Ahad, 25 November 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Syabas kepada pejalan kaki Stop Lynas - Anda semua hero rakyat

Posted: 25 Nov 2012 02:07 AM PST

Hanya dengan dimulakan oleh seorang yang bernama Wong Tack, yang berjalan kaki bersendirian dari Kuantan pada 12 No lalu, kini Kumpulan pejalan kaki Stop Lynas telah berkembang menjadi ribuan peserta.

Perjalanan ini merupakan kebangkitan kesedaran rakyat 1 Malaysia yang berani menyatakan bantahan secara aman tidak mahu tragedi Bukit Merah di Perak - berulang semula di Kuantan , Pahang.

Bermula dari sebilangan rakyat bukan Melayu, semakin membesar apabila mereka tiba dan bermalam di Taman Melewar, tepat jam 4 petang kelmarin, diiringi Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin. 


Malam tadi juga, di KUIZM, telah berlangsung ceramah umum membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Che'gu Bard, Cikgu Ishak Surin. 

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Batu, Abu Bakar Abdul Rahman berkata, Pemuda PAS Batu akan turut bersama-sama mereka ke Dataran Merdeka keesokan harinya. Sila lihat di sini

Kumpulan ini telah berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 9 pagi tadi dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis. 

Jumlah mereka meningkat kepada 15,000 orang apabila tiba di persimpangan Jalan Perak - Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira jam 4.50 petang. 

Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandangkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa.

Ini dia bukti RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman

Posted: 24 Nov 2012 07:43 PM PST

Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini: 

 1. Kenyataan Dato' Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC 

2. Kenyataan Dato' Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3. Pendedahan bahawa anak Dato' Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato' Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC 

 Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. 

Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato' Seri Musa Aman. Baca dari sumbernya di sini

Tiada ulasan: