WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
HANCURKAN PKR, DAP MESTI BERPISAH DARI PAS Posted: 26 Oct 2012 12:58 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TOK GURU NIK AZIZ telah menghantar surat ucapan terima kasih kepada Ketua Pemuda DAP, YB Anthony Loke kerana beliau begitu bersungguh-sungguh membela Mursyidul Am PAS itu di dalam isu aurat mengikut hukum Islam yang telah dipersendakan oleh pemimpin MCA. Anthony Loke pula merasa terharu di atas sikap rendah diri Tok Guru Nik Aziz yang sanggup menghantar surat kepada beliau. Inilah satu pukulan berbisa buat Umno yang sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP. Benar kata Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyatakan Parlimen akan lebih cepat dibubarkan sebaik sahaja PAS dan DAP berpisah. Umno tahu jika PAS dan DAP berpisah, yang mengalami kerugian besar tentulah PKR. Ini adalah kerana kehilangan DAP tidak banyak menjejaskan PAS kerana PAS akan banyak bertanding di kawasan majoriti Melayu, manakala DAP akan menumpukan kawasan majoriti Cina atau camporan. Kawasan majoriti Cina atau camporan ini adalah kerusi tumpuan PKR. Ertinya, jika DAP keluar dari PR, maka yang bermasalah adalah PKR yang mungkin terpaksa bertemu DAP untuk melawan Bn. Oleh sebab itu, bagi menghancurkan PKR mereka terpaksa pisahkan DAP dengan PAS terlebih dahulu. Cita-cita mereka paling utama adalah untuk melemahkan PKR kerana apabila PKR sudah lemah, lebih mudah pula mereka berhadapan dengan PAS. Pada mereka, kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini amat menggerunkan. PAS kekuatannya terletak pada kehebatan jentera meraka. DAP pula kekuatannya pada kekukuhan kewangan manakala PKR memiliki kekuatan dari segi sokongan serta perang saraf yang hebat. Justeru itu, satu usaha terancang mesti dibuat sebelum Parlimen dibubarkan. Kesemua kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini harus dimusnahkan. Kerja inj lebih mudah dilakukan jika PAS tidak lagi bersama DAP. Oleh itu, kita mesti faham taktik mereka dan jangan kita terperangkap. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan