Rabu, 28 November 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Shahrizat memang patut berada di hujung tanduk, betul tak?

Posted: 28 Nov 2012 04:40 AM PST

Inilah Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil, betul tak?

Hari ini Ketua Wanita Umno , Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya "bagai telur dihujung tanduk" selepas pilihan raya umum 2008.Betul tak?

Tetapi yang sebenarnya, manusia seperti dialah yang patut berada dihujung tanduk supaya lebih mudah dirodok oleh sang lembu.Betul tak?

Kuasa Melayu konon! Kuasa yang mereka perolehi daripada orang-orang yang mereka peralatkan hanyalah untuk mengkayakan diri mereka sendiri.Betul tak?

Isu Nasional Feedlot yang melibatkan RM250 juta itu masih lagi terhensot-hensot …entah bila akan berkesudahan.

Hanya apabila Pakatan Rakyat mengambil aleh kuasa di Putra Jaya, barulah segalanya akan terbongkar.Betul tak? Bukan kali ini saja Ketua Wanita Umno menyalahkan gunakan kuasa yang diberikan.Betul tak?

Pada hari mula Perhimpunan Agong Umno ini, Deepak , seorang peniaga karpet telah mendakwa bahawa seorang Ketua Wanita Umno telah menipunya jutaan Ringgit dalam perjanjian tanah.

Deepak, berkata beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 bagi RM13 juta dengan jaminan RM72 juta bank untuk bon tanah dari Ketua Wanita UMNO, yang telah dianugerahkan perjanjian penswastaan RM100 juta bagi pembangunan pusat penyelidikan pertahanan dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Tetapi dia telah menjual satu bidang bagi RM2 juta dalam bentuk wang tunai dan RM16 juta kemudahan overdraf dalam "usahasama" dengan syarikat lain yang pakar dalam plasticware, menyebabkan peniaga karpet itu meletakkan kaveat ke atas tanah itu di Bukit Raja dan membuat laporan polis Julai lepas.

 "Ini tanah milik saya ... Saya mahu membangunkannya, "Deepak memberitahu The Malaysian Insider, jam selepas dia bercakap kepada beberapa portal berita lain mengenai perkara itu.

Dalam laporan polis bertarikh Julai 9, 2012 di balai polis Pudu, Deepak berkata pemimpin Wanita UMNO dan syarikat itu telah melakukan pecah amanah jenayah oleh tidak menyerahkan geran tanah kepadanya dan juga menjual tanah kepada pihak lain.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO 1984–1996, 2000–2009

 Beliau berkata syarikat itu Astacanggih Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pada 16 Mei, 2007 untuk membeli tiga bidang tanah seluas 89,281 ekar, 88,629 ekar dan 45,420 ekar dari Awan Megah (M) Sdn Bhd, yang telah diberikan perjanjian penswastaan pada 8 Jun , 2005.

Tetapi Deepak berkata, dia tidak pernah mendapat tanah atau surat hak milik, dan telah memfailkan saman pada Disember 2011 terhadap pemimpin Wanita UMNO, Awan Megah, Tanah dan Galian Selangor Pejabat dan Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan apa yang kena dibayar kepadanya. Korang bolh baca seterusnya di sini

Kerana nak jadi seorang Perdana Menteri ...

Posted: 28 Nov 2012 12:08 AM PST

Seorang peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, berkata para hakim Perancis yang menyiasat skandal Scorpene, tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka. Baca lagi di sini

Apa yang menarik mengenainya ialah, walaupun dua anggota PTK itu didapati bersalah membunuh wanita Monggolia tersebut, motif pembunuhan itu tidak pernah di dedahkan.

Pendedahan motif inilah yang akan mendedahkan pembunuh yang sebenarnya. Bahawa kedua-dua anggota PTK tersebut hanyalah umpama mesin pembunuh. 


Mereka tidak ada apa-apa kepentingan selain untuk mendapatkan upah. Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, dijanjikan untuk dibayar RM50, 000 hingga RM100, 000 untuk membunuh Altantuya, mengikut pengakuan Sirul yang tidak pernah dikemukakan di mahkamah. 

Orang yang mengupah itulah yang ada kepentingan. Kepentingan itulah yang melahirkan motif , dan motif itulah yang menggerakkan mesin tersebut supaya membunuh. 


Aku cuma teringat jeritan isteri Razak Baginda , seorang bekas majisterat yang menjerit-jerit tidak karuan sewaktu awal perbicaraan suaminya dulu dengan berkata: 

 "Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," 

Ramai dikalangan kita yang tidak faham maksud disebalik kata-nya itu. Tetapi kini pastinya telah semakin jelas kepada kita semua bila Najib adalah PM …

Ini dia wanita yang terjejas dengan Pengakuan Pertama Bala

Posted: 27 Nov 2012 10:14 PM PST

P. Balasubramaniam, detektif persendirian yang diupah oleh Razak Baginda untuk menjaga wanita itu daripadanya, bersumpah dalam akuan berkanun yang intensif terperinci bahawa dia telah diberitahu oleh Razak Baginda bahawa Altantuya juga pernah menjadi kekasih Najib , bahawa dia (Altantuya) suka anal seks, dan Altantuya telah diserahkan kepada penganalisis itu kerana Najib berhasrat untuk menjadi perdana menteri dan tidak mahu skandal seks menganggunya

Pendedahan tersebut menjelaskan kepada kita semua bahawa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja mengenali model Mongolia yang dibunuh, mendiang Altantuya Shaariibuu; malah pernah melakukan hubungan seks dengannya.

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua perkara tersebut kepada polis yang menyiasat ketika mereka mengambil kenyataannya sepanjang tujuh hari siasatan terhadapnya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Pengakuan Kedua Bala lebih menumpukan kepada penafian penglibatan Najib. Namun kedua-dua Akuan Bersumpah tersebut menjurus kepada penglibatan Najib itu sendiri.

Selepas menghilangkan diri bersama keluarganya dan muncul semula, Bala kemudian mendakwa bahawa adik Najib, Nazim Razak dan beberapa individu lain yang bertindak sebagai proksi Najib memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Terbaru, dilaporkan bahawa Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini lewat malam tadi, Deepak berkata beliau hanya terlibat dalam usaha berkenaan atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan bersumpah pertama itu tidak digugurkan. 

Siapakah wanita yang akan terjejas dengan Pengakuan Pertama Bala ini ? Siti Norhaliza atau Ziana Zain? Ha! ha! Ini soalan cepu emas!

Korang rasa Rosmah terjejaskah kalau Najib pernah kenal Altantuya dan wanita itu suka anal seks? Aku sendiri tak berani nak kata bahawa perempuan yang dimaksudkan Deepak itu adalah Rosmah, isteri Najib.

Tak pasal-pasal nanti aku kena saman pula. Korang fikirlah sendiri jangan bengap sangat macam orang Umno!

Tiada ulasan: