Anak Sungai Derhaka |
- Demo Sokong AES?.. Kaya sangat ka depa ni?
- "Anakku bukan Isteriku.. jadi aku tak tahu" kata Nazri tentang Hummer dipandu anaknya..
- PANAS!! Bukti Anak Nazri Aziz terima Kereta Mewah dari Micheal Chia di dedah!!
- Hasan Ali tubuh rangkaian TV, radio online
Demo Sokong AES?.. Kaya sangat ka depa ni? Posted: 01 Nov 2012 05:36 AM PDT Meskipun kebanyakkan Ahli Parlimen bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan namun begitu ada juga pihak yang menyokongnya hinggga mengadakan demonstrasi. Berbekalkan satu banner dengan tulisan " BEBERAPA Kematian jalanraya sebelum Ketua Menteri bertindak demi nyawa rakyat Pulau Pinang?".. satu demonstrasi telah diadakan. Demonstrasi membantah keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang yang membantah pemasangan AES di negeri Pulau Pinang ini telah diadakan tengahhari tadi 1.30pm 1/11/2012 . Menurut laporan dari seorang Blogger dipercayai dari MIC kira-kira seramai 100 orang dari beberapa NGO di Pulau Pinang berkumpul untuk membantah keputusan Lim Guan Eng itu. Mereka berkumpul secara aman di perkarangan Komtar , Pejabat Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang. Wakil dari NGO-NGO terbabit telah menyerahkan memorandum membantah tindakan Ketua Menteri tersebut. Ini barulah dikatakan membangkang tak kena tempat.. orang ramai pakat bantah depa pulak pakat sokong.. apa kaya sangatka depa ni? Nampak tak macam kaya pun.. atau depa ni semua hanya naik motorsikal.. bukan Hummer macam anak Menteri ni.. baca di ( SINI ) |
"Anakku bukan Isteriku.. jadi aku tak tahu" kata Nazri tentang Hummer dipandu anaknya.. Posted: 01 Nov 2012 02:22 AM PDT Hampir sama saja nampaknya jawapan Nazri berikan bila didedahkan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Micheal Chia dengan jawapan Sharizat bila didedahkan ahli keluarganya menyalahgunakan dana untuk NFC. Dalam kes NFC yang melibatkan RM250Juta dana awam yang diguna ikut suka depa oleh ahli keluarganya, Ketua Wanita UMNO mendakwa beliau tidak tahu suaminya membida Projek Fidlot Nasional (NFC). Shahrizat berkata, Salleh tidak pernah membincangkan perkara itu dengannya dan sepanjang berkahwin selama 33 tahun, mereka juga tidak mencampuri hal urusan kerja masing-masing. "Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media," kata Shahrizat. Katanya, suami dan tiga anak mereka, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah juga tidak pernah meminta bantuannya mendapatkan projek itu dan beliau tidak terbabit dalam proses kelulusan serta menguruskan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp). Dalam isu anak Nazri Aziz menggunakan Hummer milik Micheal Chia yang pernah ditahan di Hong Kong kerana menyeludup RM40 Juta tunai suatu masa dulu pula.. jawapannya juga dia tidak tahu menahu.. Kata Nazri " Saya tidak tidur dengan anak saya, Saya bukan gay lagipun anak saya bukannya isteri saya, bukan kekasih saya. Apa yang dia lakukan dia tidak pernah beritahu kepada saya." KUALA LUMPUR, Oct 1 — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said today he does not see any wrong in his son's alleged use of a car belonging to Michael Chia, pointing out that Nedim's relationship with the Sabah timber trader has no connection to his integrity as a Cabinet minister. Sharizat tak tahu apa yang suaminya lakukan.. Nazri Aziz pulak tak tahu apa yang anaknya lakukan sebabnya anaknya bukan isterinya.. Sibuknya hidup pemimpin UMNO ni ya.. Isteri tak tahu apa suami lakukan, Bapa pula tak tahu apa anak lakukan.. Tapi.. Hummer menjalar pergi balik depan mata tu takkan lah tak tergerak dihati untuk bertanya datangnya dari mana? sebab harganya bukan RM50K tapi hampir RM500K.. Baca pendedahan tentang Hummer milik Micheal Chia yang dipandu anak Nazri di ( SINI ) |
PANAS!! Bukti Anak Nazri Aziz terima Kereta Mewah dari Micheal Chia di dedah!! Posted: 31 Oct 2012 09:01 PM PDT Beberapa hari lalu Nazri Abdul Aziz telah menafikan menerima RM3 juta daripada 'kawan' hartawan kayu tetapi tidak pasti samada kawannya itu meminjamkan keretanya kepada anaknya. Itu kenyataannya bila mengulas tulisan Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia. "Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya di pejabatnya. Jika kita pergi untuk bertanya kepada anak Nazri Aziz sendiri ada dua kemungkinan yang akan kita hadapi. Samada kita akan dibelasah oleh anaknya itu ataupun pertanyaan kita tidak akan dilayannya. Bagi merungkai jawapan tentang kereta mewah tersebut KEADILAN dengan kerjasama Sarawak Report telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah itu benar-benar digunakan oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz. Dan penemuannya ialah memang benar sebuah kereta mewah milik Micheal Chia kini digunakan oleh anak Nazri Aziz tetapi yang ditemui ialah Hummer. Sebagai seorang Menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau. Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta. Anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776. Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG. Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261). Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato' Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz: i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato' Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato' Seri Nazri Aziz). Gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence sila lihat di sini ( RafiziRamli ) |
Hasan Ali tubuh rangkaian TV, radio online Posted: 31 Oct 2012 06:29 PM PDT Menyedari bahawa beliau tidak mungkin punya peluang untuk menang jika bertanding dalam PRU13 nanti baik atas tiket PAS mahupun UMNO, Hassan Ali menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network. IMR Network merupakan badan pengendali IMR FM dan IMR TV. Sebagai badan Induk, IMR Network bertindak sebagai pembuat dasar disamping menentukan IMR FM dan IMR TV berjalan mengikut visi, misi dan matlamat yang ditetapkan. IMR FM dan IMR TV menyiarkan program mengagungkan Islam, memartabatkan Bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja dalam rangka membina negara bangsa Malaysia (nation-building). Bahan-bahan penyiaran dipersembahkan melalui berbagai bentuk program "talkshow" seperti percambahan minda, wacana, forum, diskusi panel, debat dan sebagainya. Saluran ini juga mempersembahkan muzik, sukan dan lain-lain slot menepati kehendak kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas. Ini laporan dari Malaysiakini.. Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network. Banyak duit dia ya.. dari mana sumbernya tu? Dah tu senang pulak dia dapat permit, sedangkan Free Sarawak Radio hingga sekarang tidak dibenarkan penyiarannya oleh Kerajaan UMNO/BN.. Sah ini medium Propaganda UMNO yang baru!! |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan