Sabtu, 17 November 2012

Addin

Addin


Kubu Umno Pecah Lagi.. 213 Sertai PKR

Posted: 17 Nov 2012 06:06 AM PST

Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.Buktinya, seramai  213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom.

Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.Halik Zaman ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.Salah seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, "Kami sudah mengambil keputusan muktamad.

Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat dunia yang sering berubah ubah. Kami pilih PKR sebagai wadah politik kami mahukan perubahan dalam hidup kami."Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan rasminya menyertai PKR Cabang Tenom.

Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.Kelihatan Masdin Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan.

Menurut Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil yang berpusat di Sarawak "serba serbi kekurangan".  Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan. Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia.

Laporam Halik Zaman,
Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah




Iklan


Panas!! Ahli Parlimen BN Bertukar Jadi Gila..

Posted: 17 Nov 2012 04:03 AM PST

KUALA LUMPUR 16 November: Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dari Barisan Nasional (BN) 'meroyan' apabila disoal tentang Scorpene.Ketika dihubungi Keadilan Daily, beliau ditanya berhubung kesediaannya untuk hadir mendengar taklimat Scorpene yang akan disampaikan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham di Parlimen minggu depan.Idris menjawab, "Saya tak perlu dengar keterangan penipu macam itu, orang macam itu akan guna apa cara sekalipun untuk buktikan dia betul," katanya penuh emosi.

Lebih teruk lagi, beliau turut merapu dengan menghambur kata-kata 'pedas' terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memburukkannya.Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen BN menafikan kebenaran kes rasuah pembelian Scorpene yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.

Antaranya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas kononnya pembelian kapal selam Scorpene adalah mengikut prosedur perundangan.Kerajaan juga mengatakan tiada kes sedang berjalan di Mahkamah Perancis.Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Berbeza dengan Idris, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga pemimpin BN dilihat agak profesional kerana sedia untuk hadir taklimat tersebut Khamis depan. ~kd



Iklan


Gempar!! Kerabat Masuk PAS..

Posted: 16 Nov 2012 10:24 PM PST

KOTA BHARU: Seramai 760 ahli Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung malam tadi, Kerabat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar,  Sekretariat  Kerabat mengisytihar kesediaan mereka untuk bersama-sama PAS. Katanya, kesediaan itu kerana tertawan dengan konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS. 


"290,000 pesara tentera di seluruh Malaysia, dan ramai di kalangan kita tidak dipeduli oleh kerajaan, kebajikan mereka terabai. "Kami percaya PAS akan mengubah nasib mereka selepas ini, selepas PRU ke-13 nanti," katanya diikuti sorakan lebih 30,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Muhamad ke IV malam tadi.

Dengan penubuhan cawangan baru di negeri ini, beliau percaya kebangkitan bekas tentera ini boleh mengejutkan Perkasa dan Perkida. Malah Kerabat turut berjanji akan bangkit bersama-sama membela nasib vateran angkatan tentera yang dipinggirkan. 

"Dulu wira, sekarang dianiaya oleh kerajaan Umno BN. Seru seluruh tentera sedarlah duit kita antara terbanyak dilaburkan untuk memenangkan pimpinan BN," tegasnya. ~harakahdaily




Iklan


Pencacai Umno Pasti Sakit Hati Baca Berita Ni..

Posted: 16 Nov 2012 08:47 PM PST

KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya."Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik. ~harakahdaily




Iklan


Umno Terdesak, Edar Risalah Burukkan Nurul Izzah Di Masjid

Posted: 16 Nov 2012 07:35 PM PST


Meskipun mereka menguasai media elektronik dan kebanyakkan media cetak ianya seolah-olah masih tidak cukup bagi UMNO dan Pencacainya untuk menyerang dan memburuk-burukkan Nurul Izzah.

Dengan menggunakan risalah yang bertajuk 'Penerangan Isu Hangat: Dakwaan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai sokong Melayu dibenarkan murtad".. sekali lagi UMNO cuba memperbodohkan Melayu yang berugama Islam.

Dan ini dengan berselindung disebalik nama sebuah NGO atau pertubuhan iaitu Jemaah Professional islami yang entah dari mana datangnya risalah diedarkan di Masjid pula.Risalah lapan muka surat ini telah ditemui di tangga sebuah Masjid di Pantai Dalam dan dipercayai ianya juga telah diedarkan ke beberapa buah Masjid di sekitar Pantai Dalam.

Namun begitu ianya dilihat gagal untuk menarik minat ummat Islam yang menunaikan Solat Jumaat, kerana dilihat masih bertimbun seolah-olah tidak disentuh oleh jemaah.Yang mengambilnya pula dilihat membelek-belek kemudiannya menyerahkan pula kepada parit di sekitar Masjid..

Lihat gambar lagi di SINI.



Iklan


Gambar Sambutan 'Dingin' Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu..

Posted: 16 Nov 2012 04:10 PM PST



Gambar himpunan kebangkitan rakyat di stadium sultan muhammad, kota bharu. Himpunan ni di anjurkan sempena muktamar tahunan pas kali ke 58. 


Pemimpin umno pastinya kecut perut jikalau melihat gambar kehadiran ribuan rakyat malam tadi. Addin  sempat menghadiri muktamar dewan pemuda dan perasmian muktamar oleh tuan guru presiden.

Namun himpunan kebangkitan rakyat tidak sempat untuk menghadiri kerana terpaksa bertolak balik kerana ad urusan keluarga. I'allah..addin akan postkan gambar-gambar sepanjang muktamar..







Iklan


Tiada ulasan: