Isnin, 12 November 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Himpunan Barisan 1Malaysia – Dong Zong tempelak Ahmad Maslan

Posted: 12 Nov 2012 04:00 AM PST


Kerajaan persekutuan, sebagai pembuat keputusan, sepatutnya mampu selesaikan semua masalah yang berulang kali dibangkitkan oleh NGO, kata Dong Zong.
Dong Zong , sebuah NGO kumpulan pendesak pendidikan Cina akan tetap meneruskan agenda bantahannya terhadap Rangka Tindakan Pendidikan Kebangsaan akan diadakan seperti yang dijadualkan pada 25 Nov.

Perhimpunan itu akan melibatkan berbilang kaum kerana Dong Zong telah menjemput kumpulan dari semua jenis sekolah untuk hadir.

 Tetapi tiba-tiba semalam, Ahmad Maslan mengumumkan untuk mengadakan 'Himpunan Barisan 1Malaysia' pada 24 Nov! (kenapa 24 Nov? Macam sudah tidak ada tarikh yang lain :)

Kira-kira 1,500 NGO termasuk Dong Zong telah dijemput untuk meluahkan pandangan melalui perhimpunan tersebut, terang Maslan.

Maslan berkata perhimpunan tersebut adalah perhimpunan antara pemimpin dan orang-orang yang memeluk semangat 1Malaysia dan setiap NGO menyertai akan diberikan borang maklum balas bagi komen. Lol!

Timbalan presiden Dong Zong , Chow Siow Hon berkata permit polis telah dikeluarkan untuk perhimpunan 25 November dan tidak ada cara untuk berpatah ke belakang sekarang. (Sorilah Maslan!)

Chow menganggap pengumuman Maslan adalah sebagai agenda menghadapi pilihanraya dan bukan untuk menyelesaikan masalah.

"Mereka adalah kerajaan, mereka boleh mengadakan mesyuarat untuk meneliti isu-isu tertunggak yang dibangkitkan oleh NGO. Mengapa memerlukan 'Himpunan Barisan 1Malaysia'? " Soalnya. Sumber

Awas ada AES Haram Jadah di Kajang !

Posted: 12 Nov 2012 12:00 AM PST

Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu. 

Pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran tempatan, seperti ditetapkan undang-undang katanya di sini.

Adakah Tuan Ibrahim Tuan Man anggap mereka ini kawan?

Posted: 11 Nov 2012 05:59 PM PST


Saya masih ingat, sewaktu remaja diawal 70-an dulu, seorang wakil rakyat Pas Kawasan Parlimen Parit yang terkenal pandai berpantun, Hashim Gera telah berkereta berkeliling kampung saya, Sungai Rokam , menggunakan pembesar suara mengistiharkan dirinya keluar PAS masuk Umno. ( Nasharudin Mat Isa, bila kamu nak buat macam ini? Berani tak? Ha! ha! )

Lama juga kereta yg dinaikinya itu berhenti di simpang rumah saya di jalan Salak dan membuat pengistiharan itu berulang kali. Mungkin tujuannya itu mahu menyakitkan hati seorang kawan, Allahyarham Dahalan Daud, pimpinan PAS yg tinggal berhampiran di situ.

Saya dah lupa ayat-ayatnya. Manalah saya kisah pasal hal tu semua , maklumlah pada waktu itu aku  jiwang-jiwang bak kata budak-budak sekarang.

Tapi yg pastinya Hashim Gera mengumumkan dirinya keluar PAS dan masuk Umno ketika itu. (SSssh...Hashim Gera ada isteri muda kat SG Rokam, saya berkawan dgn dua org anaknya Nordin dan Rosli. Salehudin (bekas PKR) anaknya dgn isteri pertama pun satu sekolah dgn saya sewaktu di Sekolah Rendah Melayu Pasir Puteh Ipoh)

Sebelum itu heboh dalam akhbar berita mengenainya kerana berjoget di dalam suatu majlis di bangunan Parlimen. Berita tersebut sangat menggemparkan penyokong-penyokong Pas, juga orang ramai. 

PAS tidak terkata apa-apa kerana malu teramat sangat. Maklumlah,ketika itu mana ada saluran nak menyalurkan berita.Internet atau Harakah haram tak mandang lagi… Maka akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan buat kenduri besarlah masa itu… 

Kemudian, Jawatankuasa Tatatertib PAS, telah memanggil mesyuarat tergempar dan mengambil keputusan menggantungnya dari menjadi ahli PAS kerana beliau melanggar displin parti.

Penggantungan tersebut adalah sementara untuk memberi peluang kepadanya bagi membetulkan kesilapan.Tetapi Hashim telah memohon untuk menjadi ahli UMNO cawangan Green Town Ipoh sewaktu dalam tempoh penggantungan tersebut. 

Beliau kemudiannya dipecat terus dari parti walaupun pengantungannya telah ditarik balik kerana didapati telah mengingkari perintah parti supaya jangan menari lagi di khalayak ramai. 

Bayangkanlah, jika hanya kerana menari joget pun kena pecat apahal pula dengan yang buat lebih parah dari itu macam dalam gambar ini: 


Adakah Tuan Ibrahim Tuan Man anggap mereka ini kawan?

Aku tak tahu apa nak cakap. Apa sudah jadi dengan Jawatankuasa Tatatertib  PAS yang di ketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Mustahil kalau mereka tidak tahu mengenai kelakuan ahli yang terang-terangan sebegini yang telah melanggar disiplin parti.Perkara ini sudah lama berlaku dan berulang kali.

Aku mendapat maklumat, sudah banyak kali laporan dihantar ke PAS Pusat mengenai salah laku Hafiz Nordin dan Azmi, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kawasan Bagan. Contohnya di sini.Namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan di ambil.

Hari tu Nasharudin terlepas begitu sahaja. Setidak-tidaknya kena beri nasihat atau kata dua...Tapi entah macam mana pula , ada pula yang kata Nasha masih lagi 'relevan' . Apakah kes macam ini pun 'Relevan' juga? 

Harap peniaga kambing Manir tu boleh beri sedikit penjelasan mengenai hal ini. Melainkan jika PAS sudah tidak ada rasa malu dengan rakan-rakan lain dalam PR terutamanya yang sedang menerajui Pulau Pinang.

Hafiz Nordin sepentas dengan Presiden JATI menghentam Pakatan Rahyat

Harap-harap Tuan Ibrahim Tuan Man tidak terikut-ikut telatah tipikal SPRM yang seringkali memberikan alasan 'tidak cukup bukti' bila setiap kali aduan disampaikan.

Jangan sampai ada pula yang kata tindakan Hafiz Nordin dan Azmi ini mendapat restu di belakang tabir dari Pas atau pemuda pusat.

Tuan Ibrahim Tuan Man digesa supaya segera halakan muncung senapangnya kepada mereka ini . Pastikan benar-benar ada peluru.Bukan peluru kosong yang hanya bergegar dan rethorik sahaja. Jelas bahawa mereka ini adalah musuh kita.


Tentu kita semua masih ingat pesanan Tuan Ibrahim di laman Facebooknya tidak lama dulu :

 "Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun,"

Apakah orang-orang macam ini, Tuan Ibrahim Tuan Man anggap kawan?

Aku bayangkan bagaimanalah agaknya rupa kambing 
ni kalau dililitkan serban...nampak dah pakai kopiah tu!
 
Ingat ya, bahawa berjoget dikhalayak ramai adalah satu kesalahan kepada PAS dan Hashim Gera telah diambil tidakan tata tertib walaupun ketika itu, joget lambak (Joget berjemaah? Ha! ha!) adalah budaya masyarakat Melayu bila ada majlis kahwin...PAS ketika itu diketuai oleh Asri Muda, bukan seorang 'Ulama' seperti mana serkarang ini.

Apakah tindakan PAS keatas Hashim Gera itu yang ketika dibawah ketua yang bukan Ulama itu satu tindakan yang 'salah'?

Dan apakah tindakan PAS yang sekarang -  dibawah Ulama adalah 'benar' kerana tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap ahli yang melanggar disiplin parti?

Aku harap muktamar PAS yang akan datang nanti akan ada perwakilan yang berani untuk  bangkitkan perkara ini. Cuba korang baca cerita pasal ini di sini

Tiada ulasan: