Ahad, 18 November 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rama Rais jadi Maskot Deepavali 2012

Posted: 18 Nov 2012 08:21 AM PST

Dua hari lepas, sedang aku dan isteri makan tengahari sambil nonton tv siaran langsung di saluran Dua, muncul siaran terus menerus menunjukan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak, Sungai Siput. 

Cuba cari mana dia Zambry Abdul Kadir....

Rais Yatim Nampak sibuk menjadi pak pacak sewaktu PM Najib berucap. Aku cakap kat isteri aku, "Cer tengok Maskot Deepavali tahun ini… 

"Mana?" Tanya isteri ku sambil menumpukan ke kaca tv. "Apasal Rais Yatim sampai begitu sekali nak hormat Najib?" Tersembul pertanyaan dari mulutnya. Isteri ku terasa pelik melihatkan gelagat Rais Yatim yang tercegat di sebelah PM Najib disepanjang dia berucap.

Aku hanya tersenyum dan jawab, itulah abang kata tadi, Maskot! Rais Yatim jadi Maskot Deepavali tahun ini! 

  PM Najib bersama Maskot Deepavali - Rama Rais!

Tetapi aku turut tergamam apabila PM Najib turut mengumumkan nama baru Rais Yatim dalam majlis itu.Aku dah lupa the exact sentence.Tapi Najib memperkenalkan kepada ramai Rais Yatim sebagai 'Rama Rais'. 

Maskot itu hanya tersenyum simpul dan bangga bila Najib sebut namanya sebagai Rama Rais! 

Dalam PRU-12 lalu, masyarakat India telah menolak MIC sehingga Presiden MIC, Datuk Samy Vellu yang pernah kata , "Dara saya Umno, daging saya Umno, kalah kepada calon PSM yang bertanding atas nama PKR di Sungai Siput. 

BN nampaknya bersungguh-sungguh mahu menebus kekalahan yang dialami itu dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak, Sungai Siput baru-baru ini.. 

Gula-gula untuk masyarakat India, macam-macam ada

Sungai Siput adalah kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi kaum India tertinggi di Malaysia. Macam-macam tawaran kepada masyarakat India diumumkan bagi menggula-gulakan  mereka menjelang PRU-13 ini.

Dari tawaran 100 basikal hinggalah…. macam-macam ada dan berjanji akan terus memperjuangkan nasib mereka jika terus diberi mandat pada PRU-13 nanti. 

Sebelum itu, Najib menceritakan bagaimana ia telah di bawa ke tempat majlis itu iaitu dengan menaiki sebuah trektor. 


"Bersama-sama saya tadi adalah 5 orang lagi adik beradik menaiki trektor. Mereka itu ialah, Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel, Duta Khas ke India Dato' Samy Vellu , Speaker DUN Perak , Datuk R Ganeson dan seorang lagi India yang saya terlupakan namanya... 

Tetapi aku dan isteri naik tergelak bila nama yang kelima dia sebut ialah nama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir…." 

Apa? Isteri ku terkejut mendengarnya! Najib kata adik beradik tu termasuk Zambry? Memang betullah tu, jawab ku sambil tergelak. Takkan Zambry nak ambil hati….

Sibuk nak lantik orang itu orang ini jadi PM...tapi menang kerusi Parlimen paling corot!

Posted: 18 Nov 2012 12:18 AM PST

Aku berasa malu bila baca cadangan kebudak-budakan seorang wakil Dewan Ulama PAS yang mahukan TGHA jadi PM! 

Yang bikin malunya ialah bila dia kata TGHA adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri. 

Sibuk nak lantik orang itu orang ini jadi PM. Sibuk kata orang ini terbaik, orang itu yidak baik? Menang pun belum dah mula nak berpecah belah … 

Aku rasa TGHA sendiri pun tentu berasa malu sebab itu cepat-cepat dia cover: "Saya sanggup jadi nelayan, sebolehnya saya mahu menjadi khadam untuk negara dan rakyat, siapa yang layak dan tiba masanya siapa yang layak akan menjadi Perdana Menteri. 

Bila sebut jadi nelayan tu aku tak berapa kisah juga. Tapi bila sebut khadam, aku teringat dengan bekas pemerintah Al-Saud dahulu yang sering membahasakan dirinya sebagai 'Khadam al-Haramain" – Khadam dua tempat suci Mekah dan Madinah… 

Tapi air muka PAS akhirnya diselamatkan oleh seorang perwakilan Muslimat, Aiman Athirah yang menggesa perwakilan bekerja kuat untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang sebelum mahu mengakui PAS "layak memimpin negara". 

"Semalam Datuk Husam berkata, 60 kerusi parlimen sedang kita intai, jadi sekurang-kurangnya 60 kerusi menang, baru kita boleh kata, kita layak memimpin negara," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu. 

Ketua penerangan Muslimat itu juga cuba memperingatkan wakil dewan Ulama itu supaya menyedari pada PRU-12 lalu, PAS mendapat kerusi parlimen paling tercorot berbanding rakan Pakatan lain.

Tiada ulasan: