengan JPJ).

Sejurus selesai temuramah Ahli Majlis MPPP, Cik Ramlah Bee menjelang waktu Zuhur tadi, saya bergegas ke JPJ Seberang Jaya untuk membuat pemeriksaan khas.

Pegawai pemeriksa meneliti Notis Pemeriksaan Khas yang saya berikan lalu membuat pemeriksaan klinikal lanjut.

Beliau kata motor saya "Standard" lalu mengeluarkan akuan tersebut seperti tertera di atas.


Sungguhpun saya Orang Kampung dari keluarga miskin yang tak berpeluang belajar di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, jangan layan saya seperti "langsung tak tahu apa-apa!".

Kalau 'ya' pun mungkin marah Kerajaan Pulau Pinang halang penguatkuasaan AES, tak payahlah protes buat operasi sekatan trafik banyak sangat, yang nyata mengganggu saya dan penunggang lain ke tempat kerja saban hari.

Semoga perkongsian ni jadi pengajaran untuk kita semua.

Siapa 'saya' dalam artikel ini?.. sila lihat di ( SINI )

GEMPAR!! Satu Kampung keluar UMNO di Johor..

Posted: 11 Nov 2012 11:37 PM PST


Gambar ini dirakamkan disebuah kampong di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor, DUN N21 Parit Yaani.

Dikhabarkan seluruh ahli UMNO cawangan itu melahirkan rasa marah dan kecewa kepada UMNO kerana gagal menunaikan janji serta menjaga kebajikan penduduk kampong.

Mereka merasakan diri mereka dilayan macam sampah oleh para pemimpin UMNO.

Setiap kali tiba pilihanraya maka bermacam-macam janji manis ditabur oleh para pemimpin UMNO tapi tunaikannya, habuk pun tarak!!!


Ini menyebabkan penduduk kampong yang rata-rata adalah ahli dan penyokong UMNO naik angin dan bertekad berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO dengan mengambil tindakan membubarkan cawangan UMNO Batu 5, Kg Mohd Noor Parit Sulong, Johor.

Petanda awal yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan kejatuhan UMNO bukan lagi perkara mustahil.

Sumber : Omak Kau!!

PANAS! BN Makin Terdesak, Artis pula diheret untuk sokong UMNO

Posted: 11 Nov 2012 08:59 PM PST


Pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) yang disempurnakan oleh perdana menteri Najib Altantuya malam tadi disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno dan Barisan Nasional (BN) meraih sokongan rakyat di saat rejim pemerintah semakin hilang cengkaman rakyat terhadap keboleh percayaan rejim itu memerintah negara ini lagi.

Dalam majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib Altantuya juga berjanji kepada para penggiat seni tanah air yang menyokong rejimnya, akan mendapat bantuan lebih banyak jika BN meraih kemenangan dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

Idea cetusan menteri yang terkenal dengan kontroversi berhubung skandal seksnya dengan bekas pembantu rumah Indonesianya, Robengah, turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan sebagai tanda terima kasih terhadap keputusan Najib Altantuya memberi dana permulaan RM2 juta buat yayasan tersebut tahun ini selain berjanji akan menyumbang RM3 juta lagi tahun hadapan (selepas pilihanraya umum).

Diketuai penyanyi Irwan Shah atau lebih dikenali dengan nama artisnya DJ Dave, yayasan ini turut mempunyai penasihatnya sendiri iaitu pengerusi Kelab Putra Umno, Abdul Azzez Abdul Rahim yang bertindak membawa masuk beberapa artis seperti Amy Search, Ibnor Riza, Mus dari kumpulan May dan Jamal Abdillah menyertai parti reput itu beberapa bulan lalu.

Persoalannya, mengapa baru sekarang Najib baru tersedar pengaruh artis juga turut mampu memberi imbuhan politik terhadap BN?

Apakah dengan kemasukan artis terkenal seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Hairie Othman dan Dayangku Intan (sekadar menyebut beberapa nama) ke dalam parti dalam Pakatan Rakyat menyebabkan Rais Yatim dan Najib mula terasa bahang penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat hingga sanggup menubuhkan YA1M yang sememangnya berbau politik?

Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )

Kerana terdesak, UMNO berkempen hingga kedalam Kem Tentera.. ini buktinya!!

Posted: 11 Nov 2012 06:18 PM PST


Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam satu sidang akhbar semalam, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.

Beliau menjemput penduduk hadir ke 'Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat' pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

"Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.

"Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali 'apolitical' tentera sudah tidak ada lagi.

"Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.

"Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.

"Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat," kata Aminuddin dengan nada sinis.

Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.

"Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini," kata Aminuddin ~ Free Malaysia Today

Ini pula adalah kenyataan media dari SAMM N9..

Kenyataan Umum
12 November 2012

Berkempen dan Berdangdut Dalam Kem Tentera Bukti Umno Terdesak 

Merujuk kepada sepucuk surat yang didedahkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan berasa curiga dengan taktik yang digunakan oleh Umno untuk meraih sokongan apabila tergamak menggunakan kem tentera sebagai tempat untuk berkempen meraih sokongan.

Surat rasmi yang mempunyai 'Letterhead' Umno Seremban itu dituju dan dihantar kepada seluruh warga penduduk Sikamat untuk hadir masuk ke perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

Turut tertera sebagai aktiviti ialah ucapan pemimpin Umno Seremban dan seorang artis dangdut juga dijemput membuat persembahan.

SAMM N.Sembilan melihat Kem tentera adalah kawasan terlarang dan khas untuk aktiviti ketenteraan, ini termasuklah Kem Sikamat yang menempatkan pelbagai senjata berat artileri dan juga rahsia ketenteraan.

Adalah tidak wajar apabila seluruh warga Sikamat dijemput ke perkarangan kem tentera hanya untuk sebuah majlis jamuan.

Apakah jaminan kem tersebut tidak ditembus oleh perisik asing apabila ramai yang berpusu-pusu masuk ke kem tentera?

Kerakusan Umno meraih sokongan hingga membelakangkan keselamatan negara harus dipandang serius dan perlu diteliti kelaziman seperti ini agar ianya tidak berulang.

SAMM N.Sembilan juga menggesa kem tentera wajib dikawal dengan ketat, tidak sepatutnya longgar dan peristiwa kehilangan enjin jet Sukhoi harus dijadikan iktibar.

Sekiranya sedikit masa lagi ada enjin kapal selam pula yang dicuri, maka Umno harus dipersalah kerana tergamak mengajak orang ramai 'berdangdut' di perkarangan kem tentera.

Sekian

Hamizan Hj Bahtiar
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan 

Kalau terdesak sangatpun.. janganlah sampai keselamatan negara pun nak dipandang ringan.. Apa jaminana pemimpin UMNO bahawa tiada perkara yang dirahsiakan dari umum akan bocor keluar kem?

Tiada ulasan: