Ahad, 11 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Presiden UMNO sendiri pernah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

Posted: 11 Nov 2012 07:53 AM PST

Utusan Malaysia ataupun Lidah Rasmi UMNO berhempas pulas memutarbelitkan kenyataan Nurul Izzah Anwar.

Akhbar yang telah berpuluh kali disaman kerana memfitnah itu hanya menyiarkan kenyataan Izzah yang diputarbelit, tetapi menyembunyikan latarbelakang bagaimana kenyataan itu terbit dan apa maksud sebenarnya.

Ia berdasarkan soalan yang diajukan oleh Siti Kasim, seorang yang dilaporlan penganut Kristian berketurunan Orang Asli berhubung ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256 berhubung konsep 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….'

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.

Jawapan yang diberi oleh Nurul Izzah memang tepat sekali iaitu tiada paksaan dalam agama bukan hanya untuk bukan Islam sahaja tetapi juga untuk orang Melayu yang sinonim dengan Islamnya.

Maksudnya, bukan orang bukan Islam sahaja yang tidak boleh dipaksa mengganut Islam atau mengamalkan ajaran Islam tetapi orang Melayu/Islam juga tidak boleh dipaksa untuk menganut ajaran bukan Islam. Jadi, di mana salahnya kenyataan Izzah itu?

Baiklah, kalaulah kenyataan asal beliau tidak jelas atau terdedah untuk membawa kepada beberapa maksud maka perkara terbaik untuk dilakukan ialah merujuk balik kepada kepada orang yang mengeluarkan kenyataan maksud sebenarnya.

Setelah dirujuk kepada Izzah ternyata ia tidak bermaksud seperti yang diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegas Nurul Izzah.

Jelasa beliau tidak bermaksud seperti yang difitnah oleh Utusan Malaysia maka mengapa beriya-iya sangat puak tertentu nak terus mengaitkan Izzah dengan dakwaan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama itu adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Jika Nurul Izzah dianggap bertindak bodoh dan melampau bagaimana pula dengan Pak Lah ini?


Pada July 2007, Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO pada ketika itu dilaporkan telah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

Dalam Bahasa Malaysia ianya bermaksud benarkan orang-orang Islam murtad jika itu pilihan mereka..

Tidakkah tindakan Pak Lah itu akan mengalakkan orang-orang Islam untuk murtad sebagaimana dakwa kebanyakkan pencacai UMNO bila Utusan melaporkan Nurul Izzah buka peluang murtad?

Kenyataan Pak Lah ini tidak disiarkan oleh media-media yang ditunggan oleh UMNO/BN tetapi beberapa media cetak dan on-line luar negara

Laporan di atas juga disiarkan oleh Channel News Asia di ( SINI )

Apakah bila ianya disuarakan oleh pemimpin UMNO sendiri maka ianya tidak memudaratkan Islam?

Anne Ngasri bertunang dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO

Posted: 11 Nov 2012 05:03 AM PST


Menurut laporan Berita Harian, hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda yang identiti'nya masih di"rahsiakan.

"Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja, cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang," ujar Anne Ngasri.

"Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah," tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama"

"Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini," ujar beliau lagi.


Bagaimanapun menurut laman beutifulnara.com individu yang dimaksudkan ialah Mohd Sumali Reduan (kiri sekali dalam gambar di ats) Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

Tahniahlah ya.....  semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

Nong Chik ramal PRU13 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina.

Posted: 11 Nov 2012 01:51 AM PST


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun depan memandangkan ketika itu ke semua perayaan yang disambut rakyat akan berakhir dalam ucapannya di Lembah Pantai.

"Kita sudah menyambut raya haji, selepas ini kita akan sambut Deepavali dan Krismas. Kemudiaan tahun depan masyarakat Cina akan sambut tahun baru.

"Tapi kita jangan lupa perayaan paling besar untuk rakyat, iaitu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam perayaan paling penting iaitu selepas tahun baru Cina," kata Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.

Nong Chik (gambar) mendakwa waktu tersebut adalah paling terbaik buat kerajaan memandangkan ketika itu rakyat Malaysia yang berbilang kaum berada dalam harmoni dan perpaduan kuat ketika itu.

"Setiap berakhir perayaan, perpaduan berbilang kaum di dalam negara ketika itu sangat kuat memandangkan seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan tersebut.

"Apabila hubungan yang erat ketika itu saya harapkan ia akan dibawa hingga ke pilihan raya," tambah Nong Chik.

Walaubagaimanapun, Nong Chik berkata itu hanya satu ramalan tetapi keputusan penuh dan muktamad masih lagi ditangan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Saya hanya meramal, tetapi waktu itu adalah sesuai. Namun, jentera harus bersiap-sedia dan mula mengerakkan kerja kempen di setiap tempat," kata Nong Chik.

Dalam pada itu, Nong Chik merupakan antara calon yang disebut-sebut akan diletak untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13.

Malahan ketua Umno Lembah Pantai itu juga telah memaklumkan hasratnya kepada PM dan sedia untuk mengembalikan semula kerusi yang telah dirampas daripada Umno pada 2008 lalu.

"Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya.


~ The Malaysian Insider

Video Zahid Mat Arip tuduh Nurul Izzah lebih hina dari pelacur tersebar!

Posted: 10 Nov 2012 08:38 PM PST


Dengan mempamirkan wajah seumpama Gorilla yang sedang marah Zahid Md. Arip yang juga Mursyidul Am TIBAI melontarkan tuduhan bahawa Nurul Izzah itu lebih hina dari pelacur di Chow Kit Road.

Ini kerana menurut Zahid, pelacur hanya melacurkan dirinya tetapi Nurul Izzah melacurkan agama dan bangsanya demi politik.

Semuanya ini hanya kerana Zahid Mat Arip sendiri hanya mempercayai apa yang dilaporkan oleh Utusan sahaja demi mencari sesuap nasi beliau sanggup menghina bangsanya sendiri sebegitu hina.

Sepatutnya beliau menjelaskan kepada semua apa yang salah dengan kenyataan Nurul Izzah itu, bukannya menyerang peribadi Nurul Izzah dalam hal ini..

Ini apa yang Nurul ucapkan..
Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.
Ini terjemahannya...
Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Nurul Izzah : Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas.

Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.

Kenapa Zahid Mat Arip tak boleh memperjelaskan apa yang salah dari kenyataan Nurul Izzah di atas sebaliknya menyerang peribadi beliau seperti dalam video di bawah..



Agama dan Bangsa adalah dua perkara asas yang berbeza... itupun dia tak faham, patutlah dia keluar PKR.. bodoh rupanya dia...

Tiada ulasan: